Teks Pidato Koperasi2 : Indah Berbalam Si Awan Petang,

Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara;

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,Yang Arif lagi Bijaksana Barisan Hakim Yang Sentiasa Berpaksikan Keadilan Semestinya,Saudara /saudari Penjaga Masa Yang Setia Dengan Randiknya,Seterusnya rakan2 seperjuangan yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikum wbt.

Dengan izin, Insanity is doing things over and over again and expecting different results, Benjamin Franklin,seorang pengasas negara Amerika Syarikat pada kurun ke 18. Ertinya, kita tidak boleh mengharapkan kejayaan daripada penggunaan cara lama dalam mengeluarkan dan memasarkan produk kerana terbukti tidak berkesan.

Tegasnya, bicara perdana saya pada detik ini ialah atas persoalan KREATIVITI DAN INOVASI DAPAT MEMPERKASAKAN KOPERASI.

Mengikut kamus Dewan Edisi Terbaru Frasa kreativiti bermaksud kemampuan reka cipta manakala Inovasi merupakan pendekatan baru dalam

melakukan sesuatu dan tidak semestinya bergantung kepada ciptaan baru. Koperasi pula ialah sebuah syarikat yang menjalankan kegiatan ekonomi demi kepentingan bersama.

Ghalibnya,nilai2 ini amat imperatif dalam penghasilan dan pemasaran produk atau perkhidmatan masing-masing bagi menjadikan ia lebih kompetitif untuk menguasai pasaran.

Sidang Pendengar Yang Setia,

Atas kata bicara, Mempelbagai Aktiviti Koperasi adalah hujah saya yang pertama.Sebagai contoh, dengan Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi menjalankan aktiviti komersil,ia bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan koperasi dan anggota malahan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Seterusnya, pihak koperasi perlu menggalakkan penglibatan koperasi dalam kegiatan perniagaan serta keusahawanan seperti francais, vendor, rangkaian pemasaran dan pembangunan hartanah.Justeru,inisiatif yang inovatif ini izhar membuktikan bahawa koperasi mampu berdaya saing,berdaya tahan serta berdaya maju di persada antarabangsa.

Hujah saya yang kedua ialah berpaksikan,Menghasilkan produk yang mempunyai kegunaan baru. Sesuatu proses pengeluaran produk itu perlulah diteliti dari segi penggunaan, penyelenggaraan, penyimpanan, cara pengagihan serta citarasa pelanggan.Pada masa yang sama,produk2 ini juga perlu diberikan tambah nilai dari segi rasa,kualiti,serta pembungkusan.Contoh produk yang boleh dipelbagaikan kegunaannya ialah termasuk ternakan haiwan, tanaman kelapa sawit, jagung, nanas, produk berasaskan kayu bagu meningkatkan lagi jumlah pendapatan koperasi.Oleh itu, koperasi mesti sentiasa berusaha untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan dari masa ke masa mengikut kehendak pasaran dan citrasa pengguna .

Sidang Dewan Yang Budiman,

Kata Kunci saya yang ketiga, Penjimatan kos produk dan barangan.Kita seringkali sukar memilih produk dan perkhidmatan dari pembekal yang menawarkan harga yang rendah. Tambahan pula,Lambakan produk dan perkhidmatan yang berada di pasaran masakini sememangnya telah mengundang persaingan kepada pengeluar.Namun, sekiranya inisiatif penambahbaikan produk dilakukan,sudah semestinya kos sesuatu barangan itu akan dapat dijimatkan.Maka,hasilan produk2 ini juga dapat dijual dengan harga yang berpatutan sekaligus menarik perhatian lebih ramai pengguna.Ingat, Pelanggan adalah Raja atau dengan izin, Customer is King . Jadi, setiap langkah dan keputusan yang di ambil didalam sesuatu perniagaan itu mestilah berorientasikan pelanggan.

Hadirin,

Isi yang ke-4 adalah bertitik tolak atas dasar,Mempromosikan dan Meningkatkan Kualiti Produk Koperasi selari dengan Teknologi terkini.Promosi ini boleh dilakukan secara publisiti yang meluas melibatkan pengiklanan dan promosi jualan melalui web mahupun blog.Selain itu,Unit Perkhidmatan Koperasi yang bertanggungjawab mempromosikan produk2 koperasi boleh menjadikannya sebagai cenderamata kepada pelancongdan pelawat .Sesungguhnya,ini merupakan salah satu usaha mempromosikan produk2 koperasi.

Sidang Audian yang dirahmati Allah s.w.t,

Antara galakan koperasi dalam meningkatkan kreativiti dan inovasi ialah mewujudkan kerjasama antara Program Pembudayaan Koperasi Sekolah dengan suruhanjaya Koperasi Malaysia,ANGKASA serta Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk mengasah bakat2 usahawan muda yang kreatif dan inovatif.

Seperti Kata Perdana Menteri Malaysia,Inovasi bukan lagi milik sesiapa,bukan milik mana2 negara atau bangsa.Ia boleh dimiliki oleh semua dan jika ia dijadikan amalan budaya hidup,ia boleh memperkasan sesebuah bangsa.

Hadirin,

Ahli2 koperasi pastinya akan berpeluang mempelajari cara2 berurusan dengan pelanggan dan dapat diasah bakat sejak di bangku sekolah bak melentur buluh biarlah dari rebungnya.Malah,mereka turut memperoleh pulangan dividen serta pembelian produk dan perkhidmatan denagn harga yang rendah.Dengan itu secara tidak langsung ia akan menjadi satu landasan kepada ahli koperasi untuk menceburkan diri dalam keusahawanan pada suatu masa kelak.

Sebagai akhir kata penutup bicara,

Koperasi pastinya akan dapat meningkatkan keupayaan di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti serta berkeupayaan untuk meletakkan produk dan perkhidmatan koperasi setanding dengan pengeluar pengeluar lain menerusi  strategi pemasaran yang kreatif dan inovatif.Sesungguhnya,pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi perlulah sentiasa memberikan bantuan dan galakan  kepada  koperasi demi merialisasikan koperasi sebagai penggerak dominan ekonomi dalam menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB) agar keuntungan perniagaan meningkat hingga mampu bersaing di persada dunia.

Tuan puteri pergi ke Rasah,

Pulang semula sebelah pagi,

Kita bertemu akhirnya berpisah,

Diizin Tuhan bersua lagi..

Sekian,terima kasih.wabillahi…

Dihasilkan oleh :Maisarah binti Mohd Nordin

Kelas: 4 Science/2010

Leave a Reply