TEKS PIDATO INOVASI : PENCETUS KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

TEKS PIDATO: INOVASI PENCETUS KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

Terima kasih sejambak mawar,seharum kasturi kepada saudari pembawa acara yang berseri, kombinasi kehakiman yang berintegriti, seterusnya sidang hadirin yang dihormati. INOVASI PENCETUS KECEMERLANGAN PENDIDIKAN begitulah bunyinya mauduk pidato yang disajikan buat santapan minda warga Malaysia. Selamat pagi, Salam Sejahtera, dan Salam Satu Malaysia Pembuka Bicara.

Sidang pendengar yang budiman sekalian,

Inovasi membawa maksud kreativiti dan inovasi tidak boleh diajar tetapi ia boleh diterap secara tidak langsung, manakala Kecemerlangan Pendidikan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang.Pengajaran berpusat kepada murid maksudnya pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara dua hala iaitu guru mengajar dan murid belajar.

Indikator saya yang pertama adalah Guru dikehendaki sentiasa mencabar keupayaan berfikir pelajarnya dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar dan wadah bantu pengajaran yang menarik minat pelajar. Selain itu, guru perlu mempelbagaikan aktiviti pembelajaran seperti kuiz, forum, syarahan, bahas, membuat projek, kerja berkumpulan dan tugasan luar bilik darjah sangat digalakkan. Aktiviti tersebut akan menggalakkan murid berfikir, berbincang, membuat rujukan, menyediakan nota dan menghasilkan tugasan tersebut. Hal ini akan menggalakkan percambahan idea dan dapatan baru yang melibatkan unsur-unsur kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Pelajaran bagi melaksanakan aktiviti latihan guru yang berfokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi.

Sidang intelektual yang bijaksana

Seterusnya saya akan merungkai pula Indikator yang kedua keberkesanan sekolah akan terserlah jika mereka dapat menggunakan teknologi dan ICT dalam pengurusan dan dalam bilik darjah. Sebenarnya teknologi tidak dilihat sebagai alat semata-mata tetapi boleh menjadikan sistem pengurusan lebih efisien dan berkesan.Penggunaan ICT secara meluas dapat membina imej baru dalam pengurusan organisasi yang berprestasi tinggi. Dengan ini, sekolah lebih berdaya saing dan menjadi lebih produktif. Seperti yang ditegaskan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam majlis Perhimpunan Khas Guru Malaysia pada 3 November lepas bahawa; "Guru perlu meneliti semula amalan bilik darjah yang sesuai dengan ciri serta situasi pelajar sekarang.

Akhir kalam, Inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi pelajar berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 ini untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini kita tiada pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi. Dalam senario ini tugas guru semakin mencabar. Sekian, terima kasih salam ukhwah daripada saya.

Incoming search terms:

  • naskah pidato bertema pendidikan yang berinovasi
  • pidato inovasi pendidikan
  • pidato remaja inovatif dan produktif
  • pidato yang bertopik inovasi dalam belajar
loading...

Leave a Reply