Pidato : Memetik Kata-kata Perdana Menteri Malaysia, Dato

Memetik kata-kata Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: Semangat menjayakan gagasan 1malaysia, akan menjadi pemangkin kepada komponen penting dalam usaha dan gerakan bagi membudayakan intergriti masyarakat ke mercu yang lebih tinggi, lebih dinamik komprehensif dan kompetetif.

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum w.t.h dan salam sejahtera.

Terima kasih Tuan Peneraju acara ,saf kehakiman yang saksama seterusnya sidang pendengar budiman yang saya muliakan sekalian. Pendidik Berintergriti Pemangkin 1Malaysia, begitukah indahnya alunan gabungan frasa kata yang membentuk tajuk pidato saya pada hari ini. Sebelum mata melirik manja,sebelum lidah melontar madah,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya pada hari ini.

Secara global, pendidik berintergriti pemangkin 1Malaysia bolehlah ditakrifkan sebagai guru yang memiliki nilai-nilai murni dan berkeperibadian unggul seperti jujur, amanah, iklas dan bertanggungjawab mampu memacu negara kea rah merealisasikan gagasan 1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Sidang pendengar budiman yang saya muliakan sekalian,

Bagaimanakah dikatakan Pendidik Berintergriti Pemangkin 1Malaysia,?

meniti indikator saya yang pertama: Prestasi unggul.

Tanggal 28 Februari baru-baru ini juga, Tan Sri Muhyidin Yasin, Manteri Pelajaran Malaysia telah mengumumkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), sebanyak RM 18.4 juta telah diperuntukkan menerusi Insetif Tawaran baru bagi memberi ganjaran kepada 586 sekolah seluruh Malaysia bagi menghargai khidmat pengetua dan guru-guru cemerlang. Justeru itu, hal ini menunjukkan kerajaan komited dalam menekankan kualiti dan prestasi seseorang pendidik dalam usaha melahirkan masayarakat 1Malaysia yang bertaraf dunia. Pada bulan Oktober 2010, tiga pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) mengharumkan nama negara apabila memenangi tiga pingat emas dalam Pameran British Invention Show di Alexandra Palace, London. Kejayaan yang diukir oleh pelajar-pelajar yang diwakilili dari bangsa yang berlainan kaum ini menjadi bukti keunggulan prestasi pendidik di negara kita sehingga berupaya menayatupadukan warganegara 1Malaysia sehingga berjaya menjulang nama di peringkat global.

Sidang penonton penuh santun,

meniti indikator saya yang kedua di bawah kata kunci : akhlak mulia

kajian yang dijalankan oleh Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM) meletakkan profesyen guru di tempat kedua selepas doktor sebagai golongan yang paling dipercayai melalui penilaian Integriti. Pengaruh guru yang boleh disaksikan melalui kajian ini menunjukkan guru berupaya memberi impak yang besar kepada sistem kepercayaan masyarakat. Micheal H.Hart dalam bukunya The 100: Ranking Of The Most Influential Persons In History juga , telah mengiktiraf Nabi Muhammad s.a.w sebagai individu paling berpengaruh di dunia berteraskan nilai intergriti yang dimilikinya..Sejajar dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh masyarakat, guru perlulah menjadikan nilai intergriti Rasullullah s.a.w sebagai medium pemangkin dalam melahirkan modal insan kelas pertama di samping menjana generasi 1Malaysia yang lebih unggul.

sidang penonton sekalian,

meniti indikator saya yang ketiga, amanah.

Sifat amanah merupakan tunjang kemantapan intergriti seorng pendidik. Islam juga memandang profesion perguruan ini juga sebgai satu amanah yang mampu membawa manusia kepada kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu dardaq, salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w, beliau telah mendengar nabi Muhammad bersabda yang bermaksud Barangsiapa yang memudahkan jalan orang yang menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkan jalannya ke syurga. Oleh itu, dalam menggapai konsep 1malaysia yang menekankan elemen kemantapan pembudayaan kecemerlangan perlaksanaan tugasan dan tanggungjawab, sikap pendidik yang amanah mampu menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan melaksanakan 1Malaysia sekaligus membina generasi 1malaysia yang berintergriti utuh dan kukuh.

sidang pendengar sekalian,

meiniti indikator saya yang terakhir: patriotisme

Agenda pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan identity warga negara yang digariskan dalam Pelan Intergriti Nasional juga dilihat sejajar dengan pemantapan intergriti di kalangan para pendidik yang bertanggungjawab menerapkan unsure-unsur perpaduan di peringkat institusu pendidikan. Menurut Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Zainul Abidin Daud kecekapan dan keberkesanan guru diperlukan menerusi aktiviti yang boleh meningkatkan semangat patriotik, menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. justeru itu, pendidik yang mempunyai semangat patriotik dan menerapkankannya ke dalam diri pelajar sekaligus meralisasikan wadah perpaduan yang diusulkan oleh gagasan 1Malaysia.

setelah keempat-empat pragmatic telah saya utarakan, maka dapatlah disimpulakan disini, barisan pendidik yang memiliki nilai-nilai intergriti seperti berprestasi tinggi, berakhlak mulia, amanah dan berkredibiliti mampu menjadi pemangkin kepada usaha usaha kerajaan dalam merealisasikan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Jika dahulu melayu dilebel layu,cina di anggap hina,india mendakwa teraniaya,dengan 1 malaysia ini,hasrat menjadi satu,tiada puak tiada suku menuju wawasan yang satu..

sekian, terima kasih…..

Fakhriah Hamidah Sabri

IPG Kampus Darulaman 2011

Leave a Reply