Essay Pidato (1) : Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Melentur buluh biarlah dari rebungnya peribahasa ini amat sesuai untuk digunakan bagi menggambarkan tugas guru dalam mendidik anak bangsa. Guru memainakan peranan yang penting bagi membentuk modal insan yang cemerlang disamping didikan ibubapa di rumah.

Angin bertiup mendamai rasa,

Melati tumbuh di tepi kali

Budi bahasa amalan kita

Disanjung tinggi setiap negeri

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Kehadiran saya pada kali ini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk Kesantunan Guru Membentuk Generasi yang Berbudi Bahasa

Sidang dewan yang dimuliakan sekalian,

Konsep kesantunan mengikut Nooriati (2004) ialah setiap apa yang bermula dari hati yang ikhlas dan jujur dan akan menzahirkan perlakuan sama ada perlakuan bahasa atau perlakuan bukan bahasa yang menyenangkan semua pihak. Secara keseluruhannya kesantunan boleh dikategorikan sebagai etika dalam pergaulan seharian yang mampu dinilai oleh orang lain.Kesantunan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kesantunan berbahasa,berpakaian dan tingkah laku. Kesemua aspek kesantunan ini perlulah dijaga oleh semua guru agar profesion perguruan tidak dipandang serong oleh masyarakat luar khususnya. Sikap memandang enteng tentang kesantunan dalam kehidupan seharian boleh menyebabkan rosakknya generasi akan datang.

Mengambil kira Teori Ekologi Bronfenbrenner yang telah dikemukakan oleh ahli psikologi dari Amerika Syarikat, Urie Bronfenbrenner ada menyatakan bahawa ketika di peringkat mikrosistem, ibu bapa dan guru merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan seseorang pelajar disamping bertindak sebagai agen sosialis kepada pelajar terbabit. Justeru, segala apa yang dilakukan oleh guru ternyata memberi impak yang besar dalam tingkah laku mereka. Maksud kesantunan tingkah laku guru ialah tatacara,tindak-tanduk dan gerak- geri guru ketika berhadapan dengan sesuatu situasi. Dalam erti kata lain, tingkah- laku merupakan cerminan imej profesion ini. Guru perlulah sentiasa mempunyai sikap dan tingkah laku yang positif sesuai dengan kredebiliti guru sebagai jurutera anak bangsa. Jika guru sendiri mempunyai tingkah laku yang buruk maka tidak hairanlah jika masyarakat menunding jari kepada guru jika masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Guru tidak wajar menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul walhal guru sendiri berjalan mengiring. Tindak- tanduk dan gerak- geri seorang guru sememangnya akan menjadi perhatian para pelajar. Lebih- lebih lagi bagi pelajar sekolah rendah. Hal ini kerana, mengikut teori Jean Piaget,pelajar sekolah rendah lebih mudah mempelajari sesuatu benda dan pekara melalui apa yang dilihatnya secara konkrit. Jadi dalam pembentukan sahsiah pelajar titik tolak permulaannya adalah bermula dari guru itu sendiri. Guru perlulah sentiasa datang awal dan bersedia untuk mengajar. Pelajar yang dahagakan ilmu akan lebih bermotivasi untuk belajar jika guru mempunyai sikap seperti ini. Jika pelajar bersemangat dan bermotivasi ke sekolah maka gejala ponteng akan berkurangan dan secara tidak langsung telah melahirkan generasi yang cintakan ilmu pengetahuan. Selain itu, para guru juga perlulah mengambil berat dan bertanggungjawab ke atas setiap murid yang berada di bawah pengawasannya. Jika sikap ini dipupuk, para pelajar akan berasa dihargai dan disayangi guru maka suasana harmoni dan hubungan yang erat antara guru dan pelajar seperti isi dengan kuku akan wujud dalam persekitaran di sekolah sekaligus membentuk sahsiah pelajar menjadi seorang yang mempunyai nilai murni yang tinggi sejajar dengan aspirasi Negara yang ingin melahirkan modal insan kelas pertama.

Hadirin sekalian,

Yang kurik itu kundi,

Yang merah itu saga,

Yang cantik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

Pantun tersebut begitu sinonim dengan keindahan budi bahasa rakyat Malaysia. Bagi melahirkan generasi yang berbudi bahasa, guru sebagai tonggak utama perlulah menyemai sifat cinta akan bahasa dalam diri pelajar. Hal ini kerana, bahasa merupakan wadah yang penting bagi sesuatu komuniti untuk berkomunikasi. Jika para pelajar tidak didedahkan dengan kecantikan dan nilai estatika bahasa itu sendiri maka tidak hairanlah remaja zaman sekarang langsung tidak menghargai bahasa ibunda dan mempraktikan amalan budi bahasa yang acap kali berkait rapat dengan bahasa dan bangsa Malaysia yang penuh dengan adab ketimuran bahkan juga selama ini hidup berpaksikan madah dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Dalam hadis Rasulullah S.A.W, baginda bersabda

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka hendaklah berkata dengan perkataan yang baik, atau hendaklah ia diam". (RIwayat al-bahari)

Hadis ini dengan jelasnya telah menganjurkan umat manusia untuk menggunakan perkataan yang baik atau lebih tepat lagi berbudi bahasa. Tidak hanya agama islam sahaja yang menggalakkan penganutnya mengamalkan budi bahasa bahkan agama lain juga turut mendorong penganutnya berbudi bahasa.oleh itu, guru sebagai agen masyarakat perlulah mempunyai nilai budi bahasa yang tinggi agar dipandang mulia oleh semua lapisan masyarakat dan bertindak sebagai role model bagi memacu kesantunan berbudi bahasa dalam kalangan generasi muda. Bak kata pepatah bagaimana kuih begitulah acuannya. Oleh itu, warga pendidik masa kini perlulah menjaga adab berbahasa. Adab berbahasa mempunyai hubungan bipolar iaitu antara guru dengan guru dan guru bersama pelajar. Hubungan guru dan pelajar amat penting kerana guru merupakan sumber ilmu yang utama bagi pelajar. Guru harus menggunakan bahasa yang sesuai ketika mengajar. Guru dilarang sama sekali untuk menggelarkan para pelajar dengan kata-kata yang kesat yang boleh melukakan hati pelajar. Hal ini kerana, jika situasi itu berlaku, pelajar akan berasa ralat untuk belajar lalu bersikap kurang ajar dan mula untuk menunjukkan belang serta tembelang. Maka tidak hairanlah para pelajar akan mula terosak mindanya dengan perbuatan yang suka memberontak dek tiada kesedaran tentang kepentingan berbudi bahasa. Selain itu. penggunaan kata kesat oleh guru ketika mengajar juga akan membuatkan para pelajar terikut-ikut dan mula untuk menggunakannya ketika bersama rakan-rakan. Bagi pelajar khasnya pelajar sekolah rendah,segala apa yang keluar dari mulut seorang guru adalah pekara yang benar dan tepat. Oleh itu, jika guru tersebut gemar mengeluarkan perkataan yang negatif tidak hairanlah jika suatu hari nanti generasi muda sudah hilang sifat sopan-santun dalam berbahasa. Sekiranya hal ini berterusan, sifat ketimuran yang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia akan pupus ditelan zaman. Secara tuntasnya,kesantunan berbahasa dalam kalangan guru menjadi kayu ukur kepada nilai kesantunan dalam diri seorang pelajar. Memetik kata-kata Harrison dan Govin (1966), interaksi guru dengan pelajar yang baik dapat merangsang minat dan penyertaan pelajar dalam pembelajaran dan menghasilkan proses pengajaran dan pembelajran yang baik. Apabila guru berjaya menemui dan memenuhi keperluan dan kemahuan pelajar, guru berjaya menagani masalah disiplin dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus membina generasi yang mementingkan budi bahasa dengan menonjolkan penggunaan bahasa yang baik ketika dalam kelas.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Selain keberkesan komunikasi verbal, komunikasi non- verbal juga memainkan peranan yang penting bagi seorang guru dalam memacu generasi yang berbudi bahasa. Kesopanan dan etika dalam pemakaian seorang guru perlulah dititik beratkan sepertimana yang telah termaktub dalam etika pemakaian penjawat awam. Tidak manis kiranya kita melihat seorang guru berpakaian mencolok mata lalu- lalang dan meragut perhatian si hidung belang. Selain itu, guru juga perlulah memakai pakaian yang kemas ketika datang ke sekolah. Hal ini kerana, guru merupakan ikon fesyen yang membawa imej bersih kepada anak muda sekarang. Marcapada ini, dapat dilihat fesyen pelik dan aneh yang dianggap unik oleh golongan muda sudah menular di seluruh pelosok Negara. Contohnya seperti gaya rambut Punk dan Skin Head, baju bercorak Black Metal dan banyak lagi. Semua ini mendorong kepada suasana budaya kuning yang sudah pastinya tidak sihat dan menganggu keseimbangan kesantunan budaya timur. Butik- butik yang menjual pakaian yang tidak senonoh ini juga semakin banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini memudahkan anak muda untuk bebas memilih dan mengenakan pakaian yang menyakitkan mata tersebut. Jika dirumah,para pelajar dibawah tanggungjawab ibu bapa mereka jadi,ketika berada di sekolah guru merupakan ibu bapa kedua mereka. Guru perlulah sentiasa mengingatkan para pelajar tentang kod etika pemakian yang sesuai sebagai seorang pelajar. Guru disiplin perlulah bertindak tegas sekiranya terdapat pelajar yang begitu taksub dengan fesyen yang merosakkan imej budaya timur ini. Contohnya, tindakan tegas perlu diambil kepada pelajar yang menyimpan rambut panjang, mewarnakan rambut,kuku serta berpakaian tidak kemas. Tugas guru bukan sahaja mengajar bahkan mendidik jiwa anak bangsa yang tidak terdidik sepenuhnya oleh ibu bapa yang sibuk dengan tugas harian.

Sidang dewan budiman sekalian,

Tuntasnya, tugas guru tidak boleh dipandang remeh kerana guru merupakan model,idola dan tonggak kepada perubahan generasi yang lebih bertamadun. Segala tingkah laku,penggunaan bahasa sehingga kepada etika pemakaian menjadi cerminan kepada anak muda masa hadapan. Generasi muda perlulah dididik dengan kesantunan verbal dan non-verbal agar nilai kesopanan yang selama ini menjadi sinonim dengan rakyat Malaysia tidak luput dek hujan tidak lekang dek panas. Tambahan pula, generasi muda merupakan tonggak kejayaan sesebuah Negara. Bak kata pepatah melayu pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara. Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.

Pohon beringin tegaknya rendang

Hendak dicapai tiada bantuan

Hidup ini sungguh malang

Jika tiada nilai kesantunan

Sekian terima kasih.

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Illahi, kerana saya dengan jayanya dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Hamidah bt kerana telah memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau telah memberi banyak maklumat yang berguna dalam proses meyiapkan tugasan ini.

Terima kasih juga kepada rakan- rakan lain yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Mereka banyak memberi maklumat, bantuan yang saya perlukan dalam tugasan ini. Mereka juga tidak lekok memberi sebarang maklumat yang mereka perolehi tentang tugasan ini kepada kami. Segala bantuan mereka amatlah berguna kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Di samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang banyak memberi sokongan moral, dan galakan agar saya dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Sokongan dan dorongan mereka amatlah membantu saya meyiapkan tugasan ini dengan baik.

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang telah membantu saya secara lansung dan tidak lansung dalam menyiapkan tugasan ini.

BORANG PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama penulis :

No kad pengenalan :

REFLEKSI

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T. dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi subjek Bahasa Melayu Komunikatif (ll), (BMK ll). Jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Puan Hamidah bt Che Meh kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan sekelas sepanjang semester ini. Pada semester kali ini, subjek BMK(ll) merupakan subjek wajib lulus kepada semua pelajar 2 PISMP. Kami ditugaskan untuk menyiapkan tugasan individu. Bagi tugasan individu ini kami dikehendaki menyediakan teks ucapan pidato yang bertemakan Kesantunan Guru Pembentuk Generasi Berbudi Bahasa. Setelah itu, kami telah diminta untuk menyampaikan pidato tersebut dalam masa lebih kurang 3 minit.

Banyak pengalaman dan informasi berguna yang saya dapat ketika menyiapkan tugasan ini. Langkah pertama yang saya lakukan ketika mendapat tugasan ini ialah saya banyak menonton video tentang bagaimana untuk menyampaikan pidato dengan baik dan berkesan. Saya juga berkunjung ke perpustakaan bagi mengumpul bahan untuk menghasilkan pidato tersebut. Tugasan ini banyak mengajar saya untuk menyakini diri sendiri. Hal ini kerana, sebelum ini saya tidak pernah berpidato dan pada mulanya saya agak gusar dengan kemampuan saya. Menyedari bahawa saya merupakan bakal guru, saya dengan pantasnya menagkis tanggapan tersebut dan berusaha mengawal perasaan takut ketika berhadapan dengan orang ramai.

Selain itu, tugasan ini juga menambah pengetahuan dan perbendaharaan kata saya. Terdapat beberapa perkataan yang sebelum ini disebut dengan salah oleh saya. Ternyata, setelah melalui proses pembelajaran untuk menyampaikan pidato ini,banyak sebutan perkataan yang telah saya perbaikai. Sebagai seorang guru, sebutan sesuatu pekataan itu hendaklah tepat dan betul kerana guru merupakan sumber rujukan utama bagi para pelajar.

Sepanjang usaha dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah mengenalpasti kekuatan saya. Saya tidak pernah kenal erti putus asa. Walaupun sukar bagi saya untuk mendapatkan sumbur rujukan buku bagi mengumpul maklumat tentang tema pidato ini, tetapi saya berjaya mencari alternatif lain untuk menggumpulkan maklumat. Kelebihan teknologi pada masa kini ternyata membantu saya dalam urusan menyiapkan tugasan yang diberikan. Terdapat banyak jurnal, majalah, ebook dan artikel yang saya perolehi yang menceritakan tentang perihal tugas guru dalam mendidik generasi muda. Saya juga sentiasa bersabar dengan segala dugaan yang mendatang sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Walaupun saya akui kesibukan dalam melayari hidup sebagai pelajar, tetapi saya tidak pernah mengabaikan tugasan yang diberikan pensyarah. Tambahan pula, tarikh menghantar tugasan bagi semua matapelajaran yang saya ambil adalah pada minggu yang sama. Maka saya perlu melipat gandakan usaha dalam memberikan perhatian sama banyak kepada semua tugasan yang perlu disiapkan. Situasi ini benar- benar menguji fizikal dan mental saya.

Sepanjang menyiapkan tugasan pidato ini, saya menyedari tentang beberapa kelemahan saya yang perlu diperbaiki lagi. Antara kelemahan saya yang paling ketara ialah saya gemar menangguh kerja. Sifat menangguh kerja ini saya akui akan membebankan saya ketika tarikh menghantar tugasan semakin tiba. Selepas ini, saya perlu menyediakan jadual yang tersusun agar saya dapat membahagikan masa dengan elok dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberi oleh para pensyarah.

Kesimpulannya, tugasan menyiapkan nak menyampaikan pidato ini kelihatan agak mudah namun tanpa kajian yang mendalam tentang selok- belok dunia pemidatoan maka agak sukar bagi seseorang untuk menyampaikannya. Intonasi, gaya bahasa, gaya badan dan sebutan yang jelas memainkan peranan penting dalam kualiti penyampaian sesuatu pidato. Segala kelemahan yang saya sedari sebelum dan selepas menyiapkan tugasan ini akan saya titik beratkan dikemudian hari. Tuntasnya, ilmu berpidato ini amat berguna kepada warga pendidik kerana banyak membantu pendidik dalam mencapai komunikasi dua hala yang berkesan. Saya berharap tugasan seperti ini diteruskan lagi dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti dari segala segi tidak hanya ketika mengajar dalam kelas sahaja.

ISI KANDUNGAN

BIL

PEKARA

MUKA SURAT

1.

BORANG AKUAN

2.

PENGHARGAAN

3.

TEKS PIDATO

TEMA:

KESANTUNAN GURU MEMBENTUK GENERASI YANG BERBUDI BAHASA

4.

REFLEKSI

5.

BIBILIOGRAFI

6.

LAMPIRAN

Incoming search terms:

  • karangan peribahas melentur buluh biarlah dari rebungnya
loading...

Leave a Reply