Terima kasih pucuk pimpinan majlis, yang di hormati barisan panel hakim yang Cantik susun aturnya, penjaga masa yang setia dengan jarum saatnya,dif-dif kehormat, dato-dato, datin-datin, seterusnya para hadirin penggerak visi.
salam sejahtera & Salam 1 Malkaysia..
Andai lancar sebuah kapal dek kecekapan kemudi,
gagah tangkasnya Seekor kuda kerana cemeti,
terjana nya negara berjaya lantaran mekanisma apa?
Justeru di bawah persoalan ini marilah kita bersama-sama menghayat iInformasi bervisi yang akan saya kupas dalam tajuk pidato saya pada hari ini, iaitu :
BELIA SEJAHTERA TANPA DADAH
Pukul kuda dengan cemeti,
Kuda dipukul dirantai besi,
Wahai saudara yang hamba hormati, Izinkan hamba mendefinasi.
Sebelum tirai mebuka kata, sebelum wajah berganti rupa , marilah sama-sama Melayari bahtera definisi yang akan saya kupas pada hari ini.
Menurut kamus Dewan Dan Pustaka Edisi ke-4,
Belia = golongan muda
Sejahtera= aman atau tenang
Tanpa = tidak mendapat apa-apa
Dadah = ubat-ubatan atau dadah yg membahayakan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) = Penyalahgunaan dadah melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah secara berlebihan
Maka setelah dirangkumkan frasa-frasa di atas, dapatlah di intepretasikan disini bahawa BELIA SIHAT TANPA adalah golongan muda yang hebat, kuat dan berkuasa dan menyumbang kepada kemajuan dari pelbagai aspek termasuklah ekonomi,politik dan sosial