Pidato Spontan : WARGA TUA WARGA BERHARGA

warga tua warga berharga

Assalamualaikum w.m.h salam sejahtera, salam perpaduan.

Sebelum bahtera kata berlayar ke lautan bicara terlebih dahulu izinkan saya mentakrifkan tajuk pidato agar mudah difahami. .warga emas merupakan kategori penduduk malaysia yang berumur 60 tahun ke atas , Mengikut definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu warga emas adalah golongan berusia 65 tahun ke atas.
Istilah warga emas lebih sesuai diguna pakai kerana ia memberi imej yang berharga dan dihormati kepada golongan warga tua.

Kehadiran warga emas dalam sesebuah keluarga selalu dikaitkan dengan kesusuhan apatah lagi kebanyakan warga emas mengalami masalah kesihatan dan tidak berupaya mengurus diri sendiri . Ada juga warga emas yang mengalami penyakit lumpuh, Alzheimer, atau pelbagai penyakit lain. Kesusahan ini memaksa ahli keluarga warga emas bertindak diluar tabii dengan menghantar mereka ke rumah seri kenangan atau tempat jagaan orang-orang tua manakala anak-anak atau cucu-cucu mereka sibuk mencari harta.

Hadirin hadirat sekalian,

7 peratus daripada 25 juta rakyat Malaysia terdiri daripada warga tua atau warga emas. sebenarnya Warga emas merupakan aset penting negara dan hakikat ini tidak boleh disangkal, sebaliknya ia perlu dimanfaatkan. Walaupun sudah semakin berusia rambut pun semakin putih namun, sumbangan bagi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara menerusi pengalaman, kepakaran serta kemampuan boleh terus dihulurkan tidak hairanlah peribahasa ada menyebut mereka makan garam terlebih dahulu daripada kita. Golongan warga emas sememangnya kaya dengan pelbagai pengalaman yang diperoleh dan dipupuk melalui pendidikan awal, hidup berkeluarga, berkerjaya dan bersosial.

Hadirin dan Hadirat teruskan membuka minda,

Mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berpendapat amat merugikan jika kita tidak memanfaatkan sepenuhnya pengalaman warga emas untuk dijadikan panduan hidup
Selain itu kita telah dididik untuk sentiasa menghormati dan menyayangi warga emas serta menjaga tutur kata, tingkah laku dan bersopan. Amat wajar kita mempertingkat dan memperhebatkan sifat serta nilai murni ini agar terus kekal dan menjadi amalan harian generasi muda.
Jadilah seorang yang prihatin, mengasihi dan menyayangi golongan warga emas yang telah menabur budi serta berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara. Pihak berwajib sentiasa prihatin terhadap golongan tua dan sebagai bukti Bantuan kewangan Warga emas.diberikan untuk menjamin warga emas menikmati kehidupan selesa.Malaysia adalah antara negara rantau Asia paling awal menggubal Dasar Warga Emas Negara pada tahun 1995, kemudian mewujudkan Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Kebangsaan serta Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara yang kini diguna pakai untuk semua program warga emas.Sebagai meneruskan keprihatinan terhadap warga emas, Jabatan Perkhidmatan Awam meluluskan satu bahagian baru iaitu Bahagian Warga Emas dan Keluarga di Jabatan Kebajikan Masyarakat.warga emas diberikan perhatian berkaitan isu pusat jagaan harian , sindrom terpinggir warga emas, skim pencen pesara, had umur bersara, beban kewangan, , kemudahan kaunter khas dan kadar istimewa pengangkutan awam dan hotel.

Hadirin Hadirat yang dikasihi sekalian,

Menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat, kerajaan juga mahu keluarga sendiri bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan dan kesejahteraan warga emas dalam keluarga mereka. Menghantar warga emas ke rumah kebajikan hanya wajar dilakukan sebagai jalan terakhir, bukan pilihan utama.
Khidmat Bantu di Rumah turut disarankan kerajaan. Ia membantu warga emas tinggal bersama ahli keluarga atau terus tinggal dalam komuniti dengan mendapat khidmat sokongan menerusi pekerja sukarela terlatih. .Program itu akan berkesan jika ramai individu ikhlas dan sukarela membantu warga emas, sekali gus menyemarakkan konsep

masyarakat penyayang dan kebajikan tanggungjawab bersama.Bahtera sudah sampai ke pelabuhanya,
Sebelum menlabuhkan tirai pidato saya, petiklah kesimpulan dari gagasanya untuk renungan dan reformasi bersama:

1. Warga emas merupakan asset berharga kepada negara
Jangan dipersiakan pengalaman dan pandangan mereka.
2. Pelbagai usaha kerajaan lakukan untuk memartabatkan warga
Emas dan menghargai jasa mereka.
3. Sebagai pendokong aspirasi Negara sayangilah warga emas.

Sekian Wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Sekian terima kasih.

masyarakat sepakat membawa berkat


HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,

MASYARAKAT IALAH KOMUNITI TERBESAR DI DALAM KUMPULAN ETNIK YANG BERBAGAI-BAGAI KAUM DI NEGERA KITA YANG TERCINTA INI. MENURUT KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA EDISI KEENAM, SEPAKAT MEMBAWA MAKSUD HIDUP BERSATU PADU DENGAN CARA MUAFAKAT DAN BERSATU HATI MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN DI DALAM MASYARAKAT. BERKAT PULA MEMBAWA MAKSUD SETIAP USAHA DAN PERSETUJUAN YANG DICAPAI AKAN MEMBAWA KEPADA HASIL YANG BAIK DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA MASYARAKAT ITU SENDIRI.

RAKAN-RAKAN,

"MASYARAKAT SEPAKAT MEMBAWA BERKAT" TIDAK DAPAT DIPISAHKAN DENGAN PERIBAHASA YANG BERBUNYI BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING YANG BERERTI SEBAGAI MASYARAKAT YANG BERSATU PADU MESTILAH SENTIASA BERSEDIA MENOLONG JIRAN TETANGGA SERTA KOMUNITI DI TEMPAT TINGGAL KITA YANG DALAM KESUSAHAN. MASYARAKAT YANG PRIHATIN TIDAK MENGIRA PANGKAT DAN KEDUDUKAN AKAN SENTIASA BERSAMA-SAMA MEMBANTU JIRANNYA YANG MISKIN DAN SUSAH, BAGAIKAN AUR DENGAN TEBING YANG SALING MEMERLUKAN. JUSTERU ITU, KEHIDUPAN JUGA AKAN LEBIH TENANG DAN DIHARGAI OLEH MASYARAKAT PADA SETIAP MASA.

HADIRIN DAN HADIRAT,

TAHUKAH ANDA BAHAWA SEBAGAI MASYARAKAT YANG BERTANGGUNGJAWAB, KITA JUGA MESTILAH MENGHORMATI, MEMAHAMI ADAT DAN KEBUDAYAAN JIRAN SERTA RAKAN-RAKAN KITA YANG BERBILANG KAUM. APABILA TIBA MUSIM PERAYAAN, KUNJUNG-MENGUNJUNG HENDAKLAH KITA JADIKAN AMALAN. SALING BERMAAFAN SESAMA JIRAN DAN RAKAN AKAN MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG HARMONI DAN TENTERAM SEPANJANG MASA.

PENUBUHAN JAWATAN KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG ATAU JKK KAMPUNG AMAT BERGUNA UNTUK MENJAGA DAN MENGAWAL KESELAMATAN KAMPUNG SERTA TEMPAT TINGGAL. KITA JUGA SEHARUSNYA BERTERIMA KASIH DENGAN ADANYA JKK KAMPUNG YANG MERONDA DAN MENGAWAL KESELAMATAN DI TEMPAT TINGGAL KITA PADA SETIAP MALAM. AMALAN SEBEGINI ADALAH SIKAP TERPUJI MASYARAKAT KITA YANG MEMPUNYAI RASA TANGGUNGJAWAB KEPADA KOMUNITINYA. HASILNYA, KEADAAN DAN KESELAMATAN DI TEMPAT TINGGAL KITA AKAN TERJAMIN DARI ANASIR-ANASIR JAHAT YANG CUBA MENCEROBOH TEMPAT TINGGAL KITA.

KAWAN-KAWAN,

SUKACITANYA SAYA MENYIMPULKAN DI SINI BAHAWA MASYARAKAT MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT IALAH MASYARAKAT YANG HIDUP BERSATU PADU, HARMONI DAN BERTANGGUNGJAWAB AKAN MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG AMAN, MAKMUR DAN SENTOSA SETIAP MASA.

RASANYA, SAMPAI DI SINI SAHAJA PIDATO SAYA, SAYA SUDAHI BICARA YANG TIDAK SEBERAPA INI DENGAN SERANGKAP PANTUN,

HIDUP SEPAKAT SETIAP MASA,

SUSAH DAN SENANG SAMA MERASA,

BERTANGGUNGJAWAB DAN BERGANDING ERAT,

MASYARAKAT SEPAKAT MEMBAWA BERKAT.

BERJIMAT CERMAT AMALAN MULIA

Pendahuluan :

Istilah berjimat-cermat sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan pada zaman muasir ini. Adakah masyarakat Malaysia tidak tahu berjimat-cermat? Sebenarnya berjimat-cermat merupakan istilah keramat yang memacu kepada kejayaan sesebuah bangsa dan negara.Tanpa amalan tersebut maka tidak mustahilah negara akan terdedah kepada krisis ekonomi,maka mundurlah ekonomi negara tersebut.

Perkara ini berkaitan dengan pepatah Melayu yang menyatakan ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.  Hal ini membuktikan bahawa sikap berjimat cermat merupakan amalan yang mulia  dan memberi banyak manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.

 Indikator sata yang pertama,

Berjimat cermat dapat menjamin masa depan yang lebih baik. Seseorang yang ada wang simpanan tidak perlu lagi membanting tulang apabila sudah bergelar warga emas.  Mereka boleh menggunakan wang tersebut untuk meneruskan kehidupan tanpa meminta bantuan daripada sesiapa walaupun kepada anak-anak sendiri kerana anak-anak mempunyai tanggungjawab mereka sendiri.  Melalui perkara ini, jelaslah bahawa orang yang berjimat cermat lebih selesa hidupnya berbanding dengan orang yang boros.

Selain itu,amalan berjimat cermat juga membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran pada masa hadapan. Hal ini demikian kerana yuran pengajian semakin mahal. Oleh yang demikian, ibu bapa yang bijak merancang akan mula membuat simpanan untuk anak-anak sejak awal-awal lagi bak kata peribahasa "sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Penegasannya, jelaslah bahawa sikap berjimat cermat adalah satu amaln mulia yang akan dapat membantu kita melanjutkan pelajaran ke menara gading.

 Mandala fikir saya yang kedua,

 Amalan berjimat cermat membantu kita pada masa kecemasan.  Jika kita tiba-tiba diserang penyakit kronik seperti strok, sakit jantung dan sebagainya, kita memerlukan rawatan segera.  Kos pembiayaan rawatan untuk penyakit-penyakit seperti ini boleh mencecah puluhan ribu ringgit.  Kita banyak melihat pesakit yang menunggu sekian lama untuk menerima rawatan hanya kerana tidak cukup wang.  Oleh hal yang demikian, mereka yang mempunyai simpanan tidak akan menghadapi sebarang halangan untuk menbiayai kos rawatan.  Hal ini akan dapat membantu mereka membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anak apabila melanjutkan pelajaran ke menara gading. Masyarakat terutamanya generasi muda perlu merancang perbelanjaan mereka agar tidak berdepan dengan masalah apabila menempuh usia emas kelak. Kebanyakan warga emas menghadapi masalah kerana mereka gagal merancang kewangan ketika usia muda. Hal ini perlu dielakkan supaya tidak seperti pepatah sudah terhantuk baru tengadah.Sebagai contoh, apabila anak-anak berjaya melanjutkan pelajaran, ibu bapa akan memerlukan kos yang banyak.Sekiranya ibu bapa mempunyai wang simpanan, mereka tidak menghadapi apa-apa masalah, sebaliknya jika ibu bapa tidak mempunyai wang simpanan, mereka akan tertekan dengan kemelut kewangan sekali gus akan mengharapkan biasiswa dan pinjaman daripada pihak kerajaan.

Oleh itu, kita janganlah menjadi masyarakat yangn sentiasa mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan dan melahirkan bangsa yang sentiasa bertongkat. Oleh hal yang demikian, amalan berjimat-cermat ini dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan keluarga yang bahagia kerana tidak mengalami sebarang tekanan kewangan kerana mempunyai wang simpanan mereka sendiri.

Konklusinya, amalan berjimat-cermaT adalah amalan mulia yang patut diamalkan oleh.Sesungguhnya, amalan berjimat-cermat dapat meloloskan diri daripada belenggu inflasi yang melanda individu yang boros. Secara tidak langsung, hal ini akan melahirkan warga negara yang bijak dan berhemah dalam mengurus ekonomi keluarga,masyarakat dan negara.Maka, sekiranya kita sayang akan keluarga dan negara daripada dibebani kebejatan ekonomi,kita perlu menggembleng tenaga dalam mengamalkan budaya berjimat-cermat. Akhir kalam, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Leave a Reply