Pidato Hubungan Etnik. Usaha Kerjaan.

Bismillahirrahmanirahim…..

Menelusuri hari semalam, banyak perkara menjadi pedoman

Menyingkapi cerita lama, banyak pula pengajaran ditimba

Menghayati lipatan sejarah lampau, begitu banyak ilmu petunjuk jalan.

Assalaamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sekalung aspirasi buat koordator bicara, kombinasi dif kehakiman peneracu neraca keadilan, dif kehormat yg dihormati dan sidang hadirin sekalian.

Andai patah sayap rajawali,

bertongkat jua saya ke mari,

bukan kerana ingin bermimpi,

tetapi untuk membawa anda semua menyelami mauduk pidato saya yang berbunyi

Gagasan 1 Malaysia Pemangkin Perpaduan Masyarakat Pluralistik.

Sebagai tafsiran awal, Menurut Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak Perdana Menteri Malaysia 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mencapai status negara maju berteraskan beberapa nilai-nilai penting dan penghayatan nilai-nilai sejarah yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia

Maka maudu bicara saya pada kali ini yang bertunjangkan gagasan 1Malaysia Pemangkin Perpaduan Masyarakat Pluralistik akan saya huraikan kepada hadirin sekalian.

Baiklah hadirin, mari lapangkan dada anda untuk bersama saya seketika, bagi menelusuri 3 indikator utama saya.

Indikator saya yang Pertama: di bawah lembayung kata, Kemantapan Pendidikan Menjamin Perpaduan Masyarakat Pluralisitk di Malaysia.

Indikator saya yang kedua, Ketelusan dalam sistem politik Memupuk Perpaduan Pluralisitk

Indikator saya yang ketiga iaitu yang terakhir: Sistem Pecah dan perintah telah dihapuskan.

Hadirin, indikator saya yang pertama iaitu Kemantapan Pendidikan Menjamin Perpaduan Masyarakat Pluralisitk di Malaysia. Mari sama-sama kita menyingkap jendela sejarah lalu. Di mana kesan penjajahan di negara kita dapat kita lihat ketika mana wujudnya sistem sekolah Vernakular yang menyebabkan pengasingan antara kaum di Malaysia. Saya ingin membawa hadirin untuk berfikir sejenak, di manakah kesan daripada pengasingan tersebut? Mari sekali lagi bersama saya merungkai persoalan tersebut. dapat saya rungkaikan di sini bahawa.. insiatif kerjaan dalam mentransformasikan sistem pendidikan dapat kita hayati melalui Keseragaman dalam aspek kurikulum dan juga kokurikulum dalam pendidikan. Jika dahulu semasa sistem sekolah vernakular diwujudkan, setiap sekolah itu menggunakan bahasa ibunda masing-masing dan ketidakseragaman dalam aspek kurikulum berdasarkan sumber daripada negara masing-masing. Maka, wujudkah kesepaduan di sana? Hadirin, komunikasi merupakan satu elemen penting dalam memupuk perpaduan. Namun dengan sistem pendidikan lampau dahulu kita tidak mungkin melihat perpaduan dalam kalangan masyarakat ketika itu. Hal ini kerana, sekolah yang ditubuhkan adalah mengikut kaum, dan bahasa yang digunakan haruslah bahasa ibunda kaum masing-masing. Dengan itu, ianya pasti akan menyukarkan berlakunya interaksi antara kaum di Malasyia.

Jsuteru hadirin, kemantapan Pendidikan Menjamin Perpaduan Masyarakat Pluralisitk di Malaysia melalui Transformasi dalam pendidikan yang dapat dilihat melalui aspek Keseragaman yang mampu kita lihat sekarang iaitu seragam dari aspek Kokurikulum dan Kurikulum. Hal ini di mana, dalam sistem pendidikan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan di mana sukatan pelajarannya adalah sama, dan bahasa penghantar adalah Bahasa Melayu yang pastinya akan mewujudkan interaksi antara kaum menggunakan Bahasa Melayu.

merujuk kepada Pelan Pembangungan Pendidikan Malaysia 2013-2020 yang menjadi panduan kepada para pendidik dalam menyediakan dan meyalurkan ilmu dan didikan terhadap generasi modal insan yang mendatang. Konlusinya, kemantapan dalam sistem pendidikan sudah terang lagi bersuluh pastinya dapat menjamin perpaduan dalam kalangan masyarakat pluralisitk.

Indikator saya yang kedua, Kepimpinan berDemokrasi mengukuhkan perpaduan.

Hadirin, Jika kita imbau kepemimpinan di Negara kita, sedarkah kita di mana Negara kita menggunakan sistem demokrasi? Hal ini di mana pihak atasan mendengar setiap suara rakyat yang berbilang kaum dalam membentuk barisan kepemimpinan yang disegani dan dipercayai. Pihak yang berkenan juga tidak mengamalkan sikap pilih bulu, malah ketelusan dan integriti dalam diri adalah perlu.

Seterusnya hadirin, indikator saya yang terakhir iaitu Sistem Pecah dan perintah telah dihapuskan.

Di bawah lembayung kata ini, saya ingin membawa hadirin sekalian menjenguk sebentar lipatan sejarah negara kita. Apabila adanya penjajah, adanya sistem pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh mereka yang menyebabkan berlakunya pengasingan antara kaum dari aspek kawasan ekonomi. Rasa tidak puas hati yang wujud dalam kalangan setiap kamu masing-masing yang tidak pernah berkomunikasi dan bersefahaman akhirnya telah mencetus pertelingkahan pada tanggal 13 Mei. Namun, pada masa kini kesamarataan dalam bidang ekonomi di mana semua kaum boleh bekerja dalam apa jua bidang yang diminati dan dimahiri. Justeru itu, sistem pecah dan perintah yang telah dihapuskan telah memberi peluang kepada setiap kaum untuk merasai bidang ekonomi yang sama dan tidak terhad. Dengan adanya kesamarataan dalam bidang ekonomi, maka semua kaum berpuas hati dan dapat mengelakkan pertelingkahan berlaku. Maka percampuran dalam pelabagai bidang ekonomi ini akan mewujudkan satu interaksi positif dan sudah pasti dengan adanya komunikasi pastinya semangat perpaduan dapat dipupuk.

Maka hadirin sekalian, walhasilnya, saya telah menghuraikan 3 indikator yang akhirnya memnuktikan bahawa Gagasan 1 Malaysia Pemangkin Perpaduan dalam Kalangan Masyarakat Pluralistik di Malaysia.

Sebelum saya mengundur diri, ingin saya ingatkan juga, bangsa kita, perpaduan kita, negara kita, kemajuan kita harus dijaga bersama kerana negara yang disanjung tinggi bukan terjelma daripada bicara kita semata-mata tetapi terbit daripada kesucian hati dan keluhuran jiwa. Kata orang, andai sultan dijulang, rakyat akan dipandang, daulat terus ditatang, maruah negara tidak akan melayang.

Sekian, wbt.

loading...

Leave a Reply