Pidato : WAJ3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 2

WAJ3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 2

NAMA: ROZIYANAH BINTI SANIP

NO. KAD PENGENALAN: 810722-01-6210

OPSYEN: TESL (3)

Bismiilahhirrahmanirrahim.. Teraju Perdana Majlis nan budiman, panel juri penjunjung kesaksamaan, penjaga masa penghitung detik perjalanan, dan kulasentana dewan yang dimuliakan. Salam ukhuwah berbungakan kemesraan.

Berdirinya saya disini pada hari ini bukanlah sekadar untuk bergurindam ber seloka apatahlagi untuk bergelak ketawa. Tetapi saya disini pada hari ini adalah untuk melontarkan idea-idea bernas saya mengenai tajuk kita Guru Penjana Wawasan Negara

Kulasentana dewan kluster ilmuan,

Lontaran idea pertama, guru menjana pemikiran untuk mengubah nasib bangsa melalui pendidikan, Pembelajaran seimbang mampu menjana insan gemilang yang dapat melonjakkan ekonomi negara. Berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2006, kedudukan Malaysia telah berubah dari kedudukan ke-28 kepada kedudukan ke-23 pada tahun yang 2007. Laporan Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf Malaysia sudah mencapai kategori tinggi dalam pembangunan insan.

Dalam abad ini, ketuanan dan keterbilangan sesebuah negara bersandarkan kehebatan ekonominya. kita mahukan generasi yang diibaratkan duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak bukannya pemimpin yang hanya tahu menakik darah di batu. Kita perlu lakukan transformasi ekonomi melalui generasi yang bijak meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan hasilnya mengagumkan seluruh planet ini.

Saya amat tertarik dengan kata-kata dua sarjana terkenal di Amerika Syarikat, Rick Smolan dan Jennifer Erwitt dalam buku 24 hours in Cyberspace menganggap Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin politik yang paling bijaksana secara teknikalnya di atas planet bumi ini.

Kita mahu melahirkan generasi baru yang sehebat Tun Dr Mahathir atau lebih daripada itu. Oeh itu, siapakah yang dapat membimbing generasi baru ini?Jawapnya sudah tentulah kita tuan-tuan. Para guru yang harus menjadi baja bagi memastikan benih-benih kegemilangan ini mendapat sokongan yang mencukupi bagi membolehkannya menjadi rimbunan yang mampu memayungi negara.

Kulasentana dewan penggerak wawasan

Lontaran idea kedua, guru sebagai benteng kepupusan nilai-nilai di dalam,diri pelajar. Dunia pada hari ini sudah penat menyaksikan masalah sosial yang semakin melarat, seks bebas sudah dijadikan adat, hubungan sejenis mula mendapat tempat,untuk menjadi hebat ilmu tidak lagi diangkat, sebaliknya corupsi yang menjadi syarat. Adakah ia hanya perlu untuk di lihat? atau sebenarnya ia perlu segera diubat.

Malaysia kini mempunyai 25 juta penduduk. Persoalannya kini mengapa potensi jasad ini berbeza-beza. Ada yang menjadi khalifah, namun ada yang menjadi sampah, ada yang ke universiti tetapi ada juga yang ke pusat serenti, ada yang menjadi pejuang tetapi mengapa ada yang menjadi petualang? Tuntasnya para hadirin dan hadirat sekalian, terbangnya belon bukanlah disebabkan merah, biru atau kuning warnanya tetapi adalah disebabkan gas yang berada di dalamnya.

Begitulah situasi yang dihadapai oleh para pelajar ketika ini.Lantaran itu, para pelajar ini memerlukan bimbingan, teguran tika melakukan kesalahan, suluhan tika jalan nampak kelam.Disinilah kita sebagai guru akan memainkan peranan, memberi contoh tauladan, kata-kata semangat tika mereka berada di persimpangan,cahaya petunjuk tika pandangan mereka kelam kerana kita adalah garisan tipis yang memisahkan diantara hitam dan putih kehidupan.

Kedengaran amat berat beban ini untuk digalas oleh bahu-bahu kita yang rasanya semakin hari semakin rebeh dibebani tuntutan tugasan harian, Namun, jika tugas ini tuan-tuan tinggalkan, maka hancurlah masa depan insan, maka binasalah gagasan wawasan kerana tanpa nilai-nilai baik di dalam diri, negara yang terbangun hanya sekadar kaya jasmani tetapi papa kedana dari segi rohani.

Kulasentana dewan kluster cendikiawan,

Lontaran idea ketiga, guru sebagai pemupuk bibit-bibit perpaduan di kalangan anak bangsa.Ingatkah para hadirin pada peristiwa berdarah 13 Mei? Menyebutnya sahaja sudah cukup meremangkan bulu roma. Manakan mungkin kita hadapi coretan hitan itu sekali lagi. Peristiwa hitam itu telah menyebabkan kerajaan mengambil pelbagai langkah bagi menyuburkan perpaduan kerana percaya bahawa perpaduan kaum amatlah penting bagi menjamin kejayaan sesebuah Negara.Kemakmuran sesebuah negara bergantung pada keutuhan hubungan pada setiap lapisan masyarakat,Hubungan yang erat akan menjdi satu aset yang penting dalam memajukan Negara.

Para pendidik tidak kira disekolah mana anda menabur jasa, baik SK, SJK(C) mahupun SJK(T) haruslah bersama-sama mendidik,membantu menyemai bibit-bibit perpaduan ini dikalangan anak bangsa. Segala aktiviti yang dijalankan pastikan ada percampuran kaum, Setiap masalah yang melibatkan sensitivity sesebuah kaum harus ditangani dengan bijak dan sempurna. Didiklah anak-anak kecil ini cara menghormati dan menghargai rakan sebaya yang pelbagai bangsa. Mereka ini ibarat kain putih belum tertempa. Sebagai pendidik, andalah penentu corak dan warna mereka,

Kulasentana dewan kluster intelektual sekalian

Pidato saya ini bukanlah rancangan televisyen yang akan menyiarkan iklan. Oleh itu marilah kita bersama-sama mendengar lontaran idea saya yang keempat. Guru menggalas cabaran pendidikan pada masa kini melalui perubahan transformasi teknologi maklumat.

Sikap dan perkembangan minda pelajar juga berubah seiring dengan peredaran masa.  Semua ini memerlukan pergorbanan guru untuk turut sama bergerak dalam iringan perubahan global.

           Bagi mencapai usaha ini, guru perlu menerapkan kaedah baru dalam pembelajaran kerana masa depan negara bergantung kepada keupayaan guru melahirkan generasi berkemahiran dan memenuhi cita rasa bangsa dan negara. Guru harus berusaha meningkatkan kemahiran terutama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) agar lebih kreatif dan inovatif dalam teknik pembelajaran di samping memiliki ilmu dan pengetahuan lebih luas.

Kulasentana dewan yang dirahmati Allah sekalian,

Konklusinya, hanya pendidikan yang seimbang mampu melahirkan generasi yang gemilang.Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata orang berilmu harus menggunakan ilmunya untuk menjana kebaikan, meningkatkan kualiti diri dan produk yang kita hasilkan. Oleh itu, guru harus bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat. . Maka dengan sebab-sebab inilah maka dinyatakan bahawa Guru penjana transformasi negara.

Sekian. Pemidato bestari mohon permisi.

ENCIK ISMAIL BIN JAAFARPage 2

Leave a Reply