Cth Pidato Spontan : Bersukan Merupakan Aktiviti Riadah Yang

 Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.

            Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.

            Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

            Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan  permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

            Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.

        Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.

Assalamualaikum w.m.h salam sejahtera, salam perpaduan.

Berdirinya saya di sini pada hari ini adalah untuk sama-sama membawa minda hadirin merenung seketika tentang tajuk dan kupasan pidato yang akan saya utarakan iaituSayangi warga emas

Sebelum bahtera kata berlayar ke lautan bicara terlebih dahulu izinkan saya mentakrifkan tajuk pidato agar mudah difahami. Sayang ungkapan yang cukup puitis lazimnya ditujukan kepada orang yang kita kasihi atau mereka yang sedang bercinta. Manakala warga emas merupakan kategori penduduk malaysia yang berumur 60 tahun ke atas , Mengikut definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu warga emas golongan berusia 65 tahun ke atas.
Istilah warga emas lebih sesuai diguna pakai kerana ia memberi imej yang berharga dan dihormati kepada golongan warga tua.

Kehadiran warga emas dalam sesebuah keluarga selalu dikaitkan dengan kesusuhan apatah lagi kebanyakan warga emas mengalami masalah kesihatan dan tidak berupaya mengurus diri sendiri . Ada juga warga emas yang mengalami penyakit lumpuh, Alzheimer, atau pelbagai penyakit lain. Kesusahan ini memaksa ahli keluarga warga emas bertindak diluar tabii dengan menghantar mereka ke rumah seri kenangan atau tempat jagaan orang-orang tua manakala anak-anak atau cucu-cucu mereka sibuk mencari harta.

Hadirin hadirat sekalian,
7 peratus daripada 25 juta rakyat Malaysia terdiri daripada warga tua atau warga emas. sebenarnya Warga emas merupakan aset penting negara dan hakikat ini tidak boleh disangkal, sebaliknya ia perlu dimanfaatkan. Walaupun sudah semakin berusia rambut pun semakin putih namun, sumbangan bagi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara menerusi pengalaman, kepakaran serta kemampuan boleh terus dihulurkan tidak hairanlah peribahasa ada menyebut mereka makan garam terlebih dahulu daripada kita. Golongan warga emas sememangnya kaya dengan pelbagai pengalaman yang diperoleh dan dipupuk melalui pendidikan awal, hidup berkeluarga, berkerjaya dan bersosial.

Hadirin dan Hadirat teruskan membuka minda,

Mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berpendapat amat merugikan jika kita tidak memanfaatkan sepenuhnya pengalaman warga emas untuk dijadikan panduan hidup
Selain itu kita telah dididik untuk sentiasa menghormati dan menyayangi warga emas serta menjaga tutur kata, tingkah laku dan bersopan. Amat wajar kita mempertingkat dan memperhebatkan sifat serta nilai murni ini agar terus kekal dan menjadi amalan harian generasi muda.
Jadilah seorang yang prihatin, mengasihi dan menyayangi golongan warga emas yang telah menabur budi serta berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara. Pihak berwajib sentiasa prihatin terhadap golongan tua dan sebagai bukti Bantuan kewangan Warga emas.diberikan untuk menjamin warga emas menikmati kehidupan selesa

Hadirin Hadirat yang dikasihi sekalian,

Menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat, kerajaan juga mahu keluarga sendiri bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan dan kesejahteraan warga emas dalam keluarga mereka. Menghantar warga emas ke rumah kebajikan hanya wajar dilakukan sebagai jalan terakhir, bukan pilihan utama.
Khidmat Bantu di Rumah turut disarankan kerajaan. Ia membantu warga emas tinggal bersama ahli keluarga atau terus tinggal dalam komuniti dengan mendapat khidmat sokongan menerusi pekerja sukarela terlatih. .Program itu akan berkesan jika ramai individu ikhlas dan sukarela membantu warga emas, sekali gus menyemarakkan konsep masyarakat penyayang dan kebajikan tanggungjawab bersama.Bahtera sudah sampai ke pelabuhanya,
Sebelum menlabuhkan tirai pidato saya, petiklah kesimpulan dari gagasanya untuk renungan dan reformasi bersama:

1. Warga emas merupakan asset berharga kepada negara
Jangan dipersiakan pengalaman dan pandangan mereka.
2. Pelbagai usaha kerajaan lakukan untuk memartabatkan warga
Emas dan menghargai jasa mereka.
3. Sebagai pendokong aspirasi Negara sayangilah warga emas.

Sekian Wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Sekian terima kasih.

Pada zaman ini,segala kelengkapan telah dinaik taraf dan pembangunan serta ekonomi semakin maju setaraf dengan negara luar.Kemudahan infrastruktur telah dipelbagaikan demi mencapai keselesaan rakyat Malaysia. Namun,disebalik pembangunan negara yang semakin pesat ini,masih ada lagi golongan remaja yang berfikiran sempit dang sering kali melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat.Masa lapang sepatutnya terisi dengan aktiviti yang berfaedah dan masa amatlah penting bak kata pepatah Masa Itu Emas.Masa tidak sepatutnya terbuang begitu sahaja kerana masa yang terbuang tidak mungkin boleh diulang.

     Pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan oleh golongan remaja untuk mengisi masa lapang antaranya ialah dengan beriadah.Dengan beriadah,seseorang remaja itu dapat mengekalkan kekuatan dan kesihatan tubuh badan.Sekiranya badan kuat dan sihat,golongan remaja dapat memberi bantuan dalam bentuk tenaga kerja seperti membantu ibu bapa dan keluarga dalam menguruskan hal di rumah dan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa.Selain itu,sikap tanggungjawab dan bekerjasama dapat disemai dalam diri setiap remaja dan melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.

      Seterusnya,golongan remaja boleh mengisi masa lapang dengan menimba ilmu yang merangkumi pelbagai bidang tidak kira samada di sekolah,kelas tambahan,kolej mahupun hanya di rumah.Dengan cara ini,masa lapang dapat digunakan dengan penuh manfaat.Sekiranya remaja rajin menimba ilmu,nescaya banyak pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh.Golongan remaja yang seperti ini akan dihormati dan disenangi oleh ahli keluarga dan masyarakat.

     Selain itu,remaja perlu melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang sering kali dianjurkan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak yang mewakili kebajikan masyarakat.Hal ini dapat meningkatkan serta mengukuhkan ikatan ukhwah sesama anggota masyarakat dan mengeratkan perpaduan dalam negara..Golongan remaja perlu menjadi pelapis bagi generasi yang prihatin akan kesusahan dan kesempitan hidup orang lain.

     Remaja juga boleh melibatkan diri dengan kerja-kerja sampingan dan mengambil upah bekerja bagi menambah wang perbelanjaan.Remaja juga boleh menyimpan wang yang diperoleh di dalam akaun simpanan untuk kegunaan masa hadapan.Dengan ini,beban yang ditanggung oleh ibu bapa dapat diringankan.Wang yang diperoleh juga boleh digunakan untuk tujuan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang tertentu di samping dapat merehatkan serta menenangkan fikiran.Selain itu,dengan aktiviti lawatan yang dijalankan remaja dapat menambah ilmu pengetahuan dan meluaskan pengalaman serta menyemai semangat patriotik dan cinta akan alam sekitar.

    Konklusinya,setiap remaja mesti bijak membahagikan masa agar masa tidak terbuang begitu sahaja.Remaja yang tidak menghargai masa akan merugukan diri sendiri dan mudah terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat.

Pepatah melayu ada menyebutkan:"Orang berbudi kita berbahsa ,orang memberi kita merasa" cukup sinonim dan sering digunakan dalam masyarakat kita. Ia mempercayai maksud yang tersurat, malah menjadi pedoman kepada generasi masa kini dan akan datang, agar benar-benar memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Jika ia tidak diamalkan, maka runtuhlah budaya, runtuhlah bangsa.

Amalan berbudaya bahasa menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain,contohnya orang muda menghormati orang tua, anak menghormati ibu bapa, murid menghormati guru. Dengan jelasnya kita dituntut menghormati orang tua dan menyayangi oranga muda.

Dewasa ini terdapat di kalangan masyarakat kita semakin luntur nilai-nilai budaya bahasa. Ini disebabkan oleh tuntutan mengajar kebendaan, pangkat hingga menafikan nilai-nilai murni. Dengan terhakisnya nilai-nilai murni menyebabkan masyarakat luntur akhlaknya.

Gejala tidak menghormati orang tua akan membawa kepada kesan buruk seperti wujud perasaan dendam, kasar, tidak segan silu melakukan perkara-perkara buruk, tutur bahasa yang kasar dan tidak sopan. Ini semua berlaku akibat terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak sihat, terikut-ikut dengan budaya barat sehingga lupa kepada nilai-nilai murni dan adat resam ke timur yang akhirnya mempengaruhi imej, watak dan penampilan diri seseorang

Mengamalkan budaya bahasa yang baik dan nilai-nilai murni mencerminkan seseorang itu memiliki budi pekerti tinggi. Setiap tuturkata akan menggambarkan perilaku seseorang itu, jika baik tutur katanya, maka akhlak dan perilakunya juga baik, sebaliknya jika buruk tutur katanya maka buruklah akhlaknya seperti kata-kata syair:

"Tegak rumah kerana sendi,

Rosak sendi rumah binasa,

Tegak bangsa kerana budi,

Rosak budi runtuhlah bangsa".

"Bahasa melambangkan bangsa". Justeru ia perlu diterapkan dalam apa jua keadaan dan masa agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai yang terbaik. Kita hendaklah membudayakan budi bahasa samada ditempat kerja, jalan raya, rumah dan masjid. Kita juga perlu sentiasa mempamerkan imej diri yang positif dalam segala tindakan samada cara berfikir, melahirkan perasaan, pertuturan dan perlakuan. Hanya dengan cara itulah kita dapat membentuk satu budaya kerja yang menetap dan berkesan.

Jika suasana ini dapat diwujudkan, maka kemesraan akan wujud, saling hormat-menghormati antara satu sama lain, tanpa memperkecilkan dan meremehkan pandangan orang lain.

Kesimpulannya, untuk memastikan amalan berbudi bahasa ini subur dalam setiap masyarakat pada setiap masa, maka marilah sekalian umat supaya dapat memainkan peranan masing-masing. Setiap ibu bapa adalah model dan sewajarnya menunjolkan sikap yang terbaik ketika mana ia berkomunikasi dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menyamai sikap berbudi bahasa yang cemerlang samada percakapan atau perbuatan.

Peranan media massa diharapkan dapat memainkan peranan penting ke arah melahirkan budi bahasa yang unggul dan membanggakan. Ini boleh direalisasikan dengan penyebaran drama-drama television yang berkualiti dari segi penggunaan bahasa yang baik, jalan cerita yang menampilkan kehebatan nila-nilai murni yang tinggi, di samping tidak menyiarkan iklan-iklan yang menjolok mata dan menggunakan bahasa yang tidak sopan. Pemantauan hendaklah dilakukan dengan lebih berkesan dari semasa ke semasa untuk memastikan budaya berbudi bahasa dapat dihayati oleh masyarakat.

Menjaga kebersihan merupakan satu amalan yang penting dalam kehidupan kita. Lazimnya, kebersihan perlu disemai sejak dari kecil maka, ibu bapalah yang yang memainkan peranan yang penting dalam mengasuh anak-anak untuk menjaga kebersihan sama ada kebersihan diri atau kebersihan alam sekitar.

Dengan menjaga kebersihan, kesihatan kita akan terjamin. Kita tidak mudah mendapat penyakit dan mengelakkan penyakit merebak terhadap orang lain. Penyakit-penyakit berjangkit dapat dihindari sekiranya alam persekitaran sentiasa mengekalkan kebersihan. Misalnya kebersihan yang perlu dilakukan khususnya atas makanan dan tempat tinggal persekitaran.

Di samping itu, senario kebersihan juga akan membentuk otak yang cergas dan badan yang sihat. Dengan adanya badan yang sihat, kita bebas daripada sebarang penyakit. Pelajar mudah belajar dan memahami sesuatu pelajaran yang diajar oleh guru, jadi, lebih mudah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Badan kita yang cerdas membolehkan kita aktif dalam pelbagai lapangan terutama dalam arena sukan. Sekiranya kita menjaga kebersihan, dapatlah kita menonjolkan imej atau perawakan yang menarik. Imej kita dipandang tinggi dan bersih. Ini memudahkan kita bergaul dengan orang ramai. Misalnya, dari segi pemakaian pakaian dan kebersihan diri kita dalam kehidupan seharian.

Selain itu, menjaga kebersihan juga penting dalam memberi keselesaan hidup atas tempat tinggal mahupun alam persekitaran. Kawasan yang bersih akan memberikan sejuk mata memandang. Oleh itu, tidak rugi kita menjaga kebersihan. Kita dapat menghindarkan serangan nyamuk, lalat dan perosak-perosak lain. Kehidupan kita sentiasa akan selesa tanpa sebarang gangguan.

Amalan kebersihan haruslah dilaksanakan setiap masa supaya terhindar daripada sebarang penyakit. Kita juga akan menjadi bangsa yang sentiasa dihormati dan disanjungi tinggi dengan adanya pendedahan terhadap kepentingan kebersihan. Justeru itu, konsep menjaga kebersihan perlu disemai dan diperturunkan daripada generasi ke generasi yang lain. Kata-kata hikmat, Negara Bersih, Rakyat Sihat; Badan sihat, otak cergas.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Identiti negara kita terserlah melalui pelbagai kemajuan dalam pelbagai aspek. Hakikatnya, penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara mampu meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang disegani di persada dunia. Lima prinsip Rukun Negara, iaitu, Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan seharusnya dijunjung oleh rakyat Malaysia pada setiap masa. Terdapat pelbagai kepentingan rakyat menghayati Rukun Negara.

Prinsip Rukun Negara yang pertama; Kepercayaan kepada Tuhan; menjadi asas kepada pembentukan identiti Malaysia. Hal ini demikian kerana pengwujudan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu bermula dengan kepercayaan terhadap Tuhan. Malah, sahsiah diri setiap insan dapat dibentuk hanya jika individu tersebut mempercayai kewujudan Tuhan. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa ajaran setiap agama di Malaysia berbeza dan mempunyai keistimewaan yang berlainan. Namun begitu, jika diteliti, ternyata ajaran setiap agama menjurus kepada pembentukan manusia yang sempurna, terutamanya dari segi rohani dan sahsiah diri. Maka, sekiranya hendak melahirkan masyarakat Malaysia yang bersahsiah unggul, kita harus mengamalkan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.

Seterusnya, prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Walaupun prinsip pertama Rukun Negara berasaskan pengamalan serta penerapan kepercayaan terhadap Tuhan, tetapi prinsip kedua pula adalah berdasarkan kepatuhan yang berkekalan kepada raja dan negara. Prinsip ini seharusnya disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia supaya keamanan, keselamatan serta kedamaian negara kita sentiasa terpelihara. Kesetiaan kepada raja amat penting demi mempertahankan warisan kesultanan di negeri-negeri Melayu sejak sebelum era kemerdekaan. Pada masa yang sama, kita perlu mencurahkan taat setia kita terhadap negara demi mengelakkan keganasan serta keadaan yang tidak diingini  berlaku di Malaysia. Situasi ini membuktikan betapa pentingnya penghayatan terhadap prinsip kedua Rukun Negara.

Prinsip Rukun Negara yang ketiga berbunyi Keluhuran Perlembagaan. Pemimpin Malaysia sentiasa menyeru rakyat Malaysia agar perlembagaan Malaysia dipertahan dan tidak dipertikai oleh mana-mana pihak dalam apa jua keadaan. Prinsip ini penting kerana perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan setiap warganegara Malaysia tanpa mengira kaum mahupun bangsa. Walaupun perlembagaan Malaysia meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama-agama lain masih boleh dianuti oleh penduduk di Malaysia. Begitu juga dengan pelbagai aspek lain seperti bahasa rasmi negara serta ketuanan masyarakat Melayu. Kebebasan setiap aspek tersebut masih terpelihara dan disebut dengan jelas dalam perlembagaan Malaysia. Oleh itu, kemurniaan perlembagaan Malaysia sememangnya penting dan bertepatan dengan prinsip Rukun Negara yang ketiga.

Prinsip Rukun Negara yang keempat dan kelima pula ialah Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Para sejarawan sememangnya menegaskan bahawa ketamadunan sesebuah masyarakat tidak harus diukur berdasarkan pencapaian lahiriah semata-mata, tetapi harus disertai dengan pencapaian rohaniah dan kesusilaan yang tinggi. Oleh itu, wujudlah prinsip Rukun Negara yang keempat dan kelima. Sejarah Tamadun China membuktikan bahawa masyarakat yang sempurna hanya dapat diwujudkan melalui undang-undang. Pada masa yang sama, keharmonian dan perpaduan masyarakat di Malaysia hanya dapat dipelihara jika setiap rakyat di negara ini bersopan-santun, berbudi bahasa dan bertoleransi. Maka, suasana harmoni di negara kita dapat dikekalkan sekiranya kita mengamalkan undang-undang dan etika-etika yang positif. Keadaan ini sesungguhnya membuktikan kepentingan kedua-dua Prinsip Rukun Negara yang terakhir.

Intihanya, sememangnya terdapat pelbagai kemaslahatan rakyat Malaysia untuk menghayati Rukun Negara. Oleh sebab itu, semua pihak, terutamanya ibu bapa, media masa, pihak sekolah dan pihak kerajaan harus berganding bahu dan melaksanakan obligasi masing-masing demi memastikan generasi muda kini faham dan mengamalkan kelima-lima prinsip Rukun Negara. Jika hasrat ini berjaya dilaksanakan, tidak mustahil negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Semoga dengan pencapaian hasrat ini, negara kita mampu merealisasikan Wawasan 2020 dan terkenal di seantero dunia

Bangsa membaca bangsa berjaya sering menjadi cogan kata sesuatu majlis ilmu tetapi rakyat negara ini masih terbelakang dalam aspek pembacaan. Kita dikatakan hanya membaca satu buku sahaja setahun.Masyarakat kita memang tidak suka membaca kerana menganggap aktiviti ini sebagai membosankan. Kajian menunjukkan bahawa rakyat negara ini hanya membaca sebuah buku setahun berbanding negara-negara lain yang boleh mencecah 8 buku setahun. Keadaan ini sudah pasti amat memalukan kita semua kerana ketika kita mahu dianggap sebuah negara maju, kadar pembacaan kita terlalu rendah. Agaknya elok kita menilai keutamaan kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani kemelut ini ialah kerajaan menurunkan harga buku terutama buku ilmiah. Penurunan harga ini membolehkan lebih ramai membeli dan dapat membaca. Harga buku yang rendah turut menyebabkan seseorang dapat membuat rujukan lebih banyak buku terhadap sesuatu perkara. Ketika ini, harga buku yang terlalu mahal menyebabkan masyarakat menganggap membeli buku sebagai satu kerja membazir dan berbau golongan atasan.

Tambahan itu, kerajaan harus memberikan banyak insentif kepada penerbit atau syarikat buku untuk menghasilkan lebih banyak buku. Insentif dalam bentuk pengecualian cukai, keuntungan dan pemberian permit penerbitan harus diberikan tanpa sebarang gangguan birokrasi. Pemberian ini akan menyebabkan lebih banyak penerbit baru muncul kerana mereka yakin perniagaan mereka akan mengaut keuntungan.

Selain itu, pembukaan lebih banyak pembukaan perpustakaan akan memberi galakan kepada masyarakat untuk membaca. Kewujudan perpustakaan menyebabkan seseorang senang untuk mendapatkan ruang untuk membaca. Tiada lagi alasan untuk tidak membaca kerana ketiadaan perpustakaan terutama di kawasan pedalaman. Perpustakaan bergerak juga harus ditambah dengan drastik kerana perpustakaan ini mampu menjalankan peranannya dengan berkesan terutama di kawasan yang padat penduduk dan terlalu jauh.

Kesan positif yang timbul ialah seseorang yang banyak membaca itu akan mengetahui banyak perkara baru. Ilmu yang mereka peroleh dapat digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran berfikir seseorang turut meningkat dengan baik. Mereka juga mampu melihat dan membandingkan sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam dan objektif. Keadaan ini memudahkan mereka untuk membuat keputusan yang betul dalam tindakan mereka.

Manakala pembacaan untuk pelajar memudahkan mereka untuk menjawab dengan baik dalam peperiksaan. Pembacaan yang mendalam menyebabkan pelajar itu memahami sesuatu perkara dengan lebih meluas. Idea dan kebolehan untuk memahami sesuatu soalan berkait rapat dengan kadar pembacaan seseorang pelajar tersebut. Kejayaan sudah pasti akan mereka peroleh dalam peperiksaan yang diduduki oleh mereka.

Kesimpulannya, pembacaan seharusnya menjadi sebahagian daripada kehidupan kita yang tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Membaca juga perlu dijadikan aktiviti sihat bersama-sama keluarga. Ibubapa harus memberi teladan yang jelas dalam aspek ini kerana biasanya anak-anak akan mengikut jejak langkah orang tua mereka. Mungkin selepas ini kita semua akan membaca?

  Isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar kerap menjadi bahan perbincangan dalam surat khabar. Hal ini kerana alam sekitar negara kita sudah semakin tercemar. Pada pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar ini tidak boleh dipandang ringan. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan menjaga alam sekitar.

          Antara kebaikan menjaga alam sekitar ialah alam sekitar akan menjadi bersih. Oleh itu, semua lapisan masyarakat mestilah mengamalkan nilai-nilai murni supaya kebersihan alam sekitar dapat terus terjaga. Alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keindahan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih juga akan memberikan ketenangan jiwa kepada kita.

          Selain itu, alam sekitar yang dijaga dengan baik juga dapat mengelakkan daripada berlakunya pencemaran alam sekitar. Terdapat beberapa pencemaran yang sering berlaku seperti pencemaran sungai dan pencemaran udara. Pencemaran alam sekitar yang berlaku akan mendatangkan pelbagai masalah kepada diri sendiri, orang awam dan pihak kerajaan. Oleh itu, jika ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, aduan hendaklah dibuat segera kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar.

          Jika kita menjaga alam sekitar dengan baik, pasti kita hidup dalam keadaan yang sihat dan gembira. Sesungguhnya, alam sekitar yang kotor boleh mendatangkan penyakit kepada kita kerana banyak binatang perosak suka tinggal di kawasan yang kotor. Antara binatang yang suka tinggal di tempat yang kotor ialah tikus, lipas dan nyamuk. Jika kita hidup dalam keadaan yang sihat, pasti kehidupan kita akan lebih bahagia dan gembira.

          Di samping itu, alam sekitar yang bersih dapat memajukan sektor pelancongan negara. Sektor pelancongan negara amat penting kepada negara kerana sekiranya sektor pelancongan maju maka secara tidak langsung ekonomi negara juga akan turut maju. Sebagai contoh, apabila alam sekitar bersih dan cantik, pasti ramai pelancong akan datang ke negara kita. Kehadiran pelancong ini akan menambahkan pendapatan negara seterusnya dapat memajukan negara.
          Alam sekitar yang bersih juga akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam membersihkan alam sekitar yang kotor. Projek membersihkan alam sekitar yang kotor memerlukan perbelanjaan yang banyak. Jika alam sekitar bersih, maka kerajaan boleh menggunakan wang tersebut untuk membina sekolah, dewan orang ramai dan kemudahan awam yang lain. Selain itu, kerajaan juga boleh menumpukan sepenuh usaha dan tenaga ke arah pembangunan negara.

          Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa kebaikan menjaga alam sekitar agar sentiasa bersih dan ceria. Alam sekitar yang kotor akan mendatangkan kesan negatif kepada negara. Pada pendapat saya, semua pihak mesti memainkan peranan dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Sesungguhnya, alam sekitar yang bersih dan ceria akan menjadikan Malaysia bertambah makmur dan maju.

Kepercayaan kepada Tuhan,Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan,Kedaulatan undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Lima prinsip Rukun Negara yang diwujudkan ini adalah dibentuk berdasarkan acuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga agama.Memetik kata-kata mantan perdana menteri kedua Malaysia,Tun Abdul Razak Hussein Rahsia kesempurnaan Rukun Negara adalah pada amalannya.Tanpa amalan Rukun Negara akan menjadi secebis dokumen yang tidak mempunyai makna.

Terima kasih diucapkan kepada nakhoda pimpinan majlis yang berwisi,Tuan pengerusi majlis yang dihormati,kombinasi kehakiman yang berintergriti,seterusnya sidang hadirin yang dikasihi.Salam sejahtera dan salam perpaduan 1Malaysia.Berdirinya saya disini dengan penuh iltizam,ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana malelui mauduk pidato yang berbunyi Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia

Sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengalun bicara saya mewartakan dengan lebih jelas pendefinisian Rukun Negara. Rukun negara adalah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan,kebudayaan,ekonomi,politik dan perundangan.

Hadirin yang penuh santun,

Rukun negara terbentuk ekoran daripada peristiwa 13Mei 1969 setelah berlaku rusuhan kaum yang menggugat keamanan dan keutuhan negara.Hasil pemikiran Majlis Perundingan Negara(MPN) yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak Hussein maka lahirlah Rukun Negara sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni.

Menurut Tun Abdul Razak Adalah mustahak Rukun Negara bukan sahaja difahami oleh setiap rakyat , tetapi juga diamalkan dengan sepenuhnya dan segala hikmat-hikmat yang terkandung di sebalik tiap-tiap perkataan dan kalimat Rukun Negara itu benar-benar menjadi darah daging.Oleh itu bagi merungkaikepentingan rukun negara dan membuktikan kemampuannya,5 perspektif hujah saya unjurkan.

Hadirin sekalian,

Hijab pidato ini saya buka dengan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.Albert Einstein pernah berkata, agama tanpa ilmu itu lumpuh, ilmu tanpa agama itu buta.Nah,terbuktilah bahawa agama amat penting dalam kehidupan manusia. Agama dijadikan pegangan utama rakyat Malaysia kerana ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang,sesuatau bangsa dan juga negara.Perlembagaan persekutuan telah memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan bebas di negara kita sekaligus membuktikan bahawa rakyat negara ini mengamalkan sikap toleransi yang tinggi kerana tidak membeza-bezakan warganya.

Pendengar yang penuh santun,

Hujah saya yang kedua di bawah lembayung kata Prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan negara amat penting diamalkan bagi melahirkan rakyat yang taat setia kepada pemerintah dan negara. Setiap warganegara haruslah menumpukan sepenuh taat setia kepada raja dan negara kerana Raja lambang perpaduan negara.sumpah taat setia kepada raja dapat mengelakkan sesetengah rakyat di negara ini menggunting dalam lipatan atau menangguk di air yang keruh demi kepentingan diri sendiri.perkara buruk seperti rusuhan kaum dapat dielakkan jika rakyat mematuhi prinsip kedua ini sekaligus menjamin kestabilan negara yang berterusan.

Keluhuran perlembagaan adalah prinsip ketiga dalam rukun negara.Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima,mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan perlembagaan negara keran perlembagaan negara merupakan sumber perundangan yang tertinggi.Rakyat perlu sedar bahawa Perlembagaan negara berfungsi untuk melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.Nah,sudah terang lagi bersuluh,sudah tentulah setiap pesalah akan dikenakan tindakan tanpa mengira darjat dan sebagainya.

Hadirin sekalian,

Beralih kita kepada hujah saya yang keempat adalah bedasarkan Prinsip kedaulatan undang-undang.Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman,stabil dan makmur sekaligus menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan lancar dan teratur tanpa sebarang kekacauan.Hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang dan perkara-perkara seperti mana yang dijamin oleh perlembagaan.Sesiapa pun yang didapati bersalah akan mendapat hukuman yang setimpal bertepatan dengan aforisme, ular dipukul jangan mati,kayu pemukul jangan patah,tanah dipalu jangan lembang.

Kesopanan dan kesusilaan adalah prinsip terakhir dalam rukun negara selaras dengan hujah saya yang terakhir pada hari ini.Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang yang bertujuan untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila.Pengamalan prinsip ini membolehkan rakyat berbilang kaum di negara ini mengamalkan sikap saling menghormati dan menjaga hubungan baik antara satu sama lain. Justeru,tidak wajar sesuatu kaum membangkitkan isu yang dianggap sensitif agar ketenteraman rakyat sentiasa terpelihara.

Tidak hairanlah hadirin sekalian, jika suatu hari nanti generasi akan datang saling mengejek antara kaum, saling membenci antara agama dan saling menghina antara bangsa,jika kita sendiri tidak mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan kita. Bahkan jangan kita terkejut sekiranya peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali jika kita bersikap nafsi. Oleh itu hadirin sekalian, bukalah mata dan minda sama-sama kita memulakan anjakan paradigma dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai panduan hidup kita. Persoalannya, untuk mengejar harta duniawi, haruskah kepentingan negara menjadi taruhan? Tepuk dada tanya minda, tepuk dahi fikirlah sendiri.

Definisi buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara. Sebagai contoh, buah-buahan tempatan negara kita ialah manggis, durian, tembikai dan sebagainya. 

Buah-buahan tempatan banyak mengandungi khasiat yang setanding dengan buah-buahan yang diimport. Contohnya, buah jambu batu mengandungi vitamin C dan buah limau mengandungi asid yang boleh menghadamkan makanan yang kita makan. 

Buah-buahan tempatan juga mudah didapati kerana hasil dari dalam negara kita. Oleh sebab itulah, buah-buahan tempatan didapati lebih segar dan tidak mengandungi bahan pengawet. Buah-buahan ini banyak dijual di gerai buah-buahan di seluruh negara. 

Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan juga lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan import. Ini kerana buah-buahan tempatan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dipasarkan seperti kos pengangkutan berbanding buah-buahan yang diimport.

Buah-buahan tempatan juga telah pun berjaya dieksport keluar negara. Contohnya buah nanas yang ditinkan telah dieksport keluar negara seperti Arab Saudi, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan buah-buahan tempatan juga digemari dan dipercayai daripada segi mutunya. 

Kesimpulannya, mengambil buah-buahan tempatan sangat banyak faedahnya. Selain segar, murah, berkhasiat dan bermutu, mengambil buah-buahan tempatan juga dapat meningkatkan pendapatan para petani. Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan sebagai buah-buahan pilihan kita. 

"Aku Anak Malaysia Merdeka" sememangnya bertuah di lahirkan di bumi yang aman dan makmur. "Aku Anak Malaysia Merdeka" membesar ketika negara membangun dengan pesat. "Aku Anak Malaysia Merdeka" akan berbakti kepada negara. "Aku Anak Malaysia Merdeka" lahir dengan penuh kemewahan dunia, tanpa melalui kekejaman dan segala bentuk penindasan. "Aku Anak Malaysia Merdeka" bertuah kerana dapat menikmati segala kemudahan yang ada. 

Janganlah kita leka kerana di luar sana banyak mata-mata sedang mengintai peluang yang ada. Bersyukur dan hargailah usaha para pejuang yang maut di medan perang bagi menegakkan maruah bangsa dan negara. Tahun ini, kita akan menyambut dan meraikan dua kemenangan dalam 1 masa. Pertama ialah Hari Kemerdekaan dan yang Kedua ialah Hari Raya Aidilfitri. Kemenangan dalam memperjuangkan hak negara dan juga kemenangan melawan nafsu. 

Semangat patriotisme perlu di tanam dalam diri, kibaran Jalur Gemilang adalah simbol kebanggaan sebagai "Aku Anak Malaysia .Haruslah semangat kerana "Aku Anak Malaysia Merdeka". Bayangkan kalau kita berada di Palestin. Hidup dalam ketakutan, hidup sebagai pelarian. Jadi bersyukurlah dengan kehidupan kita yang aman tenteram. Zahirkan semangat cinta terhadap tanah air. Sama-sama mempertahankan negara. Berpegang pada konsep bersatu padu bercerai roboh.

Sebagai tanda sokongan, aiNa join contest "Aku Anak Malaysia Merdeka" ini. Maklumat lanjut "Aku Anak Malaysia Merdeka" anjuran Dezaman, klik Bendera di atas. Jom join ramai-ramai sebelum 16 September 2011. Ada hadiah.. (^^,) Sangat menarik okay.~! Sempat lagi korang nak mengarang ayat sambil makan ketupat rendang (^__^).

aiNa tag mereka yang Awesome.~!

Di malaysia, warga tua sering dibiarkan dan ditempatkan di rumah orang-orang tua. Definisi warga tua ialah  orang yang berusia 60 tahun ke atas. Mereka ini sering dibiarkan sendirian oleh anak-anak walaupun terang lagi bersuluh bahawa tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa ialah tanggungjawab seorang anak. Mereka yang mempunyai kerjaya sering menghantar ibu mereka ke rumah kebajikan untuk melepaskan diri mereka daripada tanggungjawab. Adakah tindakan insan yang berjaya ini wajar? Mereka sepatutnya lebih peka terhadap keperluan ibu bapa mereka yang telah lanjut usia berbanding mengejar harta dunia yang tidak akan kekal lama. Oleh itu, terdapat pelbagai keperluan yang diperlukan oleh warga tua.

Perhatian dan kasih sayang daripada anak-anak merupakan salah satu keperluan warga tua. Hal ini demikian kerana, kebanyakan warga tua hidup bersendirian selepas salah satu pasangan meninggal. Mereka ini bersifat sensitif dan mudah terasa apabila di pinggirkan dan dibiarkan oleh anak-anak tanpa bertanya khabar .Dengan kehadiran anak-anak dan cucu, kekosongan dalam hidup warga tua itu dapat diisi. Mereka tidak menginginkan harta atau apa-apa kerana mereka hanya menginginkan perhatian dan kasih sayang daripada anak-anak dan cucu. Anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua atas alasan sibuk bekerja dan tiada masa untuk diluangkan bersama adalah anak-anak yang tidak mengenang jasa. Walaupun, di rumah orang-orang tua mereka terjaga dan terdapat kemudahan yang lengkap , namun jauh di sudut hati mereka inginkan layanan dan kasih sayang daripada anak-anak sendiri. Oleh itu, perhatian dan kasih sayang merupakan keperluan utama warga tua.

Seterusnya, mereka memerlukan tempat tinggal yang selesa untuk didiami. Hal ini demikian kerana rumah yang sudah usang seperti dinding berlubang, atap bocor, lantai berlubang dan sebagainya mengundang pelbagai jenis binatang atau serangga berbisa. Keadaan rumah seperti ini tidak sepatutnya didiami oleh warga tua kerana boleh mengancam nyawa mereka. Sebagai warga komuniti yang perihatin, kita boleh membuat kerja amal untuk membersihkan rumah warga tua dengan bantuan agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Bantuan yang di berikan dapat meringankan beban warga tua seperti, makanan, tilam, kerusi roda bagi yang tidak berkemampuan untuk berjalan dan sebagainya untuk meneruskan kelansungan hidup. Dengan itu, keselesaan warga tua amat penting untuk menjamin kehidup yang lebih bermakna bagi mereka.

Seterusya, mereka juga memerlukan teman berkomunikasi untuk meluahkan perasaan. Hal ini demikian kerana, kebanyakan warga tua tinggal bersendirian dan tiada teman untuk berbicara dan berkongsi rasa. Mereka juga seperti insan muda yang inginkan teman untuk berbual dan bercerita. mereka kadang kadang ingin meluahkan  kekecewaan mereka terhadap anak-anak mereka kerana alpa dengan tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa ketika tua. Mereka tiada tempat untuk mengadu jika sakit, tiada suara untuk menenangkan mereka ketika menghadapi musibah dan tiada tangan untuk membantu mereka ketika susah. Mungkin mereka hanya mampu menangisi nasib mereka di dalam hati. Anak anak sewajarnya meluangkan masa bersama ibu bapa walaupun sekejap untuk bertanya khabar atau mendengar luahan hati daripada ibu bapa mereka. Jika mereka sabar dan sentiasa mendengar luahan dan rintihan kita sejak kecil lagi, mengapa kita tidak mampu untuk mendengar luahan serta rintihan ibu bapa kita apabila mereka sudah tua? Jadi , anak anak boleh berkomunikasi dengan ibu bapanya supaya ibu bapa tersebut dapat meluahkan perasaan mereka.

 Kesimpulannya, semua pihak boleh membantu untuk menyedikan keperluan kepada warga tua. Namun, setiap anak wajib mengutamakan keperluan ibu bapa semasa tua jika mereka masih hidup kerana mereka amat memerlukannya. Warga tua sebenarnya tidak inginkan harta kekayaan mereka hanya kasih sayang dan perhatian daripada anak anak. Kadang kala sikap mereka ibarat bayi kecil yang baru dilahirkan. Inginkan dirinya disayangi, dibelai dan ditemani. Sikap mereka yaNg mudah kecil hati akan terubat dengan keikhlasan kita menjaganya. Jadi, kita harus menghargai mereka sementara mereka masih ada.jangan tunggu hingga mereka tiada baru hendak tercari cari..

Incoming search terms:

  • cth pidato agama islam
loading...

Leave a Reply