Pidato : Sejarah Negara Wajar Jadi Iktibar Berguna

Sejarah negara wajar jadi iktibar berguna
Oleh Ahmad Azan Ridzuan

2011/09/15

PEMIMPIN patriotik semestinya mempelajari dan memahami sejarah kerana ia menunjukkan asal usul kita dan menjadi pengajaran pada masa lalu.

Sejarah menjadi cermin perjuangan demi mencapai kecemerlangan masa depan. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata kalau kita lupa sejarah, ia akan berulang semula. Mereka yang lupa sejarah akan dihukum dengan melakukan kesalahan sama berulang kali.

Negara kita merdeka pada 31 Ogos 1957 merangkumi Semenanjung Tanah Melayu dan pada 1963, Singapura, Sabah dan Sarawak menganggotai negara ini, maka wujudnya Malaysia. Namun pada 1965, Singapura berpisah daripada Malaysia.

Rakyat yang memperjuangkan tanah air tercinta dianggap musuh oleh penjajah, di tanah air sendiri walaupun mereka berjuang demi agama, bangsa dan negara

Malaysia mengalami sejarah yang begitu lama dijajah jika dibandingkan dengan usia kemerdekaan yang baru mencecah 54 tahun. Sejarahnya bermula dengan Portugis menawan Melaka pada 1511, diikuti pula oleh Belanda, seterusnya British. 

Ketika Perang Dunia Kedua, Jepun menjajah dari 1941 sehingga tamat peperangan 1945. British mulai menjajah semula negara ini sehingga rakyat berjaya memperjuangkan kemerdekaan dengan satu hati, satu jiwa, satu langkah, satu nada dan satu suara serta gandingan bahu orang Melayu, Cina dan India. 

Konvensyen Memperingati 500 tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka (1511-2011) yang dianjurkan di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka 29 Januari lalu mengimbas kembali kesengsaraan yang pernah dilalui oleh nenek moyang kita terdahulu.

Amat menyayat hati ketika zaman penjajahan keperwiraan pahlawan tanah air seperti Mat Lela, Mat Kilau dan lainnya digelar pengkhianat oleh penjajah. Rakyat yang memperjuangkan tanah air tercinta dianggap musuh oleh penjajah, di tanah air sendiri walaupun mereka berjuang demi agama, bangsa dan negara. 
Rakyat yang berjuang ini didera, diseksa, dianiaya, dipenjarakan dan ada yang dibuang negara, begitu kejam penjajah melakukan kekejaman ke atas anak bangsa yang mahukan tanah airnya tidak dicemari oleh penjajah British. 

Kekejaman ke atas pejuang kebebasan negara ini berterusan pada zaman pemerintahan Jepun, ramai yang dizalimi, dikasari dan dibunuh, ada diantaranya dipenggal kepala dan dipamerkan untuk tontonan umum yang lalu lalang di sepanjang jalan. 

Menjadi perkara biasa rakyat dilempang dan diterajang, dikerah minum air sabun lalu dipijak perutnya dan direbus hidup-hidup di dalam kawah besar. Ini kekejaman yang diterima di tanah air sendiri, rakyat menjadi musuh kepada penjajah yang menjadi tuan rumah. 

Penjajah yang menjadi tuan rumah ini bukan saja kejam kepada rakyat yang menjadi wira untuk menuntut kebebasan malah mereka merobek nilai budaya masyarakat, mengaut hasil bumi untuk memenuhi temelok mereka, meminggirkan hak masyarakat dan memperbodoh-bodohkan rakyat demi kepentingan mereka.

Musuh dengan mudah menjadi tuan rumah kerana kebodohan masyarakat, bukannya penjajah itu cerdik sangat tetapi disebabkan masyarakat yang kurang ilmu tidak berdaya menentang penjajah yang lebih cerdik sedikit. 

Ilmu yang tidak diterokai oleh masyarakat ketika itu, yang tidak tahu selok-belok penjajah yang berjaya memperdayakan masyarakat demi survival mereka di bumi ini. Lihat saja di Iraq, bagaimana Amerika Syarikat menceroboh, menyerang dan me-naklukinya, mereka menggelarkan pejuang di kalangan rakyat Iraq sebagai musuh. 

Amerika Syarikat pula menjadi tuan rumah. Keadaan yang sama juga berlaku di Afghanistan, AS mengisytiharkan bahawa Osama Bin Laden terbunuh dalam serbuan yang mereka lancarkan, menuduhnya menjadi perancang kemusnahan World Trade Centre di New York pada 11 September 2001. 

Contoh terdekat ketika peperangan Vietnam, kemusnahan berpanjangan ke atas negara itu, namun Amerika Syarikat tidak berjaya di peperangan berkenaan, malah mengalami keruntuhan dan kemusnahan besar ke atas rakyat dan tenteranya dalam jangka masa panjang. 

NSAN CEMERLANG NEGARA GEMILANG

BismillahAlhamdulillah..Emas sarat tampak memikat,Hiasi dulang berisi gelang,Kualiti hebat prestasi ditingkat,Insan cemerlang negara gemilang.Cetusan barakah buat peneraju acara,Saf kehakiman intelektual berkarisma,Sidang hadirin warga dewan berwibawa..Assalamualaikum w.b.t. dan salam karisma…Hari ini, pertandingan ini bukanlah pertandingan akademi piala fantasia, maka sayabukanlah Mawi ataupun Faizal, tetapi pelajar akademi Institut Pendidikan Guru Malaysiayang akan menyampaikan sebuah pidato bertajuk Insan Cemerlang, NegaraGemilang.Sidang pendidik yang dikasihi sekalian,Frasa insan cemerlang menurut Dato Nordin Kardi, Naib Canselor UUM ialahinsan yang berdaya saing dan mampu memanipulasikan dirinya ke arah kemajuanseiring perkembangan zaman.Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, frasa negara gemilang ialah negara yangdipimpin oleh pemimpin berwibawa serta mampu mencapai keseimbangan dalamsegala aspek termasuk politik, ekonomi mahupun sosial.Sidang penonton yang penuh santun,Bicara saya yang pertama ialah insan berintegiti negara dijulang. integritimembawa maksud nilai kejujuran dan keperibadian yang luhur menjadikan negaradipandang hemah dan mulia oleh seantero dunia. Masayarakat yang memahami nilai-

 

nilai kemanusiaan yang harus menjadi amalan bagi mementuk insan cemerlang.Sebagai warganegara Malaysia, saya sangat berbangga kerana rakyat negara ini sudahmempunyai nilai integriti yang baik. Buktinya, apabila seorang pegawai TLDM iaituBakhri Shah Abdullah dari Kt Sultan Idris (1) Pengkalan Lumut yang dilaporkan olehakhbar Berita Harian pada 15 Jun 2009 telah menerima Pedang Kehormat KesatuanBritannia dan beliau merupakan orang bukan British pertama menerima anugerah itu.Selain beliau, nilai integiti ini juga telah menjadikan rakyat kita antara usahawan berjaya.Ku Azhar Ku Abd Razak merupakan bekas tentera dan kini beliau antara usahawanberjaya negara dengan kejayaan membuka syarikat perusahaan feri terbesar Malaysiaiaitu JMV Tradetech. Kejayaan syarikat beliau juga telah memperkenalkan destinasimenarik Malaysia seperti Langkawi di peringkat global. Ini telah menunjukkan kepadakita bahawa insan berintegriti menjulang negara di peringkat antarabangsa.Sidang hadirin warga dewan budiman,Bicara saya yang kedua, insan bersatu negara maju. Konsep 1 Malaysia Rakyatdidahulukan, pencapaian diutamakan yang telah digagaskan oleh YAB PerdanaMenteri Dato Seri Najib Tun Razak bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyatMalaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yangseharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Jika dahulu, timbulnya cakap-cakapbelakang, Melayu itu kaya, Cina itu hina, India pula teraniaya, tetapi kini perbezaanmentaliti berdasarkan etnik nyata dihapuskan sama sekali. Dalam erti kata lain, 1Malaysia menuntut rakyat Malaysia agar sama-sama berganding bahu menggemblengtenaga dalam membantu memastikan aspirasi negara iaitu wawasan 2020 tercapai jikaia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh segenap lapisanmasyarakat. Inilah yang kita inginkan, insan bersatu, masyarakat berpadu negara kitaMalaysia pasti akan maju.Bicara saya yang ketiga Insan kreatif dan inovatif meningkatkan produktiviti.Saban tahun kita melihat betapa besarnya peruntukan yang diagihkan oleh kerajaanterhadap institusi pendidikan dalam usaha untuk memantapkan lagi medan pendidikannegara seterusnya berjaya melahirkan modal insan yang bakal menerajui negara. Hal inikerana, dalam dunia yang penuh cabaran ini, seseorang individu perlu mengolah

 

sesuatu yang baru dan segar berdasarkan pengetahuan yang ada. Itulah domain yangingin dibentuk dalam modal insan hari ini. Saudara Najmil Faiz Mohamed Aris, pelajarPHD dalam bidang Nano Technology di Universiti Metropolitan di Leeds yang sebelumini mendapat perhatian media Malaysia kerana kejayaan beliau mengharumkan namanegara menerusi pembentangan tesisnya di Parlimen Britain pada tahun 2005. Insanyang kreatif dan inovatif inilah yang akan memacu kepesatan negara Malaysia agarberjaya mengharungi arus globalisasi yang melanda seharusnya berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara-negara yang lain.Bicara saya yang keempat. Insan berilmu meningkatkan kualiti insani. Hakikatdan lumrah kehidupan, masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi diberikeutamaan dan penghormatan. Sejarah pembinaan tamadun dunia telah membuktikanbahawa keagungan sesebuah tamadun dapat diukur melalui tahap keintelektualan dannilai integriti masyarakat tamadun tersebut. Alkhawarizmi, tokoh yang cukup ulungdalam bidang matematik. Hasil kajian beliau telah menjadi asas kepada teoritrigonometri. Tokoh barat, Professor Hitti sangat menyanjung beliau dan menganggaptokoh Islam itu antara saintis ulung dunia. Selain itu juga, saya bawakan contoh-contohpelajar Cemerlang SPM kita, Nuramalina Che Bakri, Nadiah Amirah Jamil, Azali Azlandan adik Nik Nur Madihah yang merangkul kejayaan cemerlang dalam SPMmembuktikan insan berilmu meningkatakan kualiti diri yang unggul sekaligus mampumemberi sumbangan besar kepada negara ke arah kegemilangan.Tuntasnya, insan cemerlang adalah insan yang memiliki nilai dan sikap yang maju danke hadapan dalam membina dan mencanai negara ke arah kegemilangan yang sejagat.INSAN CEMERLANG NEGARA GEMILANGSALAM INTEGRITISekian w.b.t

alau maju dengan acuan agama, maknanya malaysia jadi negara maju yang mengamalkan agama, ajaran agama diamalkan, orang2 tinggi ilmu agama mendapat tempat dalam masyarakat

kalau maju dengan acuan budaya, malaysia jadi negara maju tetapi budaya setiap bangsa tetap dijunjung. bahasa ibunda diperkasakan, budaya ilmu, budaya tolong menolong, budaya kekeluargaan menjadi keutamaan

loading...

Leave a Reply