Pidato Zon Sabah : TEKS MC

TEKS MC PIDATO ZON SABAH

Mengumumkan ketibaan ,

Yang berbahagia Encik Romli Bin Darus,Timbalan Pengarah

IPG Kampus Kent,Tuaran,Sabah diiringi

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.,salam sejahtera, Salam pendidikan dan

salam 1 malaysia.

Yang berbahagia,

Encik Romli Bin Darus,Timbalan pengarah

IPG Kampus KENT Tuaran,Sabah

Yang berusaha,

Pensyarah IPG Kampus Tawau,

Pensyarah IPG Kampus Gaya,

Pensyarah IPG Kampus Keningau,

Pensyarah IPG Kampus Kent,Tuaran.

Seterusnya warga IPG Kampus Kent yang dikasihi sekalian.

SELAMAT DATANG KE PERTANDINGAN PIDATO INSTITUT PENDIDIKAN GURU ZON SABAH PIALA MENTERI PELAJARAN ANJURAN SEKRETARIAT MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN ZON SABAH.

Sebelum memulakan pertandingan pidato pada kali ini, izinkan saya untuk membacakan syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan.

Dipersilakan para hakim untuk mengambil tempat. Dipersilakan.

Hakim pertama:

Sebentar lagi pertandingan pidato peringkat IPG zon sabah akan dimulakan.

Tidak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tidak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tidak lengkaplah sesuatu pertandingan jika tidak ada yang ulasan.

Dengan ini dipersilakan kepada .. untuk memberi sedikit ulasan.

Seterusnya,majlis diteruskan dengan penyerahan cenderahati

Dijemput Encik Romli Bin Darus,timbalan pengarah

IPG Kampus KENT tuaran,

diiringi ,

untuk menyampaikan cenderahati Kepada Para Hakim

Seterusnya penyampaian hadiah bagi pensyarah pengiring,

Penyampaian hadiah bagi para peserta yang mengambil bahagian.

Dengan berakhirnya sesi penyampaian cenderahati itu tadi,maka berakhirlah PERTANDINGAN PIDATO INSTITUT PENDIDIKAN GURU ZON SABAH PIALA MENTERI PELAJARAN ANJURAN SEKRETARIAT MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU INSTITUT

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis PERTANDINGAN PIDATO INSTITUT PENDIDIKAN GURU ZON SABAH PIALA MENTERI PELAJARAN

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

loading...

Leave a Reply