Teks Pidato Skbi Terbaru

GENERASI BERILMU MELAHIRKAN

TEKNOKRAT PROFESSIONAL UNGGUL

Saat kegemilangan dan berdiri megahnya Maharaja Wu Ti dalam tampuk pemerintahan Dinasti Hans, mengorak langkah dan menjulangkan pendidikan China. Lihatlah, betapa pentingnya generasi berilmu dalam melahirkan teknokrat prosessional unggul.

Sekalung apresiasi buat peneraju acara, kombinasi teguh kehakiman penuh saksama, hadirin nadi pengerak wawasan negara.

Sebelum saya mengorak langkah, moleklah kiranya jika saya menginterprestasikan beberapa rangkaian mutiara kata dalam maudhuq pidato iaitu Generasi Berilmu Melahirkan Teknorat Professional Unggul. Aminudin Baki dalam buah fikiran beliau iaitu Aduhai ilmu merungkaikan Generasi Berilmu sebagai satu kelompok individu yang berpendidikan yakni berfikiran luas serta berpandangan jauh.Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-4, frasa teknorat diinterprestasikan sebagai seseorang yang mahir dan pakar dalam bidang sains dan teknologi.Perkataan professional pula merujuk kepada kemahiran dalam sesuatu bidang mengikut profesyen kerjaya tersendiri. Jadi tuntasnya secara konseptual , pidato saya merujuk kepada golongan cerdik pandai berpendidikan kelas pertama yang mampu menjana ahli sains mahupun teknologi negara yang mantap bukan setakat bertaraf kampung tapi bertaraf tapi bertaraf dunia.

Sidang penonton penuh santun,

Kiambang mekar hidup terapung pidato saya bukan tin kosong, Jadi ayuh betulkan siaran anda, aktifkan minda anda bagi mendengar 4 dimensi cetusan idea generasi berilmu melahirkan teknokrat professional unggul.

Meniti cetusan idea yang pertama, usaha kerajaan melalui pendidikan, pemangkin teknokrat unggul. Pendidikan merupakan medium penting bagi melahirkan insan berilmu,berakal nasional dan berminda global. Langkah demi langkah, solusi demi solusi dirangka kerajaan bagi melahirkan insan berilmu dalam bidang sains dan teknologi. Contoh yang dapat kita lihat, penubuhan institut pengajian tinggi berteraskan sains dan teknologi bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang sains dan teknologi dalam negara kita.tokoh teknokrat unggul berjana dijana Dr. Syeikh Muzaffar syukur menjadi bukti utama. Oleh itu jelas, usaha-usaha kerajaan dalam pendidikan terhadap generasi berilmu dapat melahirkan teknokrat profesional unggul.

Hadirin yang dihormati,

Meniti  cetusan idea yang kedua dibawah lembayung kata, institusi sosial membentuk generasi berilmu dalam bidang sains dan teknologi. John Speak dalam MegaTrend mengatakan,gelombang dunia akan ditentukan oleh bukan setakat masyarakat bermaklumat tetapi masyarakat berilmu. Institusi sosial yang merangkumi kewujudan persatuan-persatuan , kelab-kelab mahupun organisasi sosial seperti Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Rukun Tetangga, Unit Masyarakat Penyayang dan banyak lagi yang telah ditubuhkan di Malaysia. Kempen dijalankan, slogan dilaungkan. Nah,bukti realiti dapat kita lihat pertandingan reka cipta, kuiz pengetahuan Am dan sukan rakyat menjadi perangsang utama generasi berilmu kearah membentuk teknokrat unggul negara. Jadi benarlah ungkapan melalui institusi sosial membentuk generasi berpengetahuan dalam bidang sains dan teknologi.

Sidang saksi dan bermisi,

Meniti cetusan idea yang ketiga iaitu peranan keluarga pemacu teknokrat negara. Pepatah melayu ada menyatakan, jika hendak kenal getah lihatlah pada batangnya. Pepatah ini jelas mengatakan jika di dalam sesebuah keluarga mempunyai latar belakang kerjaya yang merangkumi aspek teknologi mahupun sains seperti  sainstis,doktor,arkitek mahupun jurutera,ia sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan individu dalam kerjaya mereka pada masa akan datang. Kita ambil contoh, Presiden Russia Dimitry Medvedev. Bagaimana beliau menjadi seorang yang terkenal dalam bidang kepimpinan dan teknologi. Ya, kerana bapanya iaitu Dimitry Anatolyesh dijadikan idolanya masakan beliau sekarang menjadi seorang Presiden Russia. Jadi benarlah kata bidalan, bapa borek anak rintik sehinggakan Bill Gate sendiri pun menjadikan bapanya iaitu Willian H. Gate sebagai sumber inspirasinya. Tuntasnya peranan keluarga amat penting dalam memotivasiakan dan pembentukan teknokrat professional terhadap generasi berilmu negara.

Hadirin harapan negara sekalian,

Pidato ini tiada selingan iklan maka diteruskan dengan cetusan idea yang terakhir iaitu teknokrat unggul menjenamakan negara. Kita tahu bahawa apabila sesebuah negara mempunyai ramai teknokrat professional, maka negara tersebut akan bertambah dikenali dan disegani dunia. Tokoh teknokrat islam yang disegani Ibnu Sina beliau bukan sahaja mahir dalam bidang agama tetapi juga merupakan bapa kedoktoran Islam pada masa itu. Buku-buku perubatannya menjadi rujukan dinegara-negara barat. Jepun dan German sudah cukup membuktikan mereka maju dalam teknologi dan sains setanding dengan kuasa besar dunia Amerika Syarikat. Persoalannya, dimanakah Malaysia?Tepuk dada tanyalah minda.

hadirin yang dihormati.

Secara konklusinya, berani saya menyatakan bahawa melalui 4 demensi cetusan minda yang telah saya nyatakan iaitu peranan kerajaan, khidmat institusi sosial, keluarga cemerlang dan impak gemilang negara ialah satu titik tolak bagi melahirkan generasi berilmu pemangkin teknokrat professional unggul di negara kita. Ditambah lagi, gemilangnya impak kepada sesebuah negara lahirnya tokoh-tokoh seperti Tun Dr Mahatir Muhammad, Syeikh Mokhtar Albukhari, dan Zulkifli Haji Harun, nescaya Malaysia mampu berdiri gah setanding negara besar eropah dalam kemajuan sains dan teknologinya. Generasi Berilmu Melahirkan Teknokrat Professional Unggul.

Sekian, W.B.T

Leave a Reply