Faedah Menabung Pidato : TAJUK

TAJUK : FAEDAH MENABUNG

Para cendiakawan mengatakan bahawa dengan wang, kita dapat melakukan segala-galanya tetapi dengan wang kita tidak dapat membeli segala-galanya. Oleh hal yang demikian, menabung memang sinonim dengan wang dan masa hadapan. Orang yang mengabaikan amalan ini diumpamakan orang yang tidak mengendahkan cabaran hari mendatang. Realitinya , peribahasa Melayu ada menjelaskan bahawa sediakan paying sebelum hujan. Kata-kata ini membuatkan saya terpanggil untuk merungkaikannya melalui sebuah pidato yang berpaksikan tajuk Faedah Menabung.

Sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan kehakiman intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.

Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian,

Bersakit-sakit dahulu, bersenang senang kemudian.

Hadirin yang dikasihi.

Izinkan saya merungkaikan maksud pidato saya pada hari ini. Menurut kamus dewan edisi ke-$, faedah bermaksud guna atau manfaat. Manakala menabung pula menyimpan wang di bank atau di dalam tabung. Menabung wang dapat mendisiplinkan diri kita. Kesabaran dan kesanggupan berkorban demi masa hadapan menjadi titik tolak seseorang untuk menabung. Sesungguhnya, menabung merupakan satu amalan yang sangat mulia. Terdapat banyak faedah sekiranya kita menabung.

Hadirin yang dihormati.

Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan menabung dapat melahirkan masyarakat yang memeliki tahap tatasusila yang tinggi. Menabung wang mempunyai kesan serampang dua mata. Bukan sekadar menyimpan duit di dalam tabung bahkan dapat memupuk nilai-nilai murni dalam setiap sanubari. Sikap berjimat cermat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri sendiri serta kehidupan masa hadapan dapat disematkan. Apabila kita menabung wang, kita akan dapat mengelakkan diri kita daripada berbelanja secara boros yang akan merugikan diri kita sendiri. Dalam Agama Islam ada menyatakan bahawa sikap boros itu merupakan sahabat syaitan. Oleh hal demikian, dengan menabung wang kita akan belajar Manahan nafsu daripada berbelanja berlebih-lebihan.

Seperkara lagi, amalan menyimpan wang juga dapat membantu mengurangkan perbelanjaan ibu bapa di dalam sesebuah institusi keluarga. Ibu bapa sentiasa bekerja siang dan malam bagai lebah mengumpulkan madudemi membiayai kos kehidupan yang semakin meningkat. Peribahasa melayu ada mengatakan ingat sebelum kena dan berjimat sebelum habis juga telah menjelaskan kepada kita bertapa pentingnya penggunaan wang secara bijak agar tidak berlakunya pembaziran wang.

Hadirin dan hadirat sekalian.

Dalam suasana ekonomi Negara yang serba mencabar ini, wang sangat tinggi nilainya. Segala urusan memerlukan wang. Impaknya ramai orang terpaksa berhutang , sama ada berhutang dengan institusi perbankan mahupun berhutang dengan peminjam yang tidak berlesen seperti ah-long dan ceti haram., gara-gara memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan. Sesungguhnya amalan menabung dapat menyelamatkan diri kita daripada menjadi orang yang mempunyai hutang keliling pinggang.

Hadirin yang dirahmati.

Dewasa ini, ramai anak muda Berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading samaada di instusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Justeru itu, wang yang banyak [erlu disediakan. Dengan menabung kualiti kehidupan yang lebih baik, dapat dinikmati. Wang yang ditabung boleh menjadi modal untuk melanjutkan pelajaran demi member pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ayahda dan bonda. Sesungguhnya menabung adalah sebagai persediaan masa hadapan khususnya dalam pelajaran. Oleh hal demikian, jika kita mengamalkan alamalan menabung wang sejak kecil, sudah pastilah masalah kekurangan wang untuk belajar akan dapat diatasi apabila kita telah bersiap sedia sejak awal lagi.

Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Anak-anak digalakkan menabung. Sekiranya kita telah bersedia lebih awal menyimpan wangsudah pasti masalah kesempitan di kala kecemasan dapat di atasi. Seterusnya dapat menanam nilai berdikari di samping mengetahui setiap sen merupakan hasil titik peluh dan keringat yang amat bermakna.

Akhirkata, sebagai penutup tirai, wacana ilmu kita pada hari ini, saya suka ingin mengingatkan kepada khalayak hari ini bahawa amalan menabung mesti diterapkan dalam setiap diri kerana ternyata menabung member banyak faedah kepada kita semua. Mulalah menabung dari sekarang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Incoming search terms:

  • faedah menabung
  • kebaikan menabung
  • karangan pidato utk faedah menabung
  • contoh teks pidato faedah menabung
  • Teks pidato faedah menabung
  • teks pildacil faedah menabung
loading...

Leave a Reply