PIDATO 2009 : MINIT MESYUARAT PERTANDINGAN PIALA DIRAJA

MINIT MESYUARAT PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA KAWASAN PELAJARAN TAMBUN TULANG 2009

TARIKH :12 MEI 2009 ( SELASA)

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK TAMBUN TULANG

KEHADIRAN : 1. En Adnan b. Salleh (PK Pentadbiran Sk Tambun Tulang)

2. En. Rosman b. Ismail ( S/U Pengelola Pertandingan Pidato)

3. Pn. Masiah bt. Mat Arop (SK. Tambun Tulang)

4. En. Saidin b. Md Ghazali (SK Kg Serdang)

5. En. Nashir b. Zakaria (SK Raja (P) Budriah)

6.Pn. Saloma bt. Ismail (SK Padang Keria)

7. Pn. Rosnita bt. Ismail (SK Sanglang)

8. En. Che Aziz b. Ismail (SK. Changkat Jawi )

9. Pn. Asma bt. Ishak (SK Jelmpok )

10. Cik Lee Lay Sin ( SRJK (C) Chin Hun )

Agenda

Butir Mesyuarat / Perbincangan

Tindakan

1.

Ucapan Pengerusi Majlis

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Umul Kitab Al Fatihah

Mengalu-alukan kehadiran semua guru dan pengurus peserta pertandingan pidato.

Mengucapkan terima kasih kepada semua pengurus kerana dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat pertandingan pidato 2009.

2.

Ucapan Penasihat / Wakil Penasihat ( En. Adnan b. Salleh )

2.1 Mengucapkan terima kasih kepada pengurus peserta atas kehadiran dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan pertandingan pidato kali ini.

2.2 Beliau mengharapkan agar segala peraturan pertandingan yang diberikan dapat disampaikan kepada peserta agar peserta dapat memahami dan mematuhi peraturan pertandingan supaya pertandingan dapat dijalankan dengan lancar.

3.

Penetapan Tarikh Dan Hadiah

3.1 Pertandingan akan dijalankan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 30 Jun 2009

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Terbuka SK Tambun Tulang

3.2 Hadiah akan diberi dalam bentuk wang tunai dan tropi bagi tempat pertama hingga ketiga.

Tempat pertama : RM 30

Tempat kedua : RM 25

Tempat ketiga : RM 20

Sagu hati : RM 10

4.

Hakim / Juri

4.1 Hakim yang mengendalikan pertandingan ini:

En. Yazmi b. Mohd Nor (SK Felda Rimba )

Pn. Azizah bt Aziz ( SK Oran )

Pn. Norain bt. Daut ( SK Sbrg Ramai )

5.

Hal – hal Lain

5.1 En. Rosman meminta agar setiap sekolah dapat menghantar peserta dan tajuk awal supaya mudah pihak tuan rumah dapat memasukkan di dalam buku program.

5.2 Mesyuarat tamat pada pukul 11.45 pagi.

Dicatat oleh, Disemak oleh,

…………………………………………. ………………………………………….

(ROSMAN B. ISMAIL) (EN. ADNAN B. SALLEH)

S/U Pengelola Pidato 2009 PK Pentadbiran SK. T. Tulang

Disahkan oleh,

……………………………………………………

(EN. SAZALI BIN ABDULLAH )

Guru Besar SK Tambun Tulang

JAWATANKUASA PENGELOLA

PENGERUSI : En. Sazali b. Abdullah

Naib Pengerusi 1 : En. Adnan b. Salleh

Naib Pengerusi II : En. Roslan b. Hamid

Setiausaha : En. Rosman b. Ismail

Bendahari : Pn. Salbiah bt. Chek Chat

Persiapan Tempat : En Norkhaizam Shabadi b. Ismail

En. Asmadi b. Mat Isa

Siaraya : Tn Syad Arif Manja b. Sy Yaziz

Pengacara Majlis : Pn. Yusmani bt Abdullah

Hadiah / Cenderahati : Pn Norfarizam bt. Saidin

Pn Siti Noor bt. Che Ani

Pn Suriany bt. Idris

Makanan : Pn. Roshita bt Abd Rahman

Pn Nordini bt Jusoh

Pn Azalika bt Johari

Keselamatan : En Salleh b. Man

En. Mahazim b. Bakar

En. Asri b. Ahmad

Buku Program : En Telahat b. Shaari

Backdrop : En G. Suthagaran

Dokumentasi : Pn Hashira bt Hashim

Pendaftaran : Pn Azura b. Ali

Penjaga Masa : Pn Masiah. Bt Mat Arop

Pengurus Peserta : Pn. Arpah bt Ismail

Pn. Masiah bt Mat Arop

RUMUSAN

Pertandingan Pidato ,Pusat Kecemerlangan Tambun Tulang telah diadakan pada 30 Jun 2009 bertempat di dewan terbuka SK Tambun Tulang. Disertai oleh lapan orang peserta dari lapan buah sekolah di dalam Kawasan Pusat kecemerlangan Tambun Tulang. Pertandingan Pidato dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama, pemindato akan menyampaikan pidato dengan tajuk yang disediakan manakala bahagian kedua, pemidato akan menyampaikan pidato secara spontan berdasarkan tajuk bebas yang dipilih secara rawak oleh pemidato.

Bakat dan potensi murid dapat dicungkil melalui pertandingan pidato dan dapat dilatih agar menjadi pemidato yang baik. Seterusnya bakat mereka dapat dikembangkan. Selain murid petah berpidato di hadapan penonton, mereka juga dapat membina keyakinan diri dan bersemangat semasa menyampaikan hujah-hujah.

Murid-murid juga perlu mengemukakan idea secara spontan serta mengembangkan idea melalui pidato spontan. Secara tidak langsung peserta perlu mempunyai pengetahuan yang luas terutamanya melalui pembacaan. Ini menunjukkan murid yang rajin membaca dapat memberi buah fikiran yang menampakkan kematangan fikiran mereka.

Secara keseluruhannya, pertandingan ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemidato yang berjaya mewakili kawasan ke peringkat negeri. Kepada yang tidak berjaya cuba lagi pada masa akan datang kerana semua pemidato mempunyai bakat yang perlu digilapkan. Jutaan terima kasih diucapkan atas komitmen dan sumbangan yang dihulurkan oleh individu secara langsung dan tidak langsung khususnya Guru Besar dan semua staf SK Tambun Tulang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………. …………………………………….

(ROSMAN ISMAIL) (EN. SAZALI B. ABDULLAH)

S/U Pertandingan Pidato 2009 Guru Besar

SK Tambun Tulang SK Tambun Tulang

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

SENARAI JAWATANKUASA KERJA

TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

MINIT MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

SENARAI NAMA PESERTA PERTANDINGAN

SENARAI TAJUK PIDATO

LAPORAN KEWANGAN

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

RUMUSAN

LAMPIRAN

Leave a Reply