Pidato Amira : Kalungan Apresiasi Untuk Pengacara Majlis,

Kalungan apresiasi untuk pengacara majlis, barisan hakim yang arif lagi komited dengan keadilan, rakan-rakan pemidato yang bijak menghurai, hadirin hadirat yang saya hormati sekalian.

Assalammualaikum dan salam perpaduan.

Hadirnya saya tegak berdiri di penghadapan ini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk Sains dan Teknologi Dalam Pembangunan Negara.

Taraf hidup sesebuah negara adalah hasil daripada pembudayaan pengetahuan dalam segenap bidang yang diterokai manusia, terutama dalam Sains dan Teknologi. Setiap lapisan masyarakat perlu berusaha menerapkan Sains dan Teknologi dalam segenap aspek kehidupan harian, dengan tujuan meningkatkan mutu kehidupan mereka, serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Dasar Sains dan Teknologi yang diumumkan pada bulan April 1986 adalah dengan bermatlamat membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai alat untuk pembangunan ekonomi serta menggiatkan pembangunan sektor perindustrian agar lebih canggih, dinamik dan dapat bersaing dengan negara-negara lain.


Kita harus memberi tumpuan kepada penggemblengan

keupayaan dan kemampuan Sains dan Teknologi negara agar Malaysia dipastikan mendapat tempat dalam dunia yang kompetitif ini. Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan menggunapakai Dasar Sains dan Teknologi Negara Kedua dan Pelan Tindakan. Usaha merapatkan jurang antara penyelidikan dengan pengkomersilan telah digerakkan, dengan penekanan terhadap sumber-sumber tempatan dan infrastruktur.

Antara strategi-strateginya adalah pengkomputeran sektor perindustiran, penubuhan Pusat Kecemerlangan Sains, penggalakkan pemindahan teknologi antara sektor dengan lebih agresif, penggalakkan peranan sektor awam dan swasta dalam penggunaan sains dan teknologi yang terkini, penggalakkan penyelidikan dan pembangunan untuk merintis jalan ke arah penemuan dan penyelidikan terkini dalam sains dan teknologi, dan penubuhan pusat mengumpul dan mengedar maklumat tentang aspek sains dan teknologi.

Sebagai sebuah negara yang kaya dengan biokepelbagaian dan sumber semulajadi, kita harus mengekploitasi sumber ini dengan cekap dan bijak untuk pembangunan negara. Penyelidikan adalah penting, bukan sahaja di peringkat huluan yang memastikan bekalan dan kualiti bahan mentah yang lebih baik, malah di peringkat hiliran, yang akan memberi nilai tambah dan kepelbagaian penggunaan sumber tersebut.

Dalam bidang Sains dan Teknologi, khususnya teknologi nuklear, Malaysia lebih jauh ke hadapan berbanding negara membangun yang lain. Kita dijadikan model oleh IAEA sebagai negara yang berjaya mengkomersilkan penggunaan teknologi nuklear secara aman. Malaysia juga berperanan penting menganjurkan kursus dan latihan dalam penggunaan teknologi nuklear. Status dan kapasiti ini perlu diperkasa bagi merealisasikan aspirasi negara untuk menjadi hub pendidikan di rantau ini.

Pembinaan Taman Teknologi Malaysia (TPM) yang dijangka akan membelanjakan sejumlah RM35 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 adalah untuk menaik taraf kemudahannya kepada infrastruktur ICT canggih dan infrastruktur baru itu akan menggunakan rangkaian Metro-E berprestasi tinggi dan dilengkapi dengan kemudahan pusat data.

Menjadi kewajipan kepada negara bagi mencapai daya saing yang kukuh dalam k-ekonomi, mempertingkatkan pencarian ilmu dan penggunaan teknologi dalam bidang tradisional seperti pertanian dan makanan… bukan hanya dalam bidang IT dan multimedia semata-mata,” demikian kata Penasihat Sains kepada Perdana Menteri. Malah penggunaan IT dalam pertanian, jika digembleng dengan pemboleh teknologi yang lain seperti bioteknologi, ia akan melipatgandakan keberkesanan industri pertanian dan keuntungan yang diperoleh daripadanya. Kita tidak harus terus menerus menggunakan kaedah lama, tidak harus berpuas hati dengan cara bekerja atau pun mengekalkan cara pembuatan berdasarkan tahap sedia ada. Ia merupakan pra syarat mengejar kelebihan dengan kekuatan sains dan teknologi.

Kemajuan manusia sememangnya bergantung kepada

pengetahuan dan kemudian ditukar mengikut acuan sains dan teknologi yang berlaku sekarang ialah mendapatkan pengetahuan lebih bersepadu dan cepat. Aspek berkenaan yang membezakan kelainan dan perbezaan antara satu negara dengan negara yang lain dengan ciri-ciri lain, termasuk kemahiran.

Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan penuh dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Menurut Wawasan 2020, hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju hanya boleh dicapai dengan mengatasi sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan.

Kemajuan keupayaan Sains dan Teknologi adalah cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber S & T yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.

loading...

Leave a Reply