Pidato : Sesi 1

Sesi 1

Mari kita menyorot sejarah silam dengan lebih mendalam lagi.Andai seorang manusia telah berdegup jantungnya di atas muka bumi ini selama separuh abad,pasti banyak liku-liku hidup dan pengalaman telah ditempuhi.Meskipun terluka dengan ranjau-ranjau kedukaan,namun masih terungkai kecemerlangan yang pernah dicatatkan oleh individu tersebut.Senario ini juga tidak ada bezanya jika ditransformasikan sepanjang hampir 55 tahun negara kita merdeka.Laungan Merdeka 3x yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj,Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengakhiri kibaran bendera Union Jack di langit negara bertuah ini.Rantai perjajahan yang menghambat rakyat hamper empat abad lamanya telah terlerai bersama satu lembaran yang baru.Lembaran yang harus diisi dengan catatan yang mengagumkan disamping mempertahankan kebebasan yang dimiliki.Sehubungan itu status Malaya bertukar daripada tanah jajahan British kepada ahli komenwel.Bermula detik itulah sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit satu-persatu kejayaan mula ditempa oleh negara.Sehingga lewat tahun 1998,pelbagai polisi pembangunan pendidikan telah mula dirangka bagi memastikan kemerdekaan diisi sewajarnya.Antaranya mendaulatkan semula bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara dan pengiktirafan Universiti Malaya sebagai institusi kebangsaan.Sektor pendidikan yang dahulunya dipandang enteng oleh penjajah,mula diberi perhatian dengan polisi pendidikan sekolahrendah secara percuma dan lebih 180 ribu orang mengikuti kelas dewasa melalui kempen basmi buta huruf.Memori manis juga terpahat dalam lipatan sejarah negara juga menyaksikan penubuhan negara Malaysia dengan kemasukan Sabah dan Sarawak serta pelancaran televisyen Malaysia yang pertama.

Sesi 2

Langit tidak selalunya cerah,bumi mana yang tidak ditimpa hujan,lautan mana yang tidak bergelora.Andai kejayaan sentiasa menyeliputi maka tidak akan teruji keutuhan kemerdekaan yang dibina.Pemisahan Singapura dan konfrontasi oleh Indonesia lewat tahun 1995 telah mengajar negara supaya lebih berwaspada dengan duri-duri yang tidaak pernah lekang dengan agenda untuk meruntuhkan impian kemerdekaan.Meskipun kedua-dua isu ini dapat diakhiri dihujung pena dan sehelai kertas namun perkara tersebut hamper-hampir meragut apa yang kita miliki hampir satu dekad.Peristiwa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1995 telah meragut nyawa-nyawa insan yang tidak berdosa baahkan tidak kurang juga haarta benda yang musnah.Hal ini akhirnya dapat diatasi berkat kecekapan dan kebijaksanaan para pemimpin yang enggan melihat mahligai kemerdekaan ini musnah rentetan kedua-dua isu ini,terbentuklah prinsip rukun negara.

PUSINGAN PERTAMA

Prinsip rukun negara yang terbentuk menggabungkan faktor-faktor yang mampu menyatupadukan semula rakyat daan sekali lagi sikap toleransi telah berjaya menjernihkan kembali kekeruhan yang berlaku dalam perpaduan negara pada masa itu.Setelah atmosfera negara kembali reda,negara kembali memacu semula ke arah pembangunan terutamanya dalam bidang ekonomi.Ketirisan yang berlaku dek katamakan penjajah asing dan amalan pilih kasih musang berbulu ayam ini telah mula ditangani secara serius dan kolektif.Lembaga Pembangunan Bandar (UDA) ditubuhkanuntuk membantu kaum Bumiputera dalam menguasai sekurang-kurangnya 30% pembangunan dan aktiviti industry negara.Di samping itu,perlembagaan komoditi utama negara juga tidak diketepikan apabila kerajaan telah menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) untuk menyelaras dan mengatur pembangunan petroleum negara.Selain itu,kecemerlangan negara juga dapat dilihat apabila kerajaan menubuhkan 30 syarikat usahawan dalam projek-projek penindustrian.Tambahan lagi,negara kita telah mencatatkan kejayaan yang cukup manis apabila Majlis Amanah Rakyat (MARA) berupaya merealisasikan pepatah jauh pemangdangan luas pengetahuan apabila berjaya menawarkan lebih 1700 biasiswa kepada pelajar untuk mengikuti pengajian tinggi di dalam dan di luar negara.(500 Tahun Melayu Menghadapi Cabaran:Halaman 228)

PUSINGAN KEDUA

Wawasan 2020 yang dilancarkan seiring dengan 20 perkara yang ingin dicapai negara-negara terkenal di pentas antarabangsa bagi merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju.Ternyata idea dan harapan wawasan 2020 telah menyuntik pembaharuan dalam kancah ekonomi negara dan sosial negara.Hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih,inilah yang selalu diperkatakan oleh masyarakat sekarang.Hal ini terbukti apabila dengan usaha pengkopratan Tenaga Nasional Berhad untuk melancarkan lagi kecekapan agihan bekalan kuasa eletrik ke seluruh negara,pelancaran kereta nasional kedua,pembukaan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta kenaikan dalam Negara Kasar yang meningkat sebanyak 9.6% (Berita Harian,18 Mac 2004;Halaman 19).Malasia sudah semakin matang dalam menghadapi arus perubahan modenisasi sedunia.Natijahnya,negara kita sudah berjaya menembusi era globalisasi.

PUSINGAN PERTAMA

Untuk pengetahuan saudari pengerusi,

Negara Malaysia telah melangkah keluar daripada kegawatan ekonomi sebelum kedatangan alaf baru.Walhal,Negara serantau yang lain masih terkapai-kapai mencari resolusi yang tepat umtuk merungkai kegawatan ekonomi di Negara masing-masing.Negara kita jauh lebih gah dan gemilang berbandinh negara -negara serantau sehingga mengungguli anjakan paradigma sebagaimana negara-negara maju yang lain.Sudah menjadi tumpuan pelaburan asing yang memebantu pembangunan sektor teknologi dan multimedia.Merasmikan pembukaan Microsoft Knowledge Capital Centre di Cyberjaya.Selain itu,pelancaran ked serbaguna kerajaan dalam mengenal identity.Yakni Mykad telah member isyarat bahawa negara kita kini sudah menempuh satu alam yang baru yang standing dengan negara-negara maju yang lain.

PUSINGAN KEDUA

Sungguh bernas dan menarik soalan yang diajukan saudari pengerusi.

Baiklah,berbalik pada persoalan saudari pengerusi sebentar tadi.

Kematangan hubungan luar Malaysia membolehkan Negara memainkan peranan sebagai wakil dan suara kepada negara yang membangun bagi menjadikan bumi mereka ini duduk sama rendah, berdiri sama tinggi di persada antarabangsa.Apa yang lebih membanggakan negara bekas penjajah di negara Malaysia ,kini telah mengakui dan meminta resipi kejayaan Malaysia yang mengekalkan keharmonian masyarakat yang berbilang kaum.Konklusinya 55 tahun diharungi bersama telah membuktikan bahawa negara kita,Malaysia telah meniti satu tahap kecemerlangan yang sungguh mengagumkan.Hakikatnya,kecemerlangan amat penting dalam menjamin kekmerdekaan yang teris berkekalan.Insyaallah.Laungan keramat 31 Ogos sepatutmya melahirkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada semua lapisan masyarakat kerana tanpa pengorbanan dan usaha-usaha pejuang terdahulu,kemewahan dan kemakmuran tidak mungkin akan kita kecapi pada hari ini.

Leave a Reply