Pidato Bm : INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TUANKU BAINUN

14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU

BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

NAMA PELAJAR: MUHAMAD NAZRI BIN MAHMUD

ANGKA GILIRAN: 2009302310025

NO K.P: 900728-10-5897

KUMPULAN / UNIT: BM / PJ / PSV

NAMA / KOD M.P: BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL / BM3311D1

NAMA PENSYARAH: EN. ZAKI BIN SHAMSUDIN

TARIKH SERAHAN: 3 SEPTEMBER 2010

SURAT PERAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan:

Nama Penulis: Muhamad Nazri bin Mahmud

Tarikh: 3 September 2010

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR:-MUHAMAD NAZRI BIN MAHMUD

NO. KP:-900728-10-5897

KUMPULAN:-BM / PJ / PSVSEMESTER:-3

MATA PELAJARAN:-BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL.

PENSYARAH PEMBIMBING:-EN. ZAKI BIN SHAMSUDIN

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

KOMEN

T/TANGAN

PENSYARAH

SENARAI KANDUGAN

BIL

PERKARA

HALAMAN

1

PENGHARGAAN

2

PENDAHULUAN

3

PIDATO

Definisi Pidato

Tujuan Pidato

Ciri-Ciri Pidato Yang Baik

Format Penulisan Pidato

Sistem Sapaan Dan Rujukan

Jenis-Jenis Pidato

Ciri-Ciri Pemidato Yang Baik

Kesan Pidato Yang Baik

4

BUDI BAHASA AMALAN MULIA

Definisi Budi Bahasa

Fungsi Budi Bahasa

5

CADANGAN TEKS UCAPAN PIDATO

6

TEKS UCAPAN PIDATO

7

REFLEKSI

8

BIBLOGRAFI

9

LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, tuhan sekalian alam, tuhan yang mencipta langit dan bumi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan kerja kursus berasaskan ilmu ini. Walaupun hasil kerja ini masih terdapat sedikit kecacatan atau kelemahan, namun inilah hasil terbaik yang saya mampu berikan untuk menyiapkan tugasan ini.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dirakamkan kepada pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual saya, Encik Zaki yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini. Tanpa beliau, tidak mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan dalam masa yang diberikan kerana tidak mempunyai bimbingan.

Ucapan penghargaan turut disampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan saya iaitu rakan-rakan di kelas 3 PPISMP Bahasa Melayu. Dengan bantuan rakan-rakan yang memberikan bantuan dan sokongan yang tidak terhingga menyebabkan saya menjadi begitu bersemangat dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Untuk menyiapkan kerja kursus ini, banyak dugaan dan ujian yang telah saya tempuhi. Namun segala ujian dan cabaran ini membuatkan saya sedar bahawa semua ujian datangnya daripada Allah SWT dalam menguji hamba-hamba-Nya agar sentiasa beriman kepada-Nya dan agar tidak mudah mengalah kepada cabaran.

Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya menyiapkan kerja kursus yang tidak seberapa ini. Terima kasih.

PENDAHULUAN

Bahasa Melayu Kontekstual mengandungi 2 komponen iaitu Tatabahasa dan Kemahiran Komunikasi. Kedua-dua komponen ini bertujuan membolehkan pelajar menguasai dan menggunakan bahasa melayu dalam konteks, tatacara dan keterampilan berbahasa yang betul, tepat dan berkesan.

Secara umumnya tatabahasa terbahagi kepada dua iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas ialah morfem. Ia juga menuntut kita supaya mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.

Sintaksis pula merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Maksud komunikasi ialah pemindahan maklumat daripada seseorang, kumpulan dan organisasi (penghantar) kepada seseorang, kumpulan dan organisasi (penerima) yang lain melalui media tertentu. Komunikasi itu penting bagi menyatakan perasaan dan pendapat. Komunikasi yang berkesan juga dapat mengeratkan hubungan baik sesama insan.

Definisi Pidato

Pidato adalah sebuah kegiatan bercakap di khalayak umum atau untuk menyatakan pendapat, atau memberikan gambaran tentang sesuatu. Pidato biasanya dipraktikkan oleh seorang yang memberikan pernyataan tentang suatu hal atau peristiwa yang penting dan patut diperbincangkan. Pidato yang berkesan dapat mempengaruhi hidup seseorang yang mendengar secara positif. Kemampuan untuk berpidato dengan baik dapat membantu untuk mendapatkan karier yang baik.

Tujuan pidato

Ciri-ciri Pidato Yang Baik

Pidato yang jelas

Pidato yang baik ialah pidato yang diungkapkan melalui perkataan-perkataan yang sesuai supaya setiap ungkapan yang diungkapkan tidak disalah ertikan

Pidato yang hidup

Sebuah pidato yang baik ialah sebuah pidato yang hidup.

Sebuah pidato yang hidup beerti pidato itu mempunyai ilustrasi dan mempunyai kisah-kisah menarik, definisi-difinisi dan kejadian-kejadian yang releven dengan pidato tersebut

Pidato yang memiliki objektif

Setap pidato yang baik perlulah mempunyai objektif, iaitu apa yang ingin disampaikan kepada pendengar.

Dalam menyampaikan pidato, objektif ini hendaklah diulang dalam cara yang berbeza supaya pendengar tidak lupa tujuan mereka mendengar pidato tersebut.

Dalam sebuah pidato hendaklah dielakkan daripada mempunyai lebih daripada satu objektif agar pendengar tidak terkeliru dengan apa yang ingin disampaikan.

Pidato yang mempunyai klimaks

Pidato yang hanya mempunyai kisah dan fakta semata-mata akan menjadi sebuah pidato yang sangat membosankan

Oleh itu, fakta dan kisah yang disampaikan hendaklahdikemukan dalam gaya bahasa klimaks. Berusaha untuk sampai ke titik-titik puncak dalam pidato tersebut untuk membuatkan rasa ingin tahu pendengar memuncak.

Pidato yang mempunyai isi-isi yang mengejutkan dan mengandungi jenaka

Pidato yang baik mempunyai isi-isi yang menarik dan mengejutkan pendengar meluli fakta-fakta yang diutarakan.

Pidato yang baik juga hendaklah mempunyai sedikit unsur jenaka unutk membuatkan pendengar sentiasa menumpukan perhatian dengan pidato tersebut.

Format penulisan pidato

Pengenalan

Dimulakan dengan kata aluan kepada hadirin mengikut protokol atau tingkat dedudukan masing-masing

Isi

Dimulakan dengan ucapan terima kasih serta menytakan tujuan ucapan dan seterusnya isi ucapan

Kata-kata penghadapan diletakkan untuk menarik minat pendengar seperti, hadirin sekalian dan saudara sekalian

Penutup

Dimulakan dengan kata-kata yang dapat membayangkan atau menandakan ucapan akan diakhiri. Contohnya akhir sekali dan sebagai kesimpulannya.

Sistem Sapaan dan Rujukan

Panduan penggunaan kata panggilan hormat dalam teks ucapan pidato:

Pihak terlibat

Kata Panggilan Hormat

Pengerusi atau pengacara majlis

Yang dihormati, Yang mulia

Tuan Pengarah / Ketua Jabatan

Yang Berusaha

Golongan Kehormat

Yang berbahagia

Guru-guru / Ibu bapa

Yang dihormati

Rakan-rakan

Yang dikasihi

Jenis-jenis pidato

Pidato persuasif.

Bersifat persuasif/mendorong/mengajak.

Reaksi yang diinginkan adalah membangkitkan emosi agar pendengar dapat meyakini dan mungkin menimbulkan tindakan tertentu pada pendengar.

Pidato instruktif

Bersifat memberitahu

pengertian dan pemahaman pendengar bedasaran informasi.

Pidato rekreatif

Bersifat menghiburkan.

Menghibukan pendengar sehingga muncul suatu kegembiraan

Cara menjadi pemidato yang baik

Untuk menjadi pemidato yang baik, banyak perkara yang perlu seseorang pemidato kuasai dan pelajari. Antaranya ialah

Kesan Pidato

Pidato yang baik mampu memberikan kesan tidak kira kepada individu yang mendengarnya bahkan masyarakat.

Budi Bahasa Amalan Mulia

Definisi

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi maupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.

Fungsi budi bahasa dalam komunikasi lisan

Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional Negara ke arah wawasan 2020.

Melahirkan insan yang berakhlak mulia.Penerapan nilai budi bahasa yang kukuh akan melahirkan ummah yang berakhlak mulia

Membentuk masyarakat yang taat dan takwa kepada pencipta serta bepegang teguh kepada ajaran agama.

Cadangan teks ucapan pidato

Pendahuluan

Ucapan pendahuluan kepada pengerusi majlis, penjaga masa, sesiapa yang berkenaan dan hadirin.

Menyampaikan tajuk pidato

Menerangkan kepentingan tajuk budi bahasa amalan mulia.

Isi

Menerangkan definisi budi bahasa

Tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia dengan orang lain.

Budi bahasa perlu ada dalam diri setiap insan

Agar tindakan mereka tidak menyeleweng

Masyarakat kini kian luntur nilai-nilai budi bahasa disebabkan tuntutan mengejar kejayaan sehingga menafikan nilai-nilai murni

Gejala tidak berbudi bahasa membawa kesan buruk

Wujud perasaan dendam, kasar, tidak segan silu melakukan perkara-perkara buruk dan tidak sopan

Semua ini terjadi akibat terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak sihat dan terikut-ikut dengan budaya barat sehingga lupa adat resam orang melayu

Pengamalan budi bahasa yang baik dan nilai-nilai murni akan

Menggambarkan perilaku seseorang; jika baik tutur katanya, maka akhlak perikalunya juga baik, sebaliknya jika buruk tutur katanya maka buruklah akhlaknya.

Budi bahasa juga penting untuk melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisasikan misi Nasional Negara kea rah Wawasan 2020

Subjek Pendidikan moral dan pendidikan islam telah diajar di sekolah-sekolah demi menerapkan nilai-nilai murni dalam murid seawall bangku persekolahan.

Bahasa melambangkan budaya

Ia perlu diterapkan dalam apa jua keadaan dan masa agar budaya dan agama kita dapat dinilai sebagai terbaik

Membudayakan budi bahasa samada di rumah, tempat kerja, jalan raya, temapat awam mahupun masjid

Penutup

Budi bahasa amat penting dalam kehidupan seharian kita yang kian sarat diasak oleh pelbagai permasalahan sosial pada hari ini.

Pantun

Tegak rumah kerana sendi,

Rosak sendi rumah binasa;

Tegak bangsa kerana budi,

Rosak bahasa runtuhlah bangsa.

Teks Ucapan Pidato

Bismillahirahmanirahim

Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata: Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya intelek tetapi kaya Dengan sikap berbudi bahasa.

Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis yang sentiasa arif mengerusikan majlis. Yang berusaha, tuan pengarah Institut Perguruan Tuanku Bainun, barisan hakim yang bijaksana membuat keputusan, penjaga masa yang sentiasa menepati masa. Yang di hormati, semua mahasiswa dan mahasiswi yang bakal meneraju negara Malaysia, dan sidang hadirin yang telah menjadi nadi penggerak negara sekalian. Assalamualaikum warahmatullahibarakatuh dan selamat sejahtera.

Hadirin yang saya muliakan,

Mauduk pidato yang akan saya sampaikan ialah Budi Bahasa Amalan Mulia. Seperti yang hadirin yang bijaksana sekalian sedia maklum, budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi maupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.

Sidang hadirin yang saya muliakan,

Banyak implikasi yang akan terjadi tidak kira kepada individu mahupun masyarakat sekiranya isu budi bahasa yang kian meruncing ini tidak dihiraukan. Antara kesan daripada tidak berbudi bahasa dalam kehidupan seharian kita ialah ia akan membawa kepada wujud perasaan dendam, kasar, tidak segan silu melakukan perkara-perkara buruk dan tidak sopan. Semua ini terjadi akibat terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak sihat dan terikut-ikut dengan budaya barat sehingga lupa adat resam orang melayu. Apabila ini berlaku, sudah pasti nilai masyarakat kita akan dipandah rendah oleh masyarakat antarabangsa. Sudah pasti kita tidak mahu bangsa Malaysia diletakkan dalam kalangan bangsa yang kasar dan tidak sopan.

Pengamalan budi bahasa yang baik dan nilai-nilai murni akan menggambarkan perilaku seseorang yakni jika baik tutur katanya, maka akhlak perikalunya juga baik, sebaliknya jika buruk tutur katanya maka buruklah akhlaknya. Selain itu, budi bahasa juga penting untuk melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisasikan misi Nasional Negara ke arah Wawasan 2020. Untuk itu, subjek Pendidikan moral dan pendidikan islam telah diajar di sekolah-sekolah demi menerapkan nilai-nilai murni dalam murid seawal bangku persekolahan. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Hadirin yang sentiasa membantu membangunkan negara,

Kita hendaklah sentiasa ingat, Bahasa melambangkan budaya. Budaya Malaysia pada suatu ketika dahulu terkenal dengan sopan santun dan budi bahasa.. Oleh itu, kita mestilah berusaha untuk menaikkan kembali martabat budaya melayu di persada dunia dengan budi pekerti yang mulia. Budi bahasa perlu diterapkan dalam apa jua keadaan dan masa agar budaya dan agama kita dapat dinilai sebagai terbaik. Kita juga hendaklah membudayakan budi bahasa samada di rumah, tempat kerja, jalan raya, tempat awam mahupun masjid. Dengan erti kata lain, kita hendaklah membudayakan budi bahasa tidak kira di mana sahaja kita berada dan dengan siapa kita bersama.

Iman al-Ghazali pernah mengatakan apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah pada wajah. Kata-kata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah nescaya mereka akan menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Ingatlah bahawa falsafah hidup yang bertunjangkan nilai-nilai murni akan mencerminkan susana kehidupan yang harmoni di Malaysia. 

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyakrakat yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan
kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada masa
tersebut dapat membina tamadun dan empayar yang kuat dan hebat seperti
tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir, tamadun Hwang Ho dan tamadun Indus
walaupun pada masa itu teknologi masih belum berkembang dengan sepenuhnya.
Namun begitu, senario hari ini yang menyaksikan masyarakat yang biadap dan
kasar sikapnya seperti mengeluarkan kata-kata yang kesat amatlah memilukan hati
bagai duri dalam daging. Hal ini seolah-olah masyarakat hari ini masih berada
dalam Zaman Jahiliah di mana akhlak dan nilai hidup masyarakat pada masa
tersebut adalah sangat rendah.

Perkara ini tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat kita lagi memandangkan negara kita telah dekad mencapai kemerdekaan. Untuk mendapatkan kemerdekaan bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi untuk mempertahanakan kemerdekaan merupakan perkara yang lebih sukar. Justeru, negara amat memerlukan masyarakat yang berfikiran matang dan bijak untuk mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-kuasa asing seperti kuasa barat.

Hadirin yang sentiasa saya hormati sekalian,

Sebagai penutup bicara, sifat sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Mantan Perdana Menteri Malaysia pernah menyatakan yang negara kita akan mudah dikalahkan jika kita mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi mentaliti kelas ketiga. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pembangunan nilai dan budaya yang betul amat mustahak untuk negara mencapai cita-citanya yakni untuk mencapai taraf negara maju yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara gergasi yang lain di dunia. Dalam pada itu, semua pihak wajarlah bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap masing-masing perahu, masing-masing kayuh dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap kasar sudah lupus dari memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI

Banyak perkara baru yang dapat saya pelajari menerusi kerja kursus ini terutamanya mengenai pidato. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual kumpulan saya kerana telah membimbing saya dan rakan-rakan seperjuangan dalam menyaipkan kerja kursus ini.

Menerusi kerja kursus ini, saya telah dapat memahami dengan lebih dalam mengenai pidato. Walaupun sebelum ini saya telahpun mempelajarinya di sekolah dahulu namun kali ini saya pula dikehendaki menyediakan teks ucapan pidato yang saya tidak pernah terfikir untuk membuatnya. Dengan tunjuk, ajar dan bimbingan pensyarah Bahasa Melayu Kontektual saya kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Selain daripada dapat memahami pidato dengan lebih mendalam, saya juga dapat mempelajari cara pengurusan masa yang sesuai dalam hidup seharian. Sebelum ini, tempoh 24 jam sehari bagi saya tidak mencukupi untuk melakukan segala aktiviti harian. Namun, semasa melakukan kerja kursus ini, saya dapat membahagikan masa dengan efisyen dan lebih tersusun.

Selain itu, saya juga dapat memantapkan lagi pengetahuan saya dalam bahasa melayu. Dalam persediaan saya untuk menjadi seorang guru mestilah memantapkan diri dengan segala ilmu di dada supaya kelak dapat menyesuaikan diri di sekolah sebagai seorang cikgu yang mempunyai pengetahuan di tahap universal.

BIBL0GRAFI

Definisi pidato di URL:

http://id.wikipedia.org/wiki/Pidato

Definisi budi bahasa di URL

http://www.scribd.com/doc/3294478/budi-bahasa-

Cara menulis pidato di URL

http://www.scribd.com/doc/3294478/budi-bahasa-

Kesan pidato pada individu dan masyarakat di URL: http://books.google.com.my/books?id=j9qVguFZDloC&pg=PA222&lpg=PA222&dq=kesan+pidato+pada+masyarakat&source=bl&ots=zhGEGt9vD4&sig=gMoX41mFMt4cjoaVo2jMwQb3OtA&hl=en&ei=D8SUTLTJPJGavgO5mv2ZDQ&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=4&ved=0CCUQ6AEwAw#v=onepage&q=kesan%20pidato%20pada%20masyarakat&f=false

Incoming search terms:

  • makna isi pidato malaysia
loading...

Leave a Reply