ISI PIDATO SPONTAN
NEGARA BERSIH RAKYAT SIHAT
USAHA MEMBENTUK NEGARA BERSIH
-Gotong Royong Membersihkan Kawasan, contohnya di kawasan pantai, sungai dan kawasan perumahan
-Kempen Cintai Bumi Kita
-Kempen Bumi Hijau
-Kawalan Undang-Undang
KESAN POSITIF NEGARA BERSIH
-Kualiti hidup rakyat semakin meningkat-taraf kesihatan bertambah baik
-Menjamin Kesihatan Elak penyakit baru muncul
-Penambahan bilangan rakyat sihat dapat membantu ekonomi negara sumbangan tenaga kerja produktif
MASYARAKAT SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
Penubuhan jawatankuasa kebajikan dan keselamatan kampung (JKKK) dan rukun tetangga untuk mengawal keselamatan kampung berganding bahu menjaga keselamatan penduduk sekaligus mengelakkan daripada berlaku kes kecurian
Cara menjaga kesepakatan antara penduduk : kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi semasa musim perayaan
menghulurkan bantuan apabila jiran ditimpa kesusahan, contohnya bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran
JIMAT BERBELANJA BANYAK FAEDAHNYA
FAEDAH JIMAT BERBELANJA
Menggalakkan amalan menabung -simpanan untuk masa kecemasan
Menjimatkan wang perbelanjaan-hanya beli barang yang perlu
Mengelakkan beban hutang
CARA UNTUK JIMAT BERBELANJA
Senaraikan barang keperluan
Dahulukan perbelanjaan yang penting
Menyenaraikan rancangan perbelanjaan
NILAI MURNI PENYULUH HIDUP
Kepentingan mengamalkan nilai murni
-Membentuk masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran agama
-Mengelakkan diri daripada terjebak dengan pengaruh negatif
-Melahirkan insan berakhlak mulia
2) Cara memupuk nilai murni
-Kempen budi bahasa budaya kita
-Penerapan nilai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah
NEGARA MALAYSIA NEGARA TERBILANG
Kejayaan malaysia mencipta nama dalam semua bidang sama ada politik, sosial mahupun ekonomi
-Politik :
Kebijaksanaan pemimpin- dasar menyatupadukan masyarakat berbilang kaum, contohnya melalui perlaksanaan Rukun Negara dan Dasar 1MALAYSIA
-Ekonomi :
Malaysia menjadi kawasan tumpuan pelancong: Pulau-pulau yang indah dan pantai yang cantik menggamit kedatangan pelancong, contohnya pulau Redang dan Pulau Langkawi
Sosial
Pencapaian wira sukan negara, contohnya sukan badminton Datuk Lee Chong Wei, sukan skuasy Datuk Nicol Ann David, berbasikal : Azizul Hasni Awang