Pertandingan Pidato Patriotisme 2010
IPG Kampus Raja Melewar
KERTAS CADANGAN
PERTANDINGAN PIDATO PATRIOTISME
1.0 PENGENALAN
31 Ogos 2010, telah genap XX tahun Malaysia mengecapi nikmat kemerdekaan. Bermula dengan pelbagai kepayahan dan kesukaran, Malaysia terus mengorak langkah menuju kemajuan tanpa memandang kebelakang.
Pelbagai kemajuan telah di capai oleh Malaysia di dalam pelbagai bidang antaranya ekonomi, politik, pentadbiran, jaringan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta lain-lain lagi.
XX tahun setelah mencapai kemerdekaan, generasi muda kebelakangan ini kurang menghayati nilai sebuah kemerdekaan akibat lalai dek keselesaan yang di nikmati. Mereka mula lupa siapakah pejuang yang telah bermati-matian berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan, lupa pada darah nenek moyang yang tumpah akibat mempertahankan negara serta lupa pada kepayahan pemimpin-pemimpin terdahulu menyatupadukan ke semua kaum dalam usaha memperoleh kemerdekaan.
Oleh yang demikian, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menyedarkan generasi muda supaya lebih menghargai dan mengenang kemerdekaan Malaysia lebih dari sekadar melaungkan kalimah Merdeka pada detik 12 malam 31 Ogos saban tahun.
2.0 OBJEKTIF
Beberapa objektif telah dikenal pasti bersesuaian dengan pelaksanaan program Pertandingan Pidato Patriotisme 2010 ini yang antaranya ialah;
Memupuk semangat cintakan negara di kalangan warga IPG Raja Melewar secara amnya dan para pelajar khususnya.
Mengukuhkan kemahiran pidato khalayak di kalangan warga IPG Raja Melewar.
Sebagai satu wadah untuk warga IPG Raja Melewar meluahkan rasa cinta mereka kepada negara dan kesyukuran kepada kemerdekaan yang diperolehi.
Memupuk semangat kerjasama antara warga kampus.
3.0 RASIONAL PROGRAM
Program Pertandingan Pidato Patriotisme ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara di kalangan warga IPG Raja Melewar.
Kerapuhan pengetahuan golongan remaja terhadap negara Malaysia pada masa ini adalah amat mendukacitakan. Sehubugan dengan itu, di harap agar program Pertandingan Pidato Kenegaraan ini akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan semasa warga IPG Raja Melewar mengenai negara Malaysia.
4.0 TEMA
Negara Malaysia, Bangsa Berjaya
5.0 ANJURAN
Unit KPLI Pengajian Bahasa Inggeris
6.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar-pelajar Unit KPLI Pengajian Bahasa Inggeris
7.0 TARIKH DAN MASA PROGRAM
Butiran program adalah seperti berikut;
Tarikh : 30 September 2010
Masa : 10.30 pagi 12.30 pagi
8.0 LOKASI PROGRAM
Pertandingan Pidato Patriotisme 2010 akan di akan bertempat di Balai Ilmu, IPG Raja Melewar.
9.0 PERINCIAN PROGRAM
Di dalam Pertandingan Pidato Patriotisme ini beberapa aktiviti yang berlansung adalah;
PERTANDINGAN PIDATO
Peserta akan menyampaikan pidato yang bertemakan patriotisme di dalam pertandingan ini. Tajuk akan di berikan oleh penganjur seminggu sebelum pertandingan berlangsung. Antara tajuk-tajuk yang di cadangkan adalah;
1Malaysia : Satu Hasrat, Satu Matlamat
Rumah Terbuka : Wadah Asimilasi Kaum Di Malaysia
Laman Web Sosial : Wadah Mengukuhkan Integrasi Antara Kaum
Pejuang Negara Terbilang : Lekang Dek Panas, Lapuk Dek Hujan
Persembahan Sajak
Sebagai selingan Pertandingan Pidato Patriotisme ini, ia akan di selang selikan dengan persembahan sajak dari beberapa pelajar Unit KPLI Pengajian Bahasa Inggeris.
10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM
Rujuk Lampiran A
11.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
12.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, penganjuran Pidato Patriotisme ini diharap akan dapat mengukuhkan lagi semangat cintakan negara di kalangan warga IPG Raja Melewar. Selain daripada itu, di harapkan juga pengajuran program ini dapat meningkatkan penguasaan dan kemampuan komunikasi khalayak secara total.
PENUTUP
Penganjuran Pidato Kemerdekaan ini diharap dapat mewujudkan impak positif terhadap pelajar dan semua warga IPG Raja Melewar seterusnya meningkatkan keprihatinan dan makna sebuah kemerdekaan. Kerjasama semua pihak sangat dialu-alukan agar aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah dinyatakan. Diharapkan juga program ini akan dapat dijalankan dengan sifat silaturahim yang erat dan kerjasama yang padu dari semua pihak.
Di sediakan oleh,
_____________________________________________________
(MOHAMAD AZRUL BAHARUN) (SALKIAH BT MAZLAN)
Unit KPLI Bahasa Inggeris Unit KPLI Bahasa Inggeris
Lampiran A
JAWATANKUASA PELAKSANA
PERTANDINGAN PIDATO KENEGARAAN 2010
PENAUNG
Mohd Syarizal
PENYELARAS
Ong Qin Yong
PENGERUSI
Nanthini Nair
BENDAHARI
Low Li Xian
PENYELARAS MESYUARAT KHAS
Mohamad Azrul Baharun
Salkiah Mazlan
PROTOKOL
Sing Chin Hian
Vasuthi
TEKNIKAL
Mohammad Ali Akbar
PUBLISITI
Mohamad Izwan Tutur
MAKANAN
Gayathri
PERSIAPAN TEMPAT
Siti Farah Azuah
BUKU PROGRAM
Badrul Munir
Siti Maisarah
CENDERAMATA
Ramakrishnan A/L Kaniappan
PERSEMBAHAN
Prakash
Norhayati Abdul Rashid
Nalalagi
Vijaya
Mohd Akmal Tumian
Rezli Endi Ramli
Lampiran B
Tentatif Program
10.30 pagi : Ketibaan Warga IPG Raja Melewar
10.45 pagi: Ketibaan Dif Kehormat
: Ketibaan Perasmi
Pn. Hjh XXXXX Bte XXXXX
Pensyarah Jabatan Bahasa, Unit Bahasa Melayu
10.50 pagi: Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
10.53 pagi: Ucapan Sdri. XXXXX bin XXXX
Pengerusi Pertandingan Pidato Kemerdekaan 2010
11.00 pagi: Pertandingan Pidato Kemerdekaan
12.00 tengah hari: Majlis Bersurai
Lampiran C
ANGGARAN BELANJAWAN
PROGRAM PIDATO PATRIOTISME 2010
No
PERKARA
HARGA SEUNIT DAN KUANTITI
JUMLAH (RM)
URUSETIA
1
Tag Nama
27 unit x RM1.50
RM40.50
2
Catridge
1 unit x RM20
RM20.00
3
Kertas A4
1 rim x RM12
RM12.00
4
Maker Pen
2 batang x RM2
RM4.00
5
Pensil
10 batang x RM0.30
RM3.00
6
Keperluan Perasmian dan Penutupan
RM10
RM10.00
Jumlah
RM89.50
JAMUAN
1
Makanan
26 org x RM2
RM52.00
CENDERAHATI
1
Sijil
26 org x RM0.50
RM13.00
HADIAH
1
Hadiah
8 X RM2
RM16.00
JUMLAH BESAR
RM170.50
5 % KONTIGENSI
RM8.55
JUMLAH KESELURUHAN
RM179.10
ANGGARAN PENDAPATAN
I.Kutipan Yuran Ahli RM 179.10
JUMLAH KESELURUHAN PENDAPATAN RM 179.10
[SULIT]