Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Sekolah Menengah

APPENDIX 5

PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU PERINGKAT ANTARABANGSA

2nd SESERI i-BowlS 2013

FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian dijalankan oleh Ketua Hakim di hadapan semua peserta sebelum pertandingan dimulakan. Pengacara majlis dan peserta pidato TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah dan negeri masing-masing.

BAHAGIAN PERTAMA

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.

BAHAGIAN KEDUA

Peserta akan menyampaikan pidatomasing-masing secara spontan atas tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja ketua hakim. Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama. Setelah mendapat tajuk, peserta diberi masa SATU MINIT untuk membuat persediaan di pentas pidato tanpa bantuan mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat elektronik.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Peserta diberi masa TUJUH (7 minit ) untuk pidato bahagian pertama, dan EMPAT ( 4 minit ) untuk pidato bahagian kedua.

Loceng akan dibunyikan sekali, SATU ( 1 minit ) sebelum tamat, dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan.

Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.

Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan

bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan ( semua kesalahan tersebut/mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.

Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.

PEMILIHAN TEMA

Pihak pengelola pertandingan telah menetapkan tema pidato bagi pertandingan pidato bahagian pertama. Para peserta boleh memilih salah satu daripada tema yang telah disenaraikan seperti berikut :

BIL

TEMA PIDATO

1.

Bahasa dan Budaya

2.

Perlancongan

3.

Pemimpin

4.

Alam sekitar

5.

Pendidikan

6.

Gejala sosial

7.

Transformasi

8.

Harta Intelek

9.

Sukan

10.

Kesihatan

PERATURAN PEMARKAHAN

Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama

Idea/ Isi ( 30 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/isi. Idea/isi hendaklah bernas yang disokong oleh data/ bahan yang tepat/ logic sebagai peneguh huraiannya.

Panduan Pemarkahan

Idea/ isi tepat- 2 markah

Huraian- 4 markah

Data/contoh 3 markah

Markah penuh bagi setiap isi/idea ialah 9 markah

(9mx3=27 markah + 3markah takrifan tajuk

= 30 markah

Bahasa ( 20 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan ) gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

Penyampaian dan Persembahan

Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, menyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. Peserta WAJIB memberi salam dan kata-kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta tidak member salam/ kata-kata aluan/menyentuh isu sensitif/ menunjukkan pelakuan/ tutur kata yang kurang sopan.

Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua

Isi ( 40 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan dua idea/isi. Idea/isi hendaklah bernas/logik dan dihurai dengan jelas.

Panduan Pemarkahan

Idea/isi 5 markah

Huraian 10 markah

Data/contoh 4 markah

Markah penuh bagi setiap isi/idea ialah 19 markah

(19mx2 = 38 markah + 2 markah takrifan tajuk

= 40 markah)

Bahasa ( 30 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

Penyampaian dan Persembahan ( 30 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, menyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isi sensitif/ menunjukkan pelakuan/ tutur kata yang kurang sopan.

Leave a Reply