Pidato Negara Bersih Rakyat Sihat

Yang dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, dan Salam Satu Malaysia.

Berdirinya saya di sini ialah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk "NEGARA BERSIH RAKYAT SIHAT".

Hadirin sekalian,

Para cendekiawan sering mengatakan bahawa rakyat yang sihat pasti berada di negera yang bersih. Negeri bermaksud daerah yang berada dibawah pemerintahan seorang sultan atau gabenor. Manakala bersih membawa makna bebas daripada segala bentuk pencemaran sama ada air, udara ataupun bunyi. Rakyat pula bererti seluruh penduduk sesebuah negeri. Akhir sekali sihat yang bererti tidak menghidap sebarang penyakit. Pernyataan berikut bukan sebarangan omong kosong kerana hal ini dapat dibuktikan di negara-negara matahari terbenam seperti New Zealand di mana negara tersebut merupakan salah satu negara yang paling bersih daripada pelbagai pencemaran dan tahap kesihatan rakyatnya sangat tinggi sekali berbanding di negara Malaysia.

Hal ini telah membuktikan bahawa negeri bersih dapat melahirkan rakyat yang sihat dripada pelbagai aspek sama ada jasmani, rohani mahupun mental. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana masih terdapat punca air yang bersih, pelbagai pokok hijau masih berdiri tegak dan udara yang nyaman dan segar masih dapat dihirup sehingga sekarang. Namun, kita perlu menjaga nikmat yang diberikan oleh Tuhan supaya dapat berterusan hingga ke generasi yang akan datang.

Perbentukkan negeri bersih perlu dilakukan dengan kadar yang segera untuk membentuk rakyat sihat. Sebelum saya mengutarakan usaha-usaha untuk membentuk negara bersih saya inginmemberikan sedikit gambaran sekiranya kita tidak mengambil berat tentang kebersihan negeri kita.

Antara kesannya ialah bekalan makanan akan berkurangan. Hal ini demikian kerana kilang-kilang di sekitar sungai mengambil jalan mudah untuk membuang sisa toksik ke dalam sungai bagi menjimatkan kos. Tetapi perkara ini bukan sahaja mengurangkan kos malah memburukkan lagi keadaan seperti kematian hidupan makanan laut serta kekurangan air sungai yang bersih.Selain itu, kilang-kilang memproses besi dan minyak telah mengeluarkan beribu-ribu kepul asap setiap hari. Hal ini telah menyebebkan indeks pencemaran udara semakin meningkat. Malahan, asap berkepul-kepul ini akan membentuk awan yang berisi air untuk membasahi bumi. Namun air-air tersebut mengandungi pelbagai asid yang akan menyebabkan hakisan bangunan serta tumbuh-tumbuhan. Pada masa yang sama, hujan asid itu akan diserap ke dalam tanah. Hal ini akanmenyebabkan pokok-pokok yang tubuh tidak begitu segar dan berkhasiat Malah air bawah tanah juga akan tercemar. Perkara ini juga dapat mengurangkan sumber minuman yang bersih daripada pencemaran. Kesemua pencemaran yang terjadi akan menyebabkan sumber makan dan minumansemakin berkurangan dan berkemungkinan akan berlakunya inflasi makanan dan minuman kiranya negara kita tidak bebas dari kekotoran dan pencemaran. Hal ini sama sekali bertentangan dengan propaganda kita iaitu negeri bersih rakyat sihat.Pencemaran-pencemaran yang berlaku di negeri kita akan menyebabkan tahap kesihatanrakyat semakin teruk. Antara penyakit yang berkemungkinan akan dihidapi oleh rakyat setempatialah penyakit Taun yang disebabkan oleh jangkitan virus vibrio cholera. Penyakit ini berpunca daripada pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus seperti pengambilan makanan yang dicemari kuman taun atau tidak dimasak. Virus ini akan menyerangsaluran penghadaman kita. Antara simptonnya ialah diarea, perut tegang, mual, muntah dankekeringan. Jika perkara ini tidak dirawat dengan kadar segera, kematian boleh berlaku. Disamping itu, bagi pesakit asma sudah pasti akan menjadi lebih parah apabila berada di kawasanindeks pencemaran yang tinggi seperti di antara Teluk Kalong dan Bukit Kuang yang merupakan tempat perindustri yang banyak mengeluarkan asap-asap toksik disamping habuk dan debu. Hal ini akan menyebabkan keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara yangmengakibatkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Perkara ini boleh menyebabkanseseorang itu kekurangan oksigen di dalam badan. Penyakit-penyakit ini akan menjadi lebih parah sekiranya tidak dirawat pantas. Hal ini sudah pasti akan mengurangkan rakyat sihat didalam sesebuah negeri.

Negatif impak yang dinyatakan tadi boleh dibanteras sekiranya kegiatan gotong-royong dijalankan di seluruh daerah di setiap negeri. Kegiatan ini boleh dilakukan di sungai, pantai dan kawasan perumahan yang tercemar dan kotor. Hal ini akan menjadi lebih efektif sekiranya golongan atasan turut serta dalam menjayakan program gotong-royong yang dijalankan. Bak kata pepatah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya malah boleh dijadikan role model kepada rakyat tempatan supaya menjadi lebih prihatin dan menyingkirkan sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing terhadap kawasan persekitaran yang kotor.

Pada masa yang sama, kawasan yang telah dibersihkan akan membuatkan mata kita sedap memandang di kawasan persekitaran kerana tidak mempunyai kekotoran mahupun sampah sarap disekitarnya. Selain itu, aktiviti ini perlu dijadikan sebahagian daripada tugasan harian hidup kita.

Bagi orang yang berat tulang pasti akan menjadi ringan tulang apabila dia melihat golongan pemimpan turut turun dari tampuk pemerintah untuk bekerjasama dalam menjadikan negera bersih untuk kepentingan bersama. Di sini juga kita dapat melihat bahawa kegiatan ini dapat menjadikan seseorang itu pandai mengurus aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada setiap masa. Sebagai contoh, apabila kegiatan gotong-royong dijalankan di peringkat sekolah pasti ada seseorang yang akan mengawasi pergerakan dan memberi tugasan megikut kemampuan dankemahiran seseorang. Hal ini pasti akan dapat melahirkan generasi yang menghargai masa. Bak kata pepatah masa itu emas. Melalui kegiatan ini, kita pasti dapat menjamin bahawa kita boleh melahirakan negeri bersih rakyat sihat.

Sejajar dengan itu, semua pihak perlu mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen-kempen seperti Kempen Cintai Alam Sekitar dan Kempen Bumi Hijau. Media massa turut memainkan peranan yang penting bagi menyiarkan kempen-kempen yang ingin dijalankan olehmana-mana pihak kerajaan atau swasta. Melalui pengiklanan ini, rakyat akan sentiasa diingatkantentang kepentingan dan kebaikan memelihara dan memulihara bumi hijau yang telahdianugerahi Tuhan. Kempen-kempen yang dijalankan membolehkan rakyat berfikiran kreatif daninovasi. Mereka akan menggunakan kotak minda mereka untuk mengubah dan mereka sesuatuyang baru dan menarik melalui sisa buangan yang boleh digunakan dan dikitar semula. Hal ini juga boleh memberikan kesedaran kepada masyarakat tempatan untuk menggunakan barangan belian seperti plastik, kertas dan kaca serta sumber yang berterusan seperti air secara berhemah dan berjimat. Perkara ini boleh mengelakkan pembaziran yang berlaku serta mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar. Pada masa yang sama, kempen yang dijalankan perlu dilakukan secara konsisten supaya keadaan sekeliling bersih dan cantik sepanjang masa. Perkara ini juga tidak akan memberikan peluang kepada kuman dan virus untuk membiak walaupun dalam masa satu minit.Sekiranya langkah-langkah yang dinyatakan di atas kurang memberi kesan yang positif,

Pihak kerajaan perlu mengetatkan undang-undang yang telah sedia ada. Selain itu, pegawai- pegawai yang menjalankan tugas perlu jujur dan amanah dalam mengenakan tindakan undang-undang kepada pesalah. Undang-undang yang telah dikenakan kepada pesalah perlulah tegas dantidak akan adanya belas kasihan untuk kali keduanya. Sebgai contoh, kilang-kilang perindustrianyang telah membuang sisa-sisa toksik di sungai perlu mengenakan denda dan tindakan undang-undang yang setimpal dengan perbuatan yang telah mereka lakukan. Sekiranya perlakuan initidak memberi kesedaran kepada mereka, pihak kerajaan perlu menarik lesen perkilangan danmemberhentikan pengurusan kilang tersebut. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan juga perlumengeluarkan akta-akta yang baru dan bersesuaian untuk mengurangkan pembukaan kilang-kilang perindustrian yang baru bagi mengurangkan pencemaran terhadap flora dan fauna sertakepada manusia. Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu membuat satu perjanjian dengansyarikat yang sedia ada dengan mengutarakan syarat-syarat yang ketat untuk mereka meneruskan pengurusan kilang tanpa mencemarkan negeri terutamanya kepada kilang-kilang perindustrianyang memproses besi, minyak dan arang batu. Melalui tindakan ini, rakyat tempatan akan lebihmenghormati dan taat kepada undang-undang dan akan mematuhi undang-undang tersebut.Sebagai contoh, di Singapura rakyatnya pasti akan membuang sampah ke dalam tempat yang disediakan.

Antara kesan positif yang kita perolehi sekiranya negeri bersih dapat dicapai ialah kesihatan rakyat setempat akan lebih berkualiti. Hal ini demikian kerana melalui usaha yangdilakukuan di atas telah dapat membanteras kuman dan virus daripada bermaharajalela di tempat yang kotor.

Di samping itu, tempat-tempat pencemaran dan pembuangan sampah-sarap akan berkurangan. Perkara ini juga dapat mengurangkan penggunaan tanah kosong untuk penimbusandan pelupusan sampah di samping dapat mengembalikan nutrient dan zat-zat yang diperlukanoleh tanah bagi menyuburkan semula tanaman dan tumbuh-tumbuhan yang merupakan sebahagian daripada makanan asas manusia untuk memberikan vitamin serta mencuci sistem penghadaman manusia. Pesakit yang menghidapi salah satu penyakit yang dinyatakan di atasakan berkurangan kerana kawasan tersebut telah dibersihkan.

Walaupun penyakit-penyakit inimengambil masa yang lama untuk sembuh namun telah dapat menyedarkan manusia bahawakawasan yang bersih dapat menjamin kesihatan mereka serta dapat membanteras penyakit- penyakit baru untuk muncul. Di sini kita dapat melihat dengan mata sendiri bahawa rakyat yang bsihat datangnya daripada negera yang bersih.

Penambahan rakyat sihat akan membangunkan ekonomi negeri dalam pelbagai sektor.Sebagai contoh, Terengganu mempunyai pelbagai tempat pelancongan yang menarik perhatian pelancong asing mahupun tempatan seperti Pulau Kapas dan Tasik Kenyir. Melalui penjagaanyang rapi di tempat-tempat peranginan sudah pasti akan membuatkan pemandangan lebih cantik dan nyaman di samping dapat mengurangkan pencemaran. Perkara ini telah dapat meningkatkan kewangan dalam bidang pelancongan di negeri kita.

Rakyat yang sihat juga akan memberikan 100 peratus tumpuan terhadap pekerjaannya dan dapat mengurangkan hari untuk mereka cuti sakit. Perkara ini jelas memberitahu kita bahawa kedudukan ekonomi negara berada dalamtangan rakyat yang menggembleng tenaga mereka untuk mencari rezeki bagi manampung kehidupan seharian mereka. Di samping itu, pembangunan teknologi akan bertambah maju kerana mempunyai rakyat yang proaktif dan sihat dari pelbagai aspek iaitu jasmani, rohani danmental.

Justeru, negeri bersih juga dapat melahirkan rakyat yang produktif dalam melakukan sesuatu tugasan kerana telah wujudnya rakyat yang bebas daripada penyakit.Pada masa yang sama, propaganda negeri bersih rakyat sihat boleh memupuk perpaduan antara rakyat Malaysia yang mempunyai berbagai-bagai kaum seperti melayu, cina dan india.Melalui kegiatan gotong-royong, kerjasama antara penduduk kampung akan menjadikan tugasanyang dilakukan lebih efisen dan cekap di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antarakaum.

Di sini kita dapat lihat bahawa persefahaman antara kaum akan lebih mendalam. Hal ini boleh mengelakkan pergaduhan dan peperangan antara kaum yang pernah terjadi di Malaysiaiaitu peristiwa gelap pada 13 Mei 1969. Bak kata pepatah pisang tidak akan berbuah dua kali.Rakyat setempat juga akan lebih disiplin dalam mematuhi undang-undang kerajaan disampingdapat memupuk rasa cinta dan sayang kepada negeri. Bak kata pepatah hujan emas di negeriorang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Pada masa yang sama, pertahanan negara kita akan lebih mantap serta keamanan dan keharmonian negara akan lebihterjamin. Hal ini boleh menjadikan musuh menggeruni negara kita dan dapat mengelakkannegara kita dicerobohi atau dijajah oleh orang luar.Intihanya, pihak kerajaan dan pihak bukan kerajaan perlu menangani masalah kebersihandan pencemaran yang berlaku di negeri kita dan tidak ketinggalan juga masyarakat setempatyang menunjukkan sesitiviti atau kepekaan dan keperihatinan mereka terhadap keadaaan dio

sekeliling mereka. Tanapa penguatkuasaan dan pematauan dari pihak atasan akan membuatkanrakyat menjadi lalai tentang tanggungjawab nereka sebagai khlaifah di muka bumi ini. Ole halyang demikian, semua pihak perlu saling tegur-menegur dan ingat-mengingati antara satu samalain bagi mengelakkan negeri kita dicemari oleh sampah-sarap yang merosakkan pemandanganyang cantik dan indah. Disebabkan manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan,kita sebagai insan perlu bersungguh-sungguh untuk menampilkan wajah yang baru disulamitekad untuk mempertahankan khazanah yang telah dianugerahi Tuhan. Program negeri bersihrakyat sihat dapat memperteguhkan tali-temali persaudaraan sesama masyrakat yang berbilangkaum tanpa mengenakan sebarang syarat. Agenda kerja yang terancang dan sempurna pasti aka

Incoming search terms:

  • pidato negeri bersih hidup sihat
  • syarahan tentang rakyat sihat negara makmur
loading...

Leave a Reply