INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
MELAKA
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN PIDATO INTEGRITI
PENDIDIK BERINTEGRITI TERAS PENCAPAIAN 1 MALAYSIA
(WAJ 3113 PERSATUAN)
ANJURAN:
PERSATUAN BAHASA MELAYU
(UNIT BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2011)
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
TEMPAT:
DEWAN TUN FATIMAH
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
TARIKH:
25 September 2013
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN PIDATO INTEGRITI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
PENDAHULUAN :
Pertandingan pidato integriti merupakan satu pertandingan yang dilaksanakan dan dijadikan sebagai aktiviti tahunan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) sejak tahun 2010. Pertandingan ini dilaksanakan untuk mendedahkan kepada para guru pelatih di seluruh IPGM di Malaysia tentang kepentingan integriti dalam diri serta menerapkan nilai-nilai integriti dalam diri anak-anak didik setelah menjadi guru kelak. Atas dasar itu, pertandingan pidato integriti ini dilaksanakan disamping mencungkil bakat para guru pelatih di IPG Kampus Perempuan Melayu.
2.0RASIONAL :
Pertandingan Pidato Integriti merupakan satu program yang diadakan bagi melaksanakan tuntutan mata pelajaran Persatuan (WAJ 3113) di bawah Persatuan Bahasa Melayu. Program ini adalah anjuran PISMP Pengajian Melayu Ambilan Januari 2011 dengan kerjasama Unit Kokurikulum IPG Kampus Perempuan Melayu.
Pertandingan Pidato Integriti ini adalah satu medan untuk mengupas bakat terpendam guru pelatih dalam pengucapan awam selain mencari calon yang terbaik bagi mewakili IPGK PM dalam mana-mana pertandingan pidato yang dianjurkan. Pertandingan ini juga bertujuan untuk memperkukuh perlaksanaan agenda integriti nasional oleh para guru melalui pengamalan prinsip-prinsip integriti dalam setiap tindakan khususnya. Selain itu, pertandingan ini dijalankan untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran, dan nilai profesionalisme keguruan dalam GERKO Persatuan. Selain itu, memberikan peluang kepada pelajar meningkatkan kreativiti dan keyakinan diri dalam perancangan dan pengurusan GERKO Persatuan. Pertandingan ini juga dapat menggalakkan pelajar menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkan sikap positif secara berterusan melalui penglibatan aktif dalam aktiviti berpasukan dan menjadi penasihat persatuan yang berkesan di sekolah kelak.
3.0OBJEKTIF :
Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai profesionalisme keguruan dalam GERKO Persatuan
Memberi peluang kepada pelajar meningkatkan kreativiti dan keyakinan diri dalam perancangan dan pengurusan GERKO Persatuan..
Menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkan sikap positif secara berterusan melalui penglibatan aktif dalam aktiviti berpersatuan.
Menjadi penasihat persatuan yang berkesan di sekolah kelak.
Mencungkil bakat terpendam dan mendedahkan kepimpinan kepada bakal guru melalui pengurusan organisasi program yang dianjurkan.
4.0BUTIRAN PROGRAM
a.TEMA :
" Pendidikan Berintegriti Teras Pencapaian 1 Malaysia "
b.TARIKH AKTIVITI :
25 September 2013
c.LOKASI AKTIVITI :
Dewan Tun Fatimah,
IPG Kampus Perempuan Melayu
d.PENGANJUR :
PERSATUAN BAHASA MELAYU
(UNIT BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2011)
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
e.KUMPULAN SASARAN :
Pertandingan Pidato Integriti ini akan melibatkan semua guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu.
5.0ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil.
Maklumat Perbelanjaan
Kuantiti
/ Unit
Biaya
(RM)
Catatan
1
Air Mineral
Untuk guru pelatih =
30 botol
Pengadil =
10 botol
–
Stor pusat
2
Sijil Penyertaan
20 keping
–
Stor pusat
3
Sijil Penghargaan
20 keping
–
Stor pusat
4
Cenderahati
5 buah
–
Stor pusat
5
Hamper
RM30 x 3
= RM90
RM90
–
6
Makanan
Pelajar =
RM3 x 20
= RM60
Pengadil =
RM3 x 5
= RM15
RM75
–
7
Hadiah cabutan bertuah
10 unit
RM200
–
JUMLAH KESELURUHAN =
RM365
–
6.0JAWATANKUASA PERTANDINGAN PIDATO INTEGRITI
JAWATANKUASA INDUK
Pensyarah penasihat: Puan Noor Sham Sabtu
Pengerusi : Norhasiah Atan
Naib Pengerusi: NurulHidayah Mohd Sawal
Setiausaha: Rabiatul Adawiyah Abdul Ghafar
Bendahari: Marinah Mahmud
JAWATANKUASA KERJA
AJK Persiapan tempat: Zulaikha Aira Abd Wahab
Nadatul Husna Badarudin
AJK Teknikal: Maryam Norazan
Siti Zuraidah Ehsan
AJK Dokumentasi: Nor Maizatulfitri Kamruddin
Nor Fitri Zainal Abidin
AJK Makanan: Fathimah Nurhanisah Zailani
Nur Thahirah Yusni
AJK Publisiti & Buku Program: Nurraazimah Mohd Yaman
Nurazwin Zulcapele
AJK Pendaftaran: Nur Halimah Mahat
Raudah Saidin
AJK Cenderamata & Sijil: Nur Hazirah Rosli
Noor Dayana Hamid
AJK Persembahan: Siti Aishah Mohd Ozib
Nurshuhada Abu Bakar
7.0TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk LAMPIRAN A
8.0SYARAT DAN PERATURAN
Sila rujuk LAMPIRAN B
9.0PENUTUP
Diharapkan semoga pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan juga mampu untuk mencapai objektif-objektif yang telah digariskan. Sekalung apresiasi kepada semua pihak yang sanggup menolong kami untuk menjayakan program ini. Semoga Allah akan membalas semua usaha kita dengan sebaiknya. Amin
LAMPIRAN A
TENTATIF PROGRAM
PERTANDINGAN PIDATO INTEGRITI
PERINGKAT IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
DEWAN TUN FATIMAH
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
25 SEPTEMBER 2013
09.00 malam:Pendaftaran peserta dan panel hakim
09.15 malam:Bacaan doa
09.20 malam;Pertandingan Pidato Integriti
10.20 malam:Persembahan Dondang Sayang dan Pantun
10.35 malam:Cabutan Bertuah
10.50 malam:Penyampaian hadiah dan cenderahati
11.00 malam:Bersurai
LAMPIRAN B
PERATURAN PERTANDINGAN PIDATO INTEGRITI
PERINGKAT IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
TEMA
Pendidik berintegriti teras pencapaian 1 Malaysia
FORMAT PERTANDINGAN
Pertandingan akan diadakan dalam satu bahagian. Setiap peserta akan bertanding dalam bahagian tersebut. Pemidato akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah dipilih lebih awal.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Pemidato akan menyediakan 1 buah pidato.
Pemidato akan diberi masa lima (5) minit untuk menyampaikan pidatonya.
Loceng akan dibunyikan sekali pada minit ke-4 dan dua kali pada minit ke-5 menandakan masa telah tamat.
Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak dipertimbangkan oleh pihak juri untuk memberikan markah.
Pemidato yang membaca teks semasa berpidato akan dipotong markah persembahan.
Masa akan bermula sebaik sahaja peserta memulakan penyampaiannya.
Kritikan terhadap isu-isu sensitif berkaitan dengan agama, bangsa, politik dan kebudayaan atau peribadi seseorang adalah dilarang.
Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan juga dilarang.
Pengerusi pidato dilantik dalam kalangan pelajar.
PEMILIHAN TAJUK
4.1Tajuk-tajuk pidato telah ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelolaan Pertandingan. Sila rujuk Lampiran B (1)
PERATURAN PEMARKAHAN
Pidato
Isi (40 markah)
Pemidato diadili daripada aspek penyampaian isi yang bernas, tepat dan jitu. Susunan isi kemas, data daripada sumber yang tepat dan logik serta huraian yang baik dan lancar. Keaslian isi dan persembahan susunan isi turut diambil kira dalam pemberian markah.
Bahasa (30 markah)
Pemidato akan diadili daripada aspek bahasa yang jelas dan tepat, pemilihan kata yang sesuai dan menarik, indah dan santun serta tatabahasa yang betul.
Persembahan (30 markah)
Pemidato akan diadili daripada aspek persembahan yang lancar, licin, menunjukkan keyakinan diri, gaya yang menarik, nada, intonasi dan jeda yang sesuai serta bahasa badan yang sesuai dan penampilan diri yang kemas dan santun.
Pemarkahan muktamad
Keputusan muktamad akan dikira berdasarkan markah purata kedu-dua bahagian pidato. Panduan pemarkahan adalah seperti berikut :
Jumlah Pidato Bahagian Pertama + Pidato Bahagian Kedua, dibahagi dua dan dapatkan jumlah akhir.
Pidato Bahagian Pertama + Pidato Bahagian Kedua
___________________________________________ =JUMLAH
2
Pidato Bahagian Pertama + Pidato Bahagian Kedua
___________________________________________ =JUMLAH
2
LAMPIRAN B (1)
TAJUK-TAJUK :
Pendidik Berintegriti Negara Berkualiti
Pendidik Berintegriti Pemangkin 1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara
Pendidik Berintegriti Pemangkin 1Malaysia
Pendidik Berintegriti Pelajar Bermaruah Tinggi
Pendidik Berintegriti Bahasa Berkualiti
Pendidik Berintegriti Bangsa Berkualiti
Pendidik Berintegriti Pendidikan Berkualiti
Pendidik Berintegriti Negara Dihormati
Pendidik Berintegriti Pelajar Disayangi
Pendidik Berintegriti Merangsang Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia
Pengukuhan Integriti Tanggungjawab Pendidik
Pemantapan 1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara : Guru Berintegriti Jawapan Terbaik
Pembudayaan Integriti Bermula Daripada Pendidik Berintegriti
Pendidik Berintegriti Menjana Modal Insan Kelas Pertama
Globalisasi Cabaran Pendidik Berintegriti