Teks Pidato : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Pengenalan – Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan.

—————————————————————————————————————–

Isi 1 – Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara

usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat.

Perlukan komitmen & sokongan para guru untuk menjayakan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran.

Contoh: MBMMBI, 1M1S, KSSR, KSSM, SBT

—————————————————————————————————————–

Isi 2 Guru menghasilkan pelajar cemerlang

meningkatkan hasil pembelajaran ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Contoh: Daniel Rajasingam Subramaniam – Anugerah Kesusasteraan Dublin untuk Remaja Malaysia 2011.

(Kehebatan mereka ini adalah hasil daripada pendidik cemerlang, hasil kerja pendidik yang gemilang, dan komunikasi pendidik yang terbilang.)

—————————————————————————————————————–

Isi 3 Guru meningkatkan tahap literasi pelajar

LINUS – program transformasi pendidikan yang telah dijalankan inimembantu murid-murid kearah penguasaan 3M yang lebih mantap

Usaha guru yang & inovatif – Guru menjana idea baru untuk meningkatkan mutu pendidikan Negara.

Pencapaian literasi 64% 85% ; pencapaian numerasi 73% 91%

—————————————————————————————————————–

Penutup : mempunyai inisiatif dan bersifat responsif dalam mentransformasikan pendidikan negara untukmendepani cabaran globalisasi.

warga pendidik perlulah berwawasan, proaktif dan inovatif serta sentiasaberada di barisan hadapan agar sistem pendidikan Negara dinamik dan progresif.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0514&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Guru sebagai tunjang dalam sistem pendidikan negara merupakan factor utama yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu program pendidikan. Ekoran daripada itu, keberhasilan program pendidikan negara yang menjurus kepada pengisian wawasan pendidikan juga terletak di tangan guru. Sejajar dengan itu, guru yang berdedikasi, bermotivasi berdaya gigih, mempunyai komitmen yang tinggi dan semangat yang padu amat diperlukan untuk merealisaskani cita-cita pendidikan negara ini di samping memenuhi tuntutan kecemerlangan dan melonjak transformasi pendidikan negara ke arah wawasan pendidikan menjelang tahun 2020. Hal ini juga bertepatan dengan dengan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini, iaitu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.

Di samping itu, untuk Malaysia mencapai taraf negara maju pada abad ke-21, Malaysia  memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang matematik serta sains dan teknologi. Murid perlulah diberi peluang dan kesedaran untuk mempelajari dan menguasai mata pelajaran yang berasaskan sains dan teknologi. Hal ini sejajar dengan pendapat Peter F. Druker dalam Post Capitalist Society, iaitu yang menyatakan masa hadapan perkembangan ekonomi perindustrian dan perdagangan sesebuah negara ditentukan oleh para pekerjanya yang menggunakan kekuatan mental dan bukannya kemahiran tenaga semata-mata. Oleh itu, setiap tenaga pekerja yang dihasilkan perlulah berilmu dan mampu menyesuaikan diri dengan  perkembangan sains dan teknologi. Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pendidikan menjadi dalam proses perindustrian tinggi.

Peranan Guru dalam Melonjak Transformasi Pendidikan Negara

Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah dengan mempersiapkan diri untuk membangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secara terancang dan sistematik. sehubunagn dengan itu, latihan perguruan yang dipraktkikan d iinstitusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing alam menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi oleh pakej latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah. Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji semula, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran di kelas secara kritis dan keratif.Pakej latihan dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang berguna untuk menyokong peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai pakej latihan, guru yang berinovasi juga perlu menghadiri bengkel mengenai e-pembelajaran yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta. Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada persepsi umum yang berkaitan dengan kuakiti dalam e-pembelajaran.

Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menajdi guru yang kreatif dan berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid selain alat bantu mengajar bebentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah.

Leave a Reply