PIDATO PERPADUAN PNB : ADALAH BENTENG PERTAHANAN NEGARA

PERPADUAN ADALAH BENTENG PERTAHANAN NEGARA YANG PALING UTUH

Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemen-elemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza dengan pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana.

Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep melting pot atau acuan pelebur dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun di Malaysia kita lihat konsep acuan pelebur itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah konsep salad bowl atau mangkuk sayur-mayur yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran ynag sama.

Dalam konteks yang sama di Britain, sama ada mereka bersetuju atau tidak, juga telah berlaku proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu.

Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk penjajahan dalaman kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas nama perpaduan kaum.

Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Berbeda dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik.

Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai kontrak sosial antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia.

Integrasi Nasional adalah satu konsep yg lebih luas iaitu proses penyatuan antara kelompok-kelompok yg berbeza latar belakang, menjadi satu entiti yg terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama. Ia adalah hasil ikatan batin dan akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati antara etnik/kaum.

 

Teori Hubungan Kaum

 

Segregasi – merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah negara.Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan; tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Wujud samada didasari undang-undang (de jure), atau tidak (de facto). Contoh segregasi de jure ialah dasar apartheid yang pernah di amalkan di Afrika Selatan.

 

Akomodasi – Ia merupakan proses mempertahankan nilai dan norma-norma etnik masing-masing. Walaubagaimanapun mereka hidup harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Diperingkat pemerintahan pusat setiap etnik hantar wakil. Namun dalam institusi-institusi tertentu mereka saling saling bergantungan antara satu dgn yg lain.Contoh negara – Switzerland.

 

Akulturasi – juga dikenali sebagai asimilasi budaya. Terjadi apabila manusia dalam kumpulan minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola tingkahlaku (budaya) golongan mejoriti. Proses meminjam atau menerima budaya golongan mejoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.

 

Asimilasi – juga dikenali sebagai asimilasi struktur. Proses kemasukan kedalam masyarakat dominan melalui persahabatan dan perkaintan rapat. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza, iaitu berdasarkan kepada perbezaan fizikal ( seperti warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan.

 

Amalgamasi – proses percampuran ras atau budaya bagi memebtuk budaya atau ras yg baru.Cara utama ialah melalui perkahwinan antara etnik atau ras.

3. Pengenalan
 Isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk difikirkan. Kita melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan. 

4.1       Perpaduan Kaum Daripada Perspektif  Teori Fungsionalisme.
4.1.1 Definisi dan Konsep Teori Fungsionalisme.
Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat sebagai tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian dan fungsinya yang tersendiri. Ianya boleh dihuraikan sebagai suatu organisasi sosial dan bagaimana organisasi itu dikekalkan.
Kajian dilakukan untuk meninjau sejauh mana struktur masyarakat berfungsi. Struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989:9) merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti menentukan setakat mana sesuatu masyarakat itu dapat dipertahankan. Harmoni pula merujuk kepada semangat kerjasama dalam masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat. Evolusi pula digambarkan bagaimana perubahan berlaku terhadap masyarakat akibat dari pembaharuan. Sebagai rumusannya, teori ini menekankan kepentingan persefahaman anggota masyarakat demi keharmonian dan kestabilan masyarakat berkenaan.

4.1.2  Faktor-faktor yang mempengaruhi wujudnya masalah perpaduan kaum.

i)  Masyarakat
Ibu bapa di Malaysia boleh memilih sama ada mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan. Tiadak ada sesiapa yang boleh memaksa atau menghalang mereka dalam membuat keputusan.
Bagi rakyat yang peka kepada aspirasi dan identiti nasional, sudah tentu sekolah kebangsaan menjadi institusi pendidikan anak-anak. Bagaimanapun, apa yang kita lihat sekarang, terdapat ramai di kalangan ibu bapa kaum Cina dan India lebih berminat menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan bahasa ibunda masing-masing. Lama-kelamaan,ianya akan menjadi suatu gejala negatif di dalam masyarakat.
Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan, ia akan menghasilkan masyarakat yang terpisah di antara satu sama lain, mengakibatkan satu suasana segrasi dengan memiliki bibit perpecahan yang berbahaya.

Pihak Sekolah
Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen dalam menyatupadukan rakyat. Selepas tercetusnya peristiwa berdarah pada 31 Mei 1969, sekolah aliran Inggeris telah ditukar kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu. Ianya bukan sahaja untuk memartabatkan bahasa Melayu tetapi juga cuba memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui penggunaan satu bahasa. Namun begitu, sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa pengantar bukan Melayu masih terus kekal bagi menjaga identiti kaum Cina dan India. 
Sehingga kini, kita masih lagi berhadapan dengan kekangan untuk memupuk integrasi nasional di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun di peringkat sekolah menengah, kaum Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain sama-sama mengikuti pembelajaran, tidak wujud semangat kekitaan yang menyeluruh. Masih wujud budaya prejudis dan stereotaip. Budaya ini berlanjutan hingga ke universiti di mana pelajar Melayu hanya bercampur dengan pelajar Melayu, manakala pelajar lain terus bersama kaumnya.Jadi, tidak hairan jika kita terus mendapati bahawa sehingga kini pengasingan kaum ini masih terus lagi wujud.

iii) Media massa

Pengaruh yang sangat mudah meresapi jiwa rakyat adalah media massa seperti televisyen, radio dan surat khabar. Elemen ini sepatutnya memainkan yang besar dalam menyatupadukan rakyat yang berbagai kaum ini. Didapati setiap kaum lebih suka kepada rancangan atau program televisyen dan radio yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Begitu juga dengan akhbar-akhbar yang dijual, permintaannya juga mengikut komposisi penduduk di mana setiap kaum cenderung memilih versi bahasa ibunda. 

Definisi Mobiliti Sosial
Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan penting sebagai alat mobiliti sosial. Ianya berkait rapat dengan stratifikasi sosial. Mobiliti sosial bermaksud pergerakan individu atau kumpulan antara kedudukan yang berbeza dalam hiraki stratifikasi sosial masyarakat. Mobiliti sosial boleh berlaku secara menegak iaitu pergerakan ke atas atau ke bawah dalam hiraki. Mobiliti mendatar pula ialah pergerakan dalam kelas sosial yang sama. Mobiliti sosial boleh berlaku dalam satu generasi atau antara generasi berlainan.

Menganalisis Isu Berdasarkan Tiga Konsep Sosiologi
6.1           Mobiliti Sosial
  Sekolah yang berbagai aliran sebenarnya terus menjadikan suatu bentuk mobiliti sosial yang berbagai rupa. Sememangnya walaupun selepas kemerdekaan, negara menuju kearah kemajuan ekonomi, pengenalan kaum mengikut sektor pekerjaan masih lagi tidak banyak berubah. Asas pembelajaran di peringkat rendah jauh berbeza di mana masing-masing menggunakan pendekatan sosio-ekonomi turun-temurun seperti kaum Melayu dengan sawahnya, kaum India dengan ladangnya dan kaum Cina dengan perniagaannya. Ini secara tidak langsung akan mengasingkan kelompok kaum dari satu generasi ke satu generasi.
  Keterasingan dalam sistem pendidikan membuatkan para pelajar terus menebal dengan semangat kebangsaan masing-masing. Pergaulan dan juga persefahaman antara kaum juga begitu terbatas di kalangan pelajar. Keterbatasan ini bukan sahaja di sekolah, malahan dalam kehidupan seharian. Ruang kehidupan yang terbatas ini akhirnya mencipta suatu identiti tersendiri yang sangat berbeza.
  Sehingga kini didapati mobiliti mendatar lebih banyak berlaku. Harapan untuk melihat persefahaman antara kaum melalui sektor pekerjaan yang sama  tidak mencapai kejayaan yang memberangsangkan. Semangat kekitaan dalam satu masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu akan tercapai sekiranya sistem persekolahan yang menggabung terus ketiga-tiga aliran ini menjadi satu dapat direalisasikan.

6.2 Pendidikan dan Hubungan Etnik
  Etnik bermaksud kumpulan manusia atau bangsa . Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latarbelakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai kesamaan dari segi sejarah,negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan etnik berkembang menerusi hubungan kekeluargaan, rakan-rakan dan kejiranan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang rapat. Kumpulan etnik sememangnya membantu mengekalkan pertalian kumpulan dan mengukuhkan kedudukan etnik berkenaan dalam masyarakat. 
  Sistem pendidikan yang mewujudkan sistem persekolahan yang berasingan mengikut kaum telah menjuruskan ke arah semangat perkauman yang menebal. Sungguhpun di peringkat menengah, murid-murid terpaksa memasuki sekolah yang beraliran Bahasa Melayu, dapat dilihat dengan jelas tiga kelompok kaum yang berasingan antara satu sama lain.
  Merujuk kepada peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan juga kuota memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), ianya memang memihak kepada kaum bumiputera. Namun begitu, kini timbul rasa tidak puas hati kaum lain terhadap keutamaman yang diberikan ini. Isu ini amatlah sensitif kerana ianya menyentuh hak-hak keistimewaan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan. Kesannya amat berbahaya kepada perpaduan kaum di Malaysia.

6.3   Reformasi Pendidikan
                Hussein Hj Ahmad (1993) menyatakan bahawa peranan sistem  persekolahan sehingga akhir tahun 1980an bermotifkan tiga perkara utama. Pertamanya, pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. Kedua, pendidikan sebagai asas perpaduan kaum. Ketiga, pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum.
  Sekolah satu aliran dilihat sebagai reformasi pendidikan yang harus diperjuangkan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional selaras matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan.  Melalui cara ini, di samping boleh bergaul secara meluas di antara mereka, secara tidak langsung, mereka juga boleh memahami budaya kaum lain. Jika perkara ini dapat dipraktikkan, maka masalah semangat perkauman akan terhakis dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telah menanamkan semangat perkauman dari awal lagi. Fenomena ini jugalah yang terjadi kepada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
 

7.  Cadangan Dan Kesimpulan
  Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi menyatupadukan rakyat. Di negara kita, selepas tercetusnya peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk Abdul Rahman Yaakoub telah mengarahkan penukaran sekolah aliran Inggeris kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu yang bermula pada tahun 1970.
  Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu melentur buluh birlah dari rebungnya. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka.
  Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat jika pendidikan di negara ini menggunakan satu sistem berbanding pellbagai aliran ketika ini. Ia akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Pengwujudan sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar juga diberi jaminan tidak akan menggugat bahasa ibunda kaum lain seperti yang dibimbangi selama ini.

Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai, tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama.

Kata orang tua tua melentur buluh hendaklah bermula dari REBUNGNYA lagi.

Usaha mengukuhkan perpaduan perlu bermula di rumah dan sekolah rendah. Ini kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya, selain kanak-kanak itu diibaratkan seperti sehelai kain putih yang mana segala corak pada kain itu ditentukan oleh ibu bapa, penjaga dan guru-guru di sekolah.

Integrasi Nasional
Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Bangsa Malaysia
Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan diperkongsikan. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa tersebut.

Tidak kira sama ada anak-anak itu mengikuti persekolahan aliran kebangsaan, Cina, Tamil, Inggeris atau sekolah antarabangsa, tugas memperkukuhkan perpaduan terletak pada bahu ibu bapa dan guru. Merekalah yang bertanggungjawab sepenuhnya membentuk sikap anak- anak agar saling menerima perbezaan dan akhirnya membesar sebagai rakyat yang sanggup bertolak ansur, bertoleransi dan menghormati perasaan antara satu kaum dan kaum lain.

Memang diakui sukar untuk memuaskan hati semua kaum lantaran ledakan teknologi maklumat dan jaringan yang hebat sekarang, sehinggakan ada dalam kita lebih mempercayai apa yang ditulis blogger. Tetapi jika jiwa setiap rakyat sudah terdidik supaya menerima perbezaan yang ada, maka apa saja yang dipaparkan akan dianggap sebagai bahan bacaan ringan sahaja.

enubuhan Kelab Rukun Negara, Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri, Sekolah Penyayang, Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat, Pelaksanaan RIMUP, Penyertaan Dalam Kokurikulum, Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan, Lawatan Sambil Belajar, Pengurusan Disiplin, Hari Keluarga dan Sukaneka, Acara Kebudayaan dan Kesenian, Perkhemahan Bina Insan, Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina, Sistem Rumah, Aktiviti Riadah Luar Sekolah dan Tabung Kebajikan.

SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020

Pembentukan Masyarakat yang Bersatu padu
Pembentukan Masyarakat yang Bebas, Merdeka dan Cemerlang
Pembentukan Masyarakat Demokratik yang Matang
Pembinaan Masyarakat yang Berakhlak Mulia dan Utuh.
Pembentukan Masyarakat yang Toleran
Pembangunan Masyarakat Saintifik dan Maju
Pembinaan Masyarakat Penyayang
Pembentukan Masyarakat Keadilan Ekonomi-Sosial
Pembentukan Masyarakat Daya Saing dan Makm

Membina Negara Bangsa

Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi

tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju

Kegiatan Jabatan Perpaduan Negara

Jabatan Perpaduan Negara (JPN) yang bertanggungjawab mengawal, memupuk dan memelihara perpaduan telah merangka berbagai-bagai strategi seperti (1) menggalakkan perpaduan masyarakat dan integrasi nasional, (2) mencegah konflik antara kaum, masyarakat dan wilayah, (3) menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu, (4) mengesan dan menilai perhubungan antara kaum dan masyarakat, dan (5) menyelaraskan program dan aktiviti perpaduan dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pihak-pihak yang terlibat dengan perpaduan. Bagi mewujudkan perasaan muhibah, setia kawan, kerjasama dan toleransi, JPN merancang program yang bersifat menggalak dan mencegah bagi memberi ruang kepada penduduk untuk meningkatkan interaksi dan kenal-mengenal antara satu sama lain.

Kumpulan sasar JPN ialah rakyat Malaysia khususnya kelompok dewasa, wanita dan belia yang terlibat dalam kegiatan Rukun Tetangga. Bagi kanak-kanak, Tabika Perpaduan disediakan bagi pendidikan prasekolah.

Kebanyakan aktiviti JPN bercorak kemasyarakatan dan sosial di samping aktiviti yang mudah diterima oleh semua pihak. Antaranya ialah skim rukun tetangga, tabika perpaduan, sukan rakyat, majlis muhibah, majlis kebudayaan, pertandingan bakat, gotong-royong, jiran muda dan wanita, kelas perpaduan rakyat dan kelas vokasional. Selain itu, penerbitan juga menjadi fokus JPN. Risalah dan majalah Balai Muhibah, akhbar Jiran dan jurnal Negara diterbitkan bagi memberi penerangan tentang sesuatu kaum dan aktiviti-aktiviti agensi.

Penyelidikan dan kajian dilaksanakan bagi mengumpul data status perhubungan kaum dan integrasi nasional. Pelaksanaan kajian diharap dapat membantu kerajaan memahami persoalan dan isu-isu berbangkit berkaitan perhubungan kaum.

Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat

Sekolah juga mewujudkan program pemuwafakatan dengan masyarakat setempat melalui program-program ilmiah seperti ceramah agama, solat hajat, sambutan Maulidur Rasul, Maal Hijrah, gotong royong membersih tanah perkuburan dan sebagainya. Sekolah juga memberi kerjasama kepada penduduk dan masyarakat setempat apabila mereka memohon kerjasama dari pihak sekolah untuk menggunakan kemudahan padang dan dewan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti, majlis-majlis dan permainan tertentu.

3.2 Menjadikan sekolah  sebagai alat perpaduan
 Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan pelajar mengikut bahasa penghantar dan perbezaan kumpulan etnik tidak dapat memainkan peranannya yang berkesan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dikalangan pelajar. Usaha-usaha yang gigih harus diambil untuk mengatasi segala bentuk pengasingan dan pemisahan yang sengaja diadakan.
 Satu sistem persekolah yang sama patut diperkenalkan dengan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar untuk membentuk satu generasi baru yang mempunyai keperibadian Malaysia. Di samping itu, hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain  untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara  saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini juga harus didasarkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan genarasi muda negara ini adalah mengatasi segala kepentingan-kepentingan lain.
 Pendidikan juga dapat memupuk integrasi etnik di sekolah dengan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya. Bahasa Melayu  pelu diperkayakan sebagai bahasa ilmu yang lengkap. Usaha ini bukan saja meletakkan taraf bahasa Melayu di tempat sewajarnya, tetapi dapat membantu merapatkan hubungan antara etnik di sekolah dengan penggunaan satu bahasa. Bahasa Melayu sebagai alat untuk berinteraksi dapat mewujudkan semangat kekitaan di kalangan pelajar yang berbilang etnik.
 Sekolah juga harus bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui ko-kurikulum pula pelajar-pelajar dari semua kumpulan etnik hendaklaha digalakkan bercampur gaul dan memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah akan melahirkan rakyat Malaysia bersatupadu dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat walaupun berlainan etnik.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)-

Biasanya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, antaranya berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolahsekolah lain yang, mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan.

Penyertaan Dalam Kokurikulum

Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan,

permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan

.

peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang

dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.

Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat
berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan
perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan
suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran
Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan
Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-
sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati
sesama manusia.

Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang
Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haj Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri
pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.
Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau
menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan. Dengan
tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab Rukun
Negara Di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya
golongan relajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan
yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan..

Lawatan Sambil Belajar

Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa Lawatan Sambil Belajar tersebut seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program Lawatan Sambil Belajar ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan.

Pengurusan Disiplin Secara Kolektif, Telus dan Adil

Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin sekolah diwujudkan. Pelajar didedahkan berkenaan pengurusan disiplin dan peraturan sekolah dan asrama sejak hari pendaftaran atau hari pertama persekolahan bermula. Peraturan sekolah dimaklumkan kepada semua pelajar dan dipamerkan di setiap lokasi penting seperti bilik darjah, papan-papan kenyataan sekolah dan asrama. Pelajar selalu diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan mengikut pekeliling yang dibenarkan. Pelajar diberi peringatan, amaran dan nasihat supaya berkelakuan baik sepanjang persekolahan.

Usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak yang bermula dari rumah, ibu bapa perlu memikul tanggungjawab ini. Sekiranya anak-anak dapat menggembleng tenaga dengan ibu bapa, semangat perpaduan dalam diri anak-anak mesti dapat dipupukkan. Boleh ibu bapa lakukan? Tepuk dada Tanya selera.

Leave a Reply