Pidato : NST TUT PEND D KAN GURU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pelajaran Malaysia

KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA

PERAK DARUL RIDZUAN

BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

(BM 3311D1)

Nama:KOVARNAN A/L NADARAJAH

No. K/P:830128-14-5851

No. Matriks:28699

Program:PPISMP

Ambilan:Januari 2012

Unit:M3

Nama Pensyarah:PN HABIBAH BINTI MOHD SAMIN

Tarikh Serahan:18 FEBRUARI 2013

SURAT PERAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan:

Nama Penulis: KOVARNAN A/L NADARAJAH

Tarikh: 18 FEBRUARI 2013

i

i

SEKAPUR SIREH

Salam bahagia dan Salam 1 Malaysia, syukur ke hadrat Tuhan akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa saya di dalam proses menyempurnakan tugasan ini.

Segulung penghargaan yang tidak terhingga ditujukan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Habibah binti Mohd Samin atas memberi panduan dan pedoman yang wajar dan ikhlas diberi ketika dalam penghasilan tugasan ini.

Terima kasih juga ditujukan kepada pihak staf pusat sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang memberikan kerjasama yang baik kepada saya. Selain itu, tidak dilupakan rakan taulan yang memberikan bantuan kepada saya melalui pendapat-pendapat yang diutarakan yang seterusnya memberikan kekuatan kepada saya untuk terus berusaha menyempurnakan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada ibubapa dan isteri saya yang selalu memberi kata-kata semangat dan dorongan yang padu untuk menyiapkan kerja kursus ini. Faktor ini juga telah memberikan saya semangat yang kuat untuk menyiapkan tugasan ini walaupun terdapat dugaan dan cabaran yang perlu saya tempuhi.

Akhir kata,

Selaut kasih hati pujangga,

Menjalin ukhuwah bagi yang fasih,

Jasa kalian tidak terhingga,

Ku ucapkan terima kasih.

Sekian…..

iii

iii

SENARAI KANDUNGAN

Muka Surat

HALAMAN PENGAKUANi

HALAMAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUSii

SEKAPUR SIREHiii

1.0PENGENALAN 5

2.0TEKS PIDATO7

3.0REFLEKSI 11

4.0BIBLOGRAFI 12

5.0LAMPIRAN

5.1Cakera padat13

5.2Powerpoint14

5.3Buku Rujukan15

iii

iii

1.0 PENGENALAN

Pidato merupakan salah satu bahagian daripada pengucapan awam dimana memberi maksud bahawa satu proses berkomunikasi antara seorang pengucap dengan pendengar atau sidang hadirin. Pengucapan awam melibatkan penghantaran mesej dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Selain itu, pengucapan awam bukan sahaja menyampaikan mesej daripada maksud percakapan tetapi juga melalui bahasa badan, penampilan dan tingkahlaku serta etika.

Pengucapan awam yang baik mampu membolehkan perpindahan idea dan perasaan secara berkesan daripada pengucap kepada pendengarnya. Kemahiran dalam memastikan penyampaian idea dan perasaan begini merupakan satu kelebihan kepada pengucap kerana berjaya mempunyai kebolehan dan keupayaan dalam mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku pendengar terhadap apa yang ingin disampaikan oleh pengucap.

Berurutannya, pidato ialah seni pengucapan yang menggunakan atau memakai bahasa yang indah dengan tujuan untuk memikat atau memukau pendengaran pendengar untuk terus mendengar apa yang diperkatakan.Pidato atau pengucapan awam adalah tunggak kepada lahirnya sebuah masyarakat yang berkeyakinan, berketrampilan, berwibawa dan mampu meluahkan kebijaksanaan serta hujah berkesan bagi melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang berjaya.Ilmu pidato adalah satu cabang ilmu yang memerlukan kredibiliti dan pengasahan minda intelek.

Pidato juga didefinasikan bahawa sebuah kegiatan bercakap di khalayak umum atau untuk menyatakan pendapat, atau memberikan gambaran tentang sesuatu. Pidato biasanya dipraktikkan oleh seorang yang memberikan pernyataan tentang suatu hal atau peristiwa yang penting dan patut diperbincangkan. Pidato yang berkesan dapat mempengaruhi hidup seseorang yang mendengar secara positif.Kemampuan untuk berpidato dengan baik dapat membantu untuk mendapatkan karier yang baik.

Format penulisan pidato

Pengenalan

Dimulakan dengan kata aluan kepada hadirin mengikut protokol atau tingkat dedudukan masing-masing

Isi

Dimulakan dengan ucapan terima kasih serta menytakan tujuan ucapan dan seterusnya isi ucapan

Kata-kata penghadapan diletakkan untuk menarik minat pendengar seperti, hadirin sekalian dan saudara sekalian

Penutup

Dimulakan dengan kata-kata yang dapat membayangkan atau menandakan ucapan akan diakhiri. Contohnya akhir sekali dan sebagai kesimpulannya.

Panduan penggunaan kata panggilan hormat dalam teks ucapan pidato:

Pihak terlibat

Kata Panggilan Hormat

Pengerusi atau pengacara majlis

Yang dihormati, Yang mulia

Tuan Pengarah / Ketua Jabatan

Yang Berusaha

Golongan Kehormat

Yang berbahagia

Guru-guru / Ibu bapa

Yang dihormati

Rakan-rakan

Yang dikasihi

2.0 Teks Ucapan Pidato

Selamat sejahtera.

Mantan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah berkata: Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya intelek tetapi kaya dengan sikap mempertahankan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis yang sentiasa arif mengerusikan majlis. Yang berusaha, Tuan pengarah Institut Perguruan Tuanku Bainun, barisan hakim yang bijaksana membuat keputusan, penjaga masa yang sentiasa menepati masa, Yang di hormati, semua mahasiswa dan mahasiswi yang bakal meneraju negara Malaysia dan sidang hadirin yang telah menjadi nadi penggerak negara sekalian. Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Hadirin yang saya muliakan,

Mauduk pidato yang akan saya sampaikan ialah Ke arah memupuk semangat cinta akan Bahasa Kebangsaan dalam kalangan pelajar. Seperti yang hadirin yang bijaksana sekalian sedia maklum, bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu yang telah termaktup dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan menguatkuasakan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan secara mendalam merujuk kepada bukan sahaja setakat pengunaan bahasa ini dalam aspek berkomunikasi malah ia mampu menjana semangat pariotik dan membela tokoh-tokoh sasterawan serta dapat memperluaskan bahasa tersebut diperingkat antarabangsa.Namun sedemikian, kita sebagai pewaris negara Malaysia perlu berpegangan ke arah memupuk semangat cinta akan Bahasa Kebangsaan dalam kalangan pelajar dari sejak awal lagi bagaikan nadi utama.

Sidang hadirin yang saya muliakan,

Sudah terang lagi bersuluh, dengan mengamalkan sikap membaca dapat meningkatkan taraf kecintaan bahasa kebangsaan di kalangan pelajar. Kepentingan membaca dapat menjadikan masyarakat berpengetahuan dengan mendapat maklumat yang banyak lalu dapat menguasai bahasa kebangsaan daripada pelbagai kemahiran seperti risalah, majalah, surat khabar, buku-buku sastera dan laman web yang dikeluarkan dalam Bahasa Melayu. Kalangan pembaca bahasa melayu dengan yang lain dapat dibezakan melalui aspek-aspek ilmu pengetahuan terhadap berita dalam negara. Lazimnya, negara kita juga telah mendirikan perpustakaan desa bagi melahirkan golongan pembaca lalu membela golongan yang cinta bahasa kebangsaan negara kita juga dengan menyediakan bahan bacaan bercetak dalam Bahasa Melayu sebanyak 70 peratus dan 30 peratus dalam bahasa-bahasa yang lain. Kebanyakkannya, graf kajian pilihan kegemaran pembaca novel dan surat khabar mengikut tiga tahun iaitu 2010 hingga 2012 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mencecah peringkat pertama berbanding dengan bahasa-bahasa yang lain. Menurut DatoDr.Fadzillah Kamsah, membaca merupakan jambatan ilmu yang perlu diterokai dan dicari oleh kalangan pelajar agar dapat memupuk semangat cinta akan bahasa kebangsaan kelak.

Hadirin yang sentiasa membantu membangunkan negara,

Dalam usaha memupuk cinta akan bahasa kebangsaan, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam menghargai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Melalui peranan dan usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa Melayu telah digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi, perbankan, insurans dan sebagainya. Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-buku pengistilahan dan glosari dalam bahasa Melayu yang mencakupi pelbagai bidang tersebut. Sebelum ini, kebanyakan istilah yang digunakan diambil daripada bahasa Inggeris. Usaha ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan. Hal ini sekali gus dapat membantu program pendidikan di pusat pengajian tinggi.

Di samping itu, seluruh pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka mesti menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul dalam semua ucapan rasmi seperti ucapan dalam majlis perasmian, mesyuarat atau perhimpunan. Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah juga menjadi monitor dan menggerakkan semua aktiviti pembinaan dan pemantapan bahasa kebangsaan di seluruh negara, contohnya dalam projek Sukan Komanwel dan Koridor Raya Multimedia. Dalam konteks ini, Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah sentiasa menasihat, menegur, dan membimbing pemimpin kerajaan, swasta, media cetak, atau media elektronik supaya menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam semua urusan rasmi.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Selain itu, peranan media massa juga tidak harus diperkecil. Media massa mempunyai tanggungjawab sosial untuk memupuk cinta akan bahasa kebangsaan dan mendaulatkan bahasa Melayu. Pujian dan sanjungan haruslah diberikan kepada stesen penyiaran TV3 kerana masih terus menggunakan bahasa Melayu dalam kebanyakan siaran. TV3 merupakan stesen penyiaran yang mula-mula menggunakan bahasa baku walaupun kini tidak lagi dan begitu juga harapan kita kepada RTM. Walaupun pihak RTM telah memulakan penyebutan baku bagi istilah asing, namun usaha itu masih belum boleh dibanggakan. Oleh itu, diharapkan kebanjiran stesen-stesen baharu ini dapat bersama-sama memupuk cinta akan bahasa kebangsaan di negara kita.

Hadirin yang sentiasa saya hormati sekalian,

Di samping itu, mahasiswa institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif untuk memupuk cinta akan bahasa kebangsaan. Hal ini demikian kerana mahasiswa perlu bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Melayu dalam semua bidang ilmu. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, beliau mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa dengan menganjurkan Minggu Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Melayu. Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut diberikan pujian. Minggu Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Malaysia dalam kalangan generasi masa ini.

Sidang yang dihormati sekalian,

Warga pendidik di negara ini juga turut memainkan peranan yang penting untuk memupuk cinta akan bahasa kebangsaan serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa Melayu. Golongan pendidik hari ini telah dipertanggungjawabkan melaksanakan konsep bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Peranan pendidik bahasa adalah penting kerana mereka juga bertanggungjawab membimbing guru mata pelajaran lain. Peranan para pendidik lebih penting dalam memupuk cinta akan bahasa kebangsaan kerana dalam kurikulum pendidikan bahasa, matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang berupaya menggunakan bahasa Melayu yang baik dan membanggakan. Selain itu, dalam konteks sikap yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu diterapkan melalui pendidikan bahasa.

Sebagai penutup bicara, langkah-langkah yang konkrit dan pragmatik perlulah diambil untuk memupuk cinta akan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan kita. Hakikat ini perlu disedari dan diakui oleh seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan bahasa ini tidak dapat dipertikaikan lagi, sebaliknya setiap individu haruslah memanfaatkan masa mereka untuk mempelajari dan menguasai bahasa Malaysia dengan baik. Cara itulah yang terbaik untuk meluahkan semangat kecintaan bahasa Melayu yang ternyata memberikan faedah yang besar kepada perpaduan rakyat dan teknologi Malaysia. Jika tidak, generasi yang akan datang akan ketinggalan dan dijajah oleh kuasa-kuasa Barat yang menggunakan bahasa asing.

Ombak laut mencarik pantai,

Pohon kelapa berayun indah,

Bahasa Kebangsaan siapa mahu kuasai,

Kalau bukan kita yang bertuah.

Sekian, terima kisah dan salam 1Malaysia.

 

3.0 REFLEKSI

Sebelum madah bermula, jutaan terima kasih diucapkan kerana memberi ruang kepada saya untuk mencoret sedikit pengalaman. Semasa saya dalam proses menjalankan tugasan ini, terdapat pelbagai input-input berguna yang saya perolehi. Bak kata pepatah hendak seribu daya, tidak hendak, seribu dalih. Pepatah ini menjadi perangsang kepada saya untuk terus berusaha walaupun terdapat pelbagai dan kekangan tertentu. Bersyukulah kepadaNya, dapat saya atasi.

Melalui tugasan ini, saya menjadi lebih faham dan jelas tentang kepentingan dan pengunaan format pidato serta jenis-jenis pidato yang selama ini saya tidak tahu mengenainya dan banyak lagi kesan positif yang saya peroleh. Ilmu penulisan dan gaya pengunaan bahasa dalam pidato yang diperolehi ini akan menjadi panduan kepada saya untuk mendidik anak bangsa pada masa akan datang.

Selain itu, pada masa yang sama saya mula menyedari bahawa betapa pentingnya pemahaman dalam sesuatu bahasa dan kesusateraannya. Sesungguhnya bahasa Melayu ini merangkumi semua aspek dan jika diterokai dengan lebih mendalam akan menjadikan kita lebih peka terhadap bahasa Melayu yang menjadi wacana penting dalam era pemodenan masa kini.

Akhir kata, mudah-mudahan tugasan ini memberikan manfaat kepada saya bukan sahaja pada hari ini, tetapi juga pada masa-masa yang mendatang.

Sekian, terima kasih.

4.0 BIBL0GRAFI

Definisi pidato di URL:

http://id.wikipedia.org/wiki/Pidato

Definisi budi bahasa di URL

Cara menulis pidato di URL

Kesan pidato pada individu dan masyarakat di URL: http://books.google.com.my/books?id=j9qVguFZDloC&pg=PA222&lpg=PA222&dq=kesan+pidato+pada+masyarakat&source=bl&ots=zhGEGt9vD4&sig=gMoX41mFMt4cjoaVo2jMwQb3OtA&hl=en&ei=D8SUTLTJPJGavgO5mv2ZDQ&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=4&ved=0CCUQ6AEwAw#v=onepage&q=kesan%20pidato%20pada%20masyarakat&f=false

Habibah Bt Mohd Samin dan Hasnah Bt Awang, 2010. Revisi Bahasa Melayu

Akademik 1 untuk PPISMP, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd.

5.1 LAMPIRAN CAKERA PADAT

5.2 LAMPIRAN POWER POINT

5.3 LAMPIRAN BUKU

17

loading...

Leave a Reply