MC PIDATO : PERMULAAN

PERMULAAN

DARI RAUB PERGI KE PONTIAN

TERUS PULA KE KUALA PERLIS

HARAP SEMUA BERIKAN PERHATIAN

MOHON SAYA MULAKAN MAJLIS

MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG

MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA

PEMANIS KATA SELAMAT DATANG

AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

KATA ALU-ALUAN

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHIWABARKAATUH,SELAMAT PETANG DAN SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIA.

YANG DIHORMATI, PARA HAKIM YANG ADIL LAGI BIJAKSANA, AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA, PESERTA-PESERTA , SERTA SISWA SISWI GURU YANG DI KASIHI SEKALIAN. ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN KEIZINANNYA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS KITA PADA PETANG INI IAITU PERTANDINGAN PIDATO GEMILANG IPG PERINGKAT IPG KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM.

DI KESEMPATAN INI, MAJLIS MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG DAN MAJLIS AMAT MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN SEKALIAN DI DEWAN DATO KHAIRUDIN ASHAARI. UNTUK MAKLUMAN HADIRIN, PERTANDINGAN PIDATO INTEGRITI SEMPENA MINGGU BAHASA PERINGKAT IPG 2011, TELAH MENERIMA SEBANYAK 7 PENYERTAAN DARIPADA PELBAGAI OPSYEN. PERTANDINGAN INI DIJALANKAN BAGI MENCUNGKIL BAKAT DAN KEMAHIRAN SERTA MEMBINA KEYAKINAN DIRI DALAM BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN WARGA IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM.

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

DENGAN HARAPAN SEMOGA MAJLIS KITA PADA PETANG INI AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN AKAN LEBIH DIBERKATI ALLAH SWT, MAJLIS MENJEMPUTSAUDARA

……………………………………………………

UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA

………………………………………. UNTUK BACAAN

DOA SEBENTAR TADI.

HADIRIN YANG

DIHORMATI SEKALIAN, SEBENTAR LAGI KITA AKAN MEMULAKAN PERTANDINGAN PIDATO GEMILANG IPG PERINGKAT KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM 2011. SEBELUM PERTANDINGAN BERMULA, IZINKAN SAYA MEMBACA SYARAT-SYARAT

PERTANDINGAN.

Pemidato diberikan masa 10 minit untuk menyampaikan pidato masing-masing.

Loceng akan dibunyikan sekali satu minit sebelum masa tamat dan dua (2) kali apabila masa tamat.

Penyampaian dan hujah yang disampaikan selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan diambil kira untuk tujuan pemarkahan.

Pemidato yang membaca nota atau teks semasa berpidato akan dipotong markah persembahan.

Kritikan terhadap isu-isu sensitif mengenai agama, bangsa dan budaya atau keperibadian seseorang adalah dilarang.

Penggunaan bahasa dan tutur kata yang kurang sopan juga dilarang sama sekali.

Pengerusi berhak menegur pemidato yang melanggar peraturan ini.

Pemidato diwajibkan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul.

Pemidato hendaklah berpakaian kemas dan sopan.

PERKENALKAN HAKIM

IZINKAN SAYA MEMPERKENALKAN TIGA ORANG PANEL HAKIM PERTANDINGAN.

YANG PERTAMA,

…………………………………………………………………….SELAKUKETUA HAKIM.

KEDUA,……………………………………………………………………..

KETIGA,…………………………………………………………

KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD DAN SEBARANG BANTAHAN TIDAK AKAN DILAYAN. PENJAGA MASA PERTANDINGAN IALAH ……………………………………….

SETELAH CUKUP TEMPOH MASA YANG

DIPERUNTUKKAN, PENJAGA MASA AKAN MENEKAN LOCENG SEBANYAK DUA KALI.

PIDATO

PERTANDINGAN PIDATO GEMILANG IPG AKAN DIMULA DIMULAKAN DENGAN MENJEMPUT PESERTA PERTAMA, SAUDARI………………………………………

MEWAKILI 2 PISMP TESL 2

DEMIKIAN PIDATO PENUH SEMANGAT PESERTA PERTAMA.

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN PESERTA KEDUA DARI 2 PISMP TESL 1,

SAUDARI ………………………………………….

TERIMA KASIH. SATU PENYAMPAIAN PIDATO YANG MENGAGUMKAN.

KINI TIBA GILIRAN PESERTA KETIGA.

SAUDARA/I ………………………………………

MEWAKILI ……………………………………….

BANYAK MESEJ YANG DAPAT KITA RENUNGKAN DARI PEMIDATO KETIGA TADI. NAMPAKNYA SAINGAN KIAN HANGAT.

HADIRIN HADIRAT.

MARI KITA TUMPUKAN PERHATIAN TERHADAP PESERTA PIDATO YANG KEEMPAT

DARI OPSYEN ……………………

SAUDARA/I………………………………………..

TERIMA KASIH. SATU PENYAMPAIAN PIDATO YANG HEBAT.

KINI TIBA GILIRAN PESERTA KELIMA.

SAUDARA/I ……………………………………..

MEWAKILI ……………………………………….

DEMIKIAN PIDATO PENUH KATA-KATA HIKMAH DARIPADA PESERTA KELIMA.

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN PESERTA KEENAM DARI UNIT……………………

SAUDARA/I………………………………………..

TERIMA KASIH PESERTA KELIMA DENGAN PENGISIAN YANG AMAT MENARIK.

MAJLIS MEMPERSILAKAN PESERTA KETUJUH,

SAUDARA/I…………………………………..

DARI…………………………………

KINI, MAJLIS DITERUSKAN AGI DENGAN PEMIDATO KE LAPAN, DARI………………………………….

SAUDARA/I………………………………………………………

ITULAH PERSEMBAHAN PEMIDATO KELAPAN YANG MERUPAKAN PESERTA TERAKHIR.

DENGAN BERAKHIRNYA PIDATO DARI PESERTA KELAPAN, DEBARAN KIAN MEMUNCAK. PESERTA MANAKAH YANG AKAN MENYANDANG GELARAN JOHAN PERTANDINGAN PIDATO GEMILANG IPG INI? KITA BERI MASA KEPADA PANEL HAKIM UNTUK MEMUKTAMADKAN KEPUTUSAN. SEMENTARA ITU, KESEMPATAN MASA YANG ADA KITA AKAN DIHIBURKAN DENGAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA YANG DISEDIAKAN OLEH NUR SAKINAH BINTI ZULKARNAIN. MARI SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN.

ULASAN HAKIM

MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT ………………………………………….

BAGI MEMBERIKAN SERBA SEDIKIT PANDANGAN DAN KOMEN TERHADAP PERSEMBAHAN PARA PEMIDATO KITA SEBENTAR TADI.

DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIATAS ULASAN YANG DIBERIKAN. SEMOGA SEGALA PANDANGAN DAN NASIHAT SANGAT BERGUNA DAPAT KITA MANFAATKAN DIMASA HADAPAN.

……………………………………

PENYAMPAIAN HADIAH

TANPA PARA HAKIM YANG BIJAKSANA, SESUATU PERTANDINGAN TIDAK AKAN DAPAT DIJALANKAN. SEBAGAI MENGHARGAI KESUDIAN MEREKA MELUANGKAN MASA, PIHAK PENGANJUR TELAH

MENYEDIAKAN CENDERAHATI YANG TIDAK SEBERAPA KEPADA PARA HAKIM. DIJEMPUT PENGERUSI PERTANDINGAN

PIDATO, SAUDARA…………………………………………………….

UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PANEL HAKIM. DIJEMPUT

…………………………………

EN/PN………………………………….DAN EN/PN…………………………………..

DIJEMPUT ………………………………………………………………..

DIIRINGI PENGERUSI PERTANDINGAN PIDATO GEMILANG IPG,……………………………………

UNTUK MENYAMPAIKAN SIJIL KEPADA SEMUA PESERTA.

MENDAHULUI SENARAI DJEMPUT,……. (Rujuk senarai)

KINI, TIBALAH MASA YANG DINANTI-NANTIKAN, DI JEMPUT PEMENANG PERTANDINGAN PIDATO UNTUK MENERIMA HADIAH.

PEMENANG TEMPAT KETIGA IALAH

SAUDARA/I………………………………………….

DARI………………………………………………….

PEMENANG TEMPAT KEDUA IALAH

SAUDARA/I………………………………………….

DARI ………………………………………………….

DAN JOHAN PERTANDINGAN PIDATO GEMILANG IPG PERINGKAT IPG KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM TELAH DISANDANG OLEH

SAUDARA/I……………………………………………………

DARIUNIT……………………………………………………..

BUDAK-BUDAK BERMAIN GALAH

BERMAIN BERSAMA BERGADUH JANGAN

ADA YANG MENANG ADA YANG KALAH

ITULAH DIA ADAT PERTANDINGAN.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PEMENANG DAN KEPADA PESERTA-PESERTA YANG LAIN, JANGAN BERDUKA CITA. TAHNIAH JUGA KEPADA ANDA YANG TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PERTANDINGAN INI.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA

…………………………………………………………

ATAS PENYAMPAIAN HADIAH SEBENTAR TADI.

PENUTUP

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI.

KITA TELAH PUN BERADA DIPENGHUJUNG MAJLIS. DIKESEMPATAN INI , SAYA, FATIN SYAZWANI BINTI OTHMAN MEWAKILI

JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN PIDATO, MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEANDAINYA TERDAPAT KEKURANGAN SEPANJANG MAJLIS INI BERLANGSUNG.

SEKIAN TERIMA KASIH.

OK JAH! BLEH TAHAN..KELAS KO JAH…

Leave a Reply