Teks Juruacara Pertandingan Pidato

TEKS JURUACARA PERTANDINGAN PIDATO

Dari Nilai pergi ke Seremban,

Terus pula ke Kampung Geddes,

Harap semua berikan perhatian,

Mohon saya mulakan majlis.

Melayang serindit di atas permatang,

Merbak berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t, selamat pagi, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.

Yang dihormati para hakim yang adil lagi bijaksana, ajk pelaksana, para peserta serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinannya dapat kita bersama-sama memeriahkan majlis kita pada pagi ini iaitu Pertandingan Pidato 1 Malaysia, Karnival Kokurikulum Asrama Harian Peringkat Negeri Sembilan 2014. Pada kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan amat mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian di sini.

Untuk makluman hadirin, Pertandingan Pidato 1 Malaysia, Karnival Kokurikulum Asrama Harian Peringkat Negeri Sembilan 2014 telah menerima sebanyak 20 penyertaan dari sekolah-sekolah di Negeri Sembilan.

Hadirin yang dihormati sekalian, sebentar lagi kita akan memulakan Pertandingan Pidato 1 Malaysia, Karnival Kokurikulum Asrama Harian Peringkat Negeri Sembilan 2014. Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya membaca peraturan pertandingan.

Peraturan Pertandingan

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan mengikut kedudukan nama di dalam senarai nama pendaftaran. Peserta diingatkan supaya berada pada tempat masing-masing mengikut giliran yang ditentukan. Pengacara majlis dan peserta pidato TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah masing-masing.

BAHAGIAN PERTAMA

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu iaitu:

Asramaku Syurgaku

BAHAGIAN KEDUA

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja ketua hakim. Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama. Setelah mendapat tajuk, peserta diberi masa satu minit untuk membuat persediaan di pentas pidato tanpa bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat eletronik.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Peserta diberi masa TUJUH(7 minit) untuk pidato bahagian pertama, dan EMPAT (4 minit) untuk pidato bahagian kedua.

Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1 minit ) sebelum tamat, dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan.

Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.

Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.

Peserta pidato diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah / pakaian kebangsaan.

Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.

Izinkan saya memperkenalkan 5 orang panel hakim pertandingan. Yang pertama Pn/En. _________________ selaku ketua hakim, kedua En/Pn _______________, ketiga En/Pn ___________________, keempat En/Pn ________________________ dan kelima En/Pn __________________________. Penjaga masa ialah saudari/ saudara __________________.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pertandingan Pidato 1 Malaysia, Karnival Kokurikulum Asrama Harian Peringkat Negeri Sembilan 2014 dimulakan dengan pidato Bahagian A. Untuk itu, majlis dengan sukacita menjemput peserta pertama untuk menyampaikan pidato beliau. Dipersilakan saudara/saudari _____________________ dengan pidatonya yang bertajuk ___________________.

………………………………………………(tunggu sehingga pemidato selesai)…………………………………

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta kedua untuk menyampaikan pidato.

Dipersilakan saudara/saudari _____________________ dengan pidatonya yang bertajuk ___________________.

…………………………………………..(ulang perkara yang sama sehingga peserta ke-20)……………

Begitulah tadi berakhirnya pertandingan Pidato Bahagian A. Para peserta diminta bersedia untuk pertandingan Pidato Bahagian B iaitu pidato secara spontan. Majlis akan berhenti rehat sebentar dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang.

……………………………………………………………………………………………………………………………………

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin. Sekarang tiba masanya yang kita nantikan iaitu pidato Bahagian B. Pada bahagian ini, peserta hanya diperuntukkan 4 minit untuk menyampaikan pidatonya. Para peserta perlu memilih tajuk dari sampul yang berada pada pihak hakim. Peserta diberikan masa selama 1 minit untuk membuat persediaan bagi menyampaikan pidato mereka tanpa apa-apa bantuan nota, alal tulis atau alat elektronik.

Tanpa melengahkan masa, saya menjemput peserta pertama untuk memilih sampul tajuk spontan. Dipersilakan saudara/ saudari …………………… .

………………………………………..(tunggu peserta selesai berpidato)………………………………….

Terima kasih diucapkan. Seterusnya dipersilakan peserta kedua saudara/ saudari ________________________ untuk memilih sampul tajuk spontan. Majlis mempersilakan.

………………………………….(ulang dialog sehingga peserta ke-20)………………………………………..

Dengan berakhirnya pidato dari peserta terakhir itu tadi, maka berakhirlah Pertandingan Pidato 1 Malaysia,Karnival Kokurikulum Asrama Harian Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2014. Majlis akan berhenti rehat seketika, bagi memberi laluan kepada juri untuk membuat permarkahan pertandingan.

Hadirin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Bagi membuat rumusan pertandingan, majlis dengan sukacita menjemput ketua hakim ………………………………………………………………………… untuk menyampaikan rumusan keseluruhan Pertandingan Pidato 1 Malaysia, Karnival Kokurikulum Asrama Harian Peringkat Negeri Sembilan 2014.

Majlis merakamkan terima kasih.

Maka dengan ini, rasmilah sudah Pertandingan Pidato 1 Malaysia, Karnival Kokurikulum Asrama Harian Peringkat Negeri Sembilan 2014.

Budak-budak bermain galah,
                           Bermain galah di tepian gelanggang;
          Ada yang menang ada yang kalah,

Itulah dia adat pertandingan.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderamata dan sijil. Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan Pn. Suhaila Bt Mahasan selaku penyelaras pertandingan bagi menjemput dan mengiringi Pn. Zairulniza untuk menyampaikan hadiah kepada barisan panel hakim.

Dijemput……………………….., merangkap ketua hakim untuk menerima sijil dan cenderamata.

Seterusnya dipersilakan …………………………., …………………………., …………………. dan dipersilakan ………………………………..

Majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada peserta-peserta Pertandingan Pidato 1 Malaysia, Karnival Kokurikulum Asrama Harian Peringkat Negeri Sembilan.

Pemenang tempat ketiga …………………………………………………………………… dari SMK ……………………………..

Naib johan dipersilakan …………………………………………………………….. dari SMK …………………………………

Dan johan Pertandingan Pidato 1 Malaysia, Karnival Kokurikulum Asrama Harian Peringkat Negeri Sembilan.

Telah disandang oleh peserta ………………………………………………………. dari SMK …………………………. . Hadiah untuk Johan Pertandingan akan disampaikan di Astaka pada Majlis Penutupan Karnival Kokurikulum Asrama Harian Peringkat Negeri Sembilan 2014 yang akan diadakan pada jam 6.00 petang. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta.

Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah dan cenderamata itu tadi kita telah pun berada di penghujung majlis. Saya bagi pihak majlis, memohon ampun dan maaf seandainya terdapat kekurangan dan salah silap sepanjang majlis ini berlangsung.

Bunga dedap di atas para,
            anak dusun pasang pelita;
kalau tersilap tutur bicara,
               jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,
melihat rusa tepi perigi;
   salam perpisahan untuk semua,
dilain masa bersua lagi.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, assalamualaikum wbt. Terima kasih.

Leave a Reply