Kertas Kerja Kursus Asas Pidato Anjuran Ehsan

EHSAN RESEARCH CENTRE

E

R

C

E

R

C

Tarikh

27 & 28 September 2014

Anjuran

EHSAN RESEARCH CENTRE

Tempat

PUSAT LATIHAN PKM DUN PERMATANG

AA

APA ITU PIDATO

Pidato boleh didefinasikan sebagai seni pengucapan dan ungkapan fikiran di khalayak umum dengan memakai bahasa yang indah untuk memikat dan memukau audiens untuk terus mendengar apa yang diperkatakan. Pidato dan pengucapan adalah tunggak kepada lahirnya sebuah masyarakat yang berkeyakinan, bertrampilan, berwibawa dan mampu mengeluarkan hujah dan idea berkesan bagi melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang berjaya.

Ilmu pidato adalah satu cabang ilmu yang memerlukan kredibiliti dan pengasahan minda agar menjadikan sesutu bangsa itu bertrampilan dan berjaya. Kewibawaan diri dapat ditonjolkan dek kerana keyakinan dan kepetahan meluahkan bait perkataaan yang memukau pendengaran dan minda di hadapan khalayak ramai. Ianya berdasarkan prinsip fatonah (kebijaksanaan), amanah (kejujuran), tabligh (menyampaikan) dan siddiq (kebenaran) serta ukhwah (pertalian). Maka pidato yang diperjuangkan di sini sangatlah berkesan di dalam era masa kini.

Pidato juga merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Ramai dikalangan kita masih menganggap kebolehan ini satu keistemewaan warisan yang diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya.

" Mempelajari ilmu pidato itu bukanlah suatu kemahuan tetapi merupakan suatu perkara penting di abad ini. Seperkara yang berteraskan kemahuan tidak bertahan lama namun suatu perkara yang berteraskan keperluan akan terus kekal."

Kajian yang telah dijalankan di negara – negara barat dan melalui pemerhatian yang dibuat di tanahair membuktikan bahawa anggapan begini adalah tidak tepat dan tidak benar sama sekali. Kemahiran pidato ini sebenarnya boleh dipupuk atau diasah melalui proses pembelajaran, pendedahan dan amalan dengan panduan serta bimbingan dari pemidato yang terlatih dalam bidang ini.

Kesimpulannya setiap induvidu yang normal boleh berpidato sekiranya diberi peluang mengenali dan mempelajari kemahiran tersebut secara terperinci dan bersistematik.

KENAPA PIDATO ITU PENTING

Kemahiran berkomunikasi dan berpidato amat kritikal dalam menentukan keberkesanan pekerjaan (job effectiveness). Pidato semakin pesat menjadi faktor perbezaan (differentiator) untuk profesional IT, menurut Boyd Rodman, seorang prodesor IT. Ramai graduan kita mempunyai kemahiran teknikal dan pengurusan, tetapi masih tidak mampu meraih pekerjaan yang membanggakan.

"Kemahiran teknikal akan mendapatkan anda pekerjaan, tetapi kemahiran komunikasi dan berpidato akan mendapatkan anda kenaikan pangkat" Inilah kebiasaan nasihat yang diberikan kepada bakal – bakal graduan di sebuah kolej swasta di Amerika Syarikat tidak lama dahulu. Namun kini kemahiran teknikal saja tidak mencukupi untuk mendapat pekerjaan, apatah lagi untuk kenikan pangkat. Isu graduan menganggur sudah menjadi kritikal. Kebanyakan institusi pengajian tetinggi terutama di AS memastikan pelajar mereka mendapat latihan pidato dengan memasukkan pidato sebahagian dari kursus pengajian.

Trend industri adalah ke arah teamwork, kerja berpasukan. Sesiapa yang menjadi ketua kumpulan perlu membuat persembahan dan penyampaian keputusan penyelidikan kumpulan tersebut dan sudah pasti mendapat perhatian dan pengiktirafan. Orang Melayu banyak mengalah dalam hal ini, dan natijahnya bangsa lain yang mendapat pengiktirafan walhal yang mencetuskan idea adalah orang Melayu. Sifat kepimpinan sangat tipis dan adakalanya tiada langsung, bukan kerana tidak upaya tetapi tiada keyakinan diri..!

Pentingnya pidato dan kemahiran dalam pembangunan manusia amatlah nyata dan disokong oleh pelbagai pihak. Pidato memberi keyakinan diri. Ia membantu seseorang menyampaikan idea dan kreativitinya, kebijaksaannya untuk ditonjolkan ,didengari serta diiktiraf oleh sesiapa juga, dikongsi bersama untuk kemajuan dan pembangunan ummah.

Pericles menyatakan lebih 2300 tahun yang lalu bahawa "sesiapa yang membuat keputusan (judgement) atas apa – apa perkara tetapi tidak dapat menerangkannya dengan jelas lebih baik tidak berfikir langsung tentang perkara tersebut.

Kemahiran pidato adalah satu kemahiran yang diiktiraf seluruh industri, dalam bidang teknikal,pengurusan maupun ilmiah sebagai teramat penting. Walaupun pelbagai jenis media massa membanjiri sebagai alat komunikasi tetapi ianya tidak dapat mengambil alih komunikasi semuka. Pidato adalah cara melafazkan apa yang di minda,expressionof idea; memberi impak atas isu yang berbangkit; satu bentuk empowerment dalam demokrasi.

Oleh itu, masyarakat berpidato perlulah diwujudkan untuk membudayakan masyarakat yang maju pemikirannya, berani, berdaya saing dan mampu mematahkan hujah negetif bagi menghasilkan idea pembangunan serta pemodenan manusia yang positif dan masyarakat yang madani.

Matlamat Kursus

Kursus ini bertujuan untuk membantu peserta mengatasi darah gemuruh serta mempelajari kaedah-kaedah pengucapan awam yang asas. Peserta juga diberi nasihat dan panduan untuk terus meningkatkan dan memantapkan kemahiran sedia ada. Kursus ini amat sesuai sebagai langkah permulaan untuk sesiapa yang ingin berkomunikasi secara berkesan dan berhasrat menjadi pemidato yang cemerlang. Setelah mengikuti kursus ini, peserta akan berkeyakinan untuk menyampaikan ucapan yang berkesan dan memberangsangkan.

Pendekatan Kursus

Kursus ini mengguna pakai kaedah-kaedah pembelajaran dewasa termasuk rancangan pembelajaran aktif demi meningkatkan kefahaman dan penerapan. Kursus ini memperuntukkan 80% masa untuk kegiatan berseorangan atau berkumpulan bagi membolehkan para peserta mempelajari, membina dan menerapkan kemahiran pengucapan awam. Buku kerja akan digunakan untuk memudah pemahaman. Buku kerja ini juga mengandungi latihan-latihan tambahan untuk digunakan oleh peserta setelah tamat kursus.

Modul Kursus

Modul 1
Pengenalan kepada Ilmu Pidato – perihal pentingnya kemahiran pengucapan awam, imbasan pidato-pidato yang agung

Modul 2
Penilaian Diri – di mana saya berada sekarang dan ke mana saya ingin tuju?

Modul 3
Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan – projek ucapan pertama

Modul 4
Penyusunan Ucapan – pembukaan, isi kandungan & penutup, logik & urutan

Modul 5
Bahasa Tubuh – gerakan tangan, gaya berdiri, mimik muka, tatapan mata

Modul 6
Kepelbagaian Suara – kederasan & kelantangan suara, kaedah berdiam seketika

Modul 7
Perbendaharaan Kata Pinjaman – mengurangkan penggunaan perkataan-perkataan yang dicedok daripada Bahasa Inggeris, sebutan yang betul untuk perkataan pinjaman yang boleh diterima

Modul 8
Langkah-langkah Selanjutnya – penilaian diri sekali lagi, perbandingan dengan keputusan terdahulu, apa yang perlu dilakukan sekarang untuk terus maju

Jadual Kursus

Masa

Hari Pertama

Hari Kedua

9.00-10.45 pagi

Pengenalan kepada Ilmu Pidato (M1)
Penilaian Diri (M2)

Kepelbagaian Suara (M6)
Latihan Berseorangan

10.45-11.00 pagi

Minum Pagi

11.00 pagi-12.45 ptg

Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan (M3)
Latihan Berseorangan

Perbendaharaan Kata Pinjaman (M7)
Latihan Berseorangan

12.45-1.45 ptg

Makan Tengahari

1.45-3.15 ptg

Penyusunan Ucapan (M4)
Latihan Berseorangan

Kegiatan Berkumpulan – menerapkan semua kemahiran

3.15-3.30 ptg

Minum Petang

3.30-5.00 ptg

Bahasa Tubuh (M5)
Latihan Berseorangan

Kegiatan Berkumpulan – menerapkan semua kemahiran
Langkah-langkah Selanjutnya (M8)

Kursus ini untuk siapa?

Kursus Pidato ini boleh dikendalikan untuk orang dewasa, termasuk eksekutif dan pengurus, pelajar-pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, malah untuk mereka yang lebih muda (dengan penyesuaian). Kami berpegang bahawa setiap insan memerlukan kemahiran berpidato dan patut memperoleh kemahiran ini seawal mungkin.

TARIKH

27 dan 28 September 2014

8.00 pagi 5.30 petang

TEMPAT

PUSAT LATIHAN PKM DUN PERMATANG

ANGGARAN KOS

BIL.

PERKARA

JUMLAH

1

Makanan dan Minuman RM 30.00

(6 kali makan) 2 hari

40 orang x RM 30.00

1,200.00

2

Penceramah RM 500.00 x 4

4 x RM 500.00

2,000.00

3

Cenderahati RM 30.00 x 40

40 x RM 30.00

1,200.00

4

Kebersihan & Hiasan Dewan

 

100.00

5

Pencetakan

40 x RM 5.00

200.00

6

Fail

40 x RM 3.00

120.00

7

Banner dan Backdrop

 2 unit

200.00

8

Pengurusan dan Urusetia

 

500.00

 JUMLAH KESELURUHAN

 

5,520.00

 LIMA RIBU LIMA RATUS DUA PULOH SAHAJA

 

 

EHSAN RESEARCH CENTRE

E

R

C

E

R

C

No 14A, Jalan Melati 3/19, Bandar Melawati 45000 Kuala Selangor

Ibu Pejabat: Lot 3.34 Tingkat 3, Jalan Raja Laut 53400 Kuala Lumpur

15 Ogos 2014

PEGAWAI PENYELARAS

PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN PERMATANG

25 JALAN NILAM 1

TAMAN NILAM

45500 TG KARANG

SELANGOR DARUL EHSAN

Puan

Per : MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN PROGRAM KURSUS PIDATO

Sehubungan dengan perkara di atas saya melampirkan satu kertas kerja lengkap program yang kami rancang bagi tujuan membantu meningkatkan keyakinan diri serta membangunkan minda dengan penganjuran Kursus Pidato.

2. Besarlah harapan kami agar permohonan ini mendapat pertimbangan terbaik dari Puan agar dapat jalankan program ini dengan lancar.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

.

MOHD FAIZAL BIN ABU BAKAR

Pengarah Latihan

Leave a Reply