Pidato : PENDIDIK BERSAHSIAH PEMANGKIN PENDIDIKAN BERTARAF

PENDIDIK BERSAHSIAH PEMANGKIN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

Apakah maksud sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online, taraf dunia ditakrifkan sebagai terdiri daripada kaliber yang tertinggi di dunia. Pada saya bertaraf dunia bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Dari aspek pendidikan bermaksud apa sahaja yang ada pada negara termaju di dunia juga ada di negara kita. Satu lagi ianya membawa maksud pelengkap kepada negara yang termaju di dunia.

Barisan hakim yang dihormati,

Sidang dewan yang dimuliakan,

Bertitik tolak daripada kenyataan saya tadi, berdirinya saya di sini pada hari ini dengan hasrat menyampaikan sebuah pidato, Pendidik Bersahsiah Pemangkin Pendidikan Bertaraf dunia.

Pendidikan hari ini berfokuskan kepada sekolah yang merupakan institusi yang berperanan membentuk generasi muda ke arah hidup yang bermakna dan berwawasan. Kecemerlangan dalam pendidikan perlu dilihat dari aspek penguasaan ilmu, budi pekerti yang terpuji, pengalaman dan komitmen yang menyeluruh oleh setiap indiividu terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhasrat menjadikan sistem pendidikan negara sebagai bertaraf dunia yang memerlukan tenaga pendidik yang bersahsiah.

Para hadirin sekalian,

Pendidik Berakhlak Pemangkin Pendidikan Berkesan

Bicara saya yang pertama ini ingin menekankan sifat beriman, bertakwa dan berakhlak mulia melahirkan pendidik yang bersahsiah. Pendidik selaku role model kepada pelajar hendaklah dapat menjadi contoh dalam segala ehwal termasuk soal keimanan kerana iman dan takwa merupakan asas yang menentukan segala amalan dan perilaku seseorang itu. Apa yang ingin saya tegaskan, dengan iman dan takwa, seseorang itu dapat menjaga perilaku dan adab sebagai seorang pendidik. Walau sebijak mana seorang pendidik itu, pendidikan yang berkesan tidak akan berlaku jika pendidik itu bersikap kasar terhadap pelajarnya.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

Pendidik Berilmu Pemangkin Pendidikan Bermutu

Bicara saya yang seterusnya mnegaskan pendidik mestilah memiliki ilmu dan kemahiran yang ingin disampaikan. Apa yang saya maksudkan, pendidik tidak boleh bergantung kepada buku teks semata- mata dalam penyampaian pelajaran malah perlu memahami bidang ilmu yang ingin disampaikan kepada para pelajar supaya sebarang soalan atau kekeliruan pelajar dapat diselesaikan tanpa perlu terlalu bergantung pada buku teks dan rujukan. Sesungguhnya, pendidik tanpa ilmu samalah seperti mencurahkan baldi yang kosong pada pokok. Dalam hal ini, kerajaan telah mengorak langkah bagi memastikan pendidikan yang bermutu bagi para bakal pendidik bagi masa akan datang yang berada di instituT- institut perguruan serata Malaysia. Pada 2007, kerajaan telah menubuhkan badan yang bertanggungjawab untuk jaminan kualiti pendidikan tinggi, baik untuk awam dan sektor swasta, iaitu Malaysias Qualification Agency atau MQA. Melalui badan tersebut, para golongan bakal pendidik menerima pelajaran yang mencapai tahap yang standing dengan pengajaran luar.

Sidang hadirin warga kelas budiman,

Pendidik Sistematik Pemangkin Pendidikan Teratur

Bicara saya seterusnya mengenai sifat bijak menguruskan masa merupakan salah satu aspek yang perlu dilihat dalam menjadi pendidik bersahsiah. Pendidik cemerlang seharusnya dapat mengurus masa dengan baik, dapat merancang tindakan dan masa untuk bertindak, cekap melakukan pengagihan tugas dan berusaha sedaya upaya untuk mengelak melakukan pembaziran masa. Pendidik yang cemerlang harus tahu dan lebih efisien dalam menepati masa demi kecemerlangan pelajar. Seseorang itu mestilah mengutamakan pengurusan masa dari pelbagai aspek kerana hal ini dapat menjadikan kehidupan pelajarnya lebih teratur.

SIdang hadirin sekalian,

Pendidik Cemerlang Pemangkin Pendidikan

Bicara terakhir saya menegaskan pendidik cemerlang menyematkan motivasi yang tinggi serta dapat menyediakan diri untuk menjadi role model kepada pelajar dalam pelbagai aspek terutamanya prestasi kerja. Seseorang pendidik mestilah mempunyai minat yang mendalam terhadap tugas dan pengajaran tanpa mementingkan ganjaran yang diterima. Apa yang saya ingin fokuskan ialah seseorang itu hendaklah sentiasa mencari ruang atau peluang untuk meningkatkan kerjaya. Sesungguhnya, mengikut kata- kata ilmuwan, Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin;

Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma dan kebiasaan dalam melaksanakan

tugas-tugas kita yang lazim, rutin dan reasonable kepada yang lain:

yang inovatif dan imaginatif; yang bersifat non-linear,

dan lateral yang menggunakan budaya reflective rationality

dan yang unreasonable

 

Akhirulkalam, pendidikan bertaraf dunia bermula dengan pendidik yang bersahsiah. Sesungguhnya, golongan pendidik bersahsiah bukan sahaja mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan kepada para pelajar malah mencapai objektif kerajaan mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia.

Saya mengakhiri pidato saya pada hari ini dengan ucapan sekian, terima kasih.

Disediakan oleh Muhammad Aiman B Mohd Yazam

PPISMP PSV

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

MALAYSIA KAMPUS BAHASA

ANTARABANGSA LEMBAH

PANTAI, KUALA LUMPUR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

MALAYSIA KAMPUS BAHASA

ANTARABANGSA LEMBAH

PANTAI, KUALA LUMPUR

BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

KERJA KURSUS PENDEK:

PIDATO PENDIDIKAN CEMERLANG MASYARAKAT BERETIKA

NAMA:

MUHAMMAD AIMAN B MOHD YAZAM

NO KAD PENGENALAN:

910830-06-5173

KELAS/ KUMPULAN:

PPISMP PSV/BI/BM

PENSYARAH:

PUAN NORLIZA AHMAD KAMAL

Leave a Reply