Brosur Pidato : PENGENALAN

Anjuran

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

dengan kerjasama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERSATUAN PENTERJEMAHAN DAN PENULISAN KREATIF MALAYSIA (PERSPEKTIF)

GABUNGAN PERSATUAN GURU-GURU

SEKOLAH CINA MALAYSIA

PERSATUAN GURU BESAR SEKOLAH

TAMIL MALAYSIA

PENGENALAN

Anjuran

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

dengan kerjasama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERSATUAN PENTERJEMAHAN DAN PENULISAN KREATIF MALAYSIA (PERSPEKTIF)

GABUNGAN PERSATUAN GURU-GURU

SEKOLAH CINA MALAYSIA

PERSATUAN GURU BESAR SEKOLAH

TAMIL MALAYSIA

PENGENALAN

PENGENALAN

Festival Bahasa dan Sastera 2013 merupakan salah satu program yang dilaksanakan untuk memperkasa bahasa dan sastera kebangsaan dalam kalangan pelajar bukan Melayu yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina [SJK (C)] dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil [SJK (T)].

Acara yang dipertandingkan ialah Koir, Deklamasi Puisi, Pidato, Forum Pelajar dan Bercerita.

MATLAMAT

MATLAMAT

Menanamkan semangat kecintaan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar bukan Melayu dari peringkat awal persekolahan lagi.

Mewujudkan dan menyediakan suasana penggunaan bahasa kebangsaan yang indah dan santai dalam kalangan pelajar sekolah bukan Melayu.

Meningkatkan imej dan sinergi DBP, melalui kerjasama dengan pelbagai pihak terutamanya pertubuhan bukan kerajaan, Jabatan Pelajaran Negeri, tokoh korporat dan persatuan.

SYARAT-SYARAT

SYARAT-SYARAT

1.

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar bukan Melayu tahap dua yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Setiap sekolah hanya diwakili oleh seorang peserta.

2.

Tarikh Pertandingan

Pertandingan akan diadakan pada 27 Ogos 2013 di DBP Kuala Lumpur.

3.

Pemilihan Tajuk

Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan tema 1 Malaysia.

4.

Syarat Pertandingan Pidato

4.1

Peserta diberi masa lima (5) minit sahaja.

4.2

Peserta hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul.

4.3

Loceng akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum masa tamat dan dua kali apabila masa tamat.

4.4

Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan diberikan markah.

4.5

Markah akan dipotong sekiranya pemidato membaca nota atau teks.

5.

Pemarkahan

5.1

Pembahagian markah:

Bahasa (40 markah)

Isi (30 markah)

Persembahan (30 markah)

5.2

Jika terdapat dua atau lebih peserta yang mendapat markah yang sama, pemenangnya ialah peserta yang mendapat markah tertinggi dalam kombinasi markah bahasa dan isi.

6.

Hakim

6.1

Hakim akan dilantik oleh urus setia.

6.2

Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

7.

Borang Penyertaan

7.1

Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang penyertaan yang disediakan oleh urus setia.

7.2

Borang penyertaan hendaklah dihantar kepada urus setia melalui pos, e-mel, faksimile atau dihantar sendiri ke alamat yang diberikan.

8.

Hadiah

Tempat Pertama

RM 500.00 dan Sijil Penyertaan

Tempat Kedua

RM 400.00 dan Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga

RM 300.00 dan Sijil Penyertaan

Sagu Hati (seorang)

RM 100.00 dan Sijil Penyertaan

9.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup menghantar borang penyertaan ialah pada 13 Ogos 2013.

11.

Urus Setia

Urus setia berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak menepati syarat penyertaan yang ditetapkan.

Borang penyertaan hendaklah dihantar ke alamat:

Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum,

Tingkat 19, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Tel.

:

03 2148 2196 / 3301/2201/ 1301

Faks

:

03 2144 9746

E-mel

:

razali3@dbp.gov.my, roziaham@dbp.gov.my

12.

Urus setia akan menanggung kos penginapan peserta dan seorang guru pengiring.

13.

Urus setia akan menyediakan makan minum sepanjang tempoh pertandingan untuk peserta dan guru pengiring.

14.

Sebarang kemalangan atau kerugian dalam tempoh pertandingan ini diadakan adalah di bawah tanggungjawab sendiri.

15.

Pihak penganjur berhak mengubah syarat pertandingan yang dinyatakan dari semasa ke semasa.

BORANG PENYERTAAN

BORANG PENYERTAAN

1.

BUTIRAN SEKOLAH

Nama Sekolah

:

Alamat Sekolah

:

No. Telefon

:

No. Faks

:

E-mel

:

2.

BUTIRAN PELAJAR

Nama Penuh

:

Umur

:

No. Kad Pengenalan/

Sijil Kelahiran (sertakan salinan)

:

Tahun

:

Alamat Rumah

:

No. Telefon (R)

:

No. Telefon (B)

Nama Ibu/ Bapa/ Penjaga

:

Judul Pidato

:

3.

BUTIRAN GURU PENGIRING

Nama Guru

:

No. Kad Pengenalan

:

Alamat Rumah

:

No. Telefon Bimbit

:

No. Telefon Rumah

4.

PENGESAHAN GURU BESAR

Dengan ini disahkan bahawa pelajar tersebut adalah wakil sekolah kami.

Tandatangan

:

Nama Guru Besar

:

Cap Sekolah

:

Tarikh

:

Leave a Reply