Pidato Gabung : 1

BORANG PENGAKUAN

Kami dengan ini mengaku bahawa semua tugasan kami dalam Kerja Kursus ini adalah kerja asal yang kami sediakan sendiri dalam perkataan kami dan kami tidak menciplak, mahupun memplagiat mana-mana bahagian dalam tugasan yang dihantar.

Kami dengan ini mengaku bahawa :

Setiap kerja dan idea dalam tugasan kami diambil dari bahan bercetak dan sumber elektronik yang didaftarkan;

Kami tidak menyalin bulat-bulat daripada sebarang sumber ataupun seseorang pelajar;

Kami tidak membenarkan seseorang pelajar untuk menyalin laporan kami dan

Kami dengan ikhlas hati mengungkap setiap perkataan yang diucapkan oleh penulis tertentu dalam kertas kerja kami.

Dengan ini, kami faham sekiranya perkara di atas tidak dipatuhi atau didapati menipu, mana-mana bahagian di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis mempunyai hak sepenuhnya untuk mengambil tindakan tatatertib, seperti mana yang dinyatakan dalam Buku Panduan Pelajar yang terkini.

Yang benar,

…………………………………………

MOHD ADIB AZFAR B. MURI

(920901-13-5327)

Yang benar,

…………………………………………

MOHAMMAD LUTFI BIN MOHD ANOR

(920413-07-5759)

Senarai Kandungan

Bil

Kandungan

Muka Surat

Senarai Kandungan

2

Pendahuluan

3

Definisi

4

Konsep

5

Teknik

8

Teks Pidato

11

Refleksi

17

Rujukan

19

Lampiran

20

Pendahuluan

Pidato dan komunikasi awam adalah tunggak kepada lahirnya masyarakat yang berkeyakinan dan berketrampilan, berwibawa dan mampu mengeluarkan hujah dan idea berkesan untuk melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang berjaya.

Pengucapan awam atau pidato juga merupakan suatu kemahiran yang boleh dipelajari. Ramai dalam kalangan kita menganggap kebolehan ini suatu keistimewaan warisan yang diturunkan diripada satu generasi kepada generasi yang berikutnya.

Kemahiran pengucapan awam atau pidato umum ini sebenarnya boleh dipupuk atau diasah melalui proses pembelajaran, pendedahan dan amalan dengan bantuan serta bimbingan daripada pemidato-pemidato (pengucap) yang terlatih dalam bidang ini. Ringkasnya, setiap individu yang normal boleh melakukan pidato dan pengucapan awam sekiranya diberi peluang mengenali kemahiran tersebut secara terperinci dan sistematik.

Ringkasnya, setiap individu yang normal boleh melakukan pidato dan pengucapan awam sekiranya diberi peluang mengenali kemahiran tersebut secara terperinci dan sistematik.

Oleh itu, masyarakat berpidato perlulah diwujudkan untuk membudayakan masyarakat yang maju pemikirannya, berani, berdaya saing, bersikap positif, bermotivasi dan mampu mematahkan hujah negatif bagi menghasilkan idea pembangunan serta pemodenan bangsa yang positif.

Pidato bukan tahu bercakap atau hanya pandai berkata-kata, tetapi pidato sebenarnya ialah seni meluahkan kebijaksaan (ilmu dan seni berfikir) yang menggunakan seni bahasa indah dan menarik (seni berbahasa, seni berkata-kata) untuk menambat, memukau, menarik, dan mempengaruhi audiens (khalayak).

DEFINISI PIDATO

Pidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk atau pekara. Pidato berperanan dalam menjelaskan sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya setuju dengan apa yang disampaikan. Pidato juga bertujuan untuk menerangkan sesuatu maklumat bagi menyakinkan sekumpulan pendengar.

Seterusnya, pidato juga mempunyai tujuan-tujuannya tersendiri. Antara tujuannya adalah untuk memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting tentang tajuk yang ingin dipidatokan. Seterusnya, pidato juga berperanan untuk memberitahu audien tentang sesuatu perkara baharu seperti kejadian atau hal-ehwal semasa yang menarik hati para audien. Selain itu, melalui penyampaian pidato, ia dapat menaikan semangat dan keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, pemidato merupakan pengaruh terbesar dalam menaikkan semangat para pendengar dengan melontarkan hujah-hujah bersandarkan bukti yang kukuh serta kesahihan yang boleh dipercayai. Pidato juga dapat mempengaruhi para pendengar untuk memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya dari awal hingga akhir aktiviti pidato tersebut berlangsung. Ada ketika, para audian terpukau dengan intonasi suara yang digunakan oleh pemidato untuk menarik minat pendengar supaya sama-sama menghayati tajuk pidato yang disampaikannya tanpa merasa sedikitpun kebosanan terhadap tajuk pidator tersebut.

Antara teknik berpidato yang terbaik

Antara teknik berpidato yang terbaik

Sebelum Pidato

Sebelum Pidato

isi pidato disampaikan dengan turutan yang jelas dan memudahkan pendengar.

menghindari dari menggunakan kata-kata yang meragukan secara berlebihan

isi pidato disampaikan dengan turutan yang jelas dan memudahkan pendengar.

menghindari dari menggunakan kata-kata yang meragukan secara berlebihan

memberi penekanan dengan cara mengadakan variasi dalam gaya penyampaian.

menyusun isi-isi pidato dengan turutan dari hal yang mudah hingga ke hal yang sulit dan lengkap terlebih dahulu.

memberi penekanan dengan cara mengadakan variasi dalam gaya penyampaian.

menyusun isi-isi pidato dengan turutan dari hal yang mudah hingga ke hal yang sulit dan lengkap terlebih dahulu.

Berkeyakinan semasa berjalan menuju ke atas pentas.

Nyatakan perasaan,harapan dan jangkaan terhadap pendengar.

Berkeyakinan semasa berjalan menuju ke atas pentas.

Nyatakan perasaan,harapan dan jangkaan terhadap pendengar.

Semasa Pidato

Semasa Pidato

kejelasan kata-kata, intonasi, nada dan sikap yang bertetapan agar pendengar tidak bosan semasa mendengar

menggunakan contoh yang memudahkan pendengar memahami apa yang ingin disampaikan.

kejelasan kata-kata, intonasi, nada dan sikap yang bertetapan agar pendengar tidak bosan semasa mendengar

menggunakan contoh yang memudahkan pendengar memahami apa yang ingin disampaikan.

menggunakan bahasa tubuh bagi menarik perhatian pendengar.

gunakan nada suara yang berbeza dan sesuai dalam memberi penekanan pada hal-hal penting.

menggunakan bahasa tubuh bagi menarik perhatian pendengar.

gunakan nada suara yang berbeza dan sesuai dalam memberi penekanan pada hal-hal penting.

berikan isi-isi atau fakta-fakta yang penting semasa di pertengahan pidato atau di penghujung pidato.

menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pendengar.

berikan isi-isi atau fakta-fakta yang penting semasa di pertengahan pidato atau di penghujung pidato.

menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pendengar.

Selepas Pidato

Selepas Pidato

mengajukan soalan untuk mengetahui tahap pemahaman pendengar, minat pendengar atau sikap pendengar jika diperlukan.

Rumuskan apa yang telah kita sampaikan

mengajukan soalan untuk mengetahui tahap pemahaman pendengar, minat pendengar atau sikap pendengar jika diperlukan.

Rumuskan apa yang telah kita sampaikan

Ucapan terima kasih kepada pihak penganjur dan harapan kepada audien yang mendengar pidato yang disampaikan.

Ucapan terima kasih kepada pihak penganjur dan harapan kepada audien yang mendengar pidato yang disampaikan.

GLOBALISASI MEMBAWA KESAN NEGATIF KEPADA EKONOMI NEGARA

BismillahAlhamdulillah..

Cetusan barakah buat peneraju acara, Saf kehakiman intelektual berkarisma, Sidang hadirin warga dewan berwibawa..

Assalamualaikum w.b.t. dan salam karisma…

Hari ini, pertandingan ini bukanlah pertandingan akademi piala fantasia, maka saya bukanlah Mawi ataupun Faizal, tetapi pelajar akademi Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang akan menyampaikan sebuah pidato bertajuk Globalisasi Membawa Kesan Negatif Kepada Ekonomi Negara.

Sidang pendidik yang dikasihi sekalian,

Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud "fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat."

Istilah Globalisasi, pertama kali digunakan oleh Theodore Levitt (1985) yang menunjuk pada politik-ekonomi, khususnya politik perdagangan bebas dan transaksi kewangan..

Sidang penonton yang penuh santun,

Proses globalisasi merupakan arus perubahan yang dinamik yang melampaui sempadan wilayah dan kenegaraan. Globalisasi juga membawa banyak keburukan kepada negara membangun yang mempunyai daya saing yang rendah dari segi ekonomi, penglibatan antarabangsa, politik global dan sebagainya. Negara membangun masih lagi bergelut dengan masalah kemiskinan, ketidakseimbangan, ketidakadilan sosial, taraf hidup yang rendah, pembangunan yang lembap dan memperlihatkan jurang yang begitu ketara dengan negara maju dalam pelbagai aspek.

Sidang hadirin warga dewan budiman,

Negara-negara Asia Tenggara telah menganggap proses globalisasi ini amat penting dan berkesan kepada masyarakat di negara ini kerana mereka mulai merasai kesannya akibat daripada proses ini semenjak berlakunya krisis kewangan pada tahun 1997 dan 1998. Proses globalisasi ekonomi ini menjadi unsur globalisasi yang utama kini dan mempunyai pelbagai kesan terhadap negara-negara Asia Tenggara. Cabaran yang ditimbulkan oleh proses globalisasi ekonomi ini merupakan realiti bagi semua negara yang masih membangun seperti Malaysia, Indonesia, dan negara Thailand. Manifestasi akibat daripada perubahan dalam urusan mata wang dan perdagangan kewangan serta pergerakan dan perpindahan modal dalam ekomoni telah menyebabkan timbulnya krisis ekonomi di negara Asia Tenggara ini.

Di Malaysia, pada lewat tahun 1980-an telah bermulanya perkembangan wacana mengenai globalisasi ini. Perbincangan yang hanya terkemuka pada masa itu adalah bersifat popular dan disebarkan oleh pihak penganjurnya kerana kegairahan mereka yang melonjak tinggi terhadap proses pengglobalan ekonomi dan dunia pada masa itu. Penelitian tentang wacana ini amatlah penting untuk kita supaya dengan penelitian ini kita dapat membuat tafsiran dan mengkritis dengan terperinci mengenainya daripada perspektif yang sesuai dengan kepentingan negara kita mengenai globalisasi ini. Pelbagai jenis teori yang telah diperjuangkan dalam proses globalisasi ini terutamanya adalah mengenai tesis keras di mana ianya diperjuangkan oleh golongan hyberglobalizers. Golongan ini telah meremehkan peranan-peranan negara bangsa serta turut meremehkan persoalan mengenai agensi atau pembudayaan dan refleksiviti yang agak terabai. Bagi mengelakkan rakyat, masyarakat dan negara ini dikuasai oleh ketegangan dan kontradikasi serta tekanan yang ditimbulkan akibat proses globalisasi ini, penelitian melalui perspektif ini adalah amatlah penting. Penelitian ini perlu diteliti atau dilaksanakan dengan sempurna oleh semua golongan masyarakat untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai realiti proses globalisasi ekonomi di negara kita ini.

Sidang intelek yang dihormati sekalian,

Menurut Ishak Shari, beliau menyatakan bahawa selepas berakhirnya Perang Dingin dan berlakunya keruntuhan Tembok Berlin, globalisasi ekonomi ini boleh diertikan atau didefinisikan sebagai tunjang atau teras bagi proses globalisasi pada hari ini. Manakala bagi John Gray ( 1998 ), semenjak tahun 1990-an telah bermulanya beberapa perkembangan ekonomi global di mana pada tahun ini merupakan titik permulaan bagi tahap kapatalisme global. Beliau menyatakan bahawa tahap kapatalisme pada masa kini merupakan tapak atau tunjang bagi proses globalisasi ekonomi. Beliau juga telah mengutarakan tentang doktrin pasaran bebas ( free market ). Doktrin pasaran bebas yang diperkenalkan oleh beliau ini merupakan sesuatu pasaran yang bebas daripada kuasa serta pengaruh pihak kerajaan ataupun pengaruh pemerintah. Bebas daripada kuasa serta pengaruh pihak kerajaan adalah bermaksud bebasnya daripada dasar-dasar liberalisasi, deregulasi dan dasar penswastaan. Realitinya yang dapat dilihat akibat daripada globalisasi ekonomi ini, ianya memaparkan sedikit sebanyak kepada masyarakat kita pada hari ini mengenai sifat ketidakseimbangan proses tersebut. Sifat ketidakseimbangan akibat globalisasi ekonomi dapat dilihat terutamanya ketidakseimbangan antara kuasa negara-negara maju dengan negara yang masih lagi membangun untuk menjadi negara yang maju pada masa akan datang. Sebagai contohnya, ekonomi bagi negara-negara triad iaitu seperti negara Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun merupakan kuasa yang dominan yang mana negara-negara ini telah menguasai modal besar dalam ekonomi yang bersifat global. Sebagai contohnya, syarikat transnasional ( transnational corporation – TNC ) yang masing-masing modalnya terbit daripada negara-negara triad lebih mempunyai kuasa pasaran. Kuasa daripada pasaran syarikat ini telah merudumkan serta menjejaskan pembangunan sosial yang baru bermula dalam kalangan ekonomi-ekonomi bagi negara yang membangun.

Akibat daripada wujudnya perdagangan global yang bebas ini, telah wujudnya hiraki antara TNC tersebut. Selain daripada syarikat ini, sistem penghasilan post – Fordism yang mencirikan globalisasi ekonomi. Sistem penghasilan ini banyak memberikan keutamaan kepada modal dan juga pasaran bebas. Hasil daripada hakikat globalisasi ekonomi ini adalah timbulnya persoalan mengenai fungsi pemerintah dan setakat manakah wujudnya daya kuasa pemerintah untuk mereka menentukan haluan tentang pembangunan ekonomi bagi negaranya sendiri. Tema utama dalam ekonomi-politik pada era globalisasi ini adalah mengenai persoalan tentang autonomi kuasa iaitu persoalan yang amat berkaitan dengan sistem governans ( governance ) yakni bagi pergerakan modal dan juga kuasa kewangan global. Akibat daripada krisis ini telah menyebabkan governans sistem kewangan global dan modal dalam pasaran bebas berada pada tahap yang amat kritikal sekali. Hal ini adalah disebabkan kerana ianya boleh menentukan kesejahteraan serta kestabilan bagi negara-negara yang sedang membangunkan ekonomi di negara masing-masing untuk menstabilkan sesebuah sistem kewangan.

Krisis kewangan ekonomi dalam pembaharuan global ini juga telah menyebabkan berlakunya perubahan-perubahan dalam struktur kuasa dan pengaruh politik dunia. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh keruntuhan idealogi komunisme, feudalisme, authoritarianisme serta bentuk-bentuk pemerintahan kuku besi dak diktator yang mana digantikan dengan idealogi pendemokrasian, idealogi kapitalisme baru, idealogi federisme dan juga kebangkitan neokolonialisme yang baru. Krisis kewangan dunia dalam globalisasi ekonomi ini adalah disebabkan oleh kejatuhan nilai mata wang yang melonjak, inflasi, kekurangan modal dan juga sandaran aset modal, kenaikan riba atau bunga pinjaman yang sangat tinggi dalam kalangan pemerintah terhadap masyarakat serta kemerosotan perkapita disebabkan oleh pergantungan kepada komuditi dan persaingan harga yang begitu rendah, dasar perlindungan negara barat serta syarat-syarat perdagangan yang menunjukkan sikap yang tidak adil di mana bersifat berat sebelah serta lebih memberi keuntungan kepada negara maju. Pada masa kini, kita dapat lihat peranan yang telah dimainkan oleh IMF dan juga Bank Dunia adalah kurang berkesan dalam menangani krisis ekonomi yang berkaitan dengan krisis kewangan yang kian buruk dan amat kritikal yang dihadapi oleh negara-negara yang membangun.

Sidang dewan yang arif,

Salah satu kesan buruk yang telah dihadapi oleh negara yang sedang membangun akibat daripada krisis kewangan dan globalisasi ini adalah keperluan terhadap penstrukturan semula ekonomi dunia dan ekonomi negaranya sendiri daripada terus merundum dan mengalami kebangkrapan. Bagi negara membangun yang mengalami krisis kewangan akibat daripada proses globalisasi ini, mereka beranggapan bahawasanya selain daripada terpaksa bergantung kepada pinjaman daripada IMF dan juga Bank Dunia, penggabungan organisasi ekonomi terutamanya dalam sektor perbankan, sektor kewangan yang merangkumi pinjaman dan kredit, dan sistem import eksport perlu mengambil kira risiko kerugian dengan lebih serius dan terperinci yang disebabkan oleh globalisasi ini.

Bagi negara Malaysia, trend baru ini merupakan satu cabaran yang amat besar memandangkan kemakmuran ekonomi Malaysia dalam dua dekad ini banyak disumbangkan oleh pelaburan asing di mana untuk menarik minat dalam berdaya saing. Apa yang paling dibimbangkan kini adalah Malaysia akan semakin kehilangan tarikannya sebagai destinasi pelaburan asing sekiranya tidak mengambil apa-apa tindakan. Oleh itu, kerajaan Malaysia perlulah merangka strategi baru bagi menarik minat pelaburan asing ataupun berdikari tanpa perlu bergantung kepada pelaburan asing dalam mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Memandangkan Malaysia semakin kehilangan tarikannya, kerajaan Malaysia sedang berusaha dengan gigih untuk menarik minat pelabur-pelabur asing dalam berdaya saing melalui pelbagai cara. Dengan penubuhan AFTA dan penawaran insentif pelaburan mungkin dengan sedikit sebanyak dapat menarik minat pelabur asing untuk berdaya saing sengan negara Malaysia.

Tuntasnya, globalisasi pada umumnya membawa beberapa kesan negatif ke atas ekonomi Negara.

SALAM INTEGRITI

Sekian w.b.t.

Refleksi

Mohd Adib Azfar Bin Muri

Tugasan Bahasa Melayu Kontektual bagi semester 3 Program Persedian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) adalah berpaksikan pidato ataupun syarahan yang baik. Dalam proses penyediaan tugasan ini kami menghadapi beberapa masalah yang menambah pengetahuan yang lebih jelas tentang pidato setelah di rujuk dari para pensyarah dan juga buku-buku yang terdapat dalam perpustakaan.

Pada hari taklimat kerja kursus serta penyerahan tugasan, saya melihat perkara ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk di laksanakan kerana ianya melibatkan kaedah yang terbaik yang mampu menghasilkan ucapan mahupun syarahan yang mampu memberi kesan kepada pendengar. Pada hari tersebut kami bahagikan tugas dalam mencari maklumat tentang pidato. Terdapat beberapa buku yang telah kami rujuk untuk mendapatkan teknik terbaik di dalam pidato. Banyak teknik yang tersenarai tetapi tidak kesemuanya mampu meninggalkan kesan kepada pendengar.

Sebelum perlaksanaan tugasan ini dilakukan kami merangka secara keseluruhan tugasan yang diberikan. Kami menyusun maklumat yang di perolehi mengikut susunan soalan yang terdapat dalam kertas soalan kerja kursus pendek ini.

Ketika perlaksanaan tugasan ini, kami banyak mengolah bahan-bahan yang terdapat di dalam buku-buku yang kami rujuk. Terdapat juga bahan yang kami taip ke dalam tugasan ini secara keseluruhan tanpa mengubah mana-mana struktur ayat. Pengolahan dan bahan-bahan yang kami ambil dari buku dinyatakan pada runagan rujukan. Terdapat banyak juga bahan yang perlukan olahan kerana ianya hanya teori. Jadi ia memerlukan kepada penerangan yang lebih jelas.

Setelah selesai kesemua proses penyediaan tugasan ini secara keseluruhan terdapat beberapa input yang saya perolehi daripada kefahaman tentang tugasan yang telah disiapkan. Penyedian ini dilakukan dalam bentuk pembukuan maklumat.

Mohamad Lutfi Bin Mohd Anor

Alhamdulillah syukur saya hardratkan kepada Allah SWT kerana telah banyak membantu saya dan sahabat saya dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini. Pada awal mendapat kerja kursus ini saya merasa amat berat untuk melakukan kerja kursus ini tetapi Alhamdulillah atas tunjuk ajar Encik Mat Nasir Bin Che Ali dalam kelas banyak membantu kami menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pebimbing saya iaitu Encik Mat Nasir Bin Che Ali.

Semasa menyiapkan kerja kursus ini, saya dan sahabat saya agak sukar untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pidato. Saya dan sahabat saya agak sukar untuk mencari bahan yang berkaitan dengan pidato tetapi Alhamdulillah kami berjaya menemui beberapa buah buku sebagai bahan rujukan kami.

Apa yang dapat saya pelajari semasa menyiapkan kerja kursus ialah ilmu tentang pidato. Saya dapat mengenal pasti konsep pidato, ciri-ciri pidato yang berkesan, apa yang perlu ada dalam naskah pidato dan teknik pidato yang terbaik. Semua yang saya perolehi dalam menyiapkan kerja kursus ini banyak membantu saya meningkatkan kemahiran bertutur di khalayak ramai.

Dengan menyiapkan kerja kursus ini dapat menambah pengetahuan saya untuk mengatasi masalah saya untuk bertutur di hadapan khalayak ramai. Di samping itu juga dengan melakukan kerja kursus ini juga saya dapat mempelajari bagaimana hendak menjadi seorang pemidato yang berjaya yang dapat memberi kesan kepada pendengar dengan persembahan pidato.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam membantu saya dan sahabat saya dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini lebih-lebih lagi kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Mat Nasir Bin Che Ali.

Rujukan

Arshad, M. (2007). Teknik Pengucapan Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Gary, T. (1990). Perucapan Umum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin, H., & Siti Hajar, H. (1997). Pengajian Melayu 2. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

MOHD SOFIAN OMAR FAUZEE, M. M. (2007). PSIKOLOGI DALAM PENGUCAPAN AWAM. KUALA LUMPUR: Utusan Publication & Distrubution Sdn. Bhd.

Samsudin, W. (2007). Belajar Berucap. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

LAMPIRAN

LAMPIRAN

5

Leave a Reply