Format Pidato : 1. Kata Alu-aluan


1. Kata alu-aluan- Disusun mengikut pangkat dan kedudukan
- Contohnya:
a. Pengerusi majlis
b. Hakim (jika pertandingan)
c. Pengetua / Dif kehormat
d. Hadirin


2. Kata penghadapan
- Ditulis selang dua perenggan
- Contoh kata penghadapan:
a. Hadirin yang dihormati sekalian,
b. Hadirin yang saya muliakan,
c. Sidang dewan intelektual sekalian,
d. Para hadirin bestari yang saya kasihi,

3. Isi- Untuk pidato,
a. Isi pertama dimulai dengan kupasan definisi tajuk
b. Isi kedua dan seterusnya perlu ditandai dengan kata kunci tertentu, misalnya ekonomi, pendidikan, teknologi, politik, sosial dan sebagainya.
c. Antara ayat pertama dalam setiap perenggan yang boleh digunakan ialah:
i. Saya akan rungkaikan persoalan ini di bawah kata kunci
ii. Hujah saya yang kedua terangkum dalam aspek
iii. Idea saya yang ketiga berpandukan perspektif

4. Penutup- Bahagian penutup perlu ada.
- Bahagian ini perlu:
a. menegaskan pendirian pemidato
b. ada kata-kata minta maaf jika ada kekurangan

5. Karangan pidato anda akan lebih menarik jika:a. memetik kata-kata tokoh atau kata mutiara sebelum menulis kata-kata aluan.
b. menyelitkan peribahasa atau kiasan dalam setiap perenggan
c. mengakhiri dengan serangkap pantun
d. menggunakan bahasa yang indah, tegas dan berkesan

Incoming search terms:

  • teks kata-kata aluan pidato
  • teks pidato kata alu aluan
loading...

Leave a Reply