PIDATO
Definisi:
Pidato bermaksud ucapan yang disampaikan oleh seseorang di khalayak ramai atas tajuk tertentu yang disampaikan oleh seorang penyampai yang dipanggil pemidato. Pidato mempunyai pendahuluan, isi,dan penutup.
Tujuan:
– Menyampaikan idea berkenaan sesuatu isu kepada hadirin, dalam masa yang sama meyakinkan hadirin tersebut melalui cara pembawaan pidato.
– memberitahu perkara baru.
– menyakinkan dengan memberi justifikasi serta fakta-fakta sokongan.
Pebezaan antara pidato, ucapan dan syarahan:
Syarahan
Penyampaian secara panjang lebar oleh tokoh-tokoh , khususnya ahli akedemik berkenaan sesuatu.
Menggunakan teks dan bahan dan bahan rujukan yang banyak semasa menyampaikannya.
Ucapan
Biasanya berkaitan sesuatu majlis atau upacara, dibuat semasa awal atau akhir majlis itu berlangsung.
Boleh menyentuh hal-hal lain selain topik yang diberikan , atau menyentuh beberapa topik sekaligus. Tidak seperti pidato yang hanya memfokuskan satu topic sahaja.
Format pidato:
Pendahuluan:
Terdiri daripada salutasi dan pembuka kata.
Salutasi: bahagian permulaan dalam pidato. Salutasi dimulakan dengan salam dan seterusnya menyampaikan kata-kata aluan kepada pengerusi majlis, jemputan kehormat, para hakim, penganjur majlis dan para hadirin mengikut kesesuaian majlis dan juga mengikut susunan protocol.
Pembuka kata: tujuan untuk menarik perhatian penonton. Pemidato boleh memilih sebuah pantun, seloka ataupun sajak yang bersesuaian dengan tajuk. Pemidato juga boleh menggunakan statistik yang mengemparkan . pemidato perlu memastikan pembuka kata yang digunakan segar dan menarik.
Isi:
Permulaan isi: pemidato memperkenalkan tajuk yang dipilih dan member huraian berkaitan tajuk tersebut. Takrifan ini penting sebagai asas dan juga sempadan kepada hujah-hujah yang akan disampaikan. Pemidato perlu member definisi yang tepat.
Isi utama diikuti dengan huraian dan contoh-contoh: setiap isi yang diberikan perlu diberikan huraian yang jelas dan contoh yang tepat dan berkaitan dengan isi.
Kesimpulan kepada isi: penegasan semula isi dengan penuh keyakinan.
Penutup:
Pidato perlu ditutup dengan tertib dan mengucapkan terima kasih.
Adab berpidato:
Berpakaian kemas dan bersesuaian.
Menyampaikan pidato secara hikmah.
Isi bersesuaian dengan tajuk.
Isi tidak menyentuh isu sensitif dan perkauman.
Menggunakan bahasa yang sesuai dan sopan.
Ciri-ciri pidato:
Ciri pidato yang bagus
Ciri pidato yang perlu dielakkan
Teks tidak terlalu lama sehingga membosankan dan tidak terlalu ringkas sehingga isi tidak dapat disampaikan dengan jelas.
Disampaikan dengan penuh keyakinan, fasih dan lancar.
Menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Ucapan terlalu lama dan meleret-leret.
Disampaikan secara emosi yang berlebihan.
Gagap dan kurang keyakinan.
Gaya dan penampilan berpidato.
Mata dan kepala
Mata hendaklah difokuskan kepada hadirin, bukan hanya memandang atasa lantai atau siling. Pandangan yang tajam akan menampakkan keyakinan.
Tangan
Membuat pergerakan tangan atau gaya supaya tidak kaku.
Mulut
Memaniskan muka anda.
Intonasi
Jangan terjerit atau terlalu perlahan. Gunakan nada semulajadi dan kawal supaya kelihatan professional.
Humor
Selitkan beberapa unsur humor. Jangan terlalu banyak.
Emosi
Emosi harus dikawal dan jauhkan daripada menyentuh atau mengkritik perkara yang berkaitan isu perkauman dan keagamaan.
Bersedia
Membuat persediaan yang rapi agar anda tidak gugup dan tidak lupa.
Sistem sapaan dan rujukan dalam ucapan termasuk pidato, ucapan, syarahan, ceramah.
Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar “disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.”
Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
Rujukan Hormat
Orang Yang Disapa
Rujukan Hormat
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri
Duli Yang Maha Mulia
Balu Raja
Yang Maha Mulia
Raja Muda atau Tengku Mahkota
Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia
Kerabat Diraja Karib
Yang Amat Mulia
Bergelar warisan
Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
Yang Amat Berhormat
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)
Yang Berhormat
Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja
Yang Berhormat Mulia
Tun, Toh Puan
Yang Amat Berbahagia
Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal
Yang Berbahagia
Ketua Hakim Negara
Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara
Yang Amat Setia
Hakim, Kadi
Yang Arif
Mufti dan pemimpin Islam
Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran
Yang Berusaha