Syarat Pidato : PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA DIADAKAN UNTUK MEMBERIKAN

PELUANG KEPADA PELAJAR MENYERLAHKAN BAKAT DAN KEPETAHAN

BERCAKAP SECARA TERATUR. PENGLAHIRAN IDEA YANG BERNAS MELALUI

PEMIKIRAN YANG KRITIS DAN ANALITIS DALAM PERTANDINGAN SEPERTI INI

MEMBOLEHKAN PELAJAR ITU BERASA LEBIH YAKIN DIRI DAN BERANI

MENGEMUKAKAN PANDANGAN TENTANG SESUATU ISU ATAU PERMASALAHAN.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN INILAH YANG PERLU DIKUASAI OLEH PELAJAR DALAM

MENGHADAPI CABARAN GLOBAL YANG SEMAKIN KOMPLEKS BAGI MEWARNAI

KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK.

OBJEKTIF

MENCUNGKIL SERTA MENYUBURKAN BAKAT YANG ADA DALAM

KALANGAN PELAJAR DEMI MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERKALIBER.

MENJANA KEUPAYAAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ANALITIS

DAN MAMPU MELAHIRKAN IDEA YANG BERNAS SERTA BIJAKSANA.

1.0Format Pertandingan

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Ketua Hakim di hadapan semua peserta sebelum pertandingan dimulakan. Pengacara majlis dan peserta pidato tidak dibenarkan memperkenalkan diri dan sekolah masing-masing.

1.0.1 Bahagian Pertama

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.

1.0.2 Bahagian Kedua

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja ketua hakim. Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama setiap kategori. Setelah mendapat tajuk, peserta diberi masa satu minit untuk membuat persediaan di pentas pidato tanpa dibantu oleh mana-mana pihak.

Syarat-syarat Pertandingan

Peserta Kategori A diberi masa 7 minit untuk berpidato Bahagian

Pertama, dan 4 minit untuk berpidato Bahagian Kedua. Peserta Kategori B pula diberi masa 5 minit untuk berpidato Bahagian Pertama, dan 3 minit untuk berpidato Bahagian Kedua.

Loceng akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum tamat, dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan.

Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.

Peserta pidato spontan tidak dibenarkan membawa kertas catatan.

Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.

Peserta pidato diwajibkan menggunakan seragam sekolah / pakaian kebangsaan.

Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.

Peraturan Pemarkahan

Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama

2.1.1 Idea / Isi ( 30 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/ isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh huraiannya.

Panduan Pemarkahan

Idea/isi tepat 2 markah

Huraian 4 markah

Data / contoh 3 markah

Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 9 markah (9m x 3 = 27 markah + 3 markah takrifan tajuk = 30 markah).

2.1.2 Bahasa ( 20 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

2.1.3 Penyampaian dan Persembahan ( 50 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif/ menunjukkan pelakuan / tutur kata yang kurang sopan.

2.2Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan)

2.2.1 Isi ( 40 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan dua idea / isi. Idea / isi hendaklah bernas/logik dan dihurai dengan jelas.

Panduan Pemarkahan

Idea / isi 5 markah

Huraian 10 markah

Data / contoh 4 markah

Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah (19m x 2 = 38 markah + 2 markah takrifan tajuk = 40 markah).

2.2.2 Bahasa ( 30 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

2.2.3 Penyampaian dan Persembahan ( 30 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif/ menunjukkan pelakuan / tutur kata yang kurang sopan.

TAJUK PIDATO

1 MALAYSIA PEMANGKIN KEMAJUAN NEGARA

Leave a Reply