Pidato 4 : BERSATU MEMERANGI DADAH

BERSATU MEMERANGI DADAH

Bismillahirrahmanirrahim….Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Tatkala pewaris bangsa ini berdiri, Bumi Afghanistan masih bermimpi ngeri. Hanya kerana bunga popi, perebutan kuasa dibolak-balik hingga ke hari ini. Tatkala pewaris bangsa ini berpencak, tanah Colombia, gegak berpesta dadah, biarpun akhlak rakyatnya semakin rosak.

Sekalung penghargaan buat peneraju acara, tetamu kehormat, kombinasi juri berintegriti, hadirin, warga dewan yang dimuliakan. Salam kasih, salam ceria, kita bersama. Hayatilah wacana indah daripada saya, BERSATU MEMERANGI DADAH.

Secara konseptualnya, BERSATU MEMERANGI DADAH, menuntut kita, untuk berbicara, sejauh manakah kebersamaan kita, dalam membanteras penyalahgunaan dadah. Oleh itu, ayuh bersama-sama saya, untuk menelusuri tiga zaman yang berbeza, yang tuntasnya, bakal merungkai, kesepaduan kita, dalam memerangi dadah, di negara ini.

Hadirin sekalian,

Pertama, mengambil iktibar peristiwa zaman dahulu. Dunia menyaksikan, coretan sejarah hitam, tatkala penggunaan candu, telah menjatuhkan beberapa kerajaan besar. Tahun 1824, kemasukan kaum candu, Al-Hasyasyin dari Parsi, telah menggunakan candu, untuk membunuh pemimpin-pemimpin Islam. Begitu juga dengan penduduk Andes, Amazon, dan tamadun Turki Uthmaniyah, menunjukkan, betapa penggunaan dadah, seperti Cocoa, kacang ibuga, pituri, dan popi, semuanya mampu menguntungkan negara, tetapi meruntuhkan akhlak masyarakat dunia. Perang Candu juga, mampu merosakkan nilai ketamadunan yang dibina. Namun hadirin, hari ini saya berbangga, kerana Malaysia mengambil iktibar. Dadah tidak dijadikan sandaran utama, tetapi, musuh paling nyata.

Hadirin sekalian,

Kedua, memahami realiti pada zaman sekarang. Negara cukup bosan, untuk berdepan dengan penagih-penagih dadah, yang hidup melarat. Bukannya memberi manfaat, tetapi memberi mudarat. Pecah rumah, kes ragut, mencuri, sehingga melibatkan pembunuhan, semuanya kerana dadah. Polemik ini telah mengganggu keharmonian masyarakat. Lantas, kerajaan segera merencanakan pelbagai program, untuk memerangi dadah ini. Kelab Rakan Pemadam, kempen Perangi Dadah Habis-habisan, seminar dan sesi kaunseling. Dengan kerjasama daripada pelbagai pihak, hasilnya, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan, terdapat penurunan peratusan penagih dadah pada tahun 2007, hingga 2008, iaitu sebanyak 21%. Dengan kesan yang mendadak ini, saya yakin bahawa kita mampu memerangi dadah bersama-sama.

Hadirin sekalian,

Ketiga, melihat implikasi pada zaman akan datang. Saban tahun, Malaysia sudah menuju zaman kemajuan, zaman kemodenan. Gagasan 1 Malaysia oleh kerajaan, jelas menunjukkan bahawa kita perlu bersatu, untuk maju. Untuk kemajuan, kita lakukan perubahan. Transformasi dijanakan, minda penuh pengetahuan. Oleh itu, dengan modus operandi oleh kerajaan, usaha-usaha oleh pihak swasta, serta sekolah, pendidikan pencegahan dadah pasti mencapai matlamatnya. Kita sudah ada negarawan, Dato Sheikh Muzafar, contoh angkawasan, AzizulHasni Awang, bukti kesungguhan, A. Samad Said, tokoh sasterawan, namun, lebih 20 ribu orang penghuni, masih memerlukan rawatan. Ish…ish…ish.. Ramainya. Macam mana nak buat ni? Ceciter…ceciter… Untuk anak-anak bangsa, jangan lupa katakan TAK NAK kepada ROKOK, katakan TAK NAK kepada DADAH. Sebab tu lah pentingnya healthy education.

Hadirin sekalian,

3 fokus utama telah saya hidangkan sebentar tadi. Dengan kesepaduan bersama, saya yakin dan percaya, bahawa Malaysia mampu memerangi dadah. Masyarakat akan hidup selesa, aman dan bahagia, bersama, rasa cintakan negara. Oleh itu, BERSATU MEMERANGI DADAH.

Sekian, terima kasih.

Shahrin bin Marjono

Pertandingan Pidato Sekolah Rendah

Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Peringkat Petaling Jaya 2011

Nukilan ;

Ahmad Faiz bin Ahmad Suhaime

IPG Kampus Bahasa Melayu, KL.

Leave a Reply