Teks Pidato Pelajar Remaja Berwawasan Aspirasi Negara

Teks Pidato Pelajar

Remaja Berwawasan Aspirasi Negara

Cuba kita fikir sejenak, zaman remaja yang ditonjolkan oleh Bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincon yang punya hati budi membantu orang lain walaupun dirinya juga dihambat kemiskinan. Malah, lakaran kemurnian zaman remaja turut ditunjukkan oleh Perdana Menteri kesayangan kita, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang menyerlahkan kridibeliti dan karisma kepimpinan sehingga akhirnya beliau diangkat menjadi menteri cabinet yang termuda dalam meneraju Negara. Seterusnya, hakikat tidak pernah berdusta, apabila mengangkat Rasulullah sebagai rollmodel dan contoh tauladan kerana semasa zaman remaja baginda, keunikan dalam gerak kerja dan tindakan, sifat dalaman dan penampilan telah pun mewarnai diri Rasulullah….

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, barisan panel hakim yang sentiasa berasimilasi dengan kebenaran, saudara penjaga masa yang cakna dengan randiknya, warga pendidik yang bermisi, seterusnya warga intelektual penerus wawasan Negara.

Asslammualaikum w.t.w dan salam perjuangan di bumi Tuhan.

Remaja Berwawasan Aspirasi Negara, begitulah indahnya mauduk pidato yang bakal menitip di bibir saya. Namun, sebelum ledakan hujah menghujani sesisi dewan, mohon izin untuk melakukan dua bentuk pendefinisian terhadap mauduk pidato saya iaitu secara literal mahupun secara leksikal. Remaja, menurut kamus dewan edisi keempat yang merujuk kepada seseorang yang sudah akhil baligh. Sementara itu, berwawasan pula merupakan suatu yang bermatlamat untuk mencapai cita-cita. Aspirasi merupakan suatu bentuk keinginan dan Negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki suatu kawasan yang diperintah oleh sesebuah kerajaan. Oleh itu, secara generalisasinya, remaja masa kini yang bakal menerajui Negara pada masa akan datang dengan cirri-ciri kepimpinan dan kewibawaan yang lengkap serta mantap demi mencapai misi dan visi Negara untuk menjadi Negara maju selaras dalam wawasan 2020.

Sidang saksi yang bervisi,

Indikator saya yang pertama, di bawah lembayung kata Remaja berintelek, penjana wawasan Negara. Hari ini, kita melihat, kebijaksanan dan ilmu merupakan perencah untuk mencapai matlamat Negara. Kita perlu sedar, kita memerlukan resepi kepintaran yang wujud di dalam diri remaja untuk menjadi acuan ke arah Negara maju. Hari ini, bersaksikan warga dewan sekalian, beberapa nama sudah berpuing-puing dalam pusaran Negara . Lihat sahaja kepintaran semula jadi adik Nik Nur Madhiah dan adik Azli Azali yang membentangkan hasilan usaha yang mereka cipta. Mereka ini bakal menjadi asset terpenting Negara dalam usaha mengejar impian. Lihat sahaja keutuhan pemimpin kita yang begitu gigih menjulang sebelum diangkat menjadi pemimpin Negara. Betullah apa yang pernah dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Muhamad jika ingin menjulang api kemajuan, nyalakan ilmu sebelum berjuang.

Sidang dewan yang dikasihi sekalian,

Remaja berkaliber, peneraju pemimpin Negara, menjadi kata kunci saya yang kedua. Tokoh-tokoh besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Uthaman bin Affan, Usamah bin Zaid, Umar bin Abd Aziz, Uqbah bin Nafi dan Qutaibah al-Baakhily adalah sebahagian generasi remaja islam yang memiliki semangat kepimpinan yang tinggi. Tidak hanya berhenti disitu, semangat kepimpinan dan kegagahan ruh perjuangan, terus meresap ke dalam diri Salahuddin Al-Ayubi dalam mempertahankan Negara walaupun usia baru setampuk jagung. Kaliber dan karisma kepimpinan terus mencetuskan kegemilangan apabila konstantinopel Berjaya dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh semasa usianya masih 20-an. Sedarilah, sekiranya remaja mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi, Negara pun turut menjadi lebih bervisi. 

Sidang dewan yang penuh santun,

Indikator saya yang ketiga di bawah kata kunci Kekuatan fizikal dan mantel remaja, menjana Negara maju. Akademik yang cemerlang tidak akan berguna sekiranya tidak disepadukan dengan kesihatan fizikal dan mental remaja. Pada era globalisasi yang penuh kompetitif ini, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan remaja di Negara maju. Oleh itu, sememangnya remaja yang meyatupadukan kekuatan ini terus menaikkan nama Negara di seantero dunia. Lihat sahaja kelincahan dan ketangkasan ahli-ahli sukan Negara yang akhirnya dinobat sebagai juara nombor satu dunia. Kekuatan fizikal dan kekukuhan mantel yang dimiliki oleh ratu syuasy dunia, Datuk Nicol ann David, mampu menghambat pihak lawan yang dihadapinya. Datuk Lee Chong Wei mampu tersenyum dalam stretegik dan kekuatan pergelangan tangannya, Azizul Awang hasni yang melakukan kayuhan emas dalam acara pecut dan keirin, terjunan akrobatik penuh bergaya Pandalila Riong yang membuka mata masyarakat dunia merupakan contoh nyata yang menunjukkan kekuatan fizikal dan mantel adalah suatu perkara yang signifikan. 

Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,

Ketahanan rohaniah remaja, menjana pembangunan Negara, menjadi kata kunci saya yang keempat. Tidak dapat dinafikan, ramai remaja yang tersungkur kerana ilmu di dada masih tidak disepadukan dengan iman yang hakiki. Oleh itu, menyedari hakikat pentingnya iman dan ketahanan rohaniah, maka, kerajaan dengan sokongan pelbagai agensi yang lain telah mengadakan program dan kem penghayatan islamiah untuk memantapkan iman golongan remaja. Tidak cukup dengan itu, maka, wujudlah rancangan imam muda yang menjadi fenomena yang menilai kefahaman ilmu dan iman dalam meniti kehidupan. Ali Bin Abi Talib menjadi khalifah termuda mempunyai formulanya sendiri dalam mempertahankan syiar islam iaitu menjadikan iman yang dipandu oleh Al-Quran dan Assunnah sebagai wadah pemerintahan Negara. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa iman yang terdapat dalam diri remaja mampu menerbitkan seorang remaja yang berwawasan. 

Hadirin yang penuh santun, 

Sebelum saya menoktahkan pidato ini, saya menyeru kepada semua masyarakat terutamanya golongan remaja untuk sama-sama mencanai minda, memajukan Negara. Namun kita perlu sedar, gaya hidup remaja yang tidak sihat dan diliputi dengan cara hidup hidonisme boleh membantutkan pembangunan insaniah remaja. Oleh itu, pelbagai gelaran yang tercipta seperti Mat Rempit, Mat Gian, Samseng Jalanan, bosiah, bohjan, kaki lepak perlu dihapuskan. Hal ini demikian kerana, ianya akan memberi gambaran buruk terhahap masa hadapan Negara dan umat. Ayuh, remajaku, gegar dunia mengharumkan nama Negara.

Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w 

MALAYSIA DI PENTAS DUNIA

Teringat ketika tangan ini menyelak sebuah buku atlas di perpustakaan, mengamati betapa kerdilnya Malaysia yang terpelosok di tenggara dunia. Namun, jangan disangka cili tidak berapi, kini Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang gah di seantero dunia. Bak kata orang tua-tua duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Fikir-fikirkan…

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Jutaan apresiasi kepada pimpinan majlis, saf hakim yang sentiasa cakna dengan keadilan dan berintegriti, saudara penjaga masa yang semestinya menjunjung prinsip Al-Asr, barisan warga pendidik budiman, seterusnya generasi pendukung wacana wawasan negara.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan salam perdana lakaran 1 Malaysia.

Malaysia Di Pentas Dunia, begitulah murninya mauduk pidato yang akan saya hidangkan kepada hadirin untuk menjadi santapan minda di pagi yang gemilang ini. Sebelum, menjelmakan butir-butir bicara bermadah, mohon diizinkan untuk melakukan pendefinisian terhadap mauduk pidato saya daripada aspek hurufiah mahupun secara generalisasi. Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Pentas pula merujuk kepada tempat berdirinya seseorang melakukan acara. Manakala dunia merujuk kepada kawasan yang luas di muka bumi ini. Oleh itu, secara holistiknya, Malaysia Di Pentas Dunia membawa konotasi yang mendalam iaitu, keadaan Negara yang kita cintai ini semakin dipandang tinggi oleh masyarakat dunia lantaran keberjayaan Malaysia mencipta nama dan mencorak mutiara berharga dalam semua lapangan sama ada ekonomi, politik dan social. Maka, pada hari ini, saya akan mengetengahkan fenomena anjakan paradigma Malaysia setelah 5 darsawarsa pasca merdeka.

Bersaksikan warga dewan yang penuh bervisi,

Di bawah lembayung kata Ekonomi Malaysia terus kukuh dan teguh menjadi hujah saya yang pertama. Berbicara tentang ekonomi, maka kekuatan Malaysia tidak boleh disangkal lagi. Kita singkap sedekad yang lalu apabila satu persatu Negara serantau dunia jatuh tersungkur ekoran kegawatan ekonomi yang melanda dunia. Hakikatnya, ketika itu juga, Malaysia hampir tersungkur dek pelukan IMF. Namun, kepintaran pemimpin kita ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, begitu bijak mengemplementasikan tambatan ringgit untuk mengurangkan beban Negara. Kejituan ekonomi Negara terus diwarnai dengan pelantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank wanita pertama Malaysia dalam meneruskan wadah perjuangan ekonomi negara. Lantaran dengan kondusi ekonomi Negara yang kukuh dan teguh, menjelma pujian dari Negara barat mengiktiraf ekonomi Malaysia sebagai ekonomi gergasi dunia.

Sidang hadirin yang budiman,

Indikator saya yang kedua ialah di bawah kata kunci politik di Malaysia lambang keamanan dunia. Hari-hari, kita sering mendengar pergolakkan yang wujud di seluruh dunia. Malah, kekacauan yang melanda diterjemahkan melalui rusuhan berdarah dan ledakan senjata. Lihat sahaja kepimpinan Husni Mubarak di Mesir yang telah pun tumbang, getaran pergolakan politik acuan Muammar Gadafi di Libya semakin hari semakin pudar. Malah, Negara maju seperti Perancis dan Rusia turut menerima bahangnya. Di Malaysia, dengan konsep demokrasi dan raja berpelembagaan, Negara mampu mengerakkan politiknya di mata dunia. Ikatan tiga kompenen utama iaitu UMNO, MIC dan MCA di bawah bumbung Barisan Nasional mampu menjana kemajuan politik negara. Sukar untuk menjentik kekukuhan Negara yang kini tidak dapat di nafikan lagi.

Sidang hadirin yang santun budi,

Sains dan teknologi Negara adalah kelas pertama, menjadi inti hujah saya yang ketiga. Kini, Negara kita semakin ampuh di pentas dunia kerana inovasinya dalam penciptaan mahupun penyelidikan. Kejayaan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini di Geneva dalam konvensyen sains dan teknologi merupakan wadah pembuka mata masyarakat dunia. Hasilnya, Negara mampu mengenggam 3 kilauan emas berharga, mengalahkan Negara maju yang lain dalam penghasilan ciptaan bermutu. Kejayaan demi kejayaan terus terungkai dan menjadi keutuhan apabila, Dr sheikh Muzafar Sukor Berjaya menjejak kaki ke angkasa. Tetapi, ada yang cuba memberikan tomahan bahawa itu kejayaan biasa. Namun, sedar atau tidak, kejayaan itu adalah satu pintu permulaan Negara kita dalam perlumbaan meneroka sains angkasa. Malah, ianya tidak termampu untuk direalisasikan oleh negara yang seusia dengan Malaysia. Syabas dan tahniah kepada angkasawan pertama Negara. Saya tetap teguh di belakang Dr.

Sidang hadirin yang penuh intelektual,

Kata kunci saya yang keempat di bawah lembayung kata Sukan dan Negara kita semakin ke hadapan. Dulu, ketika berbicara tentang sukan olimpik, maka ligat minda memikir Negara Amerika Syarikat dan China. Pabila melihat catat pungutan emas yang berbutir-butir banyaknya, Kita hanya mampu mengigit jari tanpa sekerat pingat dikalungkan. Namun, dersawarsa ini, kita semakin mendapat perhatian di mata dunia. Hasilnya, kita mampu menghasilkan atlit tersohor bertaraf bintang nombor satu dunia. Ligat dengan pukalan silang membenam lawan di gelanggang kaca, itulah Dato Nicol Ann David pemain skuays nombor 1 dunia. Teknik bertahan dan menyerang di samping smash lintang yang mengerunkan, itulah Datuk Lee Chong Wei, badminton di dalam genggaman, memecut laju bagai kipas kudung di arena baledroom, itulah roketmen Malaysia, Azizul Awang Hasni menjadi sebutan. Dan pelbagai hambatan kecemerlangan yang muncul digenggam Malaysia. Malah, Sorakan gooolll, terus meniti di bibir peminat sukan bola sepak negara, pabila pasukan harimau Malaya bangkit menunjukkan taringnya.

Sidang pendengar yang setia

Di penghujung kalam, kita perlu sedar, kematangan Negara semakin menyerlah dek semangat waja yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan disepadukan dengan keazaman rakyatnya tercinta. Suka saya mengajak seisi dewan sekalian, untuk sama-sama menabur bakti, menghulurkan secebis kekuatan untuk merealisasikan hasrat Negara. Beringatlah, jangan pisang berbuah dua kali, apabila kita terlalu mudah diperbodohkan oleh penjajah yang silih berganti, menjadikan kita sebagai kuli di Negara sendiri. Tanamkan tekad di dalam hati, bulatkan azam penuh bermisi, jadikan Negara Malaysia, Negara tersohor di mata dunia.

Saya akhiri pidato saya dengan Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w.

15 Sep 2002 

Kota Kinabalu — Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) dalam mesyuaratnya di sini mengambil ketetapan menyokong penuh cadangan kerajaan memperkenalkan pengajaran Sains dan Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di peringkat sekolah tanpa memperkecilkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 

Ketuanya, Datuk Hishamuddin Tun Hussein berkata sokongan itu bersandarkan kepada kesedaran pentingnya negara melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang berkeupayaan bersaing dengan penuh yakin di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, pergerakan itu melihat globalisasi menyebabkan Bahasa Inggeris menjadi semakin penting sehingga merentasi segala sempadan yang memisahkan setiap negara dan benua.

Katanya, pergerakan menyedari kegagalan menguasai bahasa ini bukan saja akan menyebabkan rakyat negara ini tidak mampu bersaing di peringkat antarabangsa, malah mengakibatkan Malaysia hilang daya saing.

"Pemuda juga melihat paksi ilmu pengetahuan pelbagai bidang khususnya sains dan teknologi masih berada di Barat yang majoritinya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

"Oleh itu Pemuda BN sebulat suara berpendapat penguasaan bahasa ini adalah penting dalam usaha memperoleh sebanyak mungkin ilmu pengetahuan baru," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini, Sabtu.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata, serentak dengan keputusan itu, mesyuarat bersetuju menubuhkan satu kumpulan yang dianggotai semua ketua pemuda komponen BN bagi mengumpulkan segala maklumat berkaitan.

Tambahnya, kumpulan itu yang akan diketuai oleh Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda Umno, Dr Adham Baba diberi tugasan untuk mengkaji mengenai proses pelaksanaan dan penjadualan program itu.

Beliau berkata, menyedari hakikat pentingnya Bahasa Inggeris, mesyuarat semalam turut menggariskan empat perkara yang perlu diberi perhatian semua pihak terbabit.

Pertama, menggesa semua pihak meletakkan kepentingan nasional dan masa depan generasi muda melebihi kepentingan politik masing-masing kerana rancangan itu berkait rapat dengan survival anak bangsa dan negara.

Kedua, setiap pihak perlu insaf dan beriltizam untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana ia perlu terus dikembangkan agar berupaya menjadi identiti rakyat negara ini.

Ketiga, usaha segera perlu diambil untuk menjadikan rakyat negara ini berkeupayaan menguasai pelbagai bahasa kerana kelebihan ini dilihat mampu membantu Malaysia bersaing.

Pada masa yang sama, pergerakan tetap menyokong pendirian kerajaan berhubung hak komuniti tertentu mempelajari bahasa ibunda masing-masing disamping memastikan kewujudan sekolah jenis kebangsaan seperti termaktub dalam perlembagaan.

Keempat, kaedah terbaik pelaksanaan dasar ini perlu dibahaskan dengan terperinci agar tidak mendatangkan kesan buruk terhadap pelajar sehingga mengorbankan masa depan mereka.

Hishammuddin berkata, bagi memastikan perkara itu tidak dijadikan isu politik pihak tertentu, pemuda bersetuju untuk turun padang bagi memberi penjelasan kepada rakyat.

Incoming search terms:

  • karangan remaja berwawasan penjana kemajuan negara
loading...

Leave a Reply