Pidato Spontan : 1

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim penjunjung kesaksamaan, barisan pendidik bestari, serta hadirin yang dikasihi. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Pentas ini sekali lagi saya jejaki untuk menyampaikan sebuah lagi pidato yang bertajuk …………………………………………………………………………………………………………………

Sidang dewan yang budiman,

………………………………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

Selain itu,

………………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Seterusnya,

………………………………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

Sebagai kesimpulannya,

………………………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Sekian, terima kasih.

Kebaikan Menabung

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa depan. Menabung banyak kebaikannya.

Dengan menabung, kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Sikap begini akan menjadikan insan yang bersyukur atas rezeki daripada Tuhan.

Selain itu, apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Seterusnya, menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan.

Sebagai kesimpulannya, amalkanlah sikap menabung dalam kehidupan.

Warga emas

Warga emas adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas.

Walaupun tua, mereka sepatutnya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti agar dapat menabur bakti ke arah pembangunan negara dan bangsa.  

Selain itu, golongan tua hendaklah terus membimbing golongan muda berdasarkan pengalaman mereka agar kehidupan golongan muda terjamin dan lebih bermakna.  

Di samping itu, warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang sedikit tenaga dengan melakukan kerja-kerja yang bersesuaian dengan kemampuan mereka.  Contohnya, seorang bekas guru boleh mengajar kelas tambahan kepada pelajar-pelajar di kawasan kejirannannya.

Sebagai kesimpulannya, hormatilah warga emas.

Faedah Bersukan

Bersukan bermaksud bergiat dalam sukan. Sukan penting memastikan badan kita sihat. Jikalau kita tidak bersukan, pastinya badan kita akan mudah dijangkiti penyakit.

Antara faedah-faedah bersukan ialah dapat menyihatkan badan kita. Apabila kita bersukan, kita akan mengeluarkan peluh. Apabila berpeluh, badan akan lebih segar dan sihat.

Selain itu, bersukan juga dapat mengeratkan silaturrahim. Antara sukan yang dapat mengeratkan silaturrahim ialah bola sepak dan bola jaring.

Di samping itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang kita dengan perkara yang berfaedah. Perkara ini akan menyihatkan badan dan otak kita.

Sebagai kesimpulannya, bersukan merupakan aktiviti yang berfaedah dan berguna kepada kita.

Bersatu Merealisasikan 1Malaysia

Perdana Menteri kita telah mencetuskan idea yang bernas dengan merealisasikan gagasan 1Malaysia dalam kalangan rakyat Malaysia.

Untuk merealisasikan 1Malaysia, kita harus menghayati Rukun Negara. Hal ini adalah kerana, Rukun Negara bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.

Selain itu, kita hendaklah menggunakan satu bahasa untuk berkomunikasi. Ini kerana bahasa boleh menyatukan rakyat yang pelbagai kaum di negara kita.

Di samping itu, kita juga mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan agar kita sentiasa bersatu. Apabila kita bersatu, gagasan 1Malaysia dapat direalisasikan.

Sebagai kesimpulannya, Bersatu Teguh Bercerai Roboh dapat menggambarkan bahawa rakyat Malaysia perlulah sentiasa bersatu untuk merealisasikan 1Malaysia.

Dadah Musuh Nombor Satu Negara

Dadah adalah musuh negara. Penyalahgunaan dadah adalah dilarang sama sekali.

Jika salah digunakan, dadah akan membinasakan diri. Antara punca penyalahgunaan dadah adalah pengaruh rakan sebaya dan masalah keluarga.

Selain itu, orang yang mengambil dadah dianggap sampah masyarakat. Mereka juga boleh dijangkiti penyakit seperti penyakit AIDS.

Seterusnya, kita haruslah menangani masalah dadah dengan mengadakan kempen anti dadah. Ibu bapa juga harus memainkan peranan supaya anak-anak tidak terjebak dengan najis dadah.

Sebagai kesimpulannya, kita mestilah memerangi dadah kerana dadah adalah musuh nombor satu negara.

Amalan Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.

Seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria.

Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, atau berjalan bersama-sama keluarga ketika hujung minggu.

Seterusnya, kita juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan terhindar daripada sebarang penyakit.

Sebagai kesimpulannya, gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat benar-benar berusaha ke arah itu.

Saya Anak Malaysia

Saya bangga menjadi anak Malaysia. Saya juga berasa amat bertuah tinggal di Malaysia ini kerana Negara ini aman dan makmur. Saya amat beruntung mempunyai Perdana Menteri yang adil dan saksama.

Saya berasa bangga menjadi anak Malaysia kerana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan agama.Walaupun berbilang kaum dan agama,rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

Selain itu, sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dan sentiasa menjaga nama baik Negara. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dan menghargai jasa-jasa pemimpin yang telah berjuang untuk membebaskan Negara kita daripada jajahan kuasa asing.

Seterusnya, saya menyeru agar rakyat Malaysia mempunyai semangat patriotisme agar Negara ini akan berkembang maju dari segi ekonomi dan aman damai.

Sebagai kesimpulannya, kita seharusnya berbangga menjadi anak Malaysia.

Masalah Buli Dalam Kalangan Murid

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Dalam era globalisasi ini masalah buli semakin meningkat.

Masalah ini berlaku berpunca daripada pengaruh rakan sebaya kerana tersalah memilih kawan. Perkara ini juga berpunca daripada masalah keluarga yang dihadapi oleh para pelajar.

Oleh itu, masalah ini perlu diatasi agar sekolah menjadi tempat yang selamat untuk belajar. Nilai-nilai murni perlu dipupuk dalam diri setiap pelajar.

Seterusnya, semua pihak haruslah memainkan peranan agar masalah buli ini tidak berterusan. Jika masalah ini dapat dihentikan, masyarakat akan aman dan makmur.

Sebagai kesimpulannya, kita perbuatan membuli adalah merugikan dan jauhilah diri kita daripada perbuatan ini.

Amalan Bergotong-royong

Kegiatan gotong-royong merupakan amalan turun-temurun. Kegiatan ini masih diamalkan di kawasan kampung.

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya

Selain itu, amalan bergotong-royong ini dapat mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amalan ini dilakukan.

Seterusnya, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah.

Sebagai kesimpulannya, amalkanlah sikap bergotong-royong supaya hidup kita lebih sejahtera.

Faedah Menyertai Unit Beruniform

Unit beruniform merupakan aktiviti yang diadakan di sekolah. Di antara persatuan unit beruniform ialah pengakap, pandu puteri dan bulan sabit merah.

Kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan apabila menyertai unit beruniform. Kita dapat menggunakan ilmu yang kita peroleh itu di dalam kelas.

Selain itu, kita juga dapat bekerjasama antara satu sama lain apabila melakukan kerja secara berkumpulan. Kita juga dapat bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan kita.

Seterusnya, dengan menyertai unit beruniform dapat mendedahkan kita kepada sikap berdikari dan yakin kepada diri sendiri.

Sebagai kesimpulannya, kita perlu menyertai unit beruniform kerana banyak faedahnya.

Bangsa Berilmu Bangsa Berjaya

Orang yang berilmu terjamin akan memperoleh kejayaan jika ilmu yang diperoleh dimanfaatkan dengan bijaksana.

Dengan adanya ilmu, kita tidak akan berasa ketinggalan, diperbodohkan danjuga rendah diri. Oleh itu, kita perlu merebut peluang yang ada untuk menuntut ilmu.

Selain itu, bangsa yang berilmu dapat memajukan diri sendiri, dan dapat memberi kesan yang baik kepada masyarakat dan negara.

Seterusnya, orang yang berilmu akan sentiasa berfikiran positif. Hidup mereka juga sentiasa tenang dalam hidup dalam harmoni.

Sebagai kesimpulannya, ilmu yang ada akan menjadikan kita selangkah di hadapan berbanding yang lain.

5

Leave a Reply