Pertandingan Pidato Bbk : Tema

KE ARAH TRANSFORMASI

KUALA LUMPUR SEBAGAI BANDAR RAYA

BERTARAF DUNIA

28 Oktober 2010

Tempat

PANGGUNG BANDAR RAYA

KUALA LUMPUR

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Negara ini, maka bulan Oktober telah dipilih sebagai bulan untuk sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Majlis Pelancaran BBK 2010 Peringkat Nasional akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 5 Oktober 2010 di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak Darul Ridzuan. 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menyokong kempen ini sebagai usaha memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dengan menganjurkan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ini adalah kerana Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia yang sepatutnya turut menjadi pusat kepada usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini. Salah satu acara yang diadakan untuk memeriahkan Bulan Bahasa Kebangsaan ini ialah Pertandingan Pidato Terbuka Kuala Lumpur.

Mendedahkan warga Kuala Lumpur tentang sejarah dan sumbangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terhadap kemajuan negara.

Mencungkil bakat dan kemahiran serta membina keyakinan diri dalam berkomunikasi dalam kalangan warga Kuala Lumpur.

Memupuk rasa megah dan kecintaan dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Melahirkan warga Kuala Lumpur yang lebih berketerampilan dalam menyampaikan idea, pandangan dan fakta dengan lebih berkesan dan bernas.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Kuala Lumpur yang berumur 17 tahun hingga 35 tahun dan terhad kepada 30 orang peserta sahaja.

Pertandingan ini akan dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat saringan dan peringkat akhir.

Hanya tujuh (7) orang peserta yang berjaya sahaja akan bertanding ke peringkat akhir.

Peserta dikehendaki memilih satu tajuk pidato yang telah disediakan oleh pihak penganjur pertandingan.

Teks pidato hendaklah dilampirkan bersama-sama borang penyertaan dan dihantar kepada urus setia pertandingan.

TAJUK PIDATO

1.Pembudayaan Warga Kuala Lumpur ke Arah Tamadun Kelas Pertama

2.Bahasa Melayu Wahana Perpaduan 1 Malaysia

3. Merealisasikan Kuala Lumpur ke Arah Bandar Raya Bertaraf Dunia

4.Kebanjiran Pendatang Asing di Kuala Lumpur: Apakah Kewajarannya?

5.Natijah Pembangunan yang Pesat: Kebaikan

atau Keburukan?

6.Pembangunan dijunjung, Bahasa Kebangsaan

Disanjung

7.Bahasa Pemangkin Pembinaan Ketamadunan Bangsa

8.Bandar Raya Terpelihara, Warga Sejahtera

9.Bandar Raya Kuala Lumpur sebagai Pusat Seni Warisan dan Sejarah

10.Infrastruktur Teratur, Kuala Lumpur Masyhur

Pemidato diberikan masa 5 minit untuk menyampaikan pidato masing-masing.

Loceng akan dibunyikan sekali satu minit sebelum masa tamat dan dua (2) kali apabila masa tamat.

Penyampaian dan hujah yang disampaikan selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan diambil kira untuk tujuan pemarkahan.

Pemidato yang membaca nota atau teks semasa berpidato akan dipotong markah persembahan.

Kritikan terhadap isu-isu sensitif mengenai agama, bangsa dan budaya atau keperibadian seseorang adalah dilarang.

Penggunaan bahasa dan tutur kata yang kurang sopan juga dilarang sama sekali.

Pengerusi berhak menegur pemidato yang melanggar peraturan ini.

Pemidato diwajibkan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul.

Pemidato hendaklah berpakaian kemas dan sopan.

PANEL HAKIM

Pada Peringkat Saringan, panel hakim terdiri daripada lima (5) orang iaitu, dua (2) orang daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, seorang (1) daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, seorang (1) daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan seorang (1) daripada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Pada Peringkat Akhir, panel hakim juga terdiri daripada lima (5) orang daripada agensi yang sama.

Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.

PEMARKAHAN

Pemarkahan yang diberikan oleh panel hakim adalah berdasarkan kriteria berikut:

ISI 25 Markah

Pengutaraan isi-isi yang bernas, data-data dan bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya.

BAHASA 20 Markah

Penguasaan bahasa yang baik, jelas dan tepat (tatabahasa dan sebutan) serta gaya bahasa yang berkesan, bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan.

PENYAMPAIAN 45 Markah

Persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang meyakinkan penonton. Perlu menunjukkan gaya yang menarik dan susunan idea yang tertib.

ETIKA 5 Markah

Tidak menyentuh isu-isu sensitif mana-mana kaum dan tidak berpelakuan atau menuturkan kata-kata yang tidak sopan.

MARKAH BONUS 5 Markah

Markah bonus diberikan berdasarkan keseluruhan persembahan yang disampaikan.

Jika didapati dua atau lebih peserta yang mendapat markah yang sama, maka untuk menentukan pemenangnya hendaklah mengambil kira peserta yang mendapat markah tertinggi dalam kombinasi markah bagi isi dan bahasa. Jika masih juga terdapat persamaan, kombinasi bagi isi, bahasa dan penyampaian dijadikan asas penentuan.

HADIAH

JohanWang Tunai RM1000.00

Sijil Penyertaan

Hadiah Iringan

Naib JohanWang Tunai RM800.00

Sijil Penyertaan

Hadiah Iringan

Tempat KetigaWang Tunai RM600.00

Sijil Penyertaan

Hadiah Iringan

Sagu hati

Peringkat SaringanWang Tunai RM100

Sijil Penyertaan

Peringkat Akhir Wang Tunai RM300.00

Sijil Penyertaan

TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 20 OKTOBER 2010

Hantarkan penyertaan anda kepada:

Urus Setia,

Pertandingan Pidato Terbuka Kuala Lumpur,

Dewan Bahasa dan Pustaka ,

Tingkat 21, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

Tel : 03-21482924/21482537

Faks : 03-21414109

E-mel : roslida@dbp.gov.my

faezah@dbp.gov.my

hajijah@dbp.gov.my

Fauzi:

Leave a Reply