Teks Pengacara Majlis Pidato

TEKS PENGACARA MAJLIS PIDATO

Membawakan dari auditorium seri perdana ,pertandingan pidato peringkat daerah jasin Melaka bandaraya bersejarah.

Asalamualamualikum dan selamat sajehtera .

Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini saya menjemput dan mempersilakan saudara zul hasanain bin Hasim untuk mengaminkan bacaan doa.

Dipersilakan…….

Pantun ditutur

Pembuka bicara.

Yang berusaha para hakim, para jemputan ,pensyarah-pensyarah pengiring,para peserta pertandingan pidato dan seterusnya hadirin yang dimuliakan sekalian.

Bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran para jemputan ,pensyarah-pensyarah pengiring para peserta serta hadirin ke pertandingan pidato peringkat daerah jasin,Melaka untuk piala Jabatan Pendidikan Negeri Melaka bagi tahun 2010.

Hadirin sekalian ,

Pertandingan pidato ini merupakan anjuran bersama jabatan pendidikan daerah dan pertandingan ini diadakan setiap tahun sebagai salah satu usaha untuk menampilkan kemampuan ,kebolehan dan keterampilan para pelajar dalam menyampaikan pidato.

Tema pertandingan pidato ini ialah Pendidik berintegriti ,Masyarakat dihormati dan Negara disanjungi.

Hadirian sekalian,

Sebelum ke pertandingan peringkat kebangsaan peserta telah pun melalui saringan pada peringkat sekolah .

Tiga peserta terbaik dipilih dari seluruh sekolah di daerah jasin akan menyertai pertandingan pidato pada peringkat deaerah ini.

Pada petang ini seorang pemidato terbaik di kalangan yang terbaik akan diktiraf dan sekaligus mewakili negeri Melaka untuk pidato pada peringkat kebangsaan yang akan diadakan di kuala lumpur.

Hadirin sekalian ,

Bukan kacang sebarang kacang ,

Kacang melilit si kayu jati,

Bukan datang sebarang datang,

Datang membawa cabaran meninggi.

Bagai angin yang bertiup kencang,

Bagai laut yang ombaknya bergelora

Begitulah gambarannya dengan degup jantung para peserta yang akan bertanding pada petang ini.

Jadi tidak usah kita tangguhkan lagi ,

Tirai pertandingan akan dibuka ,majlis dengan penuh hormat menjemput para hakim untuk bersedia.

Dengan ini saya mempersilakan pengerusi pertandingan pidato iaitu saudari Nur Amira bt Mat Zan untuk memulakan majlis.

Terima kasih.

Penyampain Hadiah

Majlis telah sampai kemuncaknya, seorang pemenang akan dipilih untuk diiktiraf sebagai pemidato terbaik seterusnya membawa nama Melaka untuk peringkat kebangsaan.

Saya dengan penuh hormatnya mempersilakan Puan zulikha binti Hamid,wakil pegawai Jabatan Pendidikan Melaka untuk mengiringi Yang amat Berhormat adun Jasin Melaka ,Puan Nurnadzirah binti Zinuddin untuk meyempurnakan upacara penyampaian hadiah.

Saya dengan ini memgumumkan juara bagi pertandingan pidato peringkat daerah Jasin sesi 2010 disandang oleh saudari Nurul Syafiqah binti Salahuddin dari Maktab Rendah Sains Mara Jasin Melaka………..Dipersilakan………

Sekalung tahniah Kepada johan pertandingan pidato peringkat daerah Jasin.Saya mengucapkan terima kasih kepada yang amat berhormat kerana sudi menyempurnakan upacara penyampain hadiah.

Akhir Majlis

Alhamdullilah selesai sudah Pertandinga Pidato Peringkat daerah Jasin Melaka sengan temanya Pendidik berintegriti, rakyat dihormati dan Negara disanjungi.

Kalau ada sumur diladang,

Boleh kita menumpang mandi.

Kalau ada umur yang panjang .

Boleh kita berjumpa lagi.

Kami selaku pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat untuk memastikan majlis pidato pada peringkat daerah bagi tahun 2010 berjalan dengan lancar.

Akhir kata pihak majlis memohan maaf atas segala kekurangan yang berlaku sepanjang majlis berlangsung.Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan kami sendiri.

Tirai pertandingan akan dilabuhkan dan majlis akan bersurai.

Dengan itu saya dengan hormatnya menjemput dan mempersilakan para jemputan,guru-guru pengiring, para peserta serta hadirin sekalian beredar meninggalkan majlis dan menikmati sedikit jamuan ringan yang telah disediakan.

Terima Kasih.

Leave a Reply