Kertas Cadangan Pidato (BADAR)

PENDAHULUAN

Kemahiran berpidato atau berucap di kahalayak ramai adalah satu kemahiran komunikasi yang amat penting untuk seseorang individu berjaya di dalam sesuatu bidang yang diceburinya. Ianya adalah salah satu kaedah untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang amat berkesan kepada sesuatu sasaran yang dikehendaki. Bukan semua manusia mempunyai kemahiran untuk berucap di khalayak ramai. Terdapat di kalangan mereka yang dikurniakan oleh Allah mempunyai kemahiran ini secara semulajadi dan menjadi pemidato yang hebat dan terkenal diseluruh dunia. Akan tetapi mereka yang tidak mempunyai kemahiran berpidato secara semulajadi juga boleh menjadi seorang pemidato yang hebat seandainya didedahkan kepada teknik-teknik pemidato yang baik dan sentiasa membiasakan diri dengan berucap di khalayak ramai.

Di atas perkara tersebut, pihak sekolah cuba mengambil langkah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai ketrampilan berucap di khalayak ramai dengan harapan kemahiran yang diperolehi itu dapat dimanafaatkan untuk kebaikan dan manafaat umat manusia sajagat di masa hadapan.

MATLAMAT

Melahirkan pemimpin yang berketrampilan dalam pidato dan menjadi agen perubahan kepada umat pada masa hadapan.

OBJEKTIF

Mendedahkan kepada pelajar-pelajar teknik-teknik pengucapan yang baik.

Melatih dan membiasakan pelajar-pelajar berucap di kahalayak ramai.

Membentuk dan membina keyakinan diri kepada pelajar-pelajar untuk menyampaikan pendapat di khalayak ramai.

Melatih pelajar-pelajar untuk mencari maklumat-maklumat daripada sumber-sumber maklumat.

4.0PELAKSANAAN

4.1 Masa dan tempat

-Perhimpunan mingguan

Pelajar-pelajar di kehendaki memberi tazkirah di dalam Bahasa Melayu selama 10 minit secara bergilir-gilir. Tumpuan adalah untuk pelajar-pelajar Ting. 3 sahaja.

Setiap hari Jumaat

Masa yang dicadangkan adalah setiap hari Jumaat bermula jam 2.30 4.00 petang. Tempat adalah di dalam kelas masing-masing. Setiap kelas akan digilirkan untuk menyampaikan pidato di dalam tiga bahasa dengan mengikut putaran sebanyak tiga minggu.

Jadual Putaran yang dicadangkan :

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Bahasa Arab

Minggu 1

Ting. 1

Ting.2

Ting.3

Minggu 2

Ting. 3

Ting.1

Ting.2

Minggu 3

Ting. 2

Ting.3

Ting.1

4.2Kumpulan

-Pelajar-pelajar akan diberikan giliran untuk menyampaikan pidatonya mengikut kumpulan masing-masing.

-Tajuk ucapan akan diberikan kepada pelajar-pelajar sebulan sebelum hari menyampaikan ucapan. Guru-guru akan menyediakan teks ucapan mengikut tajuk yang telah diberi.

-Pelajar-pelajar hendaklah menghafaz teks ucapan yang telah mereka sediakan. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membaca teks ucapan.

– Pelajar-pelajar akan diberikan giliran untuk menyampaikan ucapan. Masa untuk menyampaikan ucapan ialah selama 10 minit.

5.0KANDUNGAN SYARAHAN

1.Pendahuluan

Ucapan salam, pujian kepada Allah Taala dan selawat kepada Rasulullah S.A.W.

2.Kata-kata aluan

Tuan Pengerusi, Pengetua, Guru-guru, tetamu-tetamu, teman-teman

seperjuangan dan lain-lain.

3. Tajuk Syarahan

4.Huraian dengan hujah-hujah dan fakta-fakta

i. Al-Quran

ii. Hadis

iii. kata-kata ulama dan hukama

iv. sejarah (jika berkaitan)

v. Cerita dari Al-Quran dan Sirah

5.Penyampaian

i. Intonasi Suara

ii. Bahasa yang baik dan tersusun

iii. Humor (lawak yang sederhana)

iv. Gaya dan bahasa badan

v. Kesimpulan

vi. Penutup

5.0KESIMPULAN

Semoga dengan terlaksananya program ini, ianya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan untuk berucap di khalayak ramai. Persaingan yang begitu hebat pada masa kini untuk merebut jawatan-jawatan di dalam sektor kerajaan dan swasta memerlukan pelajar-pelajar menyiapkan diri mereka dengan nilai tambah yang dapat membantu mereka pada masa hadapan. Di samping itu juga, yang terpaling penting adalah diharapkan dari program ini dapat melahirkan barisan kader-kader dan pelapis-pelapis dai di dalam usaha ABIM untuk melahirkan generasi khaira ummah pada masa hadapan.

Leave a Reply