PENGUCAPAN
AWAM
DISEDIAKAN OLEH :
ETRIAH BT MD.ZAIN
AIDA HANIS BT AMINORDIN SABRI
NOR FATIN IZZATI BT KHIRPIDATO
DEFINISI = Menurut Ab. Rahman Ab.
Rashid (2002), pidato adalah pengucapan
yang disampaikan secara individu kepada
khalayak ramai untuk menghuraikan dan
menjelaskan sesuatu tajuk.Pidato terdiri dari 3 bahagian:
1. Pengenalan
2. Isi
3. PenutupFORMAT PENULISAN PIDATO
Pengenalan
-Dimulakan dengan kata alu-aluan kepada hadirin
mengikut protokol atau tingkat kedudukan masing-
masing.
Isi
-Dimulakan dengan ucapan terima kasih serta menyatakan
tujuan ucapan dan seterusnya isi ucapan
-Kata-kata penghadapan diletakkan untuk menarik minat
pendengar seperti, hadirin sekalian dan saudara sekalian.
Penutup
-Dimulakan dengan kata-kata yang dapat membayangkan
atau menandakan ucapan akan diakhiri. Contohnya akhir
sekali dan sebagai kesimpulannya.CONTOH PIDATOPENDAHULUAN
Yang berusaha,Encik Parlan bin Haji Yunus,barisan
panel hakim yang arif lagi bijaksana,yang saya
hormati guru-guru dan seterusnya rakan-rakan
yang saya kasihi.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi kita
semua. Tajuk pidato saya pada hari ini ialah
‘Kemerdekaan’.ISI
Hadirin dan hadirat sekalian,
Perjuangan untuk memerdekakan negara daripada
belenggu penjajahan untuk kedamaian kemudian untuk
mempertahankannya adalah sifat-sifat mulia yang perlu
disanjungi tinggi oleh kita semua. Oleh itu,dalam
mengenang kembali sejarah kemerdekaan di negara
kita, janganlah kita melupakan pengorbanan para
pejuang kemerdekaan yang telah membuka jalan ini
kepada kita.Hasil cetusan,semangat para pejuang seperti
tokoh-tokoh politik,cendiakawan, dan juga para
ulama , maka kita wajib menghormati dan
mengenang kembali jasa pahlawan tanah air
sama ada yang masih hidup atau pun yang
sudah meninggal dunia. Tidak ada negara yang
mempunyai masyarakat majmuk yang dapat
hidup dalam keadaan tenteram, harmoni dan
saling bantu-membantu antara satu sama lain
seperti mana dinikmati oleh negara kIta.Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Justeru,marilah kita memelihara kemerdekaan kita ini
dengan mengekalkan perpanduan yang wujud supaya
tidak ada perasaan curiga mencurigai sesama kita. Kita
kekalkanlah permuafakatan yang telah wujud sejak 49
yang lalu sebagai kunci kecemerlangan kita yang akan
datang.
Generasi sesudah merdeka berkewajipan bergabung
tenaga dan semangat untuk mempertahankan tanah air
daripada sebarang ancaman dari segi keselamatan dan
penyongsang akhlak.Sehubungan dengan itu,kita tidak sepatutnya
berasakan cukup sekadar apa yang ada.
Kemajuan dan perkembangan dunia sekeliling
perlu dimanfaatkan dipergunakan sebagai
sebahagian daripada bahan-bahan bagi
memajukan diri dan negara. Semangat
kenegaraan dan mencintainya mesti tumbuh
dalam setiap sanubari kita semua. Ini penting
agar setiap cabaran dan pengaruh yang datang
masyarakat dapat didepani dengan lebih berani
dan berupaya.PENUTUP
Saya sudahi pidato saya dengan kata-kata
semangat ‘Merdeka,Merdeka,Merdeka’.
Assalamualaikum. Sekian terima kasih.UCAPAN
Dimaksudkan dengan apa-apa yang diucapkan
atau perkataan yang diucapkan atau cara
menyebut atau melafazkan sesuatu kata yang
mengandungi harapan, dalam bentuk syarahan
atau pidato. Ringkasnya, ucapan di definisikan
sebagai penyampaian idea melalui pelafazan dan
disampaikan secara pidato sehalaDEFINISI UCAPAN
Antara perkara penting yang perlu
diberikan perhatian semasa menyediakan atau
menyampaikan ucapan ialah:
Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap
mesti meneliti dahulu latar belakang individu atau
kumpulan yang diraikan.
Apabila menyampaikan ucapan pengenalan,
berucaplah dengan ringkas dan elakkan
menyentuh isu pokok.Apabila menyampaikan ucapan dalam majlis
penyampaian anugerah, elakkan ucapan yang
beremosi tetapi mengutamakan ucapan yang
bersifat faktual.
Apabila menyampaikan ucapan setelah menerima
sesuatu anugerah, terapkan perasaan terharu dan
nilai yang diberikan kepada anugerah yang
diperolehApabila menyampaikan ucapan selepas makan
malam, sampaikan secara bersahaja, ringkas dan
menyelitkan suasana humor.
Pastikan perucap memakai pakaian yang bersopan
serta menggunakan bahasa yang sesuai
1.PENGENALAN
Dimulakan dengan kata-kata sambutan iaitu
tidak banyak berbeza daripada karangan jenis
syarahan dan ceramah.
Kata-kata sambutan hendaklah mengikut
protokol atau tingkat kedudukan masing-masing.
Dimulakan dengan taraf kedudukan hadirin yang
paling tinggiISI
Isi ucapan biasanya memberi penerangan,
penjelasan, pengetahuan, nasihat, peringatan dan
perangsang kepada hadirin.
Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih,
menyatakan tujuan ucapan dan disusuli dengan isi-isi
ucapan.
Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik
perhatian. Seperti hadirin yang dihormati sekalian.
Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan,
pantun, atau peribahasa supaya ucapan itu menjadi
lebih menarikPENUTUP
Penutup bertujuan menyatakan tanda
penghargaan dan hasrat .
Penutup mengandungi kata-kata pujian dan
penghargaan, kesimpulan dan disudahi dengan
ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin
teristimewanya tokoh yang diraikan.
Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun,puisi dan
kata-kata indahCONTOH SITUASI
Anda telah diminta untuk memberi sebuah ucapan
pada hari persaraan salah seorang guru disekolah
anda. Sediakan teks ucapan yang lengkap untuk
disampaikan pada hari tersebutCONTOH PENGENALAN
Kata alu-aluan kepada hadirin yang hadir
Contoh : Assalamualaikum dan salam
sejahtera saya ucapkan kepada Yang saya
Hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang
BerusahaTuan Guru Besar,Yang Berusaha
Guru-Guru Penolong Kanan,Yang
diraikan..guru-guru serta murid-murid
yang dikasihi sekalian.CONTOH ISI
ucapan terima kasih kerana telah diberi
peluang untuk menyampaikan ucapan kepada
guru yang akan bersara.
Isi-isi ucapan merangkumi :
Latar belakang guru yang akan bersara.
Pendidikan serta kursus-kursus yang pernah
disertai.
PengalamanPencapaian selama menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang guru
Kata-kata penghadapan hendaklah disertakan
ketika ingin memulakan isi baru.
Contoh :
Hadirin yang dihormati
Saudara-saudari sekalianCONTOH PENUTUP
Akhir sekali saya mendoakan agar Puan Ramlah Bahri sentiasa
berjaya dalam hidupnya dan mendapat keberkatan dalam setiap
perkara yang dilakukannya.Saya akhiri ucapan saya ini dengan dua
rangkap pantun ;
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Kalau ada sumur diladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagiPROTOKOL PANGGILAN HORMAT
PANGKAT/GELARAN CARA MENGALAMATKAN
Yang di-Pertuan AgongDuli Yang Maha Mulia Seri
Padukabaginda Yang Dipertuan
Agong
Yang Dipertua NegeriTuan Yang Terutama
Raja Muda/Tengku MahkotDuli Yang Teramat Mulia
Perdana Menteri MalaysiaYang Amat Berhormat
Timbalan Perdana MenteriYang Amat Berhormat
Menteri Besar/Ketua MenteriYang Amat Berhormat
Menteri/Timbalan MenteriYang Berhormat
Wakil Rakyat/AdunYang Berhormat
Ahli Dewan Negara/SenatorYang Berhormat SenatorSYARAHANFORMAT SYARAHAN
Kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan
Pengerusi Majlis, para jemputan khas dan
penonton. (Jika untuk pertandingan perlulah ditulis
para hakim yang arif lagi bijaksana selepas Tuan
Pengetua)
Nyatakan tajuk syarahan yang ingin anda
sampaikan
Hanya 1 isi dimuatkan dalam 1 perenggan
Akhiri syarahan dengan kesimpulan yang menyeluruh
dan memohon maaf kepada para hadirin jika terdapat
ketelanjuran kata dalam syarahan tadiMenyebut Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
hadirin sekalian, atau sidang hadirin sekurang-
kurangnya 3 kaliSelitkan unsur-unsur peribahasa, humor,
kata-kata hikmat supaya tidak menjadi
kaku dan membosankan.
Contoh pendahuluan
(dimulakan dengan pantun)
Cahaya lampu menyilau mata,
Rasa pedih berusaha menahan;
Lafaz bismillah pembuka kata,
Gelanggang syarahan saya mulakan.
Contoh Pendahuluan:
Bismillahirrahmanirrahim..
Yang dihormati Tuan / Puan Pengerusi Majlis, Barisan panel hakim
yang arif lagi tega menegakkan keadilan, guru-guru pemangkin
intelek bangsa dan seterusnya warga dewan yang saya hormati
sekalian. Assalamualaikum, salam pembuka bicara.
Hadirin sekalian,
Saya labuhkan tirai syarahan saya yang bertajukKeluarga
Cemerlang Teras Negara Terbilang.
Contoh Pengolahan Isi:
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Ayuh, mari kita menyusuri hujah saya yang pertama di bawah
lembayung kata, Syariat Islam menjadi Teras Keluarga Cemerlang.
Sesebuah keluarga yang cara hidupnya berpandukan al-Quran dan
as-Sunnah akan dapat memperkukuhkan keimanan dan
ketaqwaan kepada Allah. walau bagaimanapun, kita merasa gusar
menyaksikan bertambah seriusnya masalah keruntuhan institusi
keluarga dewasa kini. Para ibu bapa seyogianya memberikan
didikan agama yang secukupnya selain dari didikan duniawi supaya
ahli keluarga tidak mengabaikan suruhan Allah sekaligus
menghindari diri mereka daripada terjerumus dengan aktiviti tidak
sihat.
Penutup:
Sebelum kaki melangkah pergi,sebelum kata penutup bicara,
sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa keutuhan dan
kegemilangan sesebuah institusi keluarga dapat menjadi asas
kecemerlangan negara. Justeru, marilah kita sama-sama
membina keluarga cemerlang menerusi syariat Islam,
ilmu,akhlak mulia dan pengurusan ekonomi yang efektif dan
seterusnya membentuk negara bertamadun dan terbilang.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah,
Assalamualaikum w.b.t.TAKLIMATDEFINISI TAKLIMAT
Boleh didefinisikan sebagai keterangan ringkas
tentang sesuatu yang berlaku atau sesuatu
yang dihasilkan. Taklimat merupakan
sebuah ucapan pemakluman dan disampaikan
secara hubungan dua hala dalam situasi
formal atau tidak formal. Dalam taklimat, ada
sesi soal jawab antara perucap dengan
khalayak.FORMAT TAKLIMAT
Taklimat boleh dibahagikan kepada dua
bentuk berdasarkan jenis atau taraf
khalayaknya, iaitu taklimat satu taraf dan
taklimat dua taraf.Taklimat Satu Taraf (Sama
Taraf)mengandungi:
Tajuk
Salam, kata sapaan biasa atau salutasi protokol
Kata alu-aluan
Pengenalan diri, organisasi, jawatan
Kandungan taklimat
Penutup
Sesi soal jawabTaklimat Dua Taraf Khalayak
Mengandungi:
Tajuk
Salam,salutasi protokol dan sapaan biasa
Puji-pujian
Ringkasan penyampaian taklimat
Kandungan
Sesi soal jawabFORMAT TAKLIMAT
Penyedian taklimat berbeza formatnya mengikut taraf
khalayak yang akan hadir.
1.Taklimat satu taraf khalayak
Tajuk
Salam, sapaan biasa atau salutasi berprotokol
Kata-kata aluan
Pengenalan diri /organisasi/ jawatan/ dan sedikit ringkasan
taklimat.
Kandungan taklimat
Penutup
Sesi soal jawab2.Taklimat dua taraf khalayak
tajuk
salam, salutasi berprotokl dan sapaan biasa
puji-pujian
ringkasan sembah taklimat
kandungan
sesi soal jawabKANDUNGAN TAKLIMAT
Kandungan taklimat ditentukan oleh taraf
khalayak dan bergantung kepada :
Apa yang hendak dimaklumkan taklimat begini
mempunyai tujuan untuk memberitahu maklumat
tentang pihak yang menyampaikan taklimat itu.
Apa yang khalayak ingin tahu
taklimat jenis ini memerlukan penyedian yang teliti
terlebih dahulu, seperti membuat penyelidikan,
pengumpulan data dari soal selidik atau temubual
serta menyusunnyadengan baik.GAYA BAHASA TAKLIMAT
Disampaikan dalam keadaan formal dan
rasmi.
Pemilihan atau penggunaan kata mestilah
tepat supaya mudah difahami oleh pendengar.
Susunan ayat lebih ringkas dan tidak meleret-
leret.
Sebutan, intonasi, dan gaya pengucapan yang
betul akan dapat menarik minat pendengar.CERAMAHMAKSUD CERAMAH
Memberi
penjelasankepada
orang ramai atau
sekumpulan orang
terhadap sesuatu
perkara atau
sesuatu isu.Penceramah akan
memberikan
penerangan
terhadap sesuatu
perkara atau isu
dalam satu majlis.Satu cara
pengemukaan
fikiran atau idea
melalui
pengucapan
kepada
sekumpulan orang.TUJUAN
CERAMAHMemberi
gambaran
umum
Memberi
maklumat
Memberi
tahu sesuatu
pandangan
baruMenerangkan
sesuatu
tindakan yang
akan diambil
Mengajar
sesuatu
kemahiran
Menerangkan
sesuatu dasarJENIS-JENIS CERAMAH
Ceramah untuk kempen
menyampaikan maklumat
untuk kempen bertujuan
mendapat sokongan dari
orang ramai bagi sesuatu
tujuan.Ceramah untuk
menyampaikan maklumat
menyampaikan penerangan
dan pemahaman kepada
orang ramai mengenai
sesuatu idea, konsep atau
perkara-perkara yang
memerlukan kesedaran
mereka dan dapat
memberikan manfaatCeramah menjaga kesihatan
Semangat kejiranan
Ceramah agama
Ceramah kesedaran.FORMAT CERAMAH
Bahagian
AwalBahagian
Isi
Bahagian
AkhirBAHAGIAN AWALBAHAGIAN ISIBAHAGIAN PENUTUP