Pidatospontan 130216081104 Phpapp02 : Pidato Spontan Masa- 3

Pidato Spontan: masa- 3 minit. Cikgu kk

Masa itu emas.

Masa itu ibarat emas. Oleh itu, kita mestilah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dengan tidak melakukan aktiviti yang boleh merugikan. Gunakanlah masa lapang kepada perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Pada masa cuti sekolah, kita boleh menggunakan masa lapang itu untuk melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti menolong ibu bapa di rumah. Kita boleh membantu mereka dengan mengemas rumah, menyiram pokok bunga, menolong ibu memasak dan lain-lain lagi. Ini dapat meringankan tugas ibu bapa dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kita.

Selain itu, masa lapang haruslah kita gunakan untuk membaca atau mengulang kaji pelajaran. Aktiviti ini boleh menambahkan kemahiran dan kecekapan kita dalam sesuatu mata pelajaran. Kita juga akan dapat membaiki kelemahan dalam pelajaran

Selain itu, jika ada kesempatan, kita boleh berkelah bersama keluarga. Dengan berkelah, kita dapat merehatkan fikiran dan menyegarkan minda setelah penat berlajar. Apatah lagi berkelah juga dapat mengeratkan tali persaudaran kerana kita dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti bermain, makan dan sebagainya bersama keluarga

Masa lapang terutamanya pada musim cuti sekolah juga boleh kita gunakan untuk berkunjung ke rumah saudara-mara. Ini dapat mengeratkan persaudaraan antara saudara mara, di samping dapat melancong dan menikmati keindahan alam.

Kesimpulannya, masa amat berharga. Justeru, hargailah masa demi kehidupan yang lebih sempurna. Masa cuti sekolah atau masa lapang boleh dilalui dengan perkara yang tidak sia-sia apabila kita menghargai masa.

Budaya Penyayang

Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Ungkapan ini memberikan seribu pengertian dan gambaran yang sangat bererti kepada seluruh insan di dunia ini tentang masyarakat penyayang yang perlu dipupuk dan dibenamkan dalam sanubari kita selagi kita bergelar makhluk berakal yang dianugerahkan oleh Tuhan.

Pembentukan masyarakat yang penyayang akan memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Seperti yang diketahui umum, masyarakat penyayang menggambarkan masyarakat Malaysia yang hidup dengan berlandaskan nilai kasih sayang antara satu sama lain. Mereka saling membantu kerana ikatan ukhuwah sentiasa tertanam dalam naluri dan sanubari mereka. Contohnya, amalan berkunjung ke rumah rakan-rakan berlainan agama pada musim perayaan merupakan salah satu contoh amalan yang berjaya memupuk semangat muhibah dan perpaduan kerana rakyat masing-masing memupuk nilai penyayang Melalui nilai murni sebegini jelas terlihat mereka mengamalkan hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing. Jadi, sesuai dengan gagasan Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan cetusan idea Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk melahirkan masyarakat penyayang yang mengamalkan konsep Satu Malaysia akan terlaksana dengan jayanya.

Ikatan silaturahim bertambah erat apabila ahli keluarga memainkan peranan terutamanya ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak.

Kesimpulannya, masyarakat penyayang banyak memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Dengan ini, saya mencadangkan supaya kita perlu menggembleng tenaga untuk meningkatkan usaha ke arah masyarakat penyayang bagi mewujudkan negara bangsa yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Menghormati Orang tua

Semua orang sedar bahawa pada suatu hari nanti kita juga akan menjadi seorang tua.
Sukakah kita kalau generasi muda tidak menghormati kita? Jawapannya pastilah tidak Oleh itu, kita sewajarnya menghormati warga tua yang telah banyak berjasa kepada kita.
Orang tua sememangnya telah banyak menaburkan jasa kepada kita Contohnya kedua-dua ibu bapa kita. Sepanjang masa mereka telah mengasuh menyara hidup kita dan memberikan pendidikan kepada kita agar kita menjadi manusia yang berguna. Orang tua ibarat payung yang melindungi kita terutama ketika kita masih kecil. Kita seharusnya menghormati orang tua tanpa mengira bangsa dan agama.
Selain ibu bapa kita, guru-guru dan para pemimpin negara harus kita hormati juga. Cuba kita bayangkan kehidupan kita tanpa mereka. Mereka telah banyak berkorban bagi menjadikan kita generasi yang berilmu dan berguna. Sebagai generasi yang berhemah tinggi kita perlulah mempunyai rasa hormat terhadap mereka dan warga tua yang lain.
Untuk menghormati warga tua bukannya susah. Kita perlulah memiliki nilai-nilai luhur seperti beradab sopan, lemah-lembut tidak meninggikan suara dan senantiasa menjaga perasaan mereka.
Akhir sekali saya menyeru kepada generasi muda agar menghormati warga tua. Amalan ini bukan saja amalan mulia malah dituntut oleh setiap agama.

Perpaduan Teras Kemajuan Negara

Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa. Usaha ini amat penting dilakukan untuk memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara. Perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan dan ditingkatkan?

Satu daripada langkah yang perlu dilakukan ialah rakyat Malaysia haruslah mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi terutamanya nilai toleransi. Hal ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan atau perselisihan faham yang akan memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang penting dengan mengadakan pelbagai kempen untuk meningkatkan perpaduan.

Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut, rakyat pelbagai kaum akan dapat saling memahami budaya kaum yang lain. Dengan ini, perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Ibu bapa pula merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai yang murni seperti toleransi.

Sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dikekalkan.

Bersyukur Sebagai Rakyat Malaysia

"Sebagai rakyat Malaysia,saya berasa bersyukur menjadi anak Malaysia. Saya berterima kasih kepada pemimpin Negara Malaysia yang bertungkus-lumus untuk mencapai kemerdekaan.Tanpa tokoh-tokoh pejuang kerana tidak mungkin kita bebas daripada penjajahan. kami juga berterima kasih kerana telah dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dan sentiasa menjaga nama baik Negara. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dan menghargai jasa-jasa pemimpin yang telah berjuang untuk membebaskan Negara kita daripada jajahan kuasa asing.Rakyat juga harus memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran Negara.
Dengan adanya pemimpin yang berwibawa dan sanggup berkorban untuk Negara, keselamatan rakyat akan sentiasa terjamin. Saya berasa bangga menjadi anak Malaysia kerana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan agama.Walaupun berbilang kaum dan agama,rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Oleh itu, kita haruslah mengharumkan nama Negara dalam pelbagai bidang seperti sukan, pendidikan, teknologi, dan lain-lain yang boleh mengharumkan nama Negara kita. Sebagai contoh Nicol Ann David yang cemerlang dalam sukan skuash dan sekali gus menjadi pemain nombor satu di dunia. Kita boleh! Sekian terima kasih

Erti Kemerdekaan Di Kalangan Pelajar

Saya bangga menjadi anak Malaysia kerana Negara kita telah bebas daripada jajahan British.Saya juga berasa amat bertuah tinggal di Malaysia ini kerana Negara ini aman dan makmur.Saya amat beruntung mempunyai Perdana Menteri yang adil dan saksama.Saya juga berasa bangga kerana Negara Malaysia ini telah mencapai Kemerdekaan yang ke-55.Demi Negara yang tercinta,saya sanggup berkorban untuk menjaga keamanan Negara Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia,saya berasa bangga menjadi anak Malaysia. Saya berterima kasih kepada pemimpin Negara Malaysia yang bertungkus-lumus untuk mencapai kemerdekaan. Kepada rakyat Malaysia, pertahankanlah kemerdekaan Negara kita yang ke-55 tahun. Demi Negara yang tercinta ini, kami ingin berterima kasih dengan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Saya juga berterima kasih kepada perjuang-perjuang Malaysia yang sanggup berkorban masa, harta mahupun nyawa demi tanah air yang tercinta. Kami juga ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu Negara kita untuk memajukan Malaysia dalam pelbagai bidang. Sempena menyambut sambutan hari Kemerdekaan yang ke-55,saya hendak menyeru agar rakyat Malaysia mempunyai semangat patriotisme.Saya berharap agar Negara ini akan berkembang maju dari segi ekonomi dan aman damai kepada masyarakat di Negara Malaysia ini.

Rakyat berlimu Negara maju/ pendidikan maju Negara makmur

Ingatkah kita sewaktu kecil, ibubapa menyuruh kita rajin belajar. Malah Plato dan Confucius juga menuls dalam kitabnya tentang kepentingan menuntut ilmu. Pendidikan merupakan satu asset penting dalam memberikan Negara maju dan makmur.

Masyarakat yang berilmu dapat melatih mereka berfikir dengan lebih luas dan rasional. Melalui pendidikan pengetahuan dan maklumat dapat digunakan untuk faedah bersama. Tanpa pengetahuan , capaian akses seperti internet dab bahan ilmiah seperti buku dan majalah tidak mungkin dapat digunakan. Tanpa pengetahuan manusia ibarat katak dibawah tempurung. Tak tahu apa yang terjadi di sekeliling dan tak mahu tahu apa yang berlaku.

Orang yang berpendidikan tidak semestinya mencapai 100% markah tetapi orang yang berpendidikan ialah orang yang yakin dan berani untuk merujuk pengetahuan diri dan tidak menciplak idea orang lain. Orang yang berilmu juga mempunyai nilai moral yang tinggi dan sentiasa untuk membantu membangunkan Negara. Pendidikan juga dapat membasmi kemiskinan, buta huruf yang merupakan halangan kekal dalam proses pembangunan.

Dengan adanya ilmu pengetahuan juga dapat meningkatkan bidang sains dan teknologi. Ia juga dapat memberikan pekerjaan kepada manusia seperti peguam, doctor, guru dan lain-lain.

Kesimlulannya, Masyarakat yang berilmu dapat melatih mereka berfikir dengan lebih luas dan rasional. Melalui pendidikan pengetahuan dan maklumat dapat digunakan untuk faedah bersama. Tanpa pengetahuan , capaian akses seperti internet dab bahan ilmiah seperti buku dan majalah tidak mungkin dapat digunakan. Tanpa pengetahuan manusia ibarat katak dibawah tempurung. Tak tahu apa yang terjadi di sekeliling dan tak mahu tahu apa yang berlaku.

Malaysia Negara terbilang

Teringat ketika tangan ini menyelak halaman buku atlas ketika di perpustakaan ,mengamati betapa kecilnya Malaysia yang terpelosok di Asia tenggara. Namun jangan disangka kecil2 cili berapi, kini Malaysia adalah sebuah Negara gah di seantero dunia. Bak kata orang2 tua..duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.

Malaysia Negara terbilang membawa maksud yang mendalam iaitu keberjayaan Malaysia mencipta nama dalam semua bidang sama ada ekonomi, politik dan social. Ekonomi Malaysia terus kukuh teguh dengan hasil kebijaksanaan pemimpin yang berdedikasi. Malah kestabilan politik di Malaysia yang menjadi lambing keamanan dunia dicemburui oleh Negara-negara luar. Meskipun banyak parti politik di sini, namun mereka masih bersatu di dalam dewan parlimen dalam usaha untuk menjana kemajuan Negara.

Dalam aspek social, merangkumi sains dan teknologi, Negara kita dihormati dunia dalam penciptaan, penyelidikan dan inovasinya yang mampu memberi manfaat kepada alam dan hidupan.

Selain itu, kita juga cemerlang dalam bidang sukan dan penganjuran. Lihat saja jaguh2 kita yang telah mengharumkan Negara seperti Datuk Nicol David, datuk Lee Chong Wei, Azizul Hasni Awang dan Pasukan Harimau Malaya yang Berjaya menumpaskan pasukan Singapura baru-baru ini.

Kesimpulannya, kita perlu sedar, kematangan Negara semakin menyerlah dengan semangat waja yang ditunjukkan olehh pemimpin dan keazaman rakyat tercinta. Saya suka mengajak rakan2 sekalian untuk bersama menabur bakti dan menjadikan Negara sebagai yang terbilang di mata dunia.

Bersama merayakan bulan kemerdekaan

Perjuangan untuk memerdekakan Negara daripada belenggu penjajah untuk kedamaian kemudian untuk mempertahankannya adalah sifat-sifat yang perlu dipuji dan disanjung tinggi oleh kita semua. Oleh itu dalam menganang kembali sejarah kemerdekaan di Negara kita, janganlah kita lupakan pengorbanan parapejuang kemerdekaan yang telah membuka jalan ini kepada kita. Tidak ada Negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang dapat hidup dalam keadaan tenteram, harmoni dan saling bantu membantu antara satu sama lain seperti mana dinikmati oleh Negara kita.

Justeru, marilah kita bersama-sama merayakan bulan kemerdekaan dengan mengbarkan jalur gemilang dan mengekalkan perpaduan yang wujud dengan mengelakkan perasaan curiga mencurigai sesame kita, kekalkanlah permuafakatan yang telah wujud sejak lebih 50 tahun yang lalu sebagai kunci kecemerlangan yang akan dating.

Sehubungan itu, semangat kenegaraan dan mencintai Negara Malaysia mesti tumbuh di setiap sanubari kita semua.

Sukan Memartabatkan Negara

Sukan ditakrifkan sebagai satu bentuk kegiatan riadah atau senaman dan boleh mengeluarkan peluh. Antara sukan yang biasa dilakukan dan digemari ialah sukan bola sepak badminton, dan berenang. Kegiatan sukan sering dikaitkan dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada mereka yang melakukannya. Kini sukan bukan sahaja difokus sebagai satu senaman, malah ia telah diangkat ke persada dunia. Malaysia juga sudah boleh bermegah dengan pencapaian rakyatnya dalam bidang sukan. Nama atlit tersohor seperti, Datuk Nicol David, Datuk Lee Chong Wei, Azizul Hasni, dan ramai lagi telah mengangkat nama Malaysia dalam bidang sukan bertaraf dunia.

Selain itu, Malaysia juga berupaya untuk menganjurkan sukan berprestij. Masih ingatkah penganjuran Malaysia pada sukan Komanwel 1998 yang lalu yang telah mendapat liputan dari seluruh dunia.

sukan pada hari ini bukan lagi dianggap sebagai satu senaman, malah ia juga menjadi punca pendapatan bagi sesetengah orang.

Kesimpulannya, saya berharap semua pihak berusaha untuk memajukan sukan selari dengan kemajuan Negara. Majulah sukan untuk Negara.

Leave a Reply