PIDATO : 1



PERSATUAN INSTITUSI-INSTITUSI PEMBANGUNAN KEWANGAN
MALAYSIA (ADFIM)

SEMINAR MODEL EKONOMI BARU
(MBE)

MBE MENJANA TRANSFORMASI EKONOMI NEGARA



UCAPAN PERASMIAN OLEH
TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI



DEWAN TUN HUSSEIN ONN
PWTC, KUALA LUMPUR


25 OKTOBER 2010





1

YBhg. Datuk Mohd Nasir Ahmad
Pengerusi
Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia;

Ahli-ahli Majlis
Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia;

Tetamu-tetamu kehormat;

Hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatu dan salam sejahtera.


Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi terima
kasih kepada Persatuan Institusi-institusi Pembangunan Kewangan
Malaysia (ADFIM) yang telah menjemput saya untuk merasmikan
Seminar bertajuk Model Baru Ekonomi yang bertemakan MBE Menjana
Transformasi Ekonomi Negara.

2.
Saya yakin dengan kehadiran Ketua-Ketua Eksekutif Institusi-
Institusi Pembangunan Kewangan (DFIs), syarikat-syarikat kewangan
serta peserta-peserta lain di Seminar ini, akan mengambil peluang untuk
sama-sama mengatur langkah kearah memantapkan lagi sumbangan
kepada usaha Kerajaan mentransformasikan negara ke arah mencapai
negara maju.

Hadirin sekalian,

3.
Dalam tempoh lebih lima dekad yang lalu, ekonomi negara telah
berkembang pesat dan kita telah berjaya menjadikan ekonomi negara
daripada sebuah ekonomi berpendapatan rendah kepada negara
berpendapatan sederhana tinggi. Peningkatan ketara pendapatan negara
telah dapat menghapuskan kemiskinan tegar serta mengurangkan
2

dengan ketara kadar kemiskinan. Kita juga telah berjaya membentuk
satu golongan berpendapatan menengah yang besar.

4.
Walaubagaimanapun, strategi pertumbuhan yang berpacukan kos
rendah sebagai kelebihan bersaing, tidak lagi sesuai dalam persekitaran
dimana negara berdepan dengan persaingan yang lebih hebat daripada
kemunculan negara-negara seperti China, India, Indonesia, Brazil,
Russia, Vietnam dan Timur Tengah untuk menarik lebih banyak peluang
perdagangan dan pelaburan. Oleh itu, Malaysia tidak lagi boleh
bergantung kepada struktur kos yang rendah untuk terus berdaya saing
di pasaran antarabangsa. Pada hakikatnya, Malaysia kini tidak lagi
mampu bersaing dengan negara pengeluar berkos rendah dan pada
masa yang sama, Malaysia belum lagi mempunyai keupayaan yang
mencukupi untuk bersaing dengan negara-negara maju, dimana
pertumbuhan ekonomi adalah berteraskan tahap modal insan,
produktiviti, dan inovasi yang tinggi.

5.
Justeru, kita memerlukan satu model baru ekonomi untuk
mentransformasikan ekonomi negara bagi mencapai status negara maju
menjelang 2020. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) 2011-2015
menyediakan asas yang kukuh bagi mentransformasi negara kearah
ekonomi berpendapatan tinggi. Sebagai penggerak kepada model baru
ekonomi, RMKe-10 mencartakan pendekatan dasar dan strategi baru
serta program pembangunan negara kearah menjadikan negara sebuah
ekonomi berpendapatan tinggi berteraskan keterangkuman dan
kemampanan. Kearah ini, selaras dengan Model Baru Ekonomi, RMKe-
10 akan melaksanakan beberapa strategi baru.

6.
Pertama, inisiatif mencapai pertumbuhan ekonomi tinggi akan
berpaksikan kepada produktiviti dan inovasi serta modal insan
berkepakaran dan berkualiti. Kalau dahulunya, model ekonomi negara
3

bergantung kepada faktor pengeluaran berkos rendah, kita perlu beralih
kepada peningkatan produktiviti dan inovasi yang tinggi. Ini merupakan
peralihan yang signifikan oleh kerana produktiviti tinggi dan inovasi
merupakan faktor utama yang akan mempastikan negara berjaya
bersaing di peringkat global. Diantara langkah-langkah utama ialah
memberi tumpuan kepada pelaburan berkualiti yang menyokong aktiviti
nilai ditambah tinggi, menggalak pembangunan kluster perindustrian
berasaskan pengkhususan serta menambah inisiatif R&D dan
pembiayaan modal teroka.

7.
Kedua, transformasi kepada aktiviti nilai ditambah tinggi dan
berintensif pengetahuan memerlukan pengkhususan di sektor-sektor
dimana negara mempunyai lebihan bersaing. Melalui pengkhususan,
negara akan dapat memanfaatkan pengeluaran skala besar, selain
daripada memajukan aktiviti ekonomi yang berintensifkan pengetahuan
dan teknologi tinggi. Selaras dengan pendekatan ini, RMKe-10 memberi
tumpuan kepada pembangunan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara
(NKEAs).

8.
Ketiga, di samping pengkhususan, pertumbuhan tertumpu
(agglomeration) juga akan diutamakan untuk memudahkan jalinan
jaringan perniagaan dan pelaburan yang lebih luas dan efektif. Kearah
ini, pembangunan bandar akan di laksanakan dengan lebih teratur
supaya dapat mewujudkan persekitaran dan keselesaan hidup yang
kondusif untuk menjamin kualiti hidup yang baik. Persekitaran ini juga
akan dapat menyumbang kepada usaha Kerajaan untuk menarik lebih
ramai modal insan berkemahiran. Bersabit ini, Bandaraya Kuala Lumpur
berserta kawasan sekitarnya atau Greater KL akan dimajukan sebagai
bandar bertaraf dunia.

4

9.
Keempat, kita memerlukan modal insan yang berkualiti dan
berkemahiran tinggi untuk beralih ke aktiviti-aktiviti nilai ditambah serta
produktiviti yang tinggi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Kearah
ini, kita perlu menarik dan mewujudkan modal insan cemerlang dengan
memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kemahiran, produktiviti
dan keupayaan soft skills di sepanjang rantaian nilai pendidikan dan
latihan.

10.
Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Talent Corporation
dibawah Jabatan Perdana Menteri yang akan mula beroperasi pada
Januari tahun hadapan. Talent Corporation diberi mandat untuk
menarik, membangun dan mengekalkan bakat negara yang diperlukan
bagi memacu usaha menjadikan negara berpendapatan tinggi. Satu
langkah penting ialah menarik diaspora Malaysia untuk kembali
berkhidmat dinegara ini. Adalah dianggarkan seramai 700,000
professional warga negara Malaysia kini berkhidmat di luar negara.
Talent Corporation akan berperanan untuk memudahkan kepulangan
tenaga pakar yang diperlukan. Disamping ini, bakat dalam negeri perlu
digilap. Untuk ini, kolabrasi dengan sektor industri akan dipertingkatkan,
terutamanya bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir di sektor
NKEAs yang telah dikenalpasti. Talent Corporation juga akan
memanfaatkan sumbangan bakat tenaga mahir dari luar negara untuk
menyumbang kepada usaha mentransformasikan ekonomi negara.

11.
Kelima, keutamaan akan diberikan kepada usaha menambah
kemahiran sumber tenaga kerja dalam negeri. Kearah ini, latihan
kemahiran akan diberi penekanan utama, terutamanya pendidikan
teknikal dan latihan vokasional, supaya dapat menarik lebih ramai minat
dikalangan pelajar untuk mengikuti pendidikan teknikal dan latihan
vokasional. Langkah ini juga akan dapat melahirkan modal insan yang
diperlukan industri dan mampu menyumbang kepada peningkatan
5

produktiviti bagi membolehkan industri beralih ke rantaian nilai lebih
tinggi.

12.
Keenam, RMKe-10 mensasarkan pertumbuhan ekonomi sebanyak
6 peratus setahun. Ini berlandaskan kepada perkembangan pesat sektor
swasta untuk menjadi penggerak utama aktiviti ekonomi berproduktiviti
dan bernilai tambah tinggi, serta mewujudkan gagasan modal insan
yang cemerlang, berkemahiran tinggi serta bertaraf dunia. Peranan
sektor swasta adalah amat penting dalam menerajui pembangunan
negara kearah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Pelaburan
swasta perlu berkembang pada kadar melebihi 12 peratus, untuk
menjana pelaburan sebanyak 115 bilion ringgit dalam tempoh 2011-2015.

13.
Ini merupakan sasaran yang mencabar, namun Kerajaan yakin
ianya dapat dicapai berkat kerjasama sektor swasta dan sektor awam
yang pintar dan berkesan. Penekanan akan diberikan ke arah
menggerakkan sektor swasta sebagai peneraju utama pertumbuhan dan
inovasi, manakala sektor awam sebagai pemudah cara. Sumber, bakat,
teknologi dan inovasi sektor swasta perlu digerakkan supaya menjadi
jentera pertumbuhan ekonomi yang lebih berkesan.

14.
Ke arah ini, Kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif dalam RMKe-
10 untuk menggalakkan pelaburan dalam negeri dengan program
reformasi ekonomi yang berpandangan jauh. Sehubungan itu, Kerajaan
akan mengambil inisiatif seperti berikut:

Memodenkan peraturan perniagaan dengan melaksanakan kajian
peraturan perniagaan secara menyeluruh, yang diterajui oleh
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC);

Meneruskan liberalisasi sektor perkhidmatan, terutamanya untuk
menarik pelaburan asing langsung;
6

Menghapuskan market distortion melalui rasionalisasi subsidi; dan

Memperkenal Undang-undang Persaingan.

15.
Di samping itu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
(MIDA) akan dijadikan agensi promosi pelaburan yang lebih berkesan, di
samping usaha memperkasakan MPC untuk mengenal pasti bidang
utama bagi menambah baik produktiviti.

16.
Gandingan sektor awam dan sektor swasta akan terus
dipergiatkan dalam RMKe-10, terutamanya melalui inisiatif penswastaan
dan juga perkongsian awam swasta. Ke arah ini, antara langkah utama
yang sedang dilaksanakan termasuk:

Memperkenalkan Dana Fasilitasi Perkongsian Awam Swasta
sebanyak 20 bilion ringgit, untuk memangkin dan menyokong
viabiliti pelaburan sektor swasta dalam bidang strategik ekonomi
negara yang mempunyai kesan limpahan besar;

Meningkatkan tahap infrastruktur untuk menyokong aktiviti
ekonomi sektor swasta seperti perluasan jaringan High Speed
Broadband, projek-projek lebuhraya di Greater KL dan Landasan
Keretapi Elektrik Berkembar dari Gemas ke Johor Bharu; dan

Rangka kerja Sekolah Amanah (Trust Schools) juga diperkenalkan
bagi menggalakkan kerjasama awam swasta dalam meningkatkan
kecemerlangan sistem pendidikan negara.

Hadirin sekalian,

17.
Satu daripada intipati dasar dalam RMKe-10 ialah pertumbuhan
pesat yang berasaskan prinsip keterangkuman dan keadilan sosial
bertujuan membela kepentingan setiap golongan masyarakat dan
mempastikan tidak terdapat kumpulan yang akan terpinggir daripada
7

arus pembangunan negara. RMKe-10 akan mempastikan kemajuan
ekonomi negara akan menyediakan peluang yang saksama bagi semua
rakyat Malaysia untuk menikmati manfaat daripada kemajuan negara.

18.
Dalam konteks ini, satu peralihan dasar dalam RMKe-10 ialah
memberi tumpuan kepada isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah,
yang merangkumi sebanyak 2.4 juta isirumah. Golongan ini merupakan
golongan yang mudah terjejas, terutamanya dalam kitaran turun naik
persekitaran ekonomi dalam dan luar negeri. Sumbangan mereka
kepada pembangunan negara perlu di optimakan, terutamanya melalui
program peningkatan pendapatan, seperti peningkatan kemahiran dan
keusahawanan.

19.
Bagi gulungan mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya
mereka yang tinggal di kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak,
Orang Asli, pekerja estet and mereka yang tinggal di kampong-kampung
baru Cina di Semenanjung Malaysia, Kerajaan akan terus membantu
mereka
dengan
menyediakan
bantuan
kebajikan,
disamping
mempastikan mereka juga diberi peluang untuk menambah pendapatan
melalui program-program seperti mikro kredit untuk membolehkan
mereka terlibat dalam perniagaan kecil. Pada masa yang sama, bekalan
kemudahan asas seperti jalan, bekalan air dan elektrik, kemudahan
kesihatan dan pelajaran akan dipertingkatkan.

Hadirin sekalian,

20.
Institusi Pembangunan Kewangan (DFIs) mempunyai peranan
penting untuk menjadi catalyst kepada proses transformasi ekonomi
negara. DFIs merupakan institusi khusus yang telah diwujudkan untuk
8

membangunkan sektor-sektor strategik bagi pertumbuhan ekonomi
negara. Malahan, penubuhan DFIs adalah bertujuan menyediakan
sumber pembiayaan di sektor-sektor yang lazimnya tidak dibiayai oleh
institusi perbankan yang lain.

21.
Kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh DFIs telah
menyumbang kepada perkembangan pesat PKS, bukan sahaja dalam
mewujudkan usahawan baru, tetapi juga dalam membangunkan lagi
usahawan yang berdaya maju. Kerajaan menghargai peranan yang telah
dimainkan oleh FDIs dalam menyediakan pelbagai opsyen pembiayaan
serta sokongan khidmat nasihat. Saya yakin potensi perkembangan
industri PKS amat besar dan ini akan menyediakan peluang bagi DFIs
untuk memanfaatkan potensi ini dengan mengoptimakan penyediaan
sumber pembiayaan kepada PKS.

22.
PKS adalah satu daripada komponen penting dalam ekonomi
negara memandangkan ianya merupakan lebih 90 peratus daripada
bilangan syarikat, terutamanya di dalam sektor pembuatan, selain
daripada menyumbang lebih daripada separuh jumlah tenaga kerja dan
hampir satu pertiga KDNK negara. PKS juga memainkan peranan
penting dalam menjana peluang pekerjaan serta memupuk budaya
keusahawanan. Jelas PKS mempunyai potensi besar untuk menjadi satu
daripada penggerak dalam agenda transformasi pembangunan negara.
Kebanyakan syarikat besar antarabangsa di negara-negara maju yang
telah berjaya pada hari ini bermula sebagai PKS.

23.
Walaubagaimanapun, pembangunan PKS
memerlukan
satu
kaedah yang menyeluruh yang melibatkan gabungan usaha Kerajaan,
sektor kewangan dan usahawan sendiri. Matlamatnya ialah untuk
mewujud dan memajukan budaya keusahawanan cemerlang melalui
9

penyediaan persekitaran yang mesra usahawan, supaya mereka mampu
menjadi lebih kompetitif didalam pasaran di dalam dan luar negara.

24.
Aksesibiliti kepada sumber pembiayaan merupakan faktor penting
dalam menentukan kejayaan industri PKS. Sungguhpun sistem
perbankan merupakan penyedia dana terbesar kepada PKS, dengan
lebih 40 peratus daripada jumlah pinjaman kepada sektor perniagaan,
terdapat kecenderungan terhadap membiayai PKS yang telah berjaya.
Disinilah letaknya peranan utama DFIs untuk menyediakan sokongan
sumber
pembiayaan,
terutamanya
untuk
memenuhi
keperluan
perusahaan kecil dan sederhana yang baru dan berpotensi berdaya
maju. Dalam konteks ini, DFIs perlu lebih fleksibel dalam usaha
membiayai, membimbing dan menyokong pertumbuhan perniagaan
baru.

25.
Selaras
dengan
strategi
menggalakkan
pertumbuhan
berasaskan produktiviti dan inovasi, tibalah masanya bagi FDIs
menerajui sumbangan membangunkan sektor-sektor pertumbuhan yang
telah dikenalpasti dibawah bidang NKEAs, di samping menggalakkan
PKS menceburi perniagaan business start-ups dan venture capital.
Selaras dengan ini, DFIs juga perlu memberi fokus membangunkan
usahawan-usahawan baru melalui usaha mengkomersilkan R&D.

26.
Perluasan perniagaan ke pasaran eksport terus menjadi cabaran
kepada kebanyakan syarikat PKS. Pada masa ini, sumbangan eksport
PKS kepada eksport negara masih rendah. Bagi membantu mereka
menerokai pasaran eksport, keupayaan EXIM Bank menyediakan
pembiayaan perlu dipertingkatkan untuk syarikat Malaysia mengeksport
pelbagai jenis produk dan perkhidmatan.

10

27.
Selain industri PKS, FDIs juga berpotensi untuk memainkan
peranan dalam membiayai pembangunan infrastruktur negara. Ini
termasuk projek-projek yang akan dilaksana untuk menyokong aktiviti
sektor swasta dan kemudahan awam, serta dalam bidang strategik
ekonomi negara yang mempunyai kesan limpahan besar.
Hadirin sekalian,
28.
Akhir kata, RMKe-10 yang berteraskan kepada pertumbuhan tinggi,
keterangkuman dan kemampanan telah dirangka untuk mencarta
pembangunan ekonomi menjadi sebuah negara maju, seperti yang di
hasratkan dalam Wawasan 2020 negara. Perjalanan menuju matlamat ini
amat mencabar dan memerlukan gandingan usaha dan sokongan semua
pihak. Kerajaan menaruh harapan tinggi supaya DFIs, yang merupakan
antara peneraju utama ke arah mentransformasikan ekonomi negara,
akan bersama menyumbang kepada usaha ini.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatu.

Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya.
25 Oktober 2010.


11

Incoming search terms:

  • memperkasa modal insan ke arah negara maju
loading...

Leave a Reply