BMK Pidato (2) : Selamat Sejahtera Saya Ucapkan

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Majlis Encik Alias, Penal Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana, seterusnya para hadirin yang dihormati.

Hadirin sekalian,

Pada petang yang mulia ini, saya ingin menyampaikan pidato yang bertajuk Hukuman rotan wajar bagi mendisiplinkan pelajar. Masalah disiplin pelajar ketara berlaku di sekolah-sekolah. Untuk membendung masalah tersebut, pihak sekolah telah menggunakan pelbagai cara dan langkah tetapi hasilnya tetap sama. Pengekalan hukuman rotan di sekolah-sekolah menimbulkan pandangan yang berbeza-beza. Sesetengah pihak terutamanya kebanyakan guru disiplin berpendapat bahawa amalan merotan merupakan tindakan yang berkesan ke arah membendung masalah disiplin tersebut. Namun begitu, keberkesanannya masih belum terbukti. Terdapat juga sesetengah pihak terutamanya ibu bapa tidak menyokong amalan merotan. Mereka menganggap bahawa amalan merotan akan meningkatkan lagi masalah disiplin di sekolah iaitu pelajar yang dirotan akan berdendam dalam hati serta mempunyai perasaan benci dan marah kepada orang yang merotannya.

Hadirin sekalian,

Pada pendapat saya, amalan merotan adalah wajar dilaksanakan. Ini adalah disebabkan oleh hukuman merotan bolehlah digunakan untuk mendisiplinkan para pelajar. Amalan merotan akan membawa kesan yang positif sekiranya hukuman rotan itu tidak disalahgunakan oleh guru-guru disiplin. Pihak sekolah bertanggungjawab dalam mendisilinkan pelajar. Ia juga termasuklah pihak menjatuhi hukuman terhadap pelajar-pelajar bermasalah disiplin. Pihak sekolah haruslah mengetatkan lagi peraturan sekolah supaya para pelajar boleh menghindarkan diri daripada gejala-gejala yang boleh merosakkan diri mereka seperti rokok, dadah dan lain-lain lagi.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kemerosatan disiplin di kalangan para pelajar semakin ketara berlaku pada akhir-akhir ini. Lantaran itu, kaedah merotan perlu dilaksanakan bagi mendisiplinkan pelajar-pelajar di sekolah. Merotan perlu dijatuhkan terhadap pelajar yang melanggarkan hukuman peraturan sekolah seperti tidak memberi kehormatan kepada guru-guru, merokok, ponteng sekolah dan lain-lain lagi. Hukuman merotan ini wajar dikenakan ke atas para pelajar yang melakukan kesalahan yang serius bukan hanya kesalahan-kesalahan yang remeh-temeh seperti tidak menghantar kerja rumah, membuat bising di dalam kelas dan lain-lain lagi.

Tuan-tuan dan puanpuan,

Para guru hendaklah bersikap tegas terhadap pelajar-pelajar dan mengelakkan amalan pilih kasih atau ketidakadilan dalam menjatuhkan hukuman merotan di sekolah-sekolah. Sekiranya guru disiplin tersebut tidak menjatuhkan hukuman ke atas pelajar-pelajar yang bermasalah itu, maka tindakan yang sedemikian akan mengakibatkan pelajar-pelajar hilang kepercayaan terhadap guru berkenaan. Selain itu, pelajarpelajar yang lain akan berasa ketidaksenangan dan ketidakpuasan hati terhadap tindakan guru disiplin itu. Semasa pengajaran guru sedang dijalankan, mungkin akan terdapat sebahagian daripada pelajar-pelajar akan memberontak di dalam kelas. Contohnya, pelajar-pelajar tidak mengikut arahan yang diberikan oleh guru, menunjukkan perlakuan yang tidak bermoral, menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap guru.

Haridin sekalian,

Selain itu, kaedah merotan ini boleh dikatakan kekal kesannya kerana pelajar tersebut akan tidak mudah melupai rasa sakit setelah dirotan. Dengan itu, pelajar tersebut akan mengingati kesalahan yang telah dilakukan dan akan meninggalkan kesan parut sementara pada badan pelajar itu. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar tidak berani mengulangi kesalahan yang telah dilakukan.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Hukuman merotan adalah jalan terakhir untuk memperbaiki disiplin para pelajar seandainya kaedah kaunseling gagal mengubah sikap pelajar. Sekiranya, guru pembimbing dan pelajar yang dibimbing itu berlainan bangsa, kemungkinan besar komunikasi atau interaksi di antara mereka tidak mencapai persetujuan apabila sesi kaunseling dijalankan. Guru pembimbing sedia menghulurkan bantuan kepada pelajar yang bermasalah memberi dengan bimbingan yang sewajarnya agar pelajar itu sedar dan insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Jika pelajar tersebut masih tidak dapat mengubah sikapnya yang negatif itu setelah dibimbing, maka guru dipilih boleh mengenakan hukuman rotan ke atas pelajar itu.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya mengakhiri pidato saya, izinkan saya membuat kesimpulan bahawa hukuman merotan memang wajar dilaksanakan tetapi jangan disalahgunakan oleh pihak sekolah. Apabila guru disiplin menjalankan hukuman rotan terhadap pelajar yang membuat kesalahan, guru disiplin harus memberi sebab dan penjelasan yang munasabah tentang jenis kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka. Tindakan ini adalah untuk menyedarkan pelajar berkenaan supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Sekian, terima kasih.

Nama: Loo Cheng Keat Kursus: KDPM 3PC/MT

Tajuk Pidato: Hukuman Rotan Wajar Bagi Mendisiplinkan Pelajar

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Majlis Encik Alias, Penal Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana, seterusnya para hadirin yang dihormati.

Hadirin sekalian,

Pada petang yang mulia ini, saya ingin menyampaikan pidato yang bertajuk Hukuman rotan wajar bagi mendisiplinkan pelajar. Masalah disiplin pelajar ketara berlaku di sekolah-sekolah. Untuk membendung masalah tersebut, pihak sekolah telah menggunakan pelbagai cara dan langkah tetapi hasilnya tetap sama. Pengekalan hukuman rotan di sekolah-sekolah menimbulkan pandangan yang berbeza-beza. Sesetengah pihak terutamanya kebanyakan guru disiplin berpendapat bahawa amalan merotan merupakan tindakan yang berkesan ke arah membendung masalah disiplin tersebut. Namun begitu, keberkesanannya masih belum terbukti. Terdapat juga sesetengah pihak terutamanya ibu bapa tidak menyokong amalan merotan. Mereka menganggap bahawa amalan merotan akan meningkatkan lagi masalah disiplin di sekolah iaitu pelajar yang dirotan akan berdendam dalam hati serta mempunyai perasaan benci dan marah kepada orang yang merotannya.

Hadirin sekalian,

Pada pendapat saya, amalan merotan adalah wajar dilaksanakan. Ini adalah disebabkan oleh hukuman merotan bolehlah digunakan untuk mendisiplinkan para pelajar. Amalan merotan akan membawa kesan yang positif sekiranya hukuman rotan itu tidak disalahgunakan oleh guru-guru disiplin. Pihak sekolah bertanggungjawab dalam mendisiplinkan pelajar. Ia juga termasuklah pihak menjatuhi hukuman terhadap pelajar-pelajar bermasalah disiplin. Pihak sekolah haruslah mengetatkan lagi peraturan sekolah supaya para pelajar boleh menghindarkan diri daripada gejala-gejala yang boleh merosakkan diri mereka seperti rokok, dadah dan lain-lain lagi.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kemerosotan disiplin di kalangan para pelajar semakin ketara berlaku pada akhir-akhir ini. Lantaran itu, kaedah merotan perlu dilaksanakan bagi mendisiplinkan pelajar-pelajar di sekolah. Merotan perlu dijatuhkan terhadap pelajar yang melanggarkan hukuman peraturan sekolah seperti tidak memberi kehormatan kepada guru-guru, merokok, ponteng sekolah dan lain-lain lagi. Hukuman merotan ini wajar dikenakan ke atas para pelajar yang melakukan kesalahan yang serius bukan hanya kesalahan-kesalahan yang remeh-temeh seperti tidak menghantar kerja rumah, membuat bising di dalam kelas dan lain-lain lagi.

Tuan-tuan dan puanpuan,

Para guru hendaklah bersikap tegas terhadap pelajar-pelajar dan mengelakkan amalan pilih kasih atau ketidakadilan dalam menjatuhkan hukuman merotan di sekolah-sekolah. Sekiranya guru disiplin tersebut tidak menjatuhkan hukuman ke atas pelajar-pelajar yang bermasalah itu, maka tindakan yang sedemikian akan mengakibatkan pelajar-pelajar hilang kepercayaan terhadap guru berkenaan. Selain itu, pelajarpelajar yang lain akan berasa ketidaksenangan dan ketidakpuasan hati terhadap tindakan guru disiplin itu. Semasa pengajaran guru sedang dijalankan, mungkin akan terdapat sebahagian daripada pelajar-pelajar akan memberontak di dalam kelas. Contohnya, pelajar-pelajar tidak mengikut arahan yang diberikan oleh guru, menunjukkan perlakuan yang tidak bermoral, menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap guru.

Haridin sekalian,

Selain itu, kaedah merotan ini boleh dikatakan kekal kesannya kerana pelajar tersebut akan tidak mudah melupai rasa sakit setelah dirotan. Dengan itu, pelajar tersebut akan mengingati kesalahan yang telah dilakukan dan akan meninggalkan kesan parut sementara pada badan pelajar itu. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar tidak berani mengulangi kesalahan yang telah dilakukan.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Hukuman merotan adalah jalan terakhir untuk memperbaiki disiplin para pelajar seandainya kaedah kaunseling gagal mengubah sikap pelajar. Sekiranya, guru pembimbing dan pelajar yang dibimbing itu berlainan bangsa, kemungkinan besar komunikasi atau interaksi di antara mereka tidak mencapai persetujuan apabila sesi kaunseling dijalankan. Guru pembimbing sedia menghulurkan bantuan kepada pelajar yang bermasalah memberi dengan bimbingan yang sewajarnya agar pelajar itu sedar dan insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Jika pelajar tersebut masih tidak dapat mengubah sikapnya yang negatif itu setelah dibimbing, maka guru dipilih boleh mengenakan hukuman rotan ke atas pelajar itu.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya mengakhiri pidato saya, izinkan saya membuat kesimpulan bahawa hukuman merotan memang wajar dilaksanakan tetapi jangan disalahgunakan oleh pihak sekolah. Apabila guru disiplin menjalankan hukuman rotan terhadap pelajar yang membuat kesalahan, guru disiplin harus memberi sebab dan penjelasan yang munasabah tentang jenis kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka. Tindakan ini adalah untuk menyedarkan pelajar berkenaan supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Sekian, terima kasih.

Incoming search terms:

  • hukuman rotan tidak wajar dilaksanakan di sekolah
  • kebaikan hukuman rotan di sekolah
  • mengapa wajar hukuman rotan kepada pelajar perlu dilaksanakan
  • pembahasan hukuman rotan wajar dilaksanakan di sekolah
  • pidato hukuman rotan di sekolah suatu pengajaran atau perniayaan
loading...

Leave a Reply