Pidato : SEMANGAT 1MALAYSIA TERAS KEJAYAAN

SEMANGAT 1MALAYSIA TERAS KEJAYAAN

Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara/i peneraju majlis, kombinasi kehakiman yang berlandaskan neraca keadilan, guru-guru penggerak generasi berwawasan seterusnya warga dewan sekalian. Assalamualaikum wm..wbt…

Semangat 1Malaysia Teras Kejayaan. Begitulah tajuk pidato saya pada hari ini.

 Semangat bolehlah ditakrifkan sebagai perasaan dan jiwa,  1Malaysia bolehlah ditakrifkan sebagai rakyat yang berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Teras kejayaan pula bermaksud sesuatu yang menjadi asas agar berjaya untuk  kemenangan ataupun hasil yang diperoleh. Aspirasi ini adalah  untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat.

Warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,

            Semangat persaudaraan membawa kejayaan negara tercinta. 1Malaysia adalah lahir daripada semangat setiakawan. Walaupun berbeza asal keturunan, kepercayaan agama dan akar budaya namun rakyat Malaysia berpegang pada satu prinsip yang sama iaitu Rukun Negara.

Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People (Dengan Izin). Dalam hal ini, 1Malaysia, menuntut rakyat berfikir melepasi sempadan kaum dan etnik masing-masing.

            Hubungan kaum dan etnik dipereratkan bagi jangkamasa panjang. Kewujudan satu bangsa Malaysia membentuk sikap menghormati, ikhlas, saling mempercayai dan persaudaraan.

Buktinya RIMUP dan e-intergrasi  telah mensasarkan murid-murid dari SK, SJK(C) dan SJK(T) bersama-sama mengikuti satu program bersama. Pelaksanaan RIMUP dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan adalah untuk membina negara bangsa.

            Ideologi dengan semangat persaudaraan dalam 1Malaysia pasti menggerakkan kejayaan negara.

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Sidang intelektual sekalian,

            Meniti wasilah kedua saya dengan untaian kata, Kemajuan ekonomi dinikmati, kemakmuran negara dikecapi. 1Malaysia dapat membangunkan ekonomi negara. Pelancong dan pelabur asing mengenali rakyat Malaysia yang  berintegriti tinggi.  

            Kini, Malaysia menerokai bidang sains angkasa, bioteknologi dan teknologi nano. Menurut laporan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, Malaysia mencatatkan nilai digital 0.57 bermakna kita mendahului kemudahan akses digital dalam kalangan negara ASEAN.

            Justeru, 1Malaysia telah meningkatkan taraf ekonomi negara menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Hadirin yang dihormati sekalian,

            Idea terbilang terakhir saya dengan gagasan bicara, perpaduan dan semangat nasionalisme, negara aman dan sentosa. Peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 perlu dijadikan iktibar. Formula yang dicipta oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan adalah untuk perpaduan dan semangat nasionalisme.

            Kini 1Malaysia disandarkan dalam memperkukuhkan perpaduan nasional.

Negara ini adalah negara kita. Kita adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati dan dikongsi secara bersama. Segala pembangunan adalah limpahan daripada perpaduan yang diteruskan dalam 1Malaysia.

            Lihatlah apa yang berlaku pada negara-negara yang sedang bergolak seperti Mesir, Syria dan Libya. Perpaduan sudah tiada.  Kemusnahan berlaku di mana-mana. Rakyat menderita dan sengsara. Mengorbankan banyak nyawa. Sehingga melibatkan campur tangan negara luar.

Kasihan…. Jangan sampai negara kita menerima nasib seperti mereka. Kami, anak-anak pasca merdeka dahagakan keamanan untuk kesejahteraan.Saya menyeru tuan-tuan, puan-puan dan rakan-rakan sekalian berpegang pada konsep 1Malaysia agar negara ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

            Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

           

Sekian, salam ilmiah menjana sahsiah.

MODAL INSAN PEMACU PEMBANGUNAN NEGARA

Sekalung kasih saya hulurkan kepada saudara pengerusi majlis, salam penuh keadilan saya ucapkan kepada barisan panel hakim yang sentiasa bersama panji keadilan, salam penuh penghargaan kepada penjaga masa yang sentiasa peka bersama detik-detiknya, dan salam penuh ukuwah buat warga dewan sekelian. ASSALAMUALAIKUM

PERDANA MENTERI MALAYSIA pernah berkata, kekuatan modal insan bermakna kekuatan tenaga kerja yang melibatkan semua lapisan dan semua sektor samada peringkat kepimpinan, pengurusan, kakitangan, dan banyak lagi. Dan cara inilah sahaja kita dapat menjadikan bangsa kita ada keupayaan dan kemampuan untuk bersaing dan sama-sama bina Negara maju.

Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa modal insan satu punca kekuatan yang boleh menjana kekuatan Negara, pertumbuhan ekonomi, transformasi budaya dan peningkatan tamadun Negara.

Datang hamba, datang bermakna,
Berdiri hamba, penuh bergaya,
Bukan untuk membuang masa,
Berkongsi ilmu itulah tujuannya.
 
Bersama angin yang menderu, bersama nafas yang menghembus, bersama hujah yang kukuh , hayatilah

MODAL INSAN PEMACU PEMBANGUNAN NEGARA
Sebelum madah bersulam indah, sebelum fakta menyusur kata, izinkan saya mendifinisikan secara literal mahupun konseptual, agar yang kabur dijelaskan yang gelap diterangkan .

Merujuk Kamus  Dewan Edisi ke-3

MODAL: wang atau harta benda yang dipergunakan sebagai pangkal atau pokok untuk              berniaga
INSAN: manusia
PEMACU: perkakasan atau perisian yang menggerakkan perkakasan yang lain
PEMBANGUNAN: perihal membangun, usaha atau kegiatan membangun
NEGARA: suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu yang diperintah oleh sebuah kerajaan .

Terang lagi bersuluh bahawa takrif secara konseptualnya adalah modal insan merupakan suatu harta yang dimiliki oleh manusia untuk mempertingkatkan nilai diri, manakala pemacu pembangunan Negara adalah  alat untuk mencapai kemajuan

Jelaslah bahawa modal insan menjadi tulang belakang untuk mencapai pembangunan Negara. 
Rmk-9 telah meletakkan beberapa fasal yang harus direalisasikan alam tempoh 2005-2010. Antara cabarannya ialah memperkasakan modal insane. Fasal ke-2 bab yang ke 11, menyatakan pembentukan modal insan amat perlu untuk menjamin kemajuan Negara pada tahun 2020.
Bagaimana untuk membentuk modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang?

Pragmatic saya yang pertama ialah
PEMBANTUKAN KEPERIBADIAN

Modal insan tidak akan menjadi kenyataan jika peribadi seseorang itu tidak utuh. Kemunculan Negara industri pada tahun 2020 perlu diiringi dengan kemunculan masyarakat yang memiliki keperibadian tinggi selaras dengan keperluan Negara industri iaitu memiliki keyakinan diri, mampu bersaing,  dinamis dan mempunyai sifat-sifat untuk mengejar kejayaan.

Cabaran wawasan 2020 yang ke-2  ialah

Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan  maju  dengan  keyakinan terhadap diri sendiri,  bangga  dengan  apa  yang  dicapai  serta  gagah    menghadapi pelbagai masalah.  Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai  kecemerlangan,  sedar  semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa,  

Menurut Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya, pendidikan anak-anak dalam Islam, menyatakan, proses membentuk peribadi, ibubapa perlu menekankan beberapa perkara seperti pendidikan keimanan,moral, jasmani, dan nilai-nilai murni.
ciri-ciri biologi yang diwarisi, persekitaran fizikal dan budaya merupakan antara factor pembentukan keperibadian.

 

Dengan berpandukan kepada modal insan, masalah gejala sosial dan keruntahan akhlak dapat diatasi, dan, Malaysia akan menjadi Negara maju dengan acuan sendiri.
Jelaslah pembentukan keperibadian yang unggul membawa kepada pembentukan modal insan dan seterusnya memacu pembangunan Negara.
 

Pragmatik yang kedua
Modal dapat dibentuk melalui ilmu pengetahuan
ilmu pengtahuan melahirkan manusia yang unggul dan seimbang serta harmonis dalam pelbagai aspek.  

Bajet 2007 memberi peruntukan besar kepada pembangunan modal insan iaitu sebanyak 21 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan, daripada peruntukan RM33.4 bilion RM12.9 billion dikhususkan kementerian pelajaran, manakala pengajian tinggi (RM10.4 bilion) dan selebihnya untuk program latihan.

 Jika ilmu pengetahuan sudah mantap, sudah pasti ekonomi Negara akan mampan. Antara teras RMK-9 ialah Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.

Tun Dr. Mahathir mohd pernah menyatakan bahawa, Malaysia harus maju, bukan hanya dari dimensi ekonomi, malah hendaklah menjadi satu bangsa yang sepenuhnya maju dalam dimensi  dalam erti keadilan sosial, kestabilan poltik, sistem pemerintahan, mutu hidup, kebanggaan nasional  dan keyakinan diri.

Jelaslah ilmu pengetahuan dapat memantapkan ekonomi, sosial, dan politik seterusnya memacu pembangunan Negara selaras dengan Wawasan 2020.

Pragmatic yang ke-3

Pembetukan modal insan yang berkemahiran tinggi.

 

Kemahiran amat penting dalam proses memajukan Negara. Kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis amat membantu memacu pembangunan Negara kepada yang lebih efiyen.
 Pengetahuan luas dalam pelbagai bahasa membolehkan individu mengetahui lebih banyak ilmu pengetahuan.

A.S. Horby dan E.C. Parnwell dalam The progressive English Dictionary mendifinisikan bahasa ialah perkataan atau pertuturan yang diterima dan difahami oleh satu bangsa atau Negara.

bahasa juga berfungsi sebagai alat penyebaran dan pengabadian ilmu pengetahuan dari masa ke semasa.Selain itu, bahasa juga adalah medium diplomasi dan perantaraan untuk manusia.

Tanpa bahasa, individu tidak akan mampu berfikir secara kreatif dan kritis dan pemupukan minda kelas pertama tidak akan wujud sama sekali.

Mantan Perdana Menteri pernah menyatakan bahawa, kekreatifan merupakan kekuatan yang mutlak. jika kita menggunakannya dengan baik, kita akan bersedia untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar, dan jika kita sentiasa sanggup memperbetulkan kesilapan kita, kelemahan dalam menuju matlamat pasti tiada.

Kemahiran komunikasi dan berfikir secara kreatif dan kritis dapat membina individu yang memiliki minda kelas pertama selaras dengan nilai modal insan yang mampu memacu pembangunan Negara

Pragmatic saya yang ke-4
Modal insan yang memiliki akhlak yang terpuji.
Jujur, amanah, bersifat kemanusiaan, bekerja sama adalah antara akhlak yang unggul. Akhlak yang tinggi yang dimiliki oleh individu merupakan asset  yang penting kepada Negara. Akhlak yang unggul melahirkan individu yang progresif, dan beperanan positif dalam dimensi pembangunan Negara.

Kemajuan Negara tidak boleh dicapai andai rakyat memiliki akhlak yang buruk seperti rasuah, pecah amanah, zalim dan seerti dengannya. Keutuhan akhlak akan mewujudkan tamadun manusia yang komprehensif,dan  inovatif.

Cabaran wawasan 2020 yang ke-4 ialah Mewujudkan masyarakat  yang  sepenuhnya bermoral  dan beretika tinggi,  yang mana warganegaranya kukuh dalam  nilai agama, dan  kejiwaan  dan   didorong  oleh tahap etika  paling tinggi. 

Isu utama Perdana Menteri ialah sifar rasuah. Beliau menyatakan bahawa rasuah adalah bacteria dalam Negara. Ia akan menghapuskan Negara secara sedikit demi sedikit. Jika tidak diubati ia akan menjadi barah dalam masyarakat. Akhlak yang unggul amat memberi kesan kepada proses pembangunan Negara.

Menjadi Negara maju dengan acuan sendiri amat sukar andai rakyat tidak memiliki akhlak yang baik. Ternyatalah bahawa akhlak yang unggul merupakan  antara cabang modal insan sebagai pemacu pembangunan Negara.

Pragmatic saya yang ke-5 
Modal insan yang memiliki bakat kepimpinan
 
Bakat memimpin adalah kelayakan mejadi seorang pemimpin dari segi mental yang baik dan moral yang unggul. Kerana semua agama mengutamakan nilai-nilai ini sebagai pemimpin termasuk islam .  pemimpim yang baik adalah seorang yang positif, dan boleh menerima kritikan selain mempunyai idea yang bernas.

Imam Ghazali menggariskan beberapa ciri pemimpin, antaranya ialah mempunyai intelek yang tajam, berpengetahuan dan berfungsi, mempunyai keberanian, sayang kepada rakyat, berpandangan jauh serta benar-benar berazam. Pandangan Imam Ghazali ini juga tidak bercanggah dengan pandangan sarjana bukan islam seperti Plato dan Confucius.

Pemimpin yang unggul akan memacu pembangunan Negara dengan lebih efisyen dan progresif.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang mafhumnya : sesungguhnya jawatan itu adalah kerugian dan penyesalan pada hari kiamat kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan penuh tanggungjawab

Hadis ini membuktikan pemimpin yang adil merupakan tunjang dalam sesebuah Negara, tanpanya Negara tersebut pasti  kucar-kacir dan tidak membangun. Nampaklah kita bahawa tugas pemimpin itu bukan mudah, malah amat berat sekali.

Jadi kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur dan berbangga kerana memiliki pemimpin yang berkaliber dan sedang berusaha untuk memajukan Negara. Modal insan tidak akan sempurna andai nilai kepimpinan tiada dalam diri individu. Jelaslah modal insan pemacu pembangunan Negara.

Pragmatic saya yang ke-6
Modal insan yang memiliki daya saing dan azam yang jitu

 

Keazaman untuk menjadi sebuah negara yang teguh, maju dan bersatu kekal utuh walaupun terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Sehubungan ini, dasar dan rangka kerja pelaksanaan baru Misi Nasional telah disediakan untuk menggaris pendekatan yang akan dilaksana bagi mencapai wawasan dan matlamat negara dalam jangka masa 15 tahun yang akan datang.

Misi  Nasional ialah rangka kerja yang bertujuan memastikan usaha pembangunan negara menghasilkan impak dan prestasi yang lebih tinggi ke arah pencapaian Wawasan 2020. Rangka kerja ini disediakan atas kesedaran untuk mencapai status negara maju berasaskan acuan dan kemampuan sendiri,

Rasulullah pernah bersabda, mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai ALLAH berbanding mukmin yang lemah

Malaysia melaksanakan dasar dan program yang meningkatkan keupayaan bersaing di peringkat global; mengukuhkan perpaduan dan mengurangkan polarisasi kaum; melalui penyertaan oleh semua pihak dalam proses pertumbuhan yang produktif dan berdaya saing.

Memiliki modal insan yang mempunyai semangat untuk bersaing dan mempunyai azam yang jitu pasti akan membawa Malaysia kepada kemajuan yang lebih pesat dan mampan.

KESIMPULANNYA

1)  Dengan segala hujah saya yang kukuh, saya dapat merumuskan bahawa Dengan berpandukan keperibadian yang unggul, maka modal insane  mampu dilahirkan dan pasti wujud masyarakat yang bersdia untuk     mentadbir     Negara.

2)  Ilmu pengetahuan dalam bidang ekonomi, pendidikan dan segala cabangnya, pasti akan membawa Malaysia duduk sama rendah dan berdiri lebih tinggi dengan Negara yang lain.

3)   Kemhiran berkomunikasi dan berfikir perlu dipertingkatkan supaya Malaysia akan mencapai Negara maju pada tahun 2020.

4)    Akhlak yang unggul sebagai asset kepada Negara dalam pembangunan modal insane.

5)    Kepimpinan yang baik akan memastikan proses pembangunan Negara berjalan lancar.

6)     Nilai murni seperti daya saing dan azam yang jitu akan memantapkan lagi pembangunan Negara.

Jelaslah bahawa modal insane amat member kesan yang mendalam dalam proses pembangunan Negara.
Saya akhiri pidato saya pada hari yang mulia ini dengan serangkap  pantun,
 
Loceng disana sudah berbunyi,
Menjadi tanda suruh berhenti,
Salah dan silap harap dimaafi,
Semoga kita berjumpa lagi.
 
Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum

 

 

=)) ini adalah teks pidato saya semasa menyertai pertandingan pidato karnival intelek kolej IKIP 2007.

Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan Salam 1 malaysia.

Detik 12 malam tanggal 31 Ogos tahun 1957, turunnya bendera Union Jack diiringi dengan laungan Merdeka!!! Merdeka!!!Merdeka!!! oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Detik bersejarah yang tersemat kukuh dalam sanubari setiap rakyat Tanah Melayu.  .  Sedarkah kita, sehingga detik berharga ini, selepas 55 tahun yang bersejarah,  kita masih dapat mengecapi nikmat kebebasan yang telah diperjuangkan oleh perwira2 negara?

Sekalung apresiasi saya hulurkan buat saudara peneraju majlis,  kombinasi panel kehakiman berintelektual dan berintegriti, dif-dif kehormat yang disanjungi, seterusnya, hadirin hadirat yang saya hormati.  

Hadirnya saya disini bukanlah untuk menyampaikan amanat Merong Mahawangsa, bukan juga untuk melemparkan kata-kata  dusta, akan tetapi, hadirnya saya disini untuk menyampaikan mauduk bicara yang berbunyi 55 Tahun Merdeka : Bangsa Malaysia Terus Perkasa.

Putra-putri anak merdeka,

Frasa Bangsa  Malaysia merujuk kepada penyatuan kaum-kaum yang ada di Malaysia seperti Melayu, Cina dan India, manakala Terus Perkasa saya takrifkan sebagai kejayaan dan kemampuan dalam mendepani cabaran sepanjang 55 tahun kita merdeka dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Secara tuntasnya, pidato saya pada hari ini akan melihatkan pencapaian Bangsa Malaysia dalam pelbagai bidang dan kejayaan-kejayaan ini terus diperkasakan dari dulu, kini dan selamanya.  Hadirin sekalin marilah sama-sama kita hayati pidato saya melalui empat fokus bicara yang berbeza.

Putera-Puteri anak pertiwi,

Pertama, Ilmu diperkasa, mentaliti diperkaya. Menurut Nelson Mandela, Mantan Presiden Afrika Selatan, ilmu merupakan senjata paling berkuasa untuk mengubah dunia. Senjata yang boleh mengubah perspektif manusia dan  membuka mata dunia. Misalnya, perkembangan dan pembudayan ilmu telah berlaku secara intensif di malaysia. Jika dahulu kebanyakan masyarakat Tanah Melayu buta huruf namun, pada hari ini kita mampu berbangga dengan pencapaian rakyat Malaysia sehingga mampu mengharumkan nama negara dalam bidang pendidikan.  Semua anak-anak kecil diberikan peluang sama rata untuk belajar. Dari lahirnya Penyata Razak 1956 yang memungkinkan masyarakat kita diberi peluang untuk menimba ilmu pengetahun, sehinggalah kepada dasar-dasar yang digubal dewasa kini bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang cintakan pengetahuan  serta  memugar ilmu. Sekolah-sekolah di seluruh negara terus bertambah bagi memberikan peluang semaksimum mungin untuk anak-anak Bangsa Malaysia mendapat pendidikan yang sebaiknya.  Hari ini kita berbangga apabila kita berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendikiawan negara. Mentaliti bangsa kita semakin meningkat hari demi hari, semuanya kerana nilai ilmu yang diangkat ke tahap yang lebih  tinggi.

Kedua, ekonomi dijana, rakyat sejahtera. Sehingga detik ini, bangsa malaysia terus memacu ekonomi malaysia dengan jayanya. Strategi ekonomi yang mantap telah direncana semata-mata untuk kesejahteraan bersama. Empat tonggak transformasi ekonomi telah dirangka, khas untuk pembangunan negara yang tercinta. Koridor pertumbuhan ekonomi telah dibina, tidak lain tidak bukan untuk menjadi pemangkin kepada ekonomi negara. Sedarkah anda, sejak dari penubuhan Malaysia pada tahun 1963, pelbagai inisiatif telah dijalankan.dasar ekonomi baru, model baru ekonomi,program transformasi ekonomi dan berbagai-bagai lagi inisiatif telah dijalankan. Kita telah berusaha menaikkan taraf ekonomi rakyat. Kita telah berusaha untuk menaikkan gaji bangsa sejagat. Masalah ekonomi negara kita ubat. Masalah korupsi, cuba kita sekat. Hasilnya, menurut Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2010, yang diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan Dunia, Malaysia telah menempah tempat ke 10 dalam negara paling kompetetif dunia. Tidak cukup dengan itu, pada tahun 2010 juga, ekonomi malaysia telah berkembang sebanyak 7.2 peratus dan kita mempunyai kadar integrasi global yang sangat tinggi. Krisis kewangan pada akhir tahun 90-an dan tahun 2008 dapat kita tangani. Kadar keluaran dalam negara kasar kita telah mencapai tahap tertinggi. Sekarang, kita menuju kepada negara berpendapatan tinggi. Lihat, hasil usaha sama seluruh bangsa malaysia tak kira dari melaka, bintulu nun jauh di sana, masih menyumbang bakti kepada pembangunan ekonomi negara.

Hadirin Hadirat sekalian,

Ketiga, rakyat bersatu, perpaduan terbina. Tun Dr mahathir Mohamad pernah berkata, Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan. Pada setiap hari, kita tidak akan pernah lekang daripada disemai bibit-bibit perpaduan dalam lubuk hati kita. Gagasan 1 Malaysia, yang menekankan elemen perpaduan, telah diperkenalkan dan menjadi buat mulut seluruh rakyat Malaysia. Kini, sekalian rakyat mempunyai satu haluan, satu tujuan. Perpaduan telah disemai subur  sejak dahulu lagi melalui sistem pendidikan kebangsaan yang telah diusulkan dalam Laporan Razak. Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa penghantar utama dalam pembelajaran. Kerajaan sedar, untuk menyemai perpaduan, kita perlu menyemai dari kecil, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tidak cukup dengan itu, dari aspek politik,parti-parti  politik yang dahulunya memperjuangkan semangat perkauman sahaja telah bergabung untuk menjadi satu parti gabungan yang memperjuangkan semangat kenegaraan atau nasionalisme. Inilah  sebenarnya perpaduan yang ingin kita bentuk agar bangsa malaysia akan terus perkasa dan disegani dunia.

Warga dewan yang budiman,

Ke empat, pencapaian hebat, nama malaysia terpahat. Hari ini, Bangsa malaysia telah melahirkan ramai insan-insan hebat yang telah mengharumkan mana Malaysia di persada jaya. Dari ketokohan Tun Dr Mahathir Mohammad memimpin negara, kehebatan Dato Dr Muzhafar Shah menjeki anagkasa sehinggalah kemampuan Dato Lee Chong Wei dan Pandalela Rinong untuk meraih pingat Olimpik, kita tidak pernah ketandusan nama-nama terbilang. Semuanya bertolak dari kehebatan, semangat dan keinginan untuk mengangkat nama Malaysia di persada dunia. Usaha yang bukan sedikit dari mereka , perlu dijadikan panduan dan tauladan. Kemmapuan Bangsa Malaysia dalam berdiri sama tinggi, duduk nampak sama rendah bersama bangsa-bangsa lain di dunia harus kita banggakan. 55 tahun bangsa kita terus hebat.

Anak-anak bangsaku,

Saya dapat menyimpulkan bangsa Malaysia mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri. Nilai-nilai keperkasaan dan kegemilangan masih utuh mendasari bangsa Malaysia. Ayuhlah anak-anak bangsaku, kita kita kibarkan potret kegemilangan Malaysia selagi hayat dikandung badan. Sekian, Salam Bangsa Malaysia Perkasa, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Disediakan oleh : SHAHNUN ABDUL GHANI DAN KHAIRUL HAFIZ KHAIRUL ANNUR

Leave a Reply