Pidato Permata Ummah : SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN DATUK KUMBAR

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN DATUK KUMBAR

PESERTA PIDATO:NUR SYAHIRAH BT MAHADHIR

TAJUK PIDATO: PERMATA UMMAH

Indahnya suasana

Kita di hari ini

Ceria,,,bersama,,bermesra

Erat silatulrahim

Saling menghormati

Tuntutan agama yang mulia.

Assalamualikum pembuka bicara kepada hakim yang arif bijaksana. Tidak lupa juga guru-guru, penonton dan pengacara yang dirahmati.

Pernah ligat saya, pernah lihat saya. Saya ini bukan dari pertandingan adik-adikku. Saya juga bukan pernah mewakili sekolah dalam pidato atau syarahan. Tetapi saya adalah Nur Syahirah yang ingin menyampaikan pidato yang bertajuk Permata Ummah. Permata ummah, siapa permata ummah? Siapa?. Menurut Kamus Dewan Permata Ummah bermaksud umat yang berharga kepada ibu bapa, agama, bangsa dan Negara. Justeru itu, sayalah permata ummah dan juga saudara dan saudari sekalian.Kita harus bersyukur menjadi permata ummah di Malaysia. Pendidikan teratur, aman dan bumi makmur. Sampai dapat anugerah dari Turki.

Baiklah rakan-rakan sekalian. Pentingkah permata ummah ini. Nanti 10 tahun lagi atau 20 tahun lagi, jika tidak berdaya, kamilah penggantinya. Ha..dengar ni

Hai mata dah kabur

Uban mula bertabur

Gigi dah gugur

Dah dekat kubur

Sekarang, mari kita fikir bagaimana kita hendak melahirkan permata ummah yang berkualiti. Mari kita lihat bayi yang masih kecil dibuang sana sini seperti sampah.Sebenarnya binatang pun tidak sanggup buat begitu. Sanggupkah kita lihat selama-lamanya?. Tetapi kalau betullah pembuangan bayi ini terus-menerus bagaimana kita hendak melahirkan permata ummah yang berwawasan.Masing-masing bagai hendak pecah kepala berfikir bagaimana hendak menghindar anak-anak daripada gejala sosial pada hari ini .Betultak rakan-rakan?

Ada yang hantar pergi kursus motivasi. Tetapi selepas dua minggu motivasi menjadi basi. Beli televisyen berpuluh inci dengan harapan pintu terkunci. Rupa-rupanya maksiat di depan televisyen. Inilah santapan rohani remaja sekarang.

Jika dahulu umat Islam disuntik dengan hiburan nasyid.mengingatkan perihal ketuhanan dan kenabian. Dahulu para ambiak menjadi role model tetapi sekarang Justin BieberSyakiradan lain-lain lagi dijadikan idola anak-anak. Apabila azan berkumandang anak-anak masih di depan televisyen. Inikah yang kita inginkan untuk melahirkan permata ummah?

Haiyaalalfalah..

Marilah menuju kejayaan

Inilah barisan kita

Yang solat berjemaah

Dapat pahala melimpah

Baru maco dan gagah

Semboyan azan berbunyi

Apa tunggu-tunggu lagi.

Jika ibu bapa ingin melahirkan permata ummah, isilah rohani anak-anak dengan pendedahan islamik

Ya Allah pimpinlah kami

Dan bantulah kami

Agar kami dapat masuk ke syurga Firdausi

Sesungguhnya kami amat takut akan seksa api neraka.

Its all about your mind and its all about your heart.

Sekian Wabillahhitaufik Walhidayah. Assalamualaikum Waraohmatullah hiwabarokatuh.

Leave a Reply