PIDATO : INSTITUT PENDIDIKAN GURU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 2

NAMA: KAARTEEKA ANBARASAN

NOM.KAD PENGENALAN: 911002 -01-5538

KURSUS: Bahasa Melayu Komunikatif

KOD KURSUS:

TAJUK: Teks pidato

NAMA PENSYARAH: Madam Noor Bebe

TARIKH HANTAR:

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, rakan-rakan seperjuangan dan seterusnya hadirin sekalian.

Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk Guru Penjana Transformasi Negara dimana ianya merupakan tema Hari Guru pada tahun ini. Pada hemat saya tema ini adalah amat bertepatan dengan peranan guru sebagai penggerak utama proses perubahan, yang menjadi penentu kepada kejayaan transformasi negara kita. Sentuhan keramat guru telah melahirkan ramai cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara kita selama ini.

Sebelum saya mengulas lebih lanjut bagaimana guru memainkan peranan sebagai penjana transformasi negara, lebih molek rasanya saya mendefinisikan maksud guru. Definisi guru berdasarkan Akta Pelajaran 1996 ialah individu yang mengajar dan mendidik . Guru sering diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Ia mengingatkan kita tentang pengorbanan guru dalam melaksanakan agenda membentuk insan bergelar pelajar agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Guru dikaitkan dengan transformasi negara kerana guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada perubahan negara daripada sebuah negara yang membangun kepada sebuah negara maju dan usaha untuk melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing dan berpegang kepada ajaran agama dan nilai sejagat.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Memandangkan guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada perubahan Negara ke arah Negara yang maju, guru itu sendiri perlulah mempunyai ciri-ciri guru cemerlang. Definisi guru cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Salah satu ciri-ciri guru cemerlang ialah mempunyai budaya kerja yang baik. Budaya kerja yang baik ialah memiliki keterampilan dan pengetahuan yang luas. Seorang yang bergelar guru itu mestilah mempunyai ilmu yang bukan sahaja merangkumi bidang yang dikuasainya malahan ilmu secara amnya. Guru perlulah sentiasa berfikiran terbuka agar apa sahaja pengalaman dan teguran yang dihadapi diterima dengan positif.

Seterusnya, seorang guru perlulah memenuhi sifat-sifat seorang yang inovatif, kreatif, dan sabar. Aspek ini sangat penting untuk membentuk modal insan yang berkualiti dimana ianya mempunyai pelbagai cabaran.

Selain itu, seorang guru itu mestilah mempunyai rasa empati dan sentiasa berusaha untuk menyelami diri muridnya. Ciri-ciri ini sangat penting bukan sahaja untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran akan tetapi dapat membentuk seorang individu itu secara holistik.

Hadirin sekalian,

Berdasarkan hujah yang telah saya bentangkan tadi, melalui ciri-ciri guru berkualiti inilah lahirnya peranan guru. Guru memainkan peranan yang sangat besar sebagai pengerak kepada perubahan negara.

Salah satu peranan guru ialah mewujudkan budaya penyayang di sekolah melalui harga diri manusia. Ia berkait rapat dengan maruah, kebanggaan dan kehormatan diri. Kita dituntut untuk menghormati harga diri manusia, termasuk anak-anak. Ia bermaksud anak-anak tidak boleh dilayan seperti barang yang tidak bernilai atau sampah serta menghamburkan sumpah-seranah terhadap mereka. Layanan yang buruk akan menjejaskan maruah, kebanggaan, kehormatan dan harga diri mereka. Mereka akan berasa tersinggung, marah dan hina.

Akibatnya sangatlah buruk. Yang sangat pasti mereka akan berasa benci terhadap guru, sekolah, pelajaran dan mungkin hilang kepercayaan terhadap manusia. Keadaan ini sudah ketara dalam sistem kita. Sudah tentu kita tidak mahu sekolah memperlihatkan citra sebuah penjara atau citra sekolah budak nakal.

Rakan-rakan seperjuangan sekalian,

Keperluan generasi hari ini dan masa depan bukan saja dari segi akademik dan kemahiran, sebaliknya turut menuntut integriti diri sebagai orang beradab yang mengamalkan nilai amanah, jujur, adil, telus dan tulus dalam pengurusan. Dalam banyak negara maju dan sedang membangun, persoalan integriti diri selalu berbangkit. Orang yang berkelulusan tinggi apabila diberikan amanah mengurus sesuatu terjebak dengan amalan korupsi dan salah tadbir.

Hal ini akan menyebabkan menyebabkan matlamat pembangunan bangsa tidak tercapai. Oleh itu, gurulah yang akan memainkan peranan untuk memupuk nilai integriti dalam jiwa pelajar. Pendidikan mengenai integriti harus bermula di sekolah supaya pelajar dapat memerdekakan dirinya daripada kecenderungan salah guna.

Sekiranya pendekatan terhadap nilai integriti dan adab ini dimasukkan secara bijak dalam pengajaran dan pembelajaran, ia bukan saja menjadikan pelajar cemerlang dari segi akademik tetapi juga hebat akhlak dan peribadinya.

Hadirin sekalian,

Pada saat negara kita sedang berada di ambang peralihan daripada sebuah negara membangun kepada sebuah negara maju berpendapatan tinggi, peranan guru menjadi lebih penting lagi. Di bahu guru-guru letaknya harapan masyarakat untuk melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik, dan dengan itu memastikan sistem pendidikan negara kita dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu transformasi negara ke tahap yang lebih tinggi.

Kerajaan sememangnya telah membuat perencanaan yang amat rapi untuk menjayakan proses transformasi pendidikan negara. Ini termasuklah pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang merupakan mekanisme utama untuk menjayakan agenda penting ini. Namun, kita juga akur bahawa perencanaan yang rapi sahaja tidak menjamin keupayaan kita untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan. Lebih penting ialah pengorbanan dan daya juang para guru dalam menjayakan setiap perencanaan yang dilakar oleh kerajaan.

Dari segi pencapaian sasaran NKRA Pendidikan, berkat curahan jasa dan bakti para guru sekalian, kita telah berjaya meningkatkan kadar penyertaan prasekolah, literasi dan numerasi murid.

Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

Terdapat beberapa sebab mengapa guru merupakan penjana transformasi negara. Salah satu sebabnya ialah melalui guru dan pendidikan itu sendiri dapat mengubah kualiti hidup seseorang individu.

Pertama sekali, pendidikan berkait rapat dengan kondisi ekonomi manusia. Individu yang rendah tahap pendidikannya cenderung untuk berhadapan dengan masalah ekonomi. Hal ini disebabkan mereka kurang diminati oleh organisasi pekerjaan untuk diambil sebagai pekerja. Sekiranya mereka diterima bekerja, individu ini cenderung diberi jawatan yang rendah. Hasilnya, mereka akan menerima pendapatan yang rendah berbanding dengan pekerja yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

Tahap pendidikan yang rendah dikalangan pekerja juga cenderung memberi tekanan kepada pihak pengurusan, disamping bebanan kepada ekonomi keluarga. Justeru itu, pelbagai teori ekonomi telah menekankan bahawa pihak majikan sangat memerlukan para pekerja yang boleh membaca, mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi, pemikiran yang positif dan kreatif. Kesemua kemahiran ini yang boleh diperolehi semasa di sekolah atau kolej berupaya membantu individu untuk mendapatkan pekerjaan yang baik

Pendidikan memberi laluan kepada kestabilan hubungan sosial terutamanya perkahwinan. Pendidikan yang baik juga boleh mengurangkan kadar perceraian kerana pasangan berkahwin dan melaksanakan kehidupan bersama di bawah arus yang sesuai dengan keadaan ekonomi pasangannya. Pendidikan juga dapat mengurangkan gejala duda dan janda kerana lelaki dan wanita cenderung untuk memilih pasangan yang mempunyai tahap pendidikan yang sama. Disamping itu, pasangan yang baik tahap pendidikannya akan menikmati kebaikan terutamanya berkaitan dengan anak. Hal ini disebabkan, wanita yang baik taraf pendidikannya cenderung untuk mempunyai bilangan anak yang kecil, menangguhkan kelahiran, atau menjarakkan kelahiran berbanding dengan wanita yang kurang berpendidikan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kesimpulannya, guru merupakan antara insan yang terpenting di mana merekalah yang akan menjadi penjana kepada perubahan Negara kepada sebuah Negara yang maju. Saya berharap agar golongan yang bergelar pendidik ini dapat dicontohi bukan sahaja oleh para pelajar malahan di anggap harta negara yang dapat dibanggakan.

Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

Sumber Buku

Choong L. K. (2011). Philososphy and Education In Malaysia. Shah Alam: Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Sumber Majalah

Ahmad S. (2007, Jun). Mewujudkan budaya penyayang di sekolah. Pendidik,

130, 57-58.

Sidek B. (2007, Oktober). Kemerdekaan Jiwa dan binaan adab, Pendidik,141, 56-58.

Zawawi J. (2007, Mei).Cabaran Kebudayaan Barat dan Globalisasi Terhadap Islam:

Peranan Pendidik dan Pendidikan. Pendidik, 119, 69-72.

Sumber Internet

Contoh Format Pidato Bahasa Melayu. Retrieved from

www.doocu.com/pdf /search/contoh+format+pidato Bahasa Melayu

Guru Cemerlang. Retrieved July 22, 2011. Retrieved from

http://www.mysarawak.org/2009/09/09/guru-cemerlang-modal-insan-

keterampilan

Incoming search terms:

  • pidato hari guru malaysia
  • contoh pidato tentang hari guru dalam bahasa malaysia
  • pidato bahasa melayu hari guru
  • teks pidato hari guru malaysia
loading...

Leave a Reply