Pidato Hitam Putih Internet

PIDATO

ARINTHA ADELINA

304-02

Hitam Putih Internet

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Cikgu Nisa dan Cikgu Nuraini, serta rakan-rakan pelajar sekalian. Pada siang hari yang berbahagia ini, saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk Hitam Putih Internet.

Hadirin sekalian,

Pada kesempatan kali ini saya ingin mengajak Anda sekalian untuk membayangkan dunia seratus tahun silam, ketika tentunya tidak seorang pun daripada kita telah lahir. Pada masa itu, manusia belum mengenal adanya komputer, apalagi Internet. Cuba Anda bayangkan, tidak ada e-mel, tidak ada sebarang laman web serta permainan atas talian, dan sudah pasti tidak ada Facebook ataupun situs-situs semacamnya.

Hadirin sekalian,

Marilah kita bandingkan keadaan seratus tahun silam itu dengan dunia pada masa kini. Bercakap dengan kawan yang berada di belahan dunia yang lain bukanlah perkara yang mustahil kerana terdapat fasilitas-fasilitas seperti Yahoo Messenger dan MSN. Jangankan bercakap, bertatapan pun mungkin dengan kecanggihan teknologi masa kini. Komunikasi menjadi lancar lagi mudah kerananya. Saya sendiri merasakan, rasa rindu kepada orang tua di Indonesia boleh terubati oleh komunikasi melalui Internet.

Namun, seperti kata pepatah, tak ada padi yang bernas setangkai. Sesuatu yang mempunyai sisi putih tentunya mempunyai sisi hitam. Dalam perkara ini, sisi hitamnya iaitu ketagihan. Satu contoh adalah pemain-pemain online games di Korea Selatan, yang meninggal selepas bermain di depan komputer selama lima hari berturutan tidak henti-henti. Meninggal, hadirin sekalian. Itu bukanlah perkara yang kecil. Telah banyak pula kes-kes di mana orang, terutamanya kanak-kanak dan remaja yang memnghabiskan masa di depan komputer dengan akibat pekerjaan sekolah terlalaikan.

Akhirnya, saya sudah sampai di penghujung pidato saya. Izinkan saya untuk mengakhirinya dengan serangkap pantun:

Tuan puteri pergi ke Rasah

Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Sekian dan terima kasih.

Bibliography:

Reaching Beyond English Language Bridging Course 2010/2011 Book2

http://peribahasamelayu.com/

http://penyair.wordpress.com/

Leave a Reply