Teks Pidato Spontan : Nur Aina Fadhlina Binti Ahmad Fazli

Nur Aina Fadhlina binti Ahmad Fazli

Sek Keb Bayan Lepas 2

Teks Pidato Spontan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Terima kasih pengerusi majlis, kombinasi intelektual kehakiman bervisi, penjaga masa yang setia, guru-guru penggerak generasi berwawasan seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya kasihi.

Alhamdulillah.
Tajuk pidato spontan saya ialah ______________________________________.
Di sini, saya ingin menampilkan dua idea utama untuk menghuraikan tajuk pidato spontan saya. Pertama, ____________________________________________
dan kedua, _____________________________________________________.

Hadirin sekalian,
Fokus pertama iaitu _______________________________________________
______________________________________________________________
_____________________________________________________________.

Hadirin sekalian,
Fokus kedua pula iaitu _____________________________________________
___________________________________________________________________________________________________________________________.

Rumusannya, ____________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________________________________.

Sekian, terima kasih.

NOTA PIDATO SPONTAN

KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kebersihan bermaksud terhindar daripada sebarang kekotoran sama ada kekotoran yang nampak seperti najis-najis dan juga kekotoran dalaman seperti perbuatan serta sikap negatif termasuk sombong, bongkak, iri hati dan sebagainya.

Antara kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian ialah menjaga kebersihan fizikal termasuk kebersihan diri. Contohnya kebersihan kuku, rambut, pakaian dan sebagainya. Seseorang yang selalu tampil bersih pasti akan disenangi oleh rakan dan taulan. Orang yang mementingkan kebersihan akan terhindar daripada sebarang penyakit seperti wabak H1N1, denggi, chikukunya dan lain-lain.

Selain kebersihan fizikal, kebersihan hati, minda dan rohani juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Contohnya seorang pelajar yang rajin, tekun, sering menunaikan perintah Allah, sentiasa bersedia belajar di dalam kelas serta menghormati ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan pasti akan mencapai kejayaan cemerlang dalam kehidupannya.

Kesimpulannya, kebersihan itu amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan cabang iman. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kebersihan kerana kebersihan lambang ketamadunan seseorang. Sekian, terima kasih.

KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Negara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan raya yang sangat baik. Namun, kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak setanding dengan kemudahan infastruktur yang ada di negara kita. Mengapa ini terjadi? Persoalannya bagaimana kita sebagai pengguna jalan raya bertanggungjawab untuk memastikan jalan raya selamat digunakan?

Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya memandu mengikut had laju yang ditetapkan, memakai tali pinggang keledar, mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong yang betul dan banyak lagi. Jika semua pengguna mematuhi peraturan yang ditetapkan, maka keselamatan di jalan raya sudah pasti dapat ditingkatkan.

Selain itu, para pengguna jalan raya patut mengamalkan sikap bertolak-ansur, saling menghormati antara satu sama lain dan berhemah ketika memandu. Jika sikap ini sentiasa diaplikasikan oleh pengguna ketika di jalan raya, pasti tahap keselamatan dapat dipelihara malahan nyawa dapat diselamatkan.

Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab bersama baik pejalan kaki, penunggang basikal mahupun pemandu kenderaan. Keselamatan semua pengguna bergantung kepada keperihatian dan komitmen tinggi para pengguna. Oleh itu, berhati-hati di jalan raya, nyawa pengguna di tangan kita. Sekian, terima kasih.

FAEDAH MENABUNG

Berapa ramai di antara kita yang suka menabung? Kenapa menabung penting kepada setiap orang? Orang-orang tua ada menyatakan, Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Maksudnya jika hari ini kita berjimat cermat, hasilnya kita akan memperoleh kesenangan di hari kemudian.

Menabung sangat penting. Melalui wang tabungan, kita dapat membeli barangan yang diperlukan tanpa mengharapkan pemberian orang lain terutama ibu bapa. Wang yang disimpan dapat digunakan ketika kita berada di dalam kesempitan selain membantu ibu bapa terutama untuk membeli keperluan persekolahan.

Menabung juga mengajar kita berjimat-cermat ketika berbelanja. Wang yang disimpan secara berterusan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana kos untuk menyambung pelajaran sangat tinggi. Hal ini membolehkan kita membantu ibu bapa daripada terlibat dengan pinjaman pelajaran dan seterusnya menanggung hutang yang sudah pasti membebankan.

Kesimpulannya, amalan menabung memberi impak yang positif kepada kita. Oleh itu marilah kita mula menyimpan dan menabung agar dapat membantu kita di masa hadapan bak kata pepatah sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Sekian, terima kasih.

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG

Tahukah anda apa yang dikatakan makanan seimbang? Bagaimana untuk mendapatkan makanan seimbang? Dan apakah kepentingan makanan seimbang? Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, mineral, protein, zat besi dan juga vitamin.

Makanan seimbang amat penting untuk semua orang. Kegagalan individu mengambil makanan seimbang akan mengundang kepada pelbagai gejala penyakit, menyebabkan pertumbuhan individu terbantut malahan turut menyebabkan organ badan gagal berfungsi dengan baik.

Makanan seimbang penting terutama kepada para pelajar. Pengambilan makanan berkarbohidrat pada sebelah pagi akan menyebabkan seseorang pelajar mengantuk ketika di dalam kelas, pergerakan menjadi tidak cergas malahan daya ingatan kurang tajam. Malahan makanan seimbang penting untuk mengekalkan daya tumpuan pelajar di dalam kelas.

Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat penting buat semua orang. Tanpa pemakanan yang seimbang, individu mengundang dirinya ke kancah pelbagai wabak dan penyakit yang memudaratkan diri sendiri. Oleh itu, pastikan anda mengamalkan pemakanan secara seimbang untuk kestabilan kesihatan. Sekian, terima kasih.

KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang disertai oleh para pelajar di luar bilik darjah dan di luar waktu persekolahan. Antara aktiviti kokurikulum adalah aktiviti dalam sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta menyertai kegiatan unit beruniform.

Kegiatan kokurikulum sangat penting kepada para pelajar. Antara manfaatnya adalah kegiatan kokurikulum dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar termasuk saling bekerjasama, melahirkan rasa 1 Malaysia terutama bagi kegiatan berbilang kaum, belajar berdikari malahan memupuk keberanian melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Selain itu, para pelajar juga akan sentiasa berwawasan tinggi, berdaya saing malahan cergas dan cerdas sepanjang masa.

Di samping itu, melalui kegiatan kokurikulum para pelajar dapat memanfaatkan masa senggangnya dengan melakukan kegiatan berfaedah termasuk bermain, berkhemah, berekspedisi, berkayak dan lain-lain. Hal ini membantu mereka daripada terjebak dalam kegiatan tidak bermoral dan bercampur dengan individu yang rendah akhlak.

Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang sangat baik terutama kepada para pelajar yang sentiasa berwawasan dan bercita-cita tinggi. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau tidak sertai kokurikulum, manakan tahu nilai faedahnya. Sekian, terima kasih.

Tajuk-tajuk lain.

Tahun 2012

1. Sekolahku syurgaku4. Kebersihan alam sekitar warisan negara

2. Budi bahasa budaya kita5. Keluarga penyemai peribadi mulia

3. Bangsa berilmu bangsa berjaya6. Insan cemerlang negara terbilang

Tahun 2013

1. Faedah menabung

2. Insan cemerlang negara terbilang

3. Kebersihan alam sekitar warisan negara

4. Bangsa berilmu bangsa berjaya

5. Kokurikulum membentuk watak cemerlang

6. Kepentingan makanan seimbang

7. Kepentingan menyertai kokurikulum

8. Budi bahasa budaya kita

Leave a Reply