Pidato : Mantan Perdana Menteri Kita, Tun Dr. Mahathir

Mantan perdana menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata, Ingatlah, bangsa atau masyarakat yang tidak menguasai ilmu dan kecekapan yang penting bagi kehidupannya pada sesuatu zaman akan dijajah oleh orang lain .

Kata2 itu jelas membuktikan bahawa ilmu merupakan wahana penggerak wawasan Negara.

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia berbungakan kemesraan.

Terima kasih seharum mawar sejambak kasturi buat pengerusi majlis. Yang berusaha pihak penganjur pertandingan, yang bijaksana barisan hakim, penjaga masa yg setia, guru-guru serta para hadirin yg dirahmati Allah.

Teknologi Maklumat Membentuk Masyarakat Berilmu, merupakan tajuk pidato saya pada hari yang ceria ini. Satu tajuk yang begitu menarik untuk dikupas dan dikongsi bersama.

Hadirin sekalian,

Tak kenal maka tak cinta kerana terbukti cinta itu buta. Lantaran itu, saya suluhkan pendefinisiannya. Teknologi maklumat bermaksud kepakaran dalam bidang pengurusan dan ianya bermula daripada penghasilan sehinggalah penyampaian kepada pengguna terakhir kerana berkesinambungan dan berterusan sehinggalah objektif tercapai. Teknologi maklumat juga boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan computer sahaja malah ia melibatkan televisyen, telefon, fax, telegram dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Masyarakat pula membawa maksud

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………. berilmu pula bermaksud …………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Hadirin sekalian,

Teknologi maklumat sangat relevan dan penting kepada sesebuah masyarakat yang ingin berdaya saing di peringkat antarabangsa. Perubahan teknologi yang berlaku dengan pesat sebenarnya menagih kita sebagai ahli masyarakat supaya tidak ketinggalan dalam mengikutinya. Oleh itu, bagi memastikan masyarakat kita tidak ketinggalan, sistem pendidikan khusunya dilaksanakan dengan mengambil kira perubahan2 yang terus melanda.

Hadirin sekalian,

Masyarakat tidak terlepas dari merasai bahang internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas sama ada berita itu datangnya dari dalam atau dari luar Negara seperti liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti piala dunia atau pun konflik2 yang berlaku di sesebuah Negara.

Masyarakat berilmu dapat diwujudkan dengan adanya teknologi maklumat seperti internet. Melaluinya, ungkapan katak di bawah tempurung atau kera sumbang pasti tidak timbul lagi. Pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari untuk mendapatkan maklumat terkini dalam semua bidang. Peristiwa yang berlaku di mana2 sahaja dapat kita ikuti dengan pantas dan semerta. Hal inilah yang membolehkan kita membina satu masyarakat yang berilmu.

Hadirin sekalian,

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Teknologi maklumat seperti internet mendatangkan banyak manfaat dalam kehidupan serta pelaksanaan kerja2 seharian. Namun begitu, internet juga terkadang mejadi begitu asing sehingga timbulnya jurang antara komuniti yang telah lama mengenali internet dengan komuniti yang belum mengenali internet secara meluas. Fenomena ini bakal menimbulkan kebimbangan dalam usaha membentuk sebuah masyarakat berilmu dan seterusnya sebuah masyarakat madani.

hadirin yang dirahmati Allah,

Penerangan melalui pelbagai cara bagi menyebarkan maklumat dan pengetahuan teknologi maklumat kepada masyarakat merupakan satu usaha yang dijalankan oleh kerajaan dalam melahirkan sebuah masyarakat berilmu. Kita dapat melihat bagaimana jalinan jaring diilhamkan semata2 untuk memberi pengetahuan serta maklumat terkini tentang internet dan penggunaannya kepada masyarakat umum.

Dalam pembinaan masyarakat berilmu ini, kita perlu tahu bagaimana masyarakat kita menggunakan teknologi maklumat terutamanya internet untuk kebaikan serta mejadikan kita sebagai sebuah masyarakat yang menguasai teknologi maklumat dan bukannya teknologi maklumat yang menguasai kita. Masyarakat berilmu juga bererti kita mengetahui sempadan penggunaannya agar tidak terjerumus dalam kegiatan yang tidak sesuai dengan agama, budaya serta tatasusila masyarakat.

Sempadan penggunaan yang kita cipta ini seterusnya akan melahirkan sebuah masyarakat yang cukup bersedia menempuh segala cabaran dengan cara berhemah dan seterusnya kita akan menjadi tumpuan masyarakat global. Sempadan ini juga akan menjadikan kita sebagai sebuah masyarakat yang berilmu tanpa menerima acuan dari barat sepenuhnya. Berbekalkan kesedaran, komitmen, kepakaran dan kandungan yang diselaputi nilai murni masyarakat, siapa dapat menyangkal masyarakat berilmu dan seterusnya masyarakat madani akan kita capai.

Dengan maklumat dari pelbagai pelusuk muka bumi berada dalam genggaman, maka langkah demi langkah diatur untuk membentuk masyarakat berilmu.

Masyarakat berilmu bakal diwujudkan Berorientasikan maklumat, di mana berjuta-juta orang di seluruh dunia berkomunikasi dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan,

Hadirin sekalian,

Media massa yang juga merupakan satu cabang teknologi maklumat juga berperanan dalam melahirkan masyarakat yg inventif. Masyarakat melalui media massa dapat mengetahui teknologi terkni dan moden serta dapat mempelajarinya. Norma Vincent Peale pernah berkata. Katanya, Ubahlah fikiran-fikiran anda, maka anda akan mengubah dunia anda. Kata2 itu membuktikan bahawa perubahan pemikiran dan sikat seseorang individu ke arah positif seterusnya member impak positif kepada masyarakat sekeliling. Sememangnya media massa merupakan medan terbaik dalam membentuk generasi pelapis sesebuah masyarakat yang berinovatif, kritis dan kreatif. Dalam masa yang sama, media massa dapat memupuk sifat masyarakat yang berdaya saingdalam semua bidang seperti bidang rekacipta agar masyarakat kita khasnya dan Negara amnya dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi seiring dengan Negara maju di dunia.

Leave a Reply